MASUK hari ini, sudah seminggu Ammara tidak nampak kelibat Imtiyaz di pejabat. Aman sedikit hidupnya. Jika tidak, pasti persoalan mengenai perkahwinan pasti akan dibangkitkan sekurang-kurangnya sekali sehari. Naik rimas dan lemas dia dibuatnya.
“Ara, jom keluar makan” Kak Ros yang sudah siap sedia
membimbit dompet dan telefon menepuk lembut bahu Ammara yang sedang leka
membelek helaian tender yang sudah
siap dibinding.
“Ala Kak … Ara kena buat final check up la untuk dokumen ni. Kak Ros tolong tapaukan boleh?” Ammara memandang ke
arah Kak Ros sambil tayang muka tagih simpati. Dia bukan sengaja menolak ajakan
wanita itu tapi memang dia perlu siapkan kerjanya itu secepat mungkin kerana
Angel dari bahagian Sales hendak
menyerahkannya kepada client awal
pagi esok.
“Okla. Ara nak makan apa?” Kak Ros tersenyum. Langsung
tiada riak merajuk. Dia sudah sedia maklum jadual Ammara. Walau Imtiyaz tiada
di pejabat, dia tetap sibuk dengan kerja-kerja admin yang masih dibantunya walaupun dia sudah kembali bekerja.
“Hurmmm … Bungkuskan la nasi goreng kampung dengan telur
dadar Kak. Nah ni duitnya” Ammara menghulurkan not dua puluh ringgit dan
disambut oleh Kak Ros sebelum dia berlalu pergi.
“Hei Perempuan!!”
Tersentak Ammara dibuatnya apabila suara nyaring yang
mengalahkan halilintar tiba-tiba berkumandang beserta dengan hentakan keras di
atas mejanya. Cepat-cepat dia mendongak dan terpampang wajah bengis Suraya
sedang memandangnya sambil bercekak pinggang.
“Astagfirullahalazim. Awak ni kenapa Suraya? Masuk pejabat
orang terpekik terlolong macam ni? Tak boleh guna bahasa yang elok sikit ke?”
Ammara cuba mengawal perasaannya yang sudah mula jadi tak keruan.
“Ahh! Takde pasal aku nak cakap elok-elok dengan perempuan
perampas macam kau la! Eh, kau dengar sini ye … Jangan kau fikir, bila Im ajak
kau kahwin, dia betul-betul sayangkan kau ye. For you information, aku dengan Imtiyaz dah banyak kali terlanjur
sebelum ni. So, kalau kau sanggup nak
ambil bekas aku tu, silakan lah” Suraya membongkokkan badannya untuk berbisik
ketelinga Ammara.
“Setiap kali kau bersama dengan dia, kau pasti akan
bayangkan wajah aku sebab sebelum kau, aku lebih dahulu dah bersama dengan dia
… multiple times” ada tawa halus
dihujung bisikannya.
“Chow!” Suraya terus meninggalkan Ammara dalam keadaan
terpinga-pinga. Terngiang-ngiang apa yang dibisikkan Suraya sebentar tadi. 1001
rasa menyerbu kedalam kotak hati dan fikirannya. Dia terus menyandarkan
tubuhnya kekerusi. Kedua belah tangan menekup wajahnya dan airmata yang sudah
mula mengalir diseka perlahan.
Rasa sesak dadanya. Selama ini, dia bukanlah beriya-iya
sangat pun hendak berkahwin dengan Imtiyaz. Kalau ikutkan hatinya, memang dah
lama dia berterus terang saja dengan keluarganya dan keluarga lelaki itu yang
sebenarnya, antara dia dan Imtiyaz tidak pernah ada apa-apa hubungan.
Sedang melayan perasaan yang berkecamuk, telefon bimbitnya
tiba-tiba berbunyi.
“Assalammualaikum Mama” suaranya dikawal agar tidak
kedengaran sendunya.
“Ara … Ara kat mana ni? Ara … Mama dengan Papa accident!
Sekarang Along ada kat Hospital Putrajaya. Ara cepat ke sini” Tup! Ammara
terkedu lagi. Telefon yang sudah terputus talian masih melekap ditelinganya.
Airmata semakin deras mengalir.Longlai rasa seluruh tulang belulang ditubuhnya.
“Ammara … Are you
okay?” Perlahan-lahan Ammara berpaling pada suara yang menegurnya. Airmata
masih menitik laju. Tanpa disedari dia sudah mula mengongoi ibarat anak kecil
apabila wajah Imtiyaz terbias dimatanya.
“Ammara …. ?” Imtiyaz sudah melutut di hadapan Ammara.
Kedua belah lengan Ammara dipegang kejap.
“Hei … Whats wrong?
Kenapa ni?” Tangan Imtiyaz sudah beralih pada kedua belah pipi Ammara dan
ditekupnya lembut. Airmata Ammara diseka perlahan. Wajah itu diangkat
mengadapnya.
“Mama … Mama dengan Papa … Encik …. Mama dengan Papa saya accident!” Esakan Ammara semakin kuat. Hilang
segala cerita yang dibawa Suraya sebentar tadi. Entah kenapa, apabila menatap wajah
Imtiyaz yang terpamer riak kerisauan membuatkannya sebak. Imtiyaz yang
mendengar perkhabaran yang baru disampaikan oleh Ammara agak terkejut.
Wajah Ammara yang sudah kembali dibasahi dengan airmata
ditatap penuh kasih. Mujur hari ni dia tergerak untuk masuk ke pejabat setelah
seminggu bercuti untuk menguruskan hal peribadinya.
“Okay. Awak bertenang. Kita pergi Hospital sekarang. Awak
tau kan diaorang kat Hospital mana?” Ammara mengangguk lemah. Imtiyaz mencapai
beg tangan Ammara dan bahu gadis itu dipaut lantas mereka jalan beriringan menuju
ke lif.
“Eh … Encik Imtiyaz … Err … Kenapa dengan Ammara?” Kak Ros
yang baru balik dari makan tengahari sedikit terkejut apabila pintu lif terbuka
terpacul tubuh Bosnya yang sedang memapah tubuh Ammara yang nampak lemah tak
bermaya dengan wajah dibasahi dengan airmata.
“Parents Ammara accident. Kak Ros tolong gantikan tempat
dia ya. Kalau ada sesiapa cari saya, just
ambil message. Kami nak ke
Hospital sekarang” kelam kabut Imtiyaz bersuara sebelum pintu lif tertutup. Kak
Ros yang turut sama terkejut hanya mengangguk-angguk laju.
“Along!! Macamana Mama dengan Papa? Diorang okay ke??”
Sesampainya di Hospital dan nampak saja kelibat Ammar, Ammara terus menerpa
kearah Abangnya yang berwajah sugul itu. Airmata usah dikata. Sudah habis
lencun wajahnya. Sepanjang perjalanan ke Hospital tadi pun airmata memang tak
putus-putus keluar. Sehingga Imtiyaz sendiri sudah tak terpujuk dibuatnya.
“Shuuuu … Sabar sayang. Jangan menangis macam ni. Ara kena
kuat. Mama dengan Papa masih dalam keadaan kritikal. Kita doakan semoga mereka
selamat ye” tubuh kecilnya sudah tenggelam dalam pelukan Ammar. Segunung
kesedihan dihamburkan ke dada bidang Alongnya.
“Bawa mengucap Ara. Banyak-banyak berdoa. InsyaAllah
semuanya akan selamat” Fatin yang sedari tadi berdiri di sebelah Ammar turut
sama memujuk. Belakang tubuh Ammara dielus-elus lembut. Imtiyaz hanya mampu
memandang sambil berpeluk tubuh. Dia turut merasai kesedihan yang dirasai oleh
keluarga itu.
Lewat malam itu Tok Lan an Nek Lijah yang baru dijemput
oleh Ammar di lapangan terbang datang ke Hospital dengan harapan dapat melawat
namun memandangkan Puan Saadiah dan Encik Azman masih di dalam dewan bedah,
Ammar menasihati mereka supaya balik berehar dahulu di rumahnya.
Nek Lijah pada mulanya berkeras untuk tinggal di Hospital
bersama Ammara akhirnya mengalah apabila dipujuk oleh semua orang termasuk Tok
Lan. Ammara berjanji akan sentiasa memaklumkan mereka perkembangan keadaan
kedua orang tuanya.
Jam sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Ammara masih setia
menunggu di luar bilik Pembedahan. Setia menanti berita terkini dari Doktor
yang bertugas. Ammar agak risau untuk meninggalkan Ammara keseorangan. Namun,
setelah diyakinkan oleh Imtiyaz yang dia akan menemani Ammara di situ barulah
Ammar mengambil keputusan untuk pulang.
“Nah minum ni. Ammara tak makan apa pun sejak tengahari
tadi” Setin air milo dihulurkan pada Ammara. Wajah lesu itu dipandang penuh
simpati. Sepanjang mengenali gadis itu, rasanya inilah kali pertama raut comel
itu dilihat langsung tiada serinya. Matanya yang agak sembab sedikit sebanyak
meruntun jiwa Imtiyaz.
“Thanks” hanya
itu yang keluar dari mulut Ammara. Huluran Imtiyaz disambut lemah. Air tin
hanya diletakkan ke pangkuan tak terusik. Imtiyaz melabuhkan duduk di sebelah
Ammara.
“Encik balik la dulu. Nanti Umi dengan Walid Encik risau
pula. Saya okey. Encik tak perlu risau” lemah saja Ammara bersuara sambil badan
disandarkan ke belakang.
“Saya dah call
Umi dengan Walid bagitahu pasal parent
awak. Diaorang nak datang tadi tapi saya tak bagi sebab dah lewat. Lagipun,
awak bukannya orang lain. Bakal menantu diaorang juga” lancar jawapan dari
Imtiyaz berikan. Cuba membuat gadis itu tersenyum.Wajah Ammara sentiasa dalam
pandangannya.
“Please Encik
Imtiyaz … Not now” Ammara mengeluh
kecil. Diwaktu-waktu seperti ini, malas dia hendak melayan usikan Imtiyaz. Kepala
disandarkan ke belakang sambil mata di tutup. Cuba merehatkan diri sendiri.
Melihat situasi Ammara ketika itu, Imtiyaz hanya mendiamkan
diri sambil berbuat perkara yang sama. Bersandar dan memejamkan mata. Posisi
berehat tapi dalam keadaan berjaga-jaga.
“Cik Ammara?”
Mata pantas dibuka dan tubuhnya sudah tegak berdiri apabila
doktor yang masih lengkap berpakaian bedah menghampirinya. Imtiyaz turut sama
berdiri.
“Saya Doktor Ilham. Saya doktor yang mengetuai pembedahan
Ibu dan Ayah Cik Ammara” bait kata Doktor wanita dalam pertengahan umur 40-an
di hadapannya dinanti penuh sabar.
Kelihatan Doktor Ilham menarik nafas panjang sebelum
menyambung kata. Ammara semakin resah dibuatnya.
“Ma .. Macamana keadaan Ibubapa saya Doktor?” Airmata sudah mula membasahi wajah Ammara kembali.
Imtiyaz turut memberi fokus terhadap doktor di hadapan mereka.
“Pembedahan dah berjaya dilakukan. Tapi, keadaan IbuBapa
Cik Ammara masih belum melepasi tahap kritikal. Terlalu banyak organ dalaman
yang terjejas. Kami akan pantau keadaan mereka dari masa ke semasa di bilik
ICU. Apa-apa perkembangan nanti kami akan maklumkan pada Cik. Harap Cik
bersabar dan banyak-banyak berdoa. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha
tapi, Allah yang menentukan segalanya” Dengan penuh berhati-hati penerangan
diberikan.
Semakin deras airmata yang jatuh dipipi Ammara. Dia kaku
tak bersuara. Bahu Ammara dielus lembut sebelum Doktor Ilham memohon diri untuk
berlalu.
“Ara …” Imtiyaz cuba untuk memegang bahu Ammara tapi pantas
ditepis gadis itu.
“Saya nak ke surau. Encik baliklah dulu” tanpa menunggu
jawapan Imtiyaz, Ammara terus berlalu dari situ. Imtiyaz hanya mampu melihat
langkah kaki Ammara semakin menjauhinya dan akhirnya hilang disebalik dinding.
Dia menarik nafas dalam sebelum
dilepaskan perlahan.
0 comments:
Post a Comment