“ARE you sure you gonna be okay?” Ammar
mengucup ubun-ubun Ammara yang sedang menikmati mee goreng untuk sarapan pagi.
Teragak-agak dia hendak meninggalkan Ammara untuk ke pejabat. Setelah seminggu
bercuti, hari ini dia terpaksa masuk ke pejabat kerana Setiausahanya sudah
beberapa kali mengingatkannya mengenai mesyuarat yang sudah lama tertangguh
sejak minggu lepas. Fatin pula sudah beberapa hari berkursus di Pulau Pinang.
Fath pula semenjak perbincangan untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan Ammara
dan Imtiyaz beberapa hari yang lalu, batang hidungnya tidak kelihatan di rumah
itu.
Tok Lan dan
Nek Lijah baru beberapa hari yang lemas dihantar ke Lapangan Terbang KLIA untuk
pulang ke kampung. Bukan mereka tidak mahu duduk lebih lama, namun memikirkan
ada tanggungjawab yang lebih penting di kampung, mereka terpaksa juga pulang.
Ammar dan Ammara tidak mampu hendak menahan.
“Untuk kali yang ke seratus dua
puluh, yes! I’m gonna be okay.
Jangan risau okaaaayyy” malas Ammara
hendak melayan kerisauan Ammar yang kadang kala melemaskannya.
“Okay.
Kalau ada apa-apa call Along terus. Okay?” Akhirnya Ammar mengeluh namun
pertanyaan yang tak disahut Ammara membuatkan langkahnya terhenti.”Ara? Okay?” Ammara sudah memusingkan biji
matanya.”Okaaayyyyyy” berlagu-lagu
Ammara menyahut. Barulah Ammar puas hati dah akhirnya berlalu pergi ke pejabat.
Selesai sarapan, Ammara membancuh
secawan kopi dan mencapai laptopnya menuju ke Taman Mini. Niat di hati ingin
memeriksa email berkaitan kerja kerana dia sudah memaklumkan kepada Imtiyaz
melalui pesanan Whatsapps pada malam
perbincangan mengenai tarikh perkahwinan mereka diadakan bahawa untuk sementara
ini dia ingin bekerja dari rumah. Mungkin mempertimbangkan keadaannya sekarang,
tanpa banyak soal, Imtiyaz mengizinkannya. Itulah kali terakhir Ammara dan
Imtiyaz berkomunikasi.
Seperti yang dijangka, ada beberapa
surat dan tender yang memerlukan
semakannya. Semuanya perlu disiapkan dan dihantar kepada Imtiyaz sebelum jam 5
petang esok. Satu persatu fail yang dilampirkan dibuka dan diperiksa dengan
teliti.
“Ara …”tangan yang sedang laju menaip
automatik terhenti apabila sebaris namanya dipanggil oleh suara seorang lelaki
yang sudah lama tidak kelihatan di dalam rumah itu. Perlahan-lahan dia menoleh
dan tubuh Fath yang berdiri tidak jauh darinya menyapa pandangan matanya.
Ammara hanya mendiamkan diri apabila
Fath menghampirinya dan duduk rapat di sebelahnya. Pandangan mata Fath tak
lepas dari menatap wajahnya sehingga membuatkan Ammara rasa kurang selesa.
“Awak betul ke nak kahwin dengan Bos
awak tu?” Soalan yang langsung tidak dijangka akan keluar dari mulut Fath
setelah beberapa hari tidak pulang membuatkan Ammara terkedu.
“Ara …”Berdesup darah naik ke
kekepala apabila Fath menyentuh pipinya.
Pantas tangan Ammara menepis. Segera dia bangkit dan menjauhkan diri dari
lelaki yang dirasakan tidak stabil saat itu. Rasa takut mula menyelubungi
dirinya. Sudahlah cuma ada dia dan Fath di rumah. Jika lelaki itu bertindak
melakukan apa-apa perkara yang kurang elok bagaimana dia hendak menanganinya.
Memang la dia ada asas ilmu bela diri, tapi dengan keadaan diri yang baru
hendak pulih dari kehilangan Ibu dan Bapanya, Ammara tidak yakin samada dia
mampu untuk mempertahankan dirinya dari Fath.
“Tolong jangan kahwin dengan dia … Please Ara … Fath sayangkan Ara … Dari
dulu lagi … Sampai sekarang pun Fath masih sayangkan Ara …” Meremang rasanya
apabila mendengar kata-kata itu dari mulut Fath. Lelaki itu sudah bangun dan
perlahan-lahan menghampiri Ammara yang sudah mengundur ke belakang.
“Apa awak mengarut ni Fath. Saya tak
ada apa-apa perasaan pun kat awak. Tolong jangan mengarut boleh tak?” Keras
nada suara Ammara. Cuba untuk menyedarkan Fath.
“Jangan nak tipu saya. Awak dah lupa
ke semua surat-surat cinta yang awak bagi kat saya dulu tu? Awak memang sukakan
saya dan awak gunakan Bos awak tu untuk buat saya cemburu je kan? Kan?! Saya
mengaku saya sukakan awak juga. So,
awak boleh batalkan niat untuk kahwin dengan Bos awak tu. You did it! Awak dah buat saya cemburu” Ammara tak percaya apa yang
baru dikatakan Fath. Sah lelaki itu sudah hilang akal! Semua kata-katanya tidak
masuk akal dipendengaran Ammara.
“Ammara … Saya sayangkan awak. Lepas
ni saya akan bagi tahu Mak dengan Ayah untuk masuk meminang awak. Kita kahwin
okay? Saya janji saya akan jaga awak dengan baik” Entah bila, Fath sudah berada
betul-betul di hadapan Ammara dan dalam sekelip mata, tubuh Ammara sudah
dipeluknya erat.
“Awak ni dah hilang akal ke apa?
Lepaskan saya!” Ammara meronta sekuat hati dan sebaik sahaja pelukan Fath mula
longgar dia segera meloloskan diri dan berlari masuk ke dalam rumah. Sempat dia
mencapai telepfon bimbitnya. Dia berlari menuju ke bilik tidurnya dan dikunci
dari dalam.
“Ara … Bukalah pintu ni. Jangan buat
saya macam ni, please …” Kedengaran
Fath merayu dari luar pintu bilik sambil diselang selikan dengan ketukan dipintu.
Ammara yang sudah terduduk bersandar di pintu bilik mendail nombor yang
terlintas difikirannya saat itu dengan tangan yang menggigil.
“Ammara?”
Suara Imtiyaz kedengaran selepas hanya 3 kali bunyi deringan membuatkan Ammara
menarik nafas lega.
“Tiyaz … Tiyaz …” Ammara sudah mula
teresak menangis dan hanya itu saja yang mampu keluar dari mulutnya. Dia pasti
Imtiyaz pasti terkejut kerana ini adalah kali pertama Bosnya itu dipanggil
sebegitu. Ammara betul-betul rasa tak berdaya saat ini. Dengan Fath yang tak
berhenti memanggil namanya sambil mengetuk pintu dia buntu. Bimbang sekiranya
Fath dapat mencari kunci pendua yang disimpan oleh Ammar, dia perlu meminta pertolongan
segera.
“Ammara
… Are you okay? Kenapa ni? Apa yang
bising sangat kat belakang awak tu? Awak kat mana?”
Suara panik Imtiyaz mula kedengaran. Semakin kuat esakan tangis Ammara
dibuatnya.
“Ammara
.. Okay … Relax … Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan … Bagitahu saya awak
kat mana … Saya pergi kat awak sekarang” lembut suara Imtiyaz
memujuk. Dia seolah-olah mengerti kekalutan yang melanda hati Ammara sekarang.
“Rumah … Saya … Saya kat rumah Along
… Tolong … Tolong selamatkan saya .. Tiyaz” Dalam menahan sendu Ammara
mennjawab. Kedengaran telefon diletak oleh Imtiyaz setelah mengatakan yang dia
sudah dalam perjalanan.
Suasana yang tiba-tiba senyap diluar
pintu biliknya membuatkan Ammara rasa tidak sedap hati. Kemana perginya Fath?
Adakah dia sudah pergi?
Tanpa berfikir panjang, Ammara
perlahan-lahan membuka pintu bilik dan tanpa diduga Fath terus meluru kearahnya
sehingga tubuhnya tertolak masuk ke dalam bilik semula.
“Kenapa awak buat saya macam ni ha?!
Kenapa?! Kenapa awak pilih dia bukan saya?!! Apa kurangnya saya ni?!! Kalau
saya tak boleh dapat awak, jangan mimpi sesiapa pun boleh dapat awak!!” Fath
yang umpama sudah kerasukan hantu menolak kasar tubuh kecil Ammara sehingga dia
jatuh terbaring di atas katil. Ammara cuba untuk bangun tapi tubuh besar Fath
terlebih dahulu sudah menghimpitnya dan kini wajah Fath hanya berjarak beberapa
inci sahaja dari wajahnya. Nafas kuat Fath menghembus kuat kearahnya dan mata
merah Fath tertumpu kearah bibirnya. Ammara benar-benar sudah tidak mengenali
lelaki di hadapannya itu. Tubuh kecilnya sudah menggigil ketakutan. Airmatanya
sudah tak berhenti berjuraian mennuruni pipinya yang sudah basah lencun.
“Awak saya punya” Ammara hanya mampu
meronta dan menangis saat Fath merentap kemeja yang dipakainya sehingga
bahagian hadapan tubuhnya terdedah dan menampakkan baju dalam yang dipakainya. Semakin
kuat tangisan Ammara dengan kelakuan Fath yang semakin menggila. Tudung yang
dipakainya turut sama direntap dan dicampak entah kemana.
Ammara hanya mampu berdoa dalam hati
apabila Fath sudah rakus mencium leher dan bahunya yang sudah terdedah. Dia
tetap tak berhenti meronta walaupun kedua belah tangannya sudah dikunci oleh
Fath erat di atas kepalanya. Matanya dipejamkan erat. Tak sanggup melihat wajah
Fath yang sudah hilang pertimbangan.
“C****a!!!! Apa yang kau buat ni
ha?!!!!!!!!!!” Jeritan diiringi bunyi kuat seperti sesuatu terhantuk kuat pada
meja soleknya beserta dengan rasa berat yang menindih tubuhnya tiba-tiba
menghilang membuatkan Ammara membuka matanya perlahan. Pantas tubuhnya yang
terdedah ditutup dengan comforter
yang tercapai dek tangannya. Dia kini sudah duduk tegak di birai katil.
Pandangannya yang kabur dapat menangkap tubuh Fath yang sudah terkulai di atas
lantai dan tidak jauh darinya, berdiri Imtiyaz yang memandang tajam kearah Fath
dengan nafas laju turun naik.
“Berani kau sentuh dia!!! S**l!!!”
Imtiyaz mencekak leher baju Fath dan dengan posisi lututnya dibengkokkan di
sebelah kanan dan kiri tubuh Fath yang masih terbaring di atas lantai, dia
menumbuk muka Fath bertubi-tubi. Kali ini, Imtiyaz pula yang kelihatan seperti
sudah kerasukan.
Tanpa menunggu lebih lama, Ammara
segera bangun nak menarik tubuh Imtiyaz supaya menjauhi Fath yang sudah
terkulai tak bermaya.
“Stop
… Please stop …” Apabila Imtiyaz masih tidak berganjak, Ammara memeluk
tubuh itu dari belakang serentak berusaha menariknya jauh dari Fath dan dia
berjaya juga apabila Imtiyaz tertarik ke belakang dan terduduk di atas lantai
dengan keadaan Ammara masih memeluknya sambil menangis kuat. Tubuhnya terus
dirasakan longlai dan pipinya melekat di belakang tubuh Imtiyaz. Baju kemeja yang
dipakai Imtiyaz sudah lencun dengan airmatanya.
“Ammara … Are you okay?” Setelah rational kembali semula dalam dirinya, Imtiyas
mencapai tangan Ammara yang masih melingkar dipinggangnya lantas digenggam dan
diusap lembut. Ammara yang baru tersedar kedudukan mereka cepat-cepat
menjarakkannya. Tangisnya masih bersisa. Imtiyaz berpaling memandang kearah
Ammara. Melihat keadaan Ammara yang tak terurus dengan rambut yang kusut masai
membuatkan darahnya kembali mendidih. Lagi-lagi apabila terlihat beberapa bekas
gigitan yang mula kelihatan memerah di leher Ammara.
“S**l!!!!” Imtiyaz kembali menerpa ke
arah Fath yang masih terbaring dan tumbukan bertubi-tubi kembali dihadiahkan
buat lelaki itu. Darah sudah memenuhi wajah Fath yang terkulai tidak bermaya.
“Tiyaz!!!! Stop it!!!” Laungan suara kedengaran beserta kelibat Ammar yang
baru masuk di bilik Ammara dan terus menarik tubuh Imtiyaz menjauhi Fath
sebelum mati lelaki itu dikerjakan.
“Mengucap Tiyaz! Mengucap!” Tubuh
Imtiyaz digoncang kuat dan ianya serba sedikit dapat mengembalikan Imtiyaz dari
dunia amarahnya.
Tubuh Ammara yang terduduk di atas
lantai sambil memeluk lutut terbias dimata Ammar. Pantas adiknya dihampiri dan
dibawa ke dalam dakapannya. Pada mulanya Ammara meronta tapi apabila menyedari
yang memeluknya adalah Abangnya, dia terus terkulai dalam dakapan Ammar dan
mengongoi kesedihan umpama anak kecil. Hati Ammar remuk melihat keadaan adiknya
itu. Ikutkan hati, memang dah arwah Fath dikerjakannya. Kalau tak fikirkan yang
Fath itu masih adik iparnya, sudah lama dia ajak Imtiyaz membelasah lelaki itu
cukup-cukup. Airmatanya turut menitik mendengar tangisan sayu Ammara dekat di
telinganya.
SUDAH seminggu berlalu sejak peristiwa Ammara di
serang Fath berlaku. Fath diserahkan kepihak berkuasa atas tuduhan cubaan
merogol. Selain Ammara, Fatin adalah insan yang paling terkesan. Tidak disangka
adiknya itu sanggup melakukan perkara sebegitu terhadap adik iparnya.
Rasa bersalah dan malu terhadap
suaminya dan Ammara serta Imtiyaz dan keluarganya tak usah cakaplah. Walaupun
sudah dipujuk oleh Ammar berulang kali mengatakan yang ianya bukan salahnya,
namun Fatin masih dihantui rasa bersalah. Lagipula dengan keadaan Ammara yang
asyik terperuk dalam bilik semenjak kejadian itu lagilah dia rasa tak sedap
hati.
Tok!Tok!Tok
Ketukan dipintu buat kesekian kalinya
dipintu bilik Ammara masih tidak bersahut. Dulang makanan yang diletakkan di
luar pintu bilik juga belum disentuh. Fatin menarik nafas berat. Perut yang
mula membesar dan sudah mula terasa tegang diusap perlahan.
“Ara … Akak tahu tak kira apapun yang
Akak cakap mampu mengubah apa yang dah terjadi. Akak betul-betul minta maaf
atas apa yang Fath cuba buat pada Ara … Akak rasa bersalah sangat-sangat … Ara
… Maafkan Akak ye …” Suaranya sudah berubah serak. Sebak dadanya mengingatkan
nasib Ammara. Dia tahu Fath belum sempat melakukan perkara yang lebih teruk
tapi apabila Adiknya itu sanggup terfikir untuk melakukan perkara sebegitu
terhadap Ammara sudah cukup untuk membuatnya berang sendiri.
“Kalau Ara marahkan Akak dan tak mahu
tengok muka Akak lagi … Akak faham. Esok Akak balik rumah Mak Ayah Akak …
Sekali lagi Akak minta maaf Ara …” Airmata yang deras mengalir diseka dari
dengan telapak tangan. Fatin sudah bersedia untuk berlalu apabila bunyi pintu
bilik dibuka membuatkannya memusingkan semula badannya kearah pintu bilik
semula.
“Kak ….” Ammara meluru kearah Fatin
dan memeluk kakak iparnya itu erat. Fatin membalas pelukan itu dan mereka
berdua sama-sama menangis melepaskan kesedihan yang terbuku di dalam hati. Tak
ada secebis pun dalam hati Ammara menyalahkan Fatin. Baginya, semua itu salah
Fath seorang. Tak ada kena mengena langsung dengan Fatin ataupun orang lain.
0 comments:
Post a Comment