SUASANA
di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom agak lengang
memandangkan jam baru menunjukkan ke pukul 5 pagi. Tadi, sebaik saja Puan Sri
Mariam sampai di Cameron Highland, dia terus saja pergi menjemput Trista
terlebih dahulu sebelum ke Hospital.
Sedari
sampai tadi, mereka hanya dibenarkan berada di ruangan menunggu memandangkan
Tengku Reza masih berada di dalam bilik pembedahan dan keadaannya dilaporkan
masih lagi kritikal. Puan Sri Mariam
sedari tadi asyik berendam dengan air mata sambil ditenangkan oleh Trista.
Kesedihan
yang dialami wanita separuh abad itu dapat dirasai oleh Trista. Meskipun dia
langsung belum melelapkan mata sedari malam tadi, segala rasa mengantuk
langsung tidak dirasainya disaat genting seperti itu.
Kelibat
doktor yang memakai seragam serba hijau yang baru keluar dari bilik pembedahan
pantas diterpa oleh Puan Sri Mariam. Trista turut membuntut dari belakang.
“Doktor,
macamana cucu saya doktor? Dia selamat ke? Teruk ke keadaan dia doktor?” Dengan
sedu-sedan yang masih jelas kedengaran, bertalu-talu soalan diajukan kepada
doktor yang baru menanggalkan topeng mukanya itu.
“Sabar
Puan … Cucu Puan dah melepasi tahap kritikal dan masih belum sedarkan diri.
Cuma …” Kata-kata yang terputus dari Doktor dalam linkungan umur 40an itu
membuatkan Trista dan Puan Sri Mariam semankin cemas.
“Cuma
apa doktor? Cuma apa??” Lengan Doktor sudah digoyang-goyangkan laju. Trista
merangkul erat tubuh Puan Sri Mariam sambil cuba menenangkannya.
“Cuma
… Isterinya tak dapat kami selamatkan” bukan hanya Puan Sri Mariam melongo
bahkan Trista turut sama memberi reaksi yang sama.
“Ap
… Apa maksud doktor isteri? Isteri cucu saya ada ni dengan saya … Apa maksud
doktor ni?” Semankin kusut jadinya. Bahu Trista yang sedang memeluknya dari
sisi turut dirangkul sama. Kini giliran Doktor tersebut mengerutkan kening.
Wajah Trista dan Puan Sri Mariam ditatap bersilih ganti.
“Maafkan
saya Puan … Err … Sewaktu kemalangan, cucu Puan ada bersama seorang wanita.
Saya ingatkan isterinya. Maafkan saya Puan” serba-salah salah jadinya doktor
tersebut kerana tersilap mrmbuat kesimpulan.
Netty!
Ya … Trista nyaris terlupa yang Tengku Reza kemalangan sewaktu dalam perjalanan
menghantar Netty pulang.
“Err
… Itu kawan dia … Netty nama dia. Saya kenal” Trista pantas bersuara. Tidak mahu
Puan Sri Mariam terus menyangka yang bukan-bukan.
Puan
Sri Mariam mengalih pandang pada wajah tenang Trista. Dia seolah-olah pernah
mendengar nama itu. Tapi, wajah si pemilik nama langsung tiada dalam kotak memorinya.
“Kalau
macam tu elok juga. Bolehlah Puan tolong saya hubungi waris terdekat mangsa
supaya mereka boleh membantu pihak Hospital untuk menguruskan jenazah mangsa”
Trista terdiam. Dimana Netty tinggal pun langsung tidak diketahui. Inikan pula
Mak Ayahnya. Lagilah dia tak tahu.
Ebit!
Ya! Ebit pasti tahu.
“Sekejap
ye Doktor. Saya kena telefon seseorang dulu.
Sebenarnya, saya sendiri tak berapa kenal dengan dia. Yang saya tahu dia
rakan sekerja suami saya” Trista cuba mereka alasan. Setelah mohon pamit dari
Puan Sri Mariam, dia menjauhi mereka sebentar lalu mencapai telefon untuk
menghubungi Ebit.
***
SUDAH
hampir 2 minggu Tengku Reza berada di Hospital. Sepanjang tempoh itu jugalah
dia masih belum sedarkan diri. Menurut Doktor Sulaiman, Doktor yang merawatnya,
keadaan itu biasa untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan maut seperti yang
dialami oleh Tengku Reza itu.
Tidak
sanggup melihat Puan Sri Mariam bersengkang mata menjaga Tengku Reza, Trista
telah menawarkan diri untuk menjaga suaminya itu di Hospital. Dia juga sudah
meletakkan jawatan di KFC kerana tidak mahu menyusahkan majikannya memandangkan
dia terlalu kerap mengambil cuti semenjak berkahwin.
“Air
… Air … Haus” Trista baru keluar dari bilik air sewaktu suara serak Tengku Reza
menyapa ketelinganya. Bergegas dia menghampiri katil dan kelihatan Tengku Reza
sudah mula sedarkan diri walaupun kelihatan amat lemah.
“Awak
… Awak dah sedar? Syukur, syukur Alhamdulillah … Kejap ye, saya panggilkan
Doktor dulu” tanpa menunggu lama, Trista terus meluru keluar untuk memanggil
Doktor Sulaiman. Setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat Illahi. Tanpa sedar, ada titis airmata yang jatuh
membasahi pipinya.
“So Tengku … You rasa you tau ke kat
mana you sekarang?” Doktor Sulaiman
memeriksa denyutan nadi Tengku Reza sambil bertanya. Pandangan jejaka itu jatuh
pada seraut wajah ayu yang sedari tadi setia berasa di sisinya dengan senyuman
yang tak lekang dari bibirnya dengan sebelah tangan gadis itu tak lekang dari
mengenggam tangannya.
“Err
… Hospital?” Dia akhirnya menjawab walau agak kurang yakin. Doktor Sulaiman tersenyum. Stetoskop yang
berada di telinganya dibuka dan disangkutkan ke leher.
“Tengku
kenal siapa yang kat sebelah Tengku ni?” Doktor Sulaiman bertanya lagi sambil
matanya memandang kearah Trista.
Tengku
Reza menatap lama wajah Trista sebelum menjawab.
“Awak
… Awak Trista. Isteri saya kan?” Trista tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Walau sedikit pelik kerana Tengku Reza tidak membahasakan dirinya kau-aku
dengannya namun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya, Tengku Reza masih
mengenalinya.
“Yup.
You are right. Tapi, Tengku ingat tak
apa yang terjadi sebelum Tengku masuk ke Hospital ni?” Doktor Sulaiman bertanya
lembut. Setakat ini, semua soalannya dijawab dengan betul oleh Tengku Reza. Dia
hanya mahu memastikan yang Tengku Reza tidak mengalami apa-apa gegaran di otak.
Kali
ini, kelihatan kening Tengku Reza berkerut-kerut seperti cuba mengingati
sesuatu. Sesekali matanya dipejamkan.
“Errrgghhh
… ! Saya tak ingat! Saya tak ingat!! ” Tengku Reza tiba-tiba menjerit sambil
menekap kepalanya dengan kedua belah tangannya. Trista sudah mula panik.
“Kenapa
dengan suami saya ni Doktor?” Lengan Tengku Reza di paut sambil pandangan penuh
kerunsingan dipusatkan pada Doktor Sulaiman.
“Nurse, give him 25mcg Ativan” Doktor Sulaiman mengarahkan
Jururawat yang membantunya untuk menyuntikkan sedatif bagi menenangkan Tengku
Reza yang sudah menjerit-jerit keresahan itu sambil meramas-ramas kepalanya
yang berbalut.
Beberapa
minit selepas itu, Tengku Reza sudah terkulai tidak sedarkan diri. Trista
membetulkan selimut yang menutupi tubuh suaminya itu.
“Puan
jangan risau. Tengku mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati sesuatu
perkara buat sementara waktu ini. Tapi saya tak rasa ianya sesuatu yang serius
memandangkan hasil CAT scan tak ada menunjukkan apa-apa yang pelik. Tengku
bernasib baik sebab masa kejadian dia sempat melompat keluar sebelum keretanya
menjunam ke dalam gaung. Tapi, the other
passenger was not that lucky” Doktor Sulaiman menyemak dan menandatangan
fail pemeriksaan sebelum digantung semula di kaki katil.
Mendengar
penjelasan tersebut Trista berasa agak lega tapi hatinya tetap terdetik
perasaan simpati terhadap nasib Netty yang tidak dapat diselamatkan. Terbayang
lagi diruang matanya wajah Ibu dan Bapa Netty sewaktu mereka datang menuntut
mayat anak mereka beberapa hari yang sudah.
Melihat
penampilan Netty sebelum ini, langsung tak terduga oleh Trista bahawa
rupa-rupanya, Ayah dan Ibu Netty merupakan seorang Ustaz dan Ustazah yang mengajar di seebuah
Sekolah Menengah di Kuantan.
Teringat
dia akan bait-bait lagu nyanyian Kumpulan Raihan, Iman Mutiara.
Iman tak dapat
diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Tapi
siapalah dia untuk menghukum dan mengadili Netty. Hanya Allah yang Maha
Mengetahui. Terbit rasa insaf dalam dirinya.
“Oklah
Puan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Biarlah Tengku berehat.
Nanti kalau dia sedar, Puan panggil Nurse atau boleh terus panggil saya” Ingatan
Trista terus melayang pergi apabila sapaan Doktor Sulaiman singgah ke telinganya.
“Baiklah
Doktor. Terima Kasih” Trista menghantar Doktor Sulaiman dan Jururawat yang
bersamanya keluar dengan pandangan mata.
Melihat
Tengku Reza yang sedang terlena baru dia teringat untuk memberitahu Puan Sri
Mariam tentang keadaan terkini suaminya itu lantas telefon bimbit di dalam
poket seluar dicapai.
------
SUDAH
seminggu Tengku Reza di benarkan pulang dari Hospital. Sepanjang tempoh itu,
dia masih belum mampu mengingati sepenuhnya tentang dirinya sebelum kemalangan
itu berlaku. Bila ditanya mengenai Netty dia akan diserang sakit kepala yang
terlalu teruk sehingga terpaksa diberikan ubat penenang. Oleh kerana itu, nama Netty
langsung tidak diungkit lagi.
“Terima
kasih sebab Tris sanggup jaga dan layan kerenah Rez sepanjang dia tak sihat ni”
Puan Sri Mariam menggenggam tangan Trista sewaktu mereka berdua sedang duduk
beriadah di Gazebo berhampiran dengan kolam ikan koi di taman mini di belakang
rumah Banglo 2 tingkat itu.
“Nak
terima kasih apa pula Nenda ni. Rez tu kan suami Tris. Dah memang tanggungjawab
Tris kan?” Trista menggulum senyum. Sesungguhnya dia ikhlas menjaga Tengku Reza
selama ini. Biarlah atas sebab apa sekalipun perkahwinan mereka, yang penting
sekarang Tengku Reza adalah suaminya yang sah.
Kalau
ikutkan perancangan asal, upacara penyerahan wasiat secara rasmi akan dilakukan
dalam masa 2 hari lagi. Namun, memandangkan kesihatan Tengku Reza tidak
mengizinkan, upacara tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum
ditentukan lagi. Lagipula, pada Trista, soal perjanjian antaranya dan Tengku Reza
bukan perkara utama dalam fikirannya buat masa ini.
“Tris!
Tris!” Entah dari arah mana, tetiba terpancul tubuh Mak Loma menghampiri Trista
dan Puan Sri Mariam dengan nafas tercungatp-cungap.
“Kamu
ni kenapa Loma? Dah macam kena kejar hantu dah saya tengok” Berkerut seribu
wajah Puan Sri Mariam memandang orang gaji yang muda beberapa tahun saja
darinya itu.
“Rez
Puan Sri … Dia baru je terjaga dari tidur. Buka je mata, nama Trista
yang
diserunya. Mujur saya memamg tengah bersihkan biliknya tadi. Kalau tak, melalak
melolong lagi la budak tu” Akhirnya Mak Loma bersuara setelah mengahnya hilang.
Puan
Sri Mariam hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala melihat telah Mak
Loma.
“Pergilah
Tris. Si Rez tu memang macam tu. Dari kecik, kalau sakit, dia automatik akan
jadi terlebih manja. Tapi yang peliknya, dia cuma manja kat orang yang terpilih
je. Dulu Mak Loma jadi mangsa. Sekarang ni, dah ada isteri, pandailah pula dia
tukar manja dia kat isteri dia pula” Puan Sri Mariam menerangkan tanpa dipinta.
Trista
turut tersenyum sambil meminta izin untuk berlalu ke bilik Tengku Reza.
“Sayang!”
Terkejut
Trista
apabila menyelak saja daun pintu, tubuhnya dirangkul dan dijulang sebentar
keudara sebelum pipinya dikucup hangat oleh Tengku Reza. Terkesima dia dibuatnya.
Wajah Tengku Reza yang tersenyum girang ditatap tanpa berkedip.
“Sayang
pergi mana? Lama tau Abang tunggu Sayang. Sayang taukan Abang takkan makan
selagi tak nampak muka Sayang?” Tengku Reza merengek manja sambil memimpin
tangan Trista
menuruni tangga menuju ke dapur untuk mencari juadah sarapan pagi.
Trista
hanya menurut tanpa kata.
Semenjak
kemalangan, panggilan Sayang-Abang memang sudah sebati antaranya dan Tengku
Reza. Namun, ini merupakan kali pertama Tengku Reza bertindak memeluk dan
menciumnya sebegitu. Selama ini, untuk tidur bersama pun, Trista
mampu lagi
mengelak dengan memberi alasan yang Tengku Reza kena tidur berasingan dengannya
memandangkan yang kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan dia juga tidur
buas. Bimbang jika Tengku Reza dicederakannya tanpa sengaja. Walau dengan muncung
sedepa, Tengku Reza masih boleh menerima alasan yang diberikan.
“Sayang,
Abang rasa Abang dah sihat. So, malam ni, tak payahlah Sayang tidur kat Sofa
Bed lagi kan?” Tanpa diduga kata-kata yang cukup menyeramkan bagi Trista
akhirnya
perpacul juga. Hampir tersembur mee goreng yang baru dimasukkan ke dalam
mulutnya.
‘Errrrkkk!!
Apa aku nak kelentong pulak kali ni?!!’ Trista
menjerit dalam hati.
“Memanglah
Abang rasa Abang dah sihat. Tapi doktor kata Abang masih belum pulih sepenuhnya
kan? Dahla Tris ni ganas masa tidur. Kalau Tris tertumbuk Abang macamana?
Bergegar lagi otak Abang, lagi lambat nak baik” Trista
cuba memberi helah yang
terbaik dia boleh fikirkan.
“Abang
tak kira! Tris kena tidur dengan Abang juga malam ni! Kalau tak … “ pantas
mulut Tengku Reza ditekup erat. Bimbang jika Puan Sri Mariam atau Mak Loma
terdengar kata-kata Tengku Reza. Tak pasal-pasal, kantoilah rahsianya tak tidur
sekatil dengan suaminya itu.
“Okay
… Malam ni kita cuba tidur sama. Tapi kalau Tris terkarate Abang, jangan cakap Tris tak warning ye. Abang yang cari nahas” Akhirnya Trista
mengalah namun
dalam kepala, sudah tersusun rancangan lain. Dia tersengeh jahat.
Mendengar
kata-kata Trista
, lebar saja senyuman di bibir Tengku Rez. Dengan gembira,
hidangan sarapan pagi dijamahnya sambil matanya tak habis-habis memandang ke
arah Tris yang duduk di hadapannya.
Malam
yang dinantikan oleh Tengku Reza dan digeruni oleh Trista
akhirnya tiba juga.
“Cepatlah
Sayang. Meh sini kat sebelah Abang. Dah lewat dah ni” Tengku Reza bersuara
girang sambil menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Tris masih tercegat
berdiri disisi katil tanpa bergerak.
Walau
puas dilengahkan, akhirnya tak mampu lagi Trista
untuk mengelak memandangkan jam
sudah menginjak ke pukul 12 malam. Hendak terus menonton tv, nanti apa pula
Puan Sri Mariam kata.
Perlahan-lahan
Trista
duduk di birai katil. Dalam hati ibarat diri umpama rusa yang dengan rela
hati menunggu leher ditokak oleh Sang Harimau.
Tengku
Reza yang sememangnya kurang tahap kesabarannya terus mencapai lengan Trista
dan
ditarik terus ke dalam pelukannya. Terkejut monyet Trista
dibuatnya. Tanpa
sebarang amaran, laju saja tangannya menolak tubuh Tengku Reza dengan kuat
sehingga tubuh kekar itu jatuh terperosok di sisi katil.
“Adoooiiiiiii
….” Trista
pantas menghampiri Tengku Reza yang sudah mengogoi kesakitan sambil
tangan mengusap punggungnya yang terhenyak agak kuat di atas lantai.
Hendak
tergelak Trista
melihat wajah Tengku Reza yang berkerut beribu menahan sakit.
“Haaa
… Tula Abang … Siapa suruh gelojoh sangat. Tris ni memang tak boleh terkejut.
Ni baru sikit tau. Kalau tidur Tris lagi ganas dari ni. Abang sanggup ke?” Trista
cuba menduga lagi.Berharap dalam hati yang Tengku Reza berubah hati dari terus
mengesanya untuk tidur bersama.
“Eh
… Takpela … Abang okay la. Sikit je ni. Abang boleh tahan. Sayang jangan
risaulah” Tengku Reza pantas berdiri sebelum memusingkan bahagian atas badannya
ke kanan dan ke kiri sambil tersengih lebar. Trista
turut tersengih. Tak berapa
ikhlas.
Malam
yang selalunya menjadi waktu untuk beristirehat dengan tenang menjadi satu
igaun ngeri buat Trista. Sepanjang malam tidurnya tidak nyenyak dek kerana
terpaksa berpura-pura tidur ala-ala Rambo. Sekejap tangannya diletakkan kemuka
Tengku Reza dan selang setengah jam dia mengubah posisi tidurnya ala-ala Tapak
Sulaiman. Pantang Tengku Reza hendak memeluknya saja, dia akan segera
menggeliatkan tubuhnya dan nyaris juga wajah Tengku Reza didebiknya. Nasib baik
suaminya itu sempat mengelak.
Trista
pasti yang tidur Tengku Reza turut sama terganggu. Dia cukup yakin yang selepas
ini, lelaki itu pasti serik untuk mengajakkan tidur bersama.
***************************************************************
ALHAMDULILLAH ... Berjaya jugak Episod 3 ini diselesaikan. Seperti yang diduga, CERPEN saya ini akan menjadi CERPAN oleh kerana ketumpulan idea penamat ^_^
Anyway .... Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke blog saya dan drop comment minta Entry terbaru ... InsyaAllah, saya akan cuba jadi lebih produktif . Fighting!!
See you in my next Entry! InsyaAllah ...
P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(
P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(
XoXo
-AdiaLuze-
Update lg sis
ReplyDeleteSis..update cerita yg blm habis plz..
ReplyDeleteSelalu tnggu update dri sis taw..😄😄