“SHARIFAH Izzara Syed Imtiyaz! This is the last time I’m warning you little
lady. Please give back your brother that toy and stop pulling his hair”
Setelah beberapa kali menegur dalam nada suara yang lembut, akhirnya suaranya
naik beberapa oktaf. Perut yang sudah memboyot ke depan diusap-usap sambil cuba
menenangkan dirinya.
Matanya
tajam memandang ke arah gadis kecil berusia empat tahun yang sebelah tangannya
mengenggam rambut seorang budak lelaki berusia dua tahun yang sedang
teresak-esak menangis dan sebelah tangan lagi merebut anak patung panda dari
pelukan budak kecil itu.
“Tapi
panda ni Izz punya! Adam yang ambil dari Izz!” Gadis kecil itu melawan
pandangan mata Ammara tanpa rasa bersalah. Kedudukan keduabelah tangannya masih
lagi seperti tadi. Adiknya, Adam semakin kuat tangisannya. Ammara menarik nafas
dalam dan panjang sambil memejamkan mata beberapa detik cuba meredakan
kemarahannya.
“Hey
… Kenapa ni Sayang? Izzara? Adam?” Ammara menarik nafas lega sebaik sahaja
suara Imtiyaz menjengah kependengarannya. Imtiyaz menghampiri Ammara dan
ubun-ubun isterinya itu dikucup lembut. Sebaik sahaja mata mereka bertetntang,
tanpa bersuara, Ammara terus membuat isyarat mata kepada Imtiyaz sebelum
melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan anak-anaknya. Imtiyaz yang sudah
benar-benar faham dengan bahasa isyarat isterinya itu terus menghampiri
anak-anaknya sambil melonggarkan tali lehernya dan membuka kot yang dipakainya
dan diletakkan di atas pemegang tangan sofa yang diduduki Ammara yang sudah
meyandarkan tubuh sambil mengosok-gosok perutnya yang sudah sarat itu.
“Papaaaaa
… Tengoklah Adam ni. He took my panda
bear and don’t want to give me back … And
Mama marah Izz” Izzara sudah mula menangis sebaik sahaja Imtiyaz menghampirinya
dan Adam.
“Mula
la tu drama airmatanya. Tadi elok je lawan mata dengan Mama. Nampak je Papa dia
terus melalak pula” Ammara bersuara sambil memandang tiga beranak yang sudah
berpelukan itu. Izzara sedang merangkul leher Imtiyaz dengan wajah disembamkan
keleher Papanya manakala tubuh Adam dipeluk oleh Imtiyaz di bawah ketiaknya.
Ammara akhirnya menggariskan senyuman melihat keadaan Imtiyaz yang sudah duduk bersila
di atas lantai sambil masih cuba memujuk tangis keduaorang anaknya dengan
tenang dan sabar.
Senyum
dibibir Ammara tiba-tiba bertukar menjadi jeritan halus apabila perutnya
tiba-tiba dirasakan menegang. Imtiyaz yang terdengar jeritan isterinya itu
terus meluru ke arah Ammara dan diekori rapat oleh Izzara dan Adam yang turut
cemas apabila melihat wajah Ibu mereka yang sedang menyeringai kesakitan.
“Sayang
…. Kenapa ni? Are you having a
contraction?” Sebelah tangan Imtiyaz mengenggam erat tangan Ammara manakala
sebelah lagi memeluk bahu isterinya itu. Wajahnya sudah menayangkan riak cuak.
Izzara dan Adam masing-masing berdiri di hadapan Ibu mereka dengan wajah yang
agak bingung. Masih kurang mengerti apa yang sedang berlaku ketika itu.
"Yeah
… Aaahhh … Tapi …. Due date Sayang
kan lagi dua minggu .. Aaahhh …”Ammara menjawab dalam kesakitan. Perutnya mula
mengeras dengan lebih kerap. Dahulu, sewaktu melahirkan Izzara dan Adam, dia
melahirkan tepat pada masa jangkaan yang diberikan doktor. Tapi kali ini
mengapa tandanya terjadi terlalu awal. Peluh dingin sudah mula terbit
didahinya.
“Dah,
jom kita ke Hospital. On the way
nanti Abang call Umi dengan Walid
untuk jumpa kita kat sana” Imtiyaz cuba berlagak tenang walau jantungnya sudah
rasa seperti mahu tercabut ketika itu. Dia perlahan-lahan memapah tubuh
isterinya menuju kekereta. Izzara dan Adam masih membontot Ibu dan Bapa mereka
walaupun mereka sendiri masih lagi tak mengerti apa yang berlaku sebenarnya.
Mujur semua barang keperluan memang sudah sedia ada di dalam bonet kereta. Maka
persiapan mereka ke Hospital menjadi lebih lancar dan mudah.
“Tiyaz
… Macamana Ammara?” Datin Suhana yang baru tiba terus meluru mendapatkan
Imtiyaz yang sedang duduk diruang menunggu dengan Izzara sedang lena tidur
berbantalkan pehanya dan Adam pula di atas bahunya. Datuk Muzaffar, Imtithal,
Ammar dan Fatin turut sama menghampirinya.
“Masih
kat dewan bedah Umi. Doktor kata dia terpaksa buat pembedahan sebab baby songsang dan terbelit tali pusat”
Imtiyaz memandang Datin Suhana yang sudah berdiri di hadapannya sambil mengelus
lembut kepala Adam dengan pandangan lesu. Ikutkan hatinya, sudah lama dia
berkeras untuk turut serta di dalam Dewan Bedah untuk menemani isteri
kesayangannya yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ketiga
mereka.Namun, apabila memikirkan Izzara dan Adam, dia kuatkan hati untuk
menunggu dengan sabar sehingga pembedahan selesai.
“Doa
banyak-banyak. InshaAllah semuanya akan selamat. Ammara kuat” Datin Suhana
mengelus pipi Imtiyaz sambil menayang senyum kasih seorang Ibu. Cuba
menenangkan hati anak sulungnya yang pasti sedang bergelodak.
“Tihal,
tolong angkat Adam ni dan bawa dia baring kat surau. Selesa sikit. Bagi Abang
kamu ni rehat sekejap” Datuk Muzaffar bersuara lembut dan Imtithal hanya
menurut tanpa bantahan. Adam bergerak sedikit apabila berubah tangan namun dia
menyambung tidur di atas bahu Imtithal dengan keduabelah tangannya merangkul
leher Mak Ngahnya itu dengan erat.
“Izz
… Izzara sayang … Bangun … Jom ikut Mak Long sayang … kita pergi baring kat
surau … Ariana pun ada ni nak teman Izz” Tanpa disuruh, Fatin mengejutkan
Izzara yang mula terpisat-pisat bangun. Nampak riak diwajahnya ingin menolak
namun sebaik sahaja tangannya digenggam Ariana, anak Ammara dan Fatin yang
berusia enam tahum, Izzara terus bangkit dan bergerak mengikut Ariana dan Fatin
mengikut langkah Imtithal dan Adam yang sudah bergerak ke surau Hospital
terlebih awal tadi.
Datin
Suhana terus mengambil tempat duduk di sebelah Imtiyaz dan bahu anaknya itu
dipeluk erat. Imtiyaz menyandarkan kepalanya kedinding dengan mata dipejamkan.
Cuba menenangkan hatinya sendiri yang masih dirundung kerisauan. Ammar turut
menghampiri Imtiyaz dan bahu adik iparnya itu ditepuk lembut.
Dua
jam berlalu namun bilik pembedahan masih lagi tertutup rapat. Beberapa kali
pintu terbuka dan jururawat bergegas keluar masuk namun apabila Imtiyaz dan Ammar
bertanya mengenai keadaan Ammara, setiap seorang dari mereka hanya membisu
tanpa memandangan kearahnya. Itu membuatkan hatinya bertambah gundah.
Datin
Suhana dan Datuk Muzaffar masih kekal setia disisi anak lelaki mereka. Cuba
memberi kekuatan dengan kehadiran mereka. Mereka akur bahawa tiada kata yang
mampu dizahirkan untuk meredakan gelora rasa yang dialami Imtiyaz saat itu.
Bunyi
pintu bilik pembedahan yang terbuka membuatkan Imtiyaz pantas tegak berdiri dan
terus bergegas menghampiri Doktor Ahmadi yang merupakan doktor keluarga mereka
yang baru melangkah keluar dan sedang memandang tepat kepadanya. Ammar, Datin
Suhana dan Datuk Muzaffar turut membontot dari belakang.
“Macamana
isteri dengan anak saya doktor? Mereka selamat ke? Ada apa-apa yang jadi ke
semasa pembedahan tadi? Macamana …” belum sempat Imtiyaz meneruskan soalannya
yang bertali arus itu, keduabelah bahunya sudah dipegang kejap oleh Doktor
Ahmadi yang sudah menayang senyuman yang menenangkan.
“Encik
Imtiyaz. Bertenang ya. Istighfar dan mengucap. Isteri Encik dan anak lelaki
Encik kedua-duanya selamat, Alhamdulillah” kata-kata yang baru keluar dari
mulut Doktor yang berusia dalam lingkungan 50 an itu membuatkan Imtiyaz meraup
wajahnya kelegaan. Ucapan syukur kedengaran berkumandang dari mereka semua yang
sedari tadi menunggu dalam keadaan resah dan gelisah.
Imtiyaz
berpaling kepada Umi, Walid dan Abang Iparnya dan mereka berpelukan dengan rasa
syukur tak lekang dari mulut masing-masing. Ammar dan Datuk Muzaffar
menghampiri Doktor Ahmadi untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih. Datin
Suhana yang mengekor di belakang sebelum berdiri di sebelah suaminya turut
mengucapkan terima kasih.
Ammar
meminta izin untuk menyampaikan berita tersebut kepada Fatin dan Imtithal yang
masih berada di surau manakala Datuk Muzaffar dan Datin Suhana turut sama untuk
melakukan solat syukur. Imtiyaz berpaling semula kearah Doktor Ahmadi yang
masih tersenyum kearahnya.
“Boleh
saya masuk Doktor?” Imtiyaz meminta izin sambil tangan menyeka airmata yang
sudah beberapa titis mengalir dipipinya. Tidak pernah dadanya rasa selapang
ini. “Apakata Encik Imtiyaz pergi isi perut dulu. Staf saya akan pindahkan Puan Ammara ke wad biasa dan
sementara itu, pembantu saya akan uruskan baby. Don’t worry. They are in good hand. So just relax okay” Bahu
Imtiyaz diramas lembut oleh Doktor Ahmadi. Imtiyaz meraup mukanya beberapa kali
sebelum menganggukkan kepalanya dan akur dengan kata-kata Doktor Ahmadi itu.
Doktor Ahmadi menghantar pesanan
Whatsapps kepada Imtiyaz untuk memberitahu yang Ammara sudah selamat
dipindahkan ke wad biasa bersama bayi mereka dan meminta Imtiyaz segera ke sana
untuk mengazankan anaknya. Tanpa menunggu lebih lama, kopi ais yang tinggal
separuh disedut sehingga habis dan panjang langkahnya keluar dari kantin
Hospital menunggu ke bilik wad yang diberitahu oleh Doktor Ahmadi.
Hatinya dipenuhi dengan rasa kasih
yang melimpah ruah sebaik sahaja pintu wad dibuka dan melihat Ammara duduk
bersandar dikepala katil, diapit oleh anak-anak mereka dikiri kanan katil dan
dikelilingi oleh ahli keluarga mereka yang lain yang sedang mengerumun Nek
Lijah yang sedang menggendong bayi mereka yang baru lahir.
“Ha Tiyaz, kemari cepat. Azankan
anak kamu ni” Nek Lijah memanggil sebaik sahaja kehadiran Imtiyaz disedarinya.
“Papa!”
Izzara dan Adam bersuara serentak seraya berlari menghampiri Bapa mereka
sebelum masing-masing mengambil tempat disisi Imtiyaz dengan wajah teruja
memandang adik mereka bersilih ganti dengan wajah Ibu mereka yang sedang
tersenyum memandang mereka penuh kasih.
Dalam
keriuhan suara Adam dan Izzara bercerita mengenai kerujaan mereka mendapat adik
dan juga kata-kata tahniah dari ahli keluarga mereka, Imtiyaz menghampiri Nek
Lijah dan dengan berhati-hati mengambil ahli keluarga baru mereka ke dalam dakapannya
dan mulutnya diletak dengan telinga kanan si kecil dan azan mula dilaungkan
perlahan.
Walaupun
ini kali ketiga dia bergelar seorang Bapa, namun perasaannya sama seperti kali
pertama Ammara melahirkan anak mereka. Sama seperti dia mengoncang tangan Tok
Kadi menerima Ammara sebagai isterinya. Perasaan yang amat sukar digambarkan
dengan kata-kata. Perasaan syukur yang sukar dizahirkan kerana ianya terlalu
membuatkan dadanya sebak.
Rasa
lengkap dan menenangkan.
Dua rasa
yang amat-amat disyukurinya dan tidak akan sekali-kali dia sanggup untuk
menukarnya dengan apa sekalipun.
Alhamdulillah
… Allah pertemukan dia dengan gadis cengeng bernama Ammara Safiyah yang akan
selamanya dia kasih dan jaga hingga kehujung nyawanya.
-TAMAT-