Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, March 28, 2017

KISAH KAMI : BAB 31

PAGI itu, seawal jam 5, aku sudah terjaga dari tidur. Perlahan-lahan tangan Rayyan yang melingkari pinggang kualihkan dan langkah kaki segera kuatur ke bilik air. Setelah pasti pintu sudah terkunci rapat, cermin didinding aku tatap lama. Kepala cuba memproses apa yang terjadi diantara aku dan Rayyan malam tadi. Tiba-tiba pipiku berubah warna kemerahan. Jari jemariku sudah berapa di bibir yang masih terasa kehangatan kucupannya malam  tadi. Aduh! Macamana aku hendak berhadapan dengan Rayyan selepas ini?

Walau tiada yang lebih-lebih berlaku antara kami, tapi, bila memikirkan yang aku elok sahaja terlena di dalam pelukan hangatnya sehingga kepagi membuatkan dada berdegup kencang.

Okay Saf. Relaks. Tak ada apa-apa pun yang jadi. Relaks. Okay, tarik nafas. Lepas. Tarik. Lepas.

Setelah agak reda rentak jantung, aku segera membersihkan diri sebelum mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh dan mengejutkan Rayyan sama.

Selesai solat subuh berjemaah bersama Rayyan, aku segera ke dapur untuk membantu Mak Som dan Puan Sri Maria menyediakan sarapan pagi. Tidak betah berlama-lama di dalam bilik berduaan dengan Rayyan yang asyik merenungku dengan pandangan yang boleh kukategorikan sebagai nakal atau dengan lebih tepat, gatal!

Memandangkan sekolah masih bercuti, Rania kubiarkan tidur dengan lebih lama. Rambut yang masih basah kubiarkan lepas dengan cekak berwarna putih merah kukenakan ke kepala agak nampak lebih kemas.

"Selamat pagi Mama, Mak Som" Aku menegur sebaik sahaja sampai di dapur. Puan Sri Maria yang sedang menyedokkan sambal tumis ikan bilis dari dalam kuali menoleh lantas tersenyum memandangku. "Ha eloklah Saf dah turun. Mama nak minta Saf buatkan cekodok kentang yang Saf buat hari tu. Sedaplah. Tiba-tiba pula teringin" Mangkuk kaca yang sudah penuh terisi sambal dibawa ke atas meja makan yang sudah siap tersusun rapi.

Tadi, sewaktu aku melintasi meja makan tersebut, semangkuk besar nasi lemak dan beberapa piring hidangan pelengkap seperti hirisan timun dan telur rebus sudah siap tersedia.

"Eh, Mama ni tiba-tiba teringin, mengidam ke?" Aku tersenyum mengusik. Kabinet dapur kubuka dan bahan-bahan untuk membuat cekodok kentang aku keluarkan satu persatu. "Isk. Ke situ pula kamu ni. Mama ni tunggu kamu tambahkan cucu untuk Mama je sekarang ni. Takkan dah tua-tua macam ni nak tambah anak" pinggangku dicuit membuatkan aku menggeliat kegelian sambil tergelak kecil.

Ada rasa malu yang menerjah apabila mendengar kata-kata dari Mak Mertuaku itu. Cucu? Baru tiga bulan takkan dah nak aku bagi dia cucu kot? Hish! Seram pula aku bila memikirkan kemungkinan yang aku bakal menjadi ibu dalam usia yang aku kira masih terlalu muda ini.

Entah kenapa, aku cuba membayangkan bagaimana agaknya nanti kalau aku mengandung. Kemana-mana dengan perut yang memboyot dan Rayyan pula memimpin Rania. Terasa kelakar pula bila difikir-fikirkan.

"Menung apa tu? Cepatlah bancuh cekodok tu. Nanti bolehlah Mak Som tolong gorengkan" Terasa bahuku dicuit dan wajah Mak Som yang sedang menyunggingkan senyuman di sebelah kupandang.

Aku melihat kesekeliling dan baru aku sedar yang Puan Sri Maria sudah meninggalkan kami berdua di dapur. "Mama mana Mak Som?" Aku bertanya dengan tangan ligat mengupas kentang satu persatu."Tula. Asyik berangan saja. Mak Mertua pergi pun tak sedar. Dia naik ke atas, kejutkan Tan Sri" Mak Som masih tersenyum. Pandangannya padaku agak berlainan saat ini.

"Kenapa Mak Som pandang Saf macam tu?" Aku bertanya. Kentang yang sudah di kupas aku potong memanjang dan aku rendam ke dalam mangkuk berisi air agar tidak lebam.

"Berseri-seri je Mak Som tengok muka Saf pagi ni" Mak Som berkata dalam nada berbisik membuatkan aku segera berpaling kearahnya."Isk. Berseri-seri apanya pula Mak Som ni. Macam biasa jela. Mana ada berseri apa pun" Aku menjawab dalam nada yang sedikit gelabah. Tangan masih ligat membancuh tepung yang sudah dimasukkan bawang,kentang, air suam dan juga sedikit garam.

"Ada apa-apa jadi ke malam tadi" bisik Mak Som perlahan sambil mencapai adunan cekodok yang telah sudah siap aku bancuh dan satu persatu acuan tangan sebesar biji cempedak dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak yang sudah panas berasap. Bulat mataku memandang kearahnya. Tergelak kecil dia apabila terpandangkan reaksiku.

"Saf, pergilah kejutkan Ray dengan Rania. Bolehlah kita sarapan sekali. Mama nak ke butik sekejap lagi. Papa pun tengah bersiap nak pergi kerja. Cekodok tu biarlah Mak Som yang sudahkan menggorengnya" Puan Sri Maria yang sudah siap mengenakan sepasang jubah gabungan warna hitam dan magenta serta tudung yang sedondon bersuara dari arah pintu yang memisahkan ruang makan dengan ruang dapur. Jam didinding kukerling sepintas lalu. Sudah pukul 8 rupanya. Patutlah masing-masing sudah bersiap ke tempat kerja.

"Ha .. Yela Ma" Mak Som yang masih tersenyum penuh makna pantas aku tinggalkan. Malas hendak terus melayan soalan-soalannya yang hanya akan membuatkan aku malu sendiri. Langkah segera kuatur ke bilik Rania terlebih dahulu kerana anak kecil itu perlu kumandikan.

Selesai menyiapkan Rania dan menyuruhnya agar turun menungguku dimeja makan, aku melangkah perlahan menuju ke bilik tidurku dan Rayyan.

Aku menarik nafas dalam dan tombol pintu kupulas perlahan-lahan. Dengan aksi gerak perlahan, aku menjongolkan kepala dicelah pintu yang sudah terbuka sedikit. Pandangan mataku meliar kesekeliling bilik. Berkerut dahiku apabila kelibat Rayyan tidak kelihatan. Katil dan Sofabed sudah siap tersusun rapi. Aku cuba memasang telinga dan akhirnya menarik nafas lega apabila terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik mandi. Barulah rasa yakin untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu kukatupkan semula.

Sudah menjadi kebiasaan untuk aku menyediakan sepersalinan pakaian buat Rayyan sebaik sahaja dia selesai mandi. Segera aku membuka almari pakaian yang terletak di dalam bilik sederhana besar yang bersambung dengan bilik tidur kami yang memang dikhaskan sebagai walk-in wardrobe dimana terletaknya beberapa buah almari pakaian pasang siap berwarna walnut dikelilingi oleh cermin yang tingginya hampir mencecah ke siling .

Pengalaman aku sebagai Curtains Consultant di Greta's Curtain ternyata berguna juga dalam menjalankan tanggungjawab untuk memilih pakaian untuk Rayyan.

Mana tidaknya, dengan deretan pakaian yang dimiliki oleh suamiku ini, pasti mudah sahaja untuk aku membuat kesilapan dalam proses mix and match dalam membuat pemilihan. Dengar macam kerja mudah. Tapi, 3 bulan menjadi isteri kepada Rayyan Iskandar sudah cukup untuk membuatkan aku faham benar dengan kepekaan suamiku ini tentang fesyen terkini.Cerewetnya, ya ampun! Boleh bernanah telingaku apabila dia mula membebel mengenai kepentingan gaya penampilan diri dikhalayak ramai, hatta di dalam rumah sekalipun.

Setelah puas membelek dan mengambilkira kemungkinan dia ada urusan di luar hari ini, aku terus memilih sepasang baju tshirt putih berkolar V jenama Georgio Armani dan dipadankan dengan seluar jeans levis berwarna biru lusuh.

"Pandai Saf pilih" terkejut aku mendengar suara Rayyan berkumandang betul-betul di belakangku. Hampir melatah aku dibuatnya. "Astaghfirullahalazim! Terkejut saya, awak ni!" Aku mendengus marah sambil menjelingnya geram. Hilang segala panggilan 'Saf' dan 'Abang' antara kami. Dia hanya tersenyum. Menayangkan sepasang lesung pipit yang sememangnya menjadi daya penariknya itu.

"Nah ni baju awak. Nanti kalau dah siap turunlah bawah. Semua tengah tunggu nak sarapan sama-sama tu" Pakaian yang telah aku pilih segera aku serahkan padanya. Wajah segera kupalingkan apabila tersedar yang Rayyan hanya mengenakan sehelai tuala membaluti bahagian bawah tubuhnya sahaja. Kali pertama susuk tubuhnya yang sasa dapat kulihat dengan jelas semenjak kami berkahwin. Tiba-tiba pipi terasa panas.Ah sudah! Mesti muka aku dah macam udang kena panggang ni.Haish!!

Belum pun sempat aku melangkah untuk melarikan diri darinya, lenganku dipautnya pantas.Dalam sekelip mata aku sudah berada dalam dakapannya. Terpana aku dibuatnya. Kami berada dalam posisi itu untuk beberapa ketika.

"You smell so nice la sayang " Menyedari kelainan dari nada suaranya, pelukannya segera aku leraikan. Sebelum sempat dia menahan, aku sudah meluru laju ke pintu bilik.

"Gatal!" Getusku geram sambil menjelirkan lidah kearahnya. Semankin terasa sebal hatiku apabila dia hanya menyahut dengan deraian tawa yang boleh kudengar walaupun pintu bilik sudah kututup rapat. Pipi yang terasa panas aku pegang sambil menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Rayyan Iskandar memang pandai membuatkan wajahku sering berubah warna seperti udang kena bakar!

SELESAI sahaja bersarapan, Tan Sri Rasydan terus bergerak ke pejabat manakala Rania mengikut neneknya ke butik. Aku menolong Mak Som mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang kotor di sinki. Bibik Janah dan Suryanti pula mula sibuk dengan aktiviti mengemas banglo 3 tingkat ini merangkap juga kerja-kerja mencuci kain baju. Rayyan kulihat sedang duduk santai di ruang tamu sambil membaca suratkhabar dengan tv yang terpasang.

Sebaik sahaja selesai mencuci pinggan, telefon yang kuletakkan di atas peti sejuk mula berlagu minta diangkat. Tangan segera kulapkan dengan tuala kecil yang sememangnya disangkutkan di pengantung berhampiran dengan sinki. Skrin telefon aku tatap dengan dahi berkerut. Daniel? Ada apa pula mamat ni telefon aku ni? Dalam hati aku tertanya-tanya sendiri.

"Assalammualaikum" Aku cuba menjawab dalam nada setenang yang mungkin.

"Waalaikummussalam. Hai Safiyyah. Ni saya ni, Daniel. Err .. awak sibuk ke? Saya menganggu awak ke?"  bertubi-tubi soalan diajukan.

"Eh. Takdalah. Mana ada awak menganggu. Saya baru je habis cuci pinggan mangkuk. Ada apa awak call saya Daniel?" Aku melabuhkan punggung di atas kerusi makan.

"Emm .. Nothing. Saja je. Just nak dengar suara Safiyyah je. So, Rayyan dah balik ke?" Jawapannya membuatkan aku agak keliru. ‘SAJA’? Sebab tu je dia call aku?

"Safiyyah? Awak dengar tak saya tanya ni?" suara yang kedengaran di corong telefon membuatkan aku sedikit tergamam.

"Err .. Sorry. Hmm .. Rayyan ada.  Awak nak cakap dengan dia ke?" Aku menjenguk ke ruang tamu untuk melihat kelibat Rayyan sekiranya dia masih berada di situ.

"Cari siapa tu?” Suara yang kedengaran dari arah belakang membuatkan aku agak terkejut. Cepat-cepat aku menoleh dan pandangan mataku menyoroti langkah Rayyan yang sedang mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan denganku.

Bila masa pulak la dia ni ada kat belakang aku. Dahiku mula berkerut. Pandangannya tertumpu padaku dengan kening yang dinaikkan menunggu jawapan daripadaku.

"Eh takpela. Kalau saya nak cakap dengan Rayyan, dah lama saya call dia direct kan. So, hujung minggu ni awak ada plan nak pergi kemana-mana ke?" Belum sempat aku membuka mulut menjawab soalan Rayyan, Daniel pula sudah melontarkan soalan kepadaku.

"Err .. hujung minggu? Err .. Emmmm ... tak tahu lagi. Kena tengok Rayyan la. Takut dia dah ada plan dia sendiri" Mataku tertacap kewajah Rayyan yang mula berkerut apabila namanya disebut.

"Eh, bukan hujung minggu ni dia dah kena 'fly' lagi ke?" pertanyaan dari Daniel membuatkan aku berfikir sejenak. Cuba mengingatkan sekiranya Rayyan ada memberitahu tentang jadual penerbangannya padaku.

"Yeke .... ? Takpelah. Nanti saya confirmkan balik dengan dia. Oklah Daniel. Saya ada kerja sikit nak buat. Hmm .. Esok-esoklah kita sambung sembang ye. Assalammualaikum" punat merah segera kutekan setelah Daniel  menjawab salamku. Lemah saja kedengaran suaranya.

"Siapa? Daniel?" Ringkas soalan yang meluncur keluar dari mulut Rayyan. "Ha? Hmm .. Ha'ah Daniel. Hmm ... Kawan awaklah. Yang kita jumpa masa majlis kat rumah Katrina hari tu" Aku menerangkan sambil bangun dari tempat duduk.

Memandangkan Rania tiada, aku berkira-kira ingin merehatkan diri di dalam bilik sambil membaca novel-novel yang masih belum sempatku baca.

"Nak kemana tu? Abang belum habis tanya ni. And one more thing, mulai sekarang, Abang tak sukalah Saf ber'awak-awak' dengan Abang" Ada ketegasan dalam nada suara Rayyan. Aku menoleh kearahnya.

"Hmm .. Kalau macam tu nak panggil apa?" Aku bersuara selamba. Masih berdiri bersandarkan kerusi makan.

"Panggil Abang. Kalau tak nak, Saf boleh panggil Baby ke, Darling ke, Honey ke .. You choose" Lemah terasa lutut aku mendengar permintaannya itu. Terpamer senyuman nakal dari bibirnya.

"Ok. Clear? Sekarang berbalik pada hal Saf dengan Daniel tadi, mana dia dapat nombor telefon Saf?" Aduyai. Ini yang malas aku nak terangkan ni. Mesti banyak lagi soalan susulan yang akan keluar dari mulutnya nanti. Akhirnya aku mengambil tempat duduk di hadapannya semula. Keduabelah tangan kuletakkan di atas meja makan.

"Ok. Macam ni. Hari tu kan ada kenduri arwah kat rumah Umi kan? Pagi tu, sebelum pergi rumah Umi, saya singgah dulu kat Jusco, 1Utama. Nak belikan barang dapur untuk Umi. Masa kat situlah terserempak dengan si Daniel tu. Sebelum balik, sempat la kitaorang tukar-tukar nombor telefon. Kenapa? Awa .. Err .. Abang  marah ke?" penjelasan kuakhiri dengan soalan untuknya. Keningku terangkat sambil wajahnya kutatap. Dia juga kulihat sedang memandang kearahku. Tak tahu kenapa saat ini, degupan jantungku boleh berdegup dalam kadar normal, tidak seperti selalunya bila pandangan kami bersatu seperti ini. Bibirnya menyunggingkan senyuman.

"Jangan rapat sangat dengan Daniel tu. Abang kenal sangat dengan dia tu" Kata-katanya membuatkan keningku berkerut.

"Kenapa?" Terlontar juga soalan yang bermain-main difikiranku. Tajam  pandangannya padaku saat ini.

"Tak perlulah Saf tahu. Lagipun Abang tak suka nak ceritakan pasal keburukan orang lain" Dia menyandarkan badan ke kerusi. Riak wajahnya tenang sahaja.

"Tapi tak salah kan kalau saya nak berkawan dengan dia?" Aku masih cuba memancing agar dia memberi sebab yang lebih kukuh mengapa dia tak menyenangi aku rapat dengan Daniel, kawannya sendiri.

"Saf dah lupa ke apa yang Abang pernah cakap dengan Saf masa kat Dungun dulu?" ligat ingatanku berputar kembali kepada perbualan kami di persisiran pantai diawal pertunangan kami dahulu. Sememangnya dia sudah awal-awal lagi mengingatkan agar aku membataskan pergaulanku dengan lelaki lain yang bukan muhrim kerana dia tidak menyukainya. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri.

"Abang bukan nak mengongkong Saf. Tapi, percayalah. This is for your own good. Abang bukan selalu ada kat sini. Abang tak nak kalau Abang balik, ada cerita kurang enak pasal Saf sampai kat pendengaran telinga Abang" tenang dia menerangkan seolah-olah memujuk. Aku masih mendiamkan diri. Cuba mencari kerasionalan dalam kata-katanya. Pandangan mata kami masih bertaut.

"Saf ada kerja rumah lagi ke yang tak settle?" tiba-tiba dia mengubah tajuk perbualan kami. Lain benar kurasakan gaya senyumannya saat ini.
"Err .. rasanya dah tak ada. Kenapa?" berkerut dahiku memandangnya.
"Kalau macam tu .. Jom kita ... " dia tak menghabiskan kata-katanya. Dia sudah bangun sambil tangan kanannya dihulurkan kepadaku. Senyuman yang sedikit aneh pada penglihatan mataku masih lagi menghiasi bibirnya.

"Nak kemana?" aku masih duduk dengan memandangnya dengan seribu kerutan didahi. Dia masih tersenyum sambil perlahan-lahan melangkah menghampiriku apabila tangan yang dihulurkan tak kusambut. Aku memandangnya dengan mata yang sengaja aku kecilkan. Lain macam saja perangai si Rayyan ni. Naik seram pula aku rasa bila melihat riak wajahnya ketika ini.

Rayyan sudah berdiri di sebelah kupandang dengan wajah yang penuh persoalan. Sebelah tangannya diletakkan di atas meja manakala sebelah lagi tangannya diletakkan di belakang kerusi yang aku duduki. Wajahnya didatangkan dekat kepadaku sehingga membuatkan badanku spontan berkalih sedikit ke kiri bagi mengelak hidungku berlaga dengan hidungnya. Aku memejamkan mata rapat-rapat apabila wajahnya semankin mendekat dengan senyuman menggoda. Jantungku sudah mula berdegup rancak.

"Don't worry my dear, I won't force you until you ready" pantas dahiku dikucup sebelum dia berlalu dengan tawa nakalnya. Aduh!! Sesak nafasku dibuatnya. Bencinya bila Rayyan mengusik aku begitu!!! Tak suka! Tak suka!!!

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template