Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, September 19, 2019

GADIS CENGENG : BAB 11


KARUT! Memang karut. Karut yang mengalahkan cerita dongeng Cinderella dan Snow White. Ammara rasa kepalanya macam dah nak meletup. Ikutkan hati, memang dah lama perempuan yang pakai tak cukup kain di hadapannya itu dikerjakannya.

Patah terus seleranya untuk menjamah makanan yang terhidang di hadapannya. Wajah yang sudah kemerahan di hadapannya itu ditatap tajam. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah. Dia cuba menenangkan hatinya. Bimbang jika kalenjar Lakrimalnya menjadi aktif.

“Hei!! Aku cakap dengan kau la pompuan!!! Kau dah pekak ke apa hah??” Sekali lagi herdikan itu kedengaran. Malunya Ammara pada pengunjung restoran yang sedang menyaksikan drama yang sedang ditayangkan secara live itu. Terasa pijar wajahnya menahan rasa.

“Cik Suraya, kenapa kena tengking-tengking ni. Kalau ye pun, takkan tak boleh nak bincang elok-elok?” Bergetar suara Ammara cuba mengawal sabarnya yang semankin nipis rasanya.

Perempuan bernama Suraya a.k.a ex-PA Imtiyaz mendengus kasar sambil bercekak pinggang memandang kearah Ammara dengan wajah yang menyinga.

“Aaah!! Aku bukan datang sini nak cakap baik-baik dengan kau! Aku nak tahu apa hubungan kau dengan Im?? Kenapa dia sanggup pecat aku semata-mata nak jadikan kau PA dia hah??” Mencerlung pandangan Suraya pada Ammara.

Entah kenapa, Ammara boleh menyunggingkan senyuman yang dilihat Suraya amat sinis sekali.

“Aku dah agak dah! Kau ni nampak je macam budak baik kan?? Tapi, kau rupanya lebih murah dari yang diaorang sangka! What a bitch!!” Menderu darah Ammara naik ke kepala. Berdengung telinganya mendengar cacian dari Suraya. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Tanpa berfikir panjang, pipi Suraya sudah dijamah penangan tamparan Ammara. Agak kuat sehinggakan Suraya nyaris jatuh tersembam. Mujur dia sempat berpaut pada kerusi. Dia pantas memanah pandang pada Ammara dengan tangan mengusap pipinya yang sudah berbirat kemerahan.

“Kalau nak bercakap tu lainkali fikir guna otak!” Jari telunjuk Ammara ditekan ke bahagian tepi dahinya beberapa kali.

“Setakat Ex Bos awak tu, saya tak hingin la!! Kalau saya nak, yang lagi kacak dan lagi kaya dari dia saya boleh dapat! Tak perlu saya nak merendahkan maruah saya semata-semata untuk lelaki macam tu!” Ammara sudah tidak peduli pada pandangan-pandangan beserta bisikan sinis disekeliling mereka. Suraya perlu diajar. Jangan disangka hanya kerana dia bertudung dia akan berdiam apabila maruahnya dipijak-pijak begitu.

“Kurang ajar!!”

Belum sempat Ammara mengelak, dia sudah basah disiram Suraya dengan gelas berisi air oren yang ada di atas mejanya.

Ammara mengetap bibir kuat. Dia menyapu wajahnya perlahan.

“Kau jangan nak berlakon ye! Kalau kau tak mengaku tak apa. Tapi, jangan bagi aku nampak kau berkepit dengan Im depan mata aku. Kalau tak, nahaslah kau aku kerjakan!
Suraya mengugut sebelum dia berlalu meninggalkan Ammara yang sudah bermandikan air oren.

Aaarrrgggghhhhh!!!!! Ammara bengang. Tanpa menunggu lama, dia mencapai dompet dan telefonnya lalu terus berlalu naik ke pejabatnya di tingkat 18.

Mujur sekarang masih dalam waktu rehat jadi tiada sesiapa pun berada di pejabat. Ammara terus bergegas menuju ke bilik air.

Tudung yang sudah bertompok-tompok dek kerana simbahan air bergula ditanggalkan. Baju kemeja yang turut sama terkena dibuka. Nasib baik hari ini dia terdetik untuk memakai singlet. Tak adalah dia terpaksa berbaju dalam saja. Dengan mulut yang masih membebel geram dia mencuci kawasan yang terkena air oren di tudung dan bajunya.

Mujur air oren tadi tinggal separuh saja isinya. Jika tidak , memang sah-sah dia kena balik dan menukar baju di rumah.

Setelah mengeringkan baju dan tudungnya dengan alat pengering tangan yang ada di situ, dia menyarungkan semua ketubuhnya. Hatinya masih lagi sakit terkenangkan perbuatan Suraya tadi.

“Macamana perempuan gila tu boleh tahu aku jadi PA si lelaki kerek tu? “ Tiba-tiba terlintas persoalan itu dikepala otaknya. Bukankah dia menjadi PA Imtiyaz selepas Suraya dipecat? Persoalan mengenai perkara yang sama berlegar-legar dalam kepala otaknya.

“Ha Ammara. Nasib baik awak ada. Masuk bilik saya sekejap. Bawa sekali tender untuk Projek kat Seremban” terkedu Ammara dibuatnya apabila sebaik sahaja menapak keluar dari tandas, suara arahan Imtiyaz terus kedengaran. Baru saja dia berkira-kira hendak membancuh air Nescafe dan dimakan dengan biskut weatmeal di pantri. ‘Potong wap betullah dia ni! Iskkk’ Ammara memprotes dalam hati namun kepala sudah terangguk-angguk pada Imtiyaz yang terus berlalu ke pejabatnya.

Fail berkulit keras yang tertulis Projek Seremban01 di dalam kabinet segera dicapai sebelum dia menapak ke dalam pejabat Imtiyaz.

Slide pasal perbentangan projek ni awak dah siapkan ke?” Tanpa menunggu lama, Imtiyaz terus mengajukan pertanyaan pada Ammara yang baru hendak melabuhkan punggungnya ke kerusi.

Slide? Err … Ada sikit lagi Encik Imtiyaz. Petang ni sebelum balik saya siapkan” terkejut juga Ammara apabila disoal sepantas itu. Mujur dia memang pakar dalam mengawal emosi terkejut dalam dirinya. Jika tidak, memang melayanglah fail yang berada di atas pehanya saat itu terus kekepala Bosnya.

“Bagus. Esok awak ikut saya ke Seremban. Pukul 8 pagi saya nak awak tunggu kat pondok Pak Guard bawah. Jangan lupa bawa semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek ni” Imtiyaz memberi arahan sambil mata dan jari-jemarinya tertumpu pada komputer riba di hadapannya.

Ammara tekun mendengar sambil mencatat sesuatu ke dalam buku notanya agar dia ingat dokumen-dokumen yang perlu dibawanya esok.

“Ok. Itu saja. Awak boleh keluar” sebaik sahaja arahan diberikan, tanpa membuang masa, Ammara terus melangkah keluar. Dalam kepala sudah mula terfikir mengenai slide yang perlu disiapkan untuk pembentangan esok.

Rasanya baru separuh saja kerja itu diselesaikannya. Fikirnya, apabila Imtiyaz memberitahunya sebelum ini yang ianya perlu disiapkan hari ini juga, Imtiyaz sekadar ingin mengenakannya. Almaklumlah. Ini bukan kali pertama dia dibuli sebegitu oleh Imtiyaz. Sudah acapkali semenjak hampir sebulan dia bekerja di situ. Ammara mengeluh kesal kerana sengaja melengahkan kerja.

Sebelum memulakan kerja, dia berlalu ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat zuhur memandangkan waktu pun sudah menunjukkan hampir ke pukul 2 petang.

“Hai Ara. Sibuk ke?” Teguran lembut dari Haikal menganggu tumpuan Ammara yang sedang asyik memeriksa kerja yang sedang disiapkannya. Dia mendongakkan kepala dan senyuman meleret dari Haikal menyapa pandangan matanya.

“Taklah. Saja je ni buat-buat sibuk” Ammara tersenyum segaris sebelum meneruskan semula kerja yang tergendala. Haikal tergelak sedikit sebelum mengambil tempat duduk di hadapan Ammara. Wajah ditongkatkan di atas meja sambil memerhati Ammara penuh minat.

“Awak tak ada kerja ke Karl?” Ammara bertanya dengan tujuan memerli namun tak terkesan langsung pada Haikal yang masih tersenyum sambil masih ralit memerhati setiap gerak-gerinya. Naik rimas Ammara dibuatnya.

“Encik Imtiyaz” Ammara pantas bangkit dari duduknya sambil memandang tepat kearah pintu bilik Imtiyaz. Kelam-kabut Haikal dibuatnya. Dia turut sama bangun dengan berdiri tegak gaya orang berkawad dalam kedudukan baris sedia.

Ammara tidak mampu menahan gelak apabila melihat wajah cuak Haikal yang pucat tak berdarah. Terburai tawanya sehingga Haikal terpinga-pinga sendiri. Dia memandang kearah pintu bilik Imtiyaz yang tertutup rapat. Dia mengetap bibir apabila menyedari yang Ammara sudah mengenakannya.

“Pandai awak ye. Awak tahu saya ni kecut dengan Encik Im, awak gunakan nama dia nak gertak saya yee” Haikal bercekak pinggang pura-pura marah pada Ammara yang sudah merah padam mukanya kerana mentertawakannya.

“Saya gurau je la. Awak la. Saya tengah buat kerja, kenapa kacau?” Bersama tawa yang masih bersisa, Ammara meneruskan kerjanya. Slide yang hampir siap perlu diperiksa betul-betul agar tiada cacat-celanya apabila dibentangkan di hadapan client esok.

“Sebab awak ni cute sangat. I cannot control myself” Ammara mencemik apabila mendengar ayat mengurat tak menjadi dari Haikal yang kembali kepada posisi asalnya iaitu duduk menongkat dagu memandang kearah Ammara dengan senyuman meleret.

“Bila awak nak belanja saya makan ni Ara? Dah berapa minggu tau saya tunggu” lembut suara Haikal merayu. Langsung tidak meninggalkan kesan kepada Ammara yang masih tayang muka selamba sambil asyik meneruskan kerjanya.

“Saya nak belanja awak nasi lemak, awak tak mahu kan? So, bukan salah saya lah ye” wajah Haikal dipandang sekilas. Hensem. Tapi sayang … Perangai langsung tak boleh nak dibuat calon suami. komen Ammara dalam hati.

“Saya hairanlah” kata-kata Haikal yang sudah berubah nada itu menarik perhatian Ammara. “Hairan apa?” Pantas dia bertanya. Haikal tersengih.

“Macamana lah Encik Im boleh ambil awak jadi PA dia. Kalau nak bandingkan awak dengan bekas PA-PA dia, memang jauh panggang dari api lah. Ke … Awak dengan Encik Im ni ada apa-apa sebenarnya … Hurmmm??” Kening Haikal sudah terjongket-jongket nakal. Senyuman senget dihadiahkan untuk Ammara yang wajahnya sudah berkerut seribu.

“Banyaklah awak punya ‘apa-apa’ tu. Tolong sikit ye. Saya tak mainlah guna kabel kalau nak dapatkan kerja. Saya ada kudrat yang dianugerahkan Allah yang boleh saya gunakan” Ammara membidas kata-kata Haikal tegas. Dia tahulah yang dia tak seseksi Suraya. Tapi, tak perlulah menuduh dia begitu.

Hangin betul dia apabila dituduh sebegitu. Walaupun niat Haikal sekadar untuk bergurau. Kalau betullah dia memang jenis begitu, sudah lama dia menggunakan pengaruh Abangnya sebagai Pegawai Kerajaan untuk memperoleh kerja di mana-mana Badan Kerajaan. Malah, jika dia mahu, Papanya juga boleh dengan mudah mendapatkannya kerja di Universiti tempatnya mengajar. Tapi, hakikatnya, Ammara Saffiya bukanlah begitu. Dia lebih suka berusaha dengan kelulusan dan bakat yang dia ada. Walaupun terpaksa bermula dari bawah sekalipun.

“Wo, Wo … Relaxlah Ara. Saya gurau je la. Lagipun saya faham benar taste Encik Im tu macamana” Haikal sedikit kecut melihat perubahan wajah Ammara yang sudah masam mencuka. Tidak sangka gurauannya diambil sebegitu serius oleh gadis itu.

“Oo yeke Haikal? Macamana agaknya taste saya tu ye?”

Terkedu Haikal apabila suara Imtiyaz tiba-tiba berkumandang betul-betul dari arah belakangnya. Ammara sendiri tidak sedar sejak bila lelaki itu berada di situ.

“Err … Err … Alamak. Ada satu PO la saya belum buat. Saya sambung kerja dululah ye Ara. Saya minta diri dulu Encik Im” mencicit Haikal melarikan diri sambil menghadiahkan senyuman kalut pada Imtiyaz yang berpeluk tubuh memandang kearahnya dengan wajah serius.

Ammara menarik nafas lega apabila Haikal berlalu. Sekali lagi, Imtiyaz menyelamatkannya dari diganggu oleh anasir-anasir yang boleh mengubah moodnya.

“Jangan layan sangat budak Haikal tu. Girlfriend keliling pinggang” tangannya yang sedang ligat menggerakkan tetikus terhenti apabila mendengar sepotong ayat Imtiyaz sebelum dia kembali ke dalam biliknya semula. Pintu bilik yang sudah kembali terkatup rapat dikerling sekilas.

“Eleh … Kata dulang paku serpih“ Ammara  mencebik. Lucu apabila kata-kata nasihat itu keluar dari mulut lelaki kasanova seperti Imtiyaz. Dia tersenyum mengejek sambil mengeleng-gelengkan kepala sebelum menumpukan kembali perhatian pada kerjanya.

Yess!! Akhirnya siap jugak!” Ammara bersorak gembira sambil meregangkan segala otot-otot dan saraf-saraf dalam tubuhnya yang terasa tegang dek kerana duduk tegak sedari tadi sambil menetap skrin komputer tanpa henti.

Jam tangan ditatap. Wah! Dah pukul 6 ke??? Bulat mata Ammara dibuatnya. Sudahlah dia belum lagi menunaikan solat Asar. Terkocoh-kocoh dia mensavekan hasil kerjanya ke dalam pendrive dan berkemas apa yang perlu dibawa esok. Seluruh pejabat sudah senyap sunyi sejak pukul 5.30 petang tadi. Semua lampu sudah dimatikan kecuali di tempat Ammara sahaja yang masih terang benderang.

Selesai berkemas dan bersedia untuk beredar, Ammara sempat mengerling ke bilik Bosnya dan daripada biasan lampu, dia pasti yang Imtiyaz masih belum balik. Dia berkira-kira samada perlu atau tidak untuk dia memberitahu Imtiyaz yang dia sudah mahu pulang. Dulu semasa dia berjawatan Admin Exec, mungkin tak perlu. Tapi, sekarang ni kan dia memang berkerja secara langsung di bawah seliaan Imtiyaz? Maka sebagai Personal Assistant, perlulah dia memberitahu Bosnya apabila dia hendak pulang lebih awal dari Bosnya kan? Ammara masih bertambah, tolak, darab dan bahagi dalam hati.

Ah! Bagitau je la Ara! Apa yang kau susah sangat ni ha??

Pintu bilik Imtiyaz diketuk. Senyap. Tiada jawapan. Ammara mengetuk lagi. Masih senyap tiada tindakbalas. Akhirnya, apabila tangan sudah lenguh mengetuk, tombol pintu terus dipulas perlahan-lahan dan kepala dijongolkan dulu bagi melihat kelibat Imtiyaz.

Berkerut dahi Ammara apabila dilihatnya Imtiyaz sedang berbaring di atas sofa dengan mata terpejam dan sebelah tangannya diletakkan di atas dahi. Dengan penuh berhati-hati dia mengatur langkah mendekati lelaki itu.

Wajah tenang Imtiyaz yang nampak sungguh nyenyak tiur ditatap lama. Dari kening, mata, hidung hingga bawa ke seulas bibirnya yang seksi. Puas Ammara menjelajah keserata raut wajah tampan itu.Memang jenis tampan kelas 1. Ammara memuji dalam hati. Memang patutlah dia mempunyai teman wanita keliling pinggang. Dengan wajah setampan itu, silap haribulan, Mak Toknya di kampung pun boleh terpikat. Ammara tersenyum sendiri. Mujurlah dia bukan jenis yang senang goyah. Jika tidak, pasti dia akan meroyan macam Suraya. Hisshh! Minta selisih la! Berdiri bulu roma Ammara memikirkan kemungkinan seperti itu. Tak rela dia hendak bermadu dalam bercinta!

“Ammara?”

Terbeliak matanya apabila Imtiyaz membuka mata dan pandangannya tepat memanah kearahnya. Macamanalah dia boleh jadi terlalu alpa membelek wajah lelaki itu sehingga boleh kantoi dengan yang empunya diri? Malunya!! Ammara rasa macam nak menyorok bawah sofa saja saat itu. Terasa kulit mukanya sudah menebal beberapa inci.

            “Awak buat apa kat sini?” Imtiyaz bangkit dari tidurnya dan tangan meraup-raup wajah yang masih jelas masih nampak mengantuk. Rambutnya yang agak kusut-masai dirapikan dengan tangan.

“Hoi perempuan!!!”

Baru saja Ammara hendak membuka mulut, jeritan suara wanita yang tiba-tiba bergema membantutkan terus niatnya. Dengan muka terkejut dia menala pandang kearah muka pintu. Rasa hendak tercabut jantungnya apabila tertangkap pandangan mata Suraya yang sudah menyinga sambil bercekak pinggang mencerlung kearahnya tajam. Masa inilah dia rasa macam nak pinjam alat-alat canggih dari poket Doraemon yang boleh buat dia hilang dari situ.

“Pandai kan kau! Depan aku dengan semua orang, kau berlakon macam takda hati dekat Im. Tapi, kat belakang semua orang, terus kau mengelitis kan? Dasar betina gatal!!” Suraya yang sudah datang dekat menolak kasar bahu Ammara sehingga tubuh langsingnya terdorong sedikit ke belakang. Mujur fail-fail di tangannya dipeluk erat kedada. Jika tidak, pasti sudah berterabur di atas lantai.

            “Apa you buat ni Su? Tolonglah jangan jadi bodoh macam ni” Imtiyaz yang tidak sanggup melihat adegan jadi lebih ganas lagi akhirnya bersuara dan dia segera berdiri diantara dua gadis itu. Hilang terus rasa mengantuknya tadi.

            “Im … Sampai hati you pecat I sebab betina ni kan” Suraya memaut lengan Imtiyaz sambil merengek manja. Menyampah Ammara melihatnya. Sudahlah sesedap maggi saja dia memanggilnya ‘betina’. Apa dia ingat aku ni sejenis binatang ke? Ammara semakin bengang.

            Enough Su! I think I have made myself cleared!! Between us, it’s already OVER! O.V.E.R … OVER!!” Kasar lengannya ditarik dari pegangan Suraya. Berubah terus wajah itu apabila dperlakukan begitu.

            “Ni mesti sebab budak hingusan ni kan??!! Sebelum dia datang, kita ok je. Tapi, lepas dia muncul je, you terus jadi macamni!!” Suraya sudah mula bersuara lantang semula. Ammara yang mempamerkan wajah tak bersalah direnung tajam. Macam Singa hendak membaham mangsanya saja lagaknya.

Ammara tayang muka bengang apabila tuduhan demi tuduhan dilemparkan padanya. Semankin dia diam, semankin rancak pula Suraya memburukkannya. Gambaran yang diberikan seolah-olah Ammaralah yang menjadi punca Imtiyaz meninggalkannya. Walhal bukan dia seorang saja wanita yang ada dalam koleksi lelaki bernama Syed Imtiyaz Omar itu. Ramai! Cukup ramai sehingga boleh buat satu pasukan bola sepak! Ammara masih cuba untuk bersabar.

            “Dahlah Su. Baliklah. I malas nak layan semua drama-drama you ni. I dah letih tau tak? Letih” Suara Imtiyaz kali ini sudah tidak setinggi tadi.Dia amat berharap yang Suraya dapat menerima hakikat yang dia bukan saja sudah tidak lagi diperlukan di Muz Holding malah juga oleh diri Imtiyaz sendiri.

            “Hoi perempuan! Apa yang kau dah bomohkan si Im ni ha??!! Sampai dia sanggup tinggalkan aku!!” Dalam pada dihadang Imtiyaz, masih sempat lagi tangannya menonjol kepala Ammara. Berdesing telinga Ammara jadinya. Suhu marahnya sudah hampir mencecah ke paras bahaya.
Fail-Fail yang berada ditangannya sudah diletakkan di atas sofa sekali dengan beg tangannnya. Dia sudah nekad mahu mengerjakan Suraya. Biar tahu berlapik sikit bila hendak mengata orang tu.

            “Okay! So what if I love her? You tak ada hak pun nak halang dengan siapa yang patut I jatuh cinta kan?”

Automatik Ammara terus berubah menjadi beku dan kaku ibarat baru terkena sumpahan oleh Mak Si Tanggang. Terkebil-kebil matanya memandang kearah Imtiyaz. Begitu juga Suraya. Terlopong dia mendengar pengakuan berani mati yang keluar dari mulut pewaris Muz Holding itu.

What? Are you out of your mind Im??? Tolonglah. I rasa you ni dah hilang akal agaknya. You cakap you cintakan budak hingusan ni?? Come on lah Im. I know your taste better” Suraya pura-pura tertawa sambil memandang Ammara dengan pandangan mengejek. Kalau Ammara yang mengatakan 3 perkataan keramat itu, pasti Suraya tiada masalah untuk mempercayainya. Tapi, bila barisan ayat itu keluar dari mulut Imtiyaz, agak payah bagi dia untuk mencerna. Bersama dengannya dulu pun, tidak pernah sekalipun kalimah keramat itu dilafazkan oleh Imtiyaz. Tapi, mengapa untuk Ammara semudah itu saja perkataan ‘I love you’ itu meluncur keluar dari bibir merahnya??

Ammara masih tercengang. Dia salah dengar ke atau Imtiyaz yang tersalah cakap? Dia cuba menepuk pipinya berulang kali. Sakit. Jadi, sahlah dia bukan bermimpi. Kalau Imtiyaz sekadar mengatakan apa yang telinganya dengar tadi untuk menghalang Suraya dari terus menganggunya, memang melampau! Ah parah! Lepas ni memang sah-sah dia kena pasang Bodyguard. Tak pasal nanti dia jadi mangsa simbahan asid dek kerana bermotifkan cemburu. Sampai begitu jauh sekali fikiran Ammara menerawang.

“Im … I’m sure she is just your one time fling kan? Nothing serious right?” Suara garang Suraya sudah bertukar nada. Kali ini lebih mendayu-dayu dari tadi. Imtiyaz menayangkan muka bosan.

Ah sudah! Jangan dia cakap dia nak kahwin dengan aku sudah! Mahu kat sini juga aku pengsan nanti! Berdebar dada Ammara menunggu Imtiyaz menjawab pertanyaan Suraya.

“Yup! I’m serious and I want to marry her!”

Aduh pengsan! Ammara rasa pandangannya berpusing-pusing laju macam puting beliung. Pandangannya jadi kelam dan terus padam. Jeritan Imtiyaz memanggil namanya merupakan suara terakhir yang dapat ditangkap oleh gegendang telinganya sebelum semuanya jadi sunyi-sepi.

1 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template