Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Friday, March 10, 2017

CERPEN : KISAH REZ DAN TRIS [4]

 “APA???Bila????”


Pandangan Tengku Reza yang sedari tadi leka diskrin Komputer Ribanya segera berpaling kearah Trista yang sedang menjawab telefon di Balkoni bilik tidur mereka. Langkah kaki segera diatur kearah isterinya itu.

Tanpa pengetahuan sesiapa, sebenarnya, semenjak dari hari dia mengajak Trista tidur di atas katil yang sama, Tengku Reza sudah mula mengingat semuanya tentang kemalangan yang berlaku ke atasnya dan juga tentang perjanjian antaranya dan Trista.

Namun, dia hendak melihat sejauh mana sabarnya Trista dapat melayan kerenahnya. Oleh kerana itulah dia sanggup mengorbankan waktu tidurnya melayan lakonan tidur ala-ala Rambo Trista semata-mata ingin melihat helah apa yang akan dilakukan oleh gadis itu untuk mengelak dari pelukannya.

Ingin membuat lebih dari itu dia belum cukup berani. Penangan tolakkan tangkas dari Trista yang membuatnya terperosok di atas lantai saja sudah cukup membuatnya gerun. Rasa perit di tulang punggungnya masih terasa lagi.

Tangisan kecil yang kedengaran mengembalikan Tengku Reza ke dunia yang nyata.

“Kenapa ni Sayang?” Pantas saja tubuh Trista dipalingkan kearahnya dan pipi yang sudah dibasahi dengan airmata itu dikesat lembut.

“Babah … Babah … “Hanya kata-kata itu yang keluar dari mulut Trista. Matanya sayu menatap wajah Tengku Reza yang tenang menunggunya bersuara. Terpamer riak kerisauan di wajah kacak itu.

“Kenapa dengan Babah? Cuba Sayang bawa bertenang, tarik nafas, then hembus perlahan-lahan. Come, kita duduk dulu” Perlahan tubuh Trista yang longlai dipapah duduk di atas Sofa bed di dalam bilik mereka. Trista cuba menenangkan dirinya dan nafas perlahan-lahan ditarik dan dihembus.

Now, tell me. Kenapa dengan Babah?” Lembut soalan diajukan setelah wajah Trista sudah agak tenang.

“Babah kena admit kat Hospital. Fik bagitau yang Doktor kata kena buat pembedahan secepat mungkin. Kalau tak …” Airmata kembali bergenang di birai matanya.

Dia sudah tidak peduli untuk menangis meraung di hadapan Tengku Reza. Fikirannya sekarang hanya pada keadaan Ayahnya yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara. Mujur sewaktu bapanya pengsan, adiknya Taufik sudah balik dari Sekolah. Jika tidak, tak tahulah bagaimana agaknya.

“Shuuu … Its Okay Sayang … Jangan risau. Sayang pergi bersiap, then kita terus ke IJN. Nanti apa-apa, biar Abang yang bincang dengan Doktor” Tengku Reza masih bersuara tenang. Seingatnya, Trista memang ada memberitahu mengenai keadaan kesihatan Bapa Mertuanya yang sememangnya memerlukan pembedahan segera. Atas sebab itu jugalah termeterai perjanjian perkahwinan antara mereka berdua.

Trista akur. Pantas dia bersiap dan tidak sampai sejam, mereka berdua sudah di dalam kereta yang dipandu Tengku Reza menuju ke Institut Jantung Negara yang terletak di Jalan Tun Razak.

“Fik!! Babah macamana? Apa Doktor cakap? Babah dah sedar ke belum?” ternampak saja kelibat Taufik di ruang menunggu, bertubi-tubi soalan diajukan. Wajahnya yang sudah basah disimbahi air mata langsung tak dipedulikan. Tengku Reza yang berdiri di sebelahnya Trista langsung tak terkata apa lagi. Dia tahu betapa gundahnya perasaan isterinya saat itu.

“Buat masa sekarang, Doktor kata Babah stabil. Tapi …” Kata-kata Taufik terputus apabila rasa sebak memenuhi segenap ruang penafasannya. Airmatanya turut menitik. Pantas tubuh kurus tinggi lampai itu didakap Trista erat. Kedua beradik itu tenggalam dalam esakan tangis yang sayu. Tengku Reza hanya mampu menjadi pemerhati.

-----------------

“BAIK Nenda” punat merah ditekan dan wajah Trista yang masih sungul di sebelahnya ditatap.

“Nenda kirim salam. Dia cakap suruh uruskan pembedahan Babah secepat mungkin. Pasal kos rawatan tu, Sayang tak payah risau. Nenda akan tanggung semuanya” lembut bicara dituturkan. Sedih dia menatap wajah isterinya yang layu tak bermaya.

Semenjak mereka sampai pagi tadi, Trista langsung tidak menjamah apa-apa. Puas dipujuk Taufik dan Tengku Reza. Namun, dia masih begitu. Diam tak berbahasa dan hanya menggelengkan kepala apabila disuakan makanan ataupun minuman.

Mendengar mengenai kos rawatan laju dia menghampiri Tengku Reza.

“Nenda nak tanggung kos rawatan Babah?” Serba salah dia bertanya. Tiba-tiba teringat perjanjiannya dengan Tengku Reza.

“Ya Sayang. Kenapa? Ada masalah ke?” Tengku Reza sudah dapat mengagak apa yang ada difikiran Trista. Namun, dia tak boleh berkata apa-apa memandangkan Trista belum tahu mengenai ingatannya yang sudah hampir pulih itu.

“Tak … Tapi … Kita … Hmmmm …”Trista kehilangan kata-kata. Hendak ditolak, keadaan Ayahnya yang sedang kritikal membuatkannya tiada pilihan. Tapi, jika dia menerima, bukankah kelihatan seperti dia mengambil kesempatan di atas keadaan Tengku Reza sekarang ini?

“Dah. Jangan fikir banyak sangat. Sayang boleh relax sikit sekarang. Biar Abang yang uruskan semuanya dengan Doktor. Makan roti dengan air kotak tu. You wait here. Abang pergi jumpa Doktor sekarang” Dahi Trista dikucup lembut sebelum Tengku Reza berlalu menuju ke bilik Doktor. Trista hanya mampu menatap sayu.

--------------

Pembedahan Pak Halim telah dijadualkan untuk dilakukan pada bulan hadapan. Doktor perlu membuat beberapa pemeriksaan lanjut sebelum dapat menentukan jenis pembedahan bypass yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan kesihatan Pak Halim yang terkini.

Setelah 2 minggu menjaga Ayahnya di Hospital seorang diri, akhirnya Tengku Reza berjaya juga memujuk Trista untuk bergilir dengan yang lain untuk menjaga Pak Halim.

Malam itu giliran Taufik menjaga Pak Halim memandangkan cuti sekolah sudah bermula. Tania pula untuk sementara ini duduk bersama Trista.

Sesampainya di rumah, setelah menjenguk Tania di biliknya, Trista terus membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak berimamkan Tengku Reza. Semenjak Pak Halim dimasukkan ke Hospital, Tengku Reza semankin rajin mengimamkan Solat dan tanpa pengetahuan Trista, dia juga turut menyertai kelas Agama di Masjid Wilayah sekiranya berkelapangan.

Selesai solat, Trista yang sedang berdiri di balkoni sambil memicit-micit bahunya yang terasa lenguh dihampiri Tengku Reza.

“Sayang, don’t worry so much okay. Babah stabil dah kan? Dah masuk wad biasa pun. Doktor dengan Nurse pun selalu ada untuk monitor keadaan Babah sebelum pembedahan nanti” Tengku Reza bersuara sambil keduabelah tangannya sudah mendarat di atas bahu Trista dan bahu isterinya itu diurut lembut. Trista hanya membiarkan. Terasa nyaman terasa sentuhan lembut itu dibahunya.

“Tris dah takde sesiapa lagi selain Babah kat dunia ni” sayu saja Trista bersuara. Airmatanya jatuh lagi untuk kesekian kalinya. Pilu hatinya apabila memikirkan hidup tanpa seorang Ayah disisi.

Tengku Reza memalingkan tubuh Trista kearahnya. Airmata yang berjujuran jatuh dipipi isterinya itu diseka lembut. Dahi Trista dikucup penuh kasih.

“Kenapa Sayang cakap macam tu? Sayang masih ada Abang, Nenda, Taufik dengan Tania kan? Kami semua sayangkan Sayang” Tubuh Trista dirangkul ke dalam pelukannya. Trista turut membalas pelukan itu. Wajahnya disembamkan kedada bidang Tengku Reza dan esakannya kedengaran lagi. Kali ini Tengku Reza hanya membiarkan sambil mengelus rambut Trista perlahan.

Malam itu untuk pertama kalinya Trista tidur dalam pelukan Tengku Reza. Terasa diri dilindungi dan disayangi.

Malam itu juga tertunai tanggungjawab batin diantara Trista dan Tengku Reza. Segalanya berlaku dalam suasana penuh kasih sayang dan kerelaan. Tanpa ada sebarang paksaan. Untuk pertama kalinya juga Tengku Reza menerima kenyataan yang hatinya memang sudah jatuh sayang kepada isterinya itu.

---------

Setelah melalui beberapa fasa pemeriksaan, akhirnya pembedahan ke atas Pak Halim berjaya juga dilaksanakan dan genap 3 bulan selepas pembedahan, Puan Sri Mariam mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Walau sudah puas ditolak oleh Pak Halim kerana berasa terlalu banyak terhutang budi, Puan Sri Mariam tetap berkeras juga. Akhirnya Pak Halim mengalah juga.

“Tris, tolong panggilkan Rez sekejap. Ada kawannya datang nak melawat dia ni” Bahu Trista yang sedang sibuk membasuh pinggan disinki diusap lembut oleh Puan Sri Mariam. Walau sudah puas ditegah, isteri cucunya itu tetap ligat ke sana kemari membantu tugasan di dapur sehingga Puan Sri Mariam tidak mampu menegah lagi.

“Yela Nenda. Nanti Tris panggilkan ye” Trista mengesat tangannya yang basah dengan tuala pengelap di sebelah sinki sebelum berlalu ke bilik bacaan di tingkat atas dimana suaminya berada. Sejak habis bacaan doa selamat tadi, Tengku Reza telah memaklumkan padanya yang dia akan berada di bilik bacaan bersama Ebit dah Kashah kerana ada hal berkaitan kerja yang perlu dibincangkan.

“… Biar betul kau ni Rez! Takkan Tris tak tahu lagi?” Tangan yang baru hendak mengetuk pintu bilik bacaan yang sedikit terbuka terhenti serta-merta apabila terdengar namanya disebut. Hatinya tergerak untuk terus mencuri dengar.

“Aku nak tengok sejauh mana dia boleh handle perangai aku la Bro. Relax la. Nanti aku bagitau la dia” terdengar deraian tawa ketiga-tiga mereka di dalam bilik. Semankin berminat Trista hendak mendengar intipati perbualan tiga sahabat tu.

“Eh, Nenda kau dah tau ke?” Kedengaran suara Ebit mendatar setelah tawa mereka reda.

“Nenda aku dah tau. Aku bagitau semua kat dia lepas Ayah Mertua aku kena heart attack  hari tu. Mula-mula teruk juga la aku kena bebel. Tapi, bila aku explain pasal situasi Ayah Tris dan keadaan hubungan aku dengan Nelly masa tu, at last dia boleh juga terima” selamba saja kedengaran suara Tengku Reza menyahut.

“Nasib baik kau tak kena halau dengan Nenda kau weeyy! Mau kau jadi gelandangan kehormat“ Tawa mereka bertiga pecah lagi mendengar kata-kata Kashah.

“Tapi kesian la kat Tris tu. Tak baik la kau tipu dia Rez.” Kedengaran Ebit bersuara lagi.

“Ala … Aku bukan buat apa pun kat dia. Lagipun, dia juga yang untung kan. Kos rawatan Ayah dia Nenda aku dah langsaikan. Duit ganjaran dia masih tak terusik lagi. So? Nothing to lose laaa” suara Tengku Reza pula kedengaran.

“Duit tu memang la tak terusik, tapi Tris tu yang dah kau usik kan? Nanti kalau kau lepaskan dia, susah dia nak cari suami lain tau!” Berdesing telinga Trista mendengar kata-kata dari Kashah itu.

Maknanya, selama ini, ingatan Tengku Reza sudah pulih sepenuhnya?Maknanya, selama ini, dia hanya diperbodohkan???

Airmatanya sudah mula merembes keluar. Dada sudah mula sesak dengan seribu satu rasa yang tak terungkap dengan kata-kata. Ikut rasa marahnya, hendak saja bilik itu diterjah dan ketiga-tiga sahabat itu dikerjakan cukup-cukup.

Tapi dia memilih untuk berlalu dari situ. Kunci kereta dan tas tangan di dalam bilik tidurnya ditingkat yang sama segera dicapai dan perlahan-lahan dia menyusup keluar menuju kekereta Mini Cooper kuning yang dihadiahkan oleh Tengku Reza bulan lepas.

Kereta dipandu laju menuju kearah yang dia sendiri tidak pasti. Dia hanya ingin lari jauh dari komplot pembohongan yang telah dilakukan ke atasnya. Rasa diri benar-benar telah dikhianati oleh orang-orang yang dipercayainya. Jika hanya Tengku Reza sahaja tidaklah sesakit ini. Tapi, kenapa Nenda???

Disaat diri sudah mula benar-benar menerima dan menyayangi Tengku Reza sepenuh hati tiba-tiba ini pula yang terjadi. Mengapa tidak berterus terang saja padanya? Kenapa perlu menyembunyikan kenyataan yang selama ini Tengku Reza telah pulih sepenunya dan rahsia perkahwinan mereka telah diketahui Nenda? Kenapa??? Trista benar-benar kecewa.

---------

Sudah sebulan Trista menghilangkan diri. Puas Tengku Reza dan Puan Sri Mariam serta Pak Halim mencari ke sana kemari. Hendak dilaporkan kepada pihak Polis pantas ditegah Tengku Reza kerana dia yakin Trista bukan diculik kerana tas tangan dan keretanya yang turut tiada menunjukkan yang Trista menghilangkan diri atas kehendaknya. Pak Halim dan Puan Sri Mariam hanya akur.

Apa yang termampu dilakukan oleh mereka adalah mengupah penyiasat persendirian dan berdoa.

Tengku Reza sudah sebulan berada di rumah Pak Halim. Dia mahu sekiranya rumah itu yang dituju Trista, dia menjadi antara orang pertama yang menyambutnya. Dia ingin tahu kenapa Trista meninggalkan mereka secara tiba-tiba begitu.

Badan yang terasa amat lelah dihempaskan ke atas sofa empuk diruangan tamu Puan Sri Mariam. Selepas kenduri doa selamat yang berlangsung sebulan yang lepas, ini pertama kali Tengku Reza menjejak kaki ke rumah Nendanya.

“Tak ada apa-apa berita lagi ke Rez” Wajah sungul Puan Sri Mariam ditatap sayu. Dia tahu Nendanya itu sudah sangat mengasihi dan merindui isterinya. Dia mengeleng lemah.

“Nenda tak faham apa yang dah jadi. Kali terakhir Nenda jumpa Tris, elok je dia. Masa Nenda suruh panggilkan Rez malam tu pun mukanya takde tunjuk apa-apa tanda yang dia merajuk ke apa” Puan Sri Mariam bersuara lagi. Masih tidak faham mengapa Trista tiba-tiba boleh menghilangkan diri.

Mendengar ayat  terakhir Nendanya, pantas saja tubuhnya tegak sembilan puluh darjah.

“Apa Nenda cakap tadi? Nenda suruh Tris panggil Rez? Bila? Malam tu ke?” Wajah Nendanya ditatap dengan pandangan yang agak terkejut. Berkerut dahi Puan Sri Mariam melihat reaksi Tengku Reza itu.

“Yela … Nenda suruh dia panggil Rez, tapi tengok-tengok dengan dia-dia sekali tak muncul dah lepas tu”  mendengar jawapan Puan Sri Mariam, terus tertera riak kecewanya.

“Kenapa Rez? Ada apa-apa jadi ke masa Tris panggilkan Rez malam tu?” Puan Sri Mariam masih tak mengerti.Lagi-lagi melihat kekeruhan diwajah Tengku Reza yang agak tidak terurus dengan jambang yang mula tumbuh.

“Kenapa Nenda tak cerita benda ni kat Rez sebelum ni?” wajah keliru Nendanya ditatap.

“Nenda pun tak ingat Rez. Ni baru Nenda teringat. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke malam tu?” Puan Sri Mariam menyoal semula.

“Nenda … I think I know why Tris run away” perlahan dia bersuara. Wajahnya diraup lemah. Rambutnya yang sudah mula panjang diseka ke belakang.

Teringatkan perbualan antaranya dengan Ebit dan Kashah malam itu, dia yakin yang Trista mendengarnya. Tapi mengapa dia harus lari? Mengapa tidak diserangnya saja mereka bertiga? Dia lebih rela begitu daripada ditinggalkan Trista dengan cara begini.

Baru saja Puan Sri Mariam hendak bersuara kedengaran bunyi telefon Tengku Reza berlagu minta diangkat.

Melihat nama yang tertera diskrin telefonnya, pantas saja punat hijau ditekan.

“Assalalammualaikum Bah”
“Kat rumah Nenda”
“Yeke Bah?!”
“ Dia okay ke Bah? Sihat?”
“Yela … saya datang sekarang”

“Kenapa Rez? Tris dah balik ke?” tanpa menunggu lama, Puan Sri Mariam terus menyoal sebaik saja Tengku Reza menamatkan perbualan telefonnya.

“Alhamdulillah Nenda. Babah cakap Tris dah balik ke rumah. Sekarang ni dia tengah tidur. Rez kena gerak sebelum dia jaga. Nanti dia tau Rez nak datang dia lari lagi pula. Nanti bila semua dah selesai, Rez cerita dengan Nenda ye” Kedua belah pipi Puan Sri Mariam dikucup sebelum dia berlalu pergi.

Tiba di rumah Pak Halim, setelah bersalaman dan mendengar cerita ringkas dari Bapa Mertuanya itu Tengku Reza terus menuju ke bilik Trista. Mujur pintu tidak berkunci. Perlahan-lahan pintu dibuka dan ditutup semula. Langkah diatur perlahan menuju ke katil. Wajah Trista yang nampak keletihan ditatap penuh kerinduan.

Dengan penuh hati-hati dia melabuhkan punggung dibirai katil. Pipi yang agak cengkung itu diusap penuh kasih.

Trista yang merasa pipinya disentuh perlahan-lahan membuka matanya. Terus tegak badannya  apabila terpandang Tengku Reza di hadapan matanya.

“Awak …. Awak buat apa kat sini?” Lemah dia menyoal. Sebulan membawa hati yang terluka membuatkan marahnya sudah agak reda. Dia balik ini pun untuk mendapatkan penjelasan daripada mulut Tengku Reza sendiri. Dia mahu menyelesaikan apa juga kekusutan yang berlaku antara mereka.

“Sayang sihat? Sayang kemana sebulan ni? Bagai nak gila tau kami cari Sayang. Abang, Nenda, Babah, Fik dengan Nia  rindu sangat dengan Sayang tau” Tengku Reza menyahut soalan Trista dengan soalan. Nada suaranya lembut. Dia tak mahu terlalu menekan isterinya itu.

Trista menjarakkan sedikit kedudukannya dari Tengku Reza.

“Tris kecewa” ringkas jawapannya. Trista menundukkan wajah sambil bermain dengan cincin dijari manisnya. Walaupun dia sangat marah dengan Tengku Reza, tak tahu mengapa hatinya tidak tega untuk menanggalkan cincin pernikahan mereka itu.

Tengku Reza tersenyum melihat cincin nikah pemberiannya masih tersarung di jari manis Trista. Dia yakin yang marah Trista masih boleh dipujuk.

“Sayang …” Tengku Reza merapatkan duduknya dengan Trista. Dia kini duduk bersila berhadapan dengan isterinya itu. Kedua belah tangan Trista dicapai dan dikucup lembut. Trista hanya diam tanpa reaksi.

“Abang tahu Tris dengar apa yang Abang, Ebit dengan Kashah sembangkan malam tu kan? Sebab tu Sayang lari dari rumah. Kan?” Tengku Reza terus menebak. Ya. Dia yakin itulah sebabnya mengapa Trista melarikan diri. Mungkin merasa dirinya sudah tertipu.

Trista masih diam. Matanya masih memandang ke bawah.

“Abang takde niat pun nak tipu Sayang. Abang buat semua tu sebab nak pastikan samada Tris betul-betul sayangkan Abang ke tak” Tengku Reza menyambung lagi.

“Abang buat Tris macam orang bodoh. Nenda pun sama” masih ada rajuk dalam nada suaranya. Titis airmata yang mula jatuh pantas diseka oleh Tengku Reza. Tubuh Tris dirangkul erat ke dalam dakapannya. Dia menghela nafas dalam.

“Abang takut Tris. Abang takut kalau Abang terus terang, Tris akan desak Abang untuk teruskan dengan perjanjian kita. Abang tak sanggup kehilangan Tris. Abang cintakan Tris” Temgku Reza berbisik perlahan ketelinga Trista membuatkan esakan tangis isterinya itu semankin kuat kedengaran.

Tengku Reza tersenyum apabila terasa pelukannya dibalas. Kini dia yakin yang Trista juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Setelah beberapa minit menangis didada bidang suaminya, Trista meleraikan pelukan antara mereka. Airmatanya diseka lembut oleh Tengku Reza. Mereka sama-sama tersenyum.

Promise me, lepas ni Abang takkan tipu Tris lagi” Trista menuntut janji dari Tengku Reza.

Promise. Lepas ni, semua pun Abang akan bagitau Sayang. No matter how small the matter is” Tengku Reza membuat gaya tabik membuatkan Trista tergelak kecil.

Mereka kembali berdakapan. Masing-masing lega kerana segala yang tersimpul akhirnya terlerai antara mereka.

Tidak perlu terlalu banyak drama sekiranya hati sudah boleh ikhlas menerima dan memaafkan seadanya.

Untuk apa merumitkan perkara yang boleh diselesaikan hanya dengan memohon dan memberi kemaafan. Hidup sudah terlalu sukar. Usah membuatkannya lebih sukar dengan dendam dan prejudis. Betul tak? Tepuk dada, Tanya Iman.

TAMAT


************************************************************************

Alhamdulillah .... Akhirnya selesai juga CERPAN saya ni ... Alhamdulillah ...

Semoga berpuas hati dengan penamatnya. Sekiranya mengecewakan, maafkan saya dan saya akan cuba dengan lebih baik di masa akan datang ye ..

Thanks for reading!!

See you in my next Entry! InsyaAllah ...

P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(

XoXo
-AdiaLuze- 

2 comments:

  1. What a good story... Sy suka sangat dengan jalan ceritanya... Apa apa pun, keep it up!

    ReplyDelete

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template