PAGI itu, semasa sedang bersiap ke
tempat kerja, baru Ammara teringat akan keretanya yang masih di tempat kerja.
Malam tadi sewaktu Ammar menjemputnya, bermacam jenis soalan diajukan apabila
melihat dia keluar dari perut kereta Harrier milik Imtiyaz sehingga dia lupa
untuk meminta tolong Abangnya itu supaya menghantarnya ke tempat kerja pagi
itu. Bila dia teringat tentang keretanya yang rosak, jam sudah menghampiri ke
pukul tujuh pagi dan Ammar pula sudah berangkat ke tempat kerjanya. Awal
Abangnya ketempat kerja hari itu. Mungkin ada mesyuarat penting. Telah Ammara
dalam hati.
Malam
tadi, sepanjang perjalanan pulang, tak henti-henti Ammar bertanyakan mengenai
Imtiyaz walaupun lelaki itu dengan penuh gentlemennya
telah berjumpa sendiri dengan Abangnya itu dan memberitahu mengenai keretanya
yang rosak bagi pihaknya tanpa dipinta.
Ammar
seakan-akan tidak percaya apabila Ammara memberitahu yang Imtiyaz itu adalah
Bosnya. Tak henti-henti dia mengusiknya dengan mengatakan yang mungkin Imtiyaz
ada hati padanya sehingga sanggup menghantarnya pulang walhal dia baru saja
bekerja di situ. Malas Ammara hendak melayan. Kalaulah Ammar tahu betapa
ramainya koleksi teman wanita yang dimiliki Imtiyaz, pasti dia akan menyesal
kerana cuba mengkenenkan adiknya
dengan si buaya darat itu.
Nak tak
nak, terpaksalah dia menaiki kenderaan awam hari itu. Selesai berdandan
seadanya, dia terus terkocoh-kocoh hendak keluar dari rumah. Bimbang sekiranya
tertinggal bas.
Dek kerana
terlalu kelam kelibut, tanpa disengajakan dia telah tersalah langkah sewaktu
berada di anak tangga paling bawah. Melayang tubuhnya yang tinggi lampai
dibuatnya. Langsung tak sempat hendak berpaut pada apa-apa. Matanya dipejamkan
apabila tubuhnya hampir mencecah lantai. Bersedia untuk merasai impak yang akan
diterima tulang temulangnya apabila jatuh terlentang sebegitu.
Tapi, pelik. Terasa seperti
tubuhnya terhenti sebelum sempat mencium lantai. Ada tangan yang utuh memeluk
pinggangnya saat itu. Perlahan-lahan dia membuka mata dan alangkah terkejutnya
dia apabila wajah Fath yang sedang tersenyum manis terpempan di hadapannya.
Untuk seketika dia terpana dengan wajah tampan yang pernah dipujanya dulu.
Ammara seorang terkena kejutan
elektrik apabila tangan Fath mengelus lembut pipinya. Pantas tangan itu ditepis
kasar. Tubuh yang berada dalam dakapan lelaki itu dirungkaikan. Dia mendengus
kuat. Geram dengan diri sendiri kerana semudah itu leka dengan panahan mata
redup Fath.
“Sor … Sorry. I didn’t mean
…” tanpa menunggu Fath menghabiskan ayatnya, Ammara mencapai beg tangan yang
sudah terdampar di atas lantai dan terus bergegas keluar. Mukanya sudah memerah
menahan rasa malu dan marah yang bercampur-baur.
Niatnya untuk menaiki bas
dibatalkan dan teksi pertama yang berhenti apabila ditahan dinaiki Ammara tanpa
menoleh ke belakang. Dari ekor matanya, dia pasti yang Fath mengekor langkahnya
hingga ke pintu rumah.
Di dalam teksi, airmata sudah
merembes keluar tanpa dapat ditahan. Segala kata-kata hinaan yang pernah
diucapkan Fath suatu ketika dulu terimbau di dalam kotak fikirannya satu
persatu. Untuk kesekian kali, hatinya terluka lagi.
Perkara pertama dia lakukan pagi
itu apabila sampai di perkarangan Muz Holding adalah menelefon mekanik untuk
datang ke situ untuk memeriksa apa yang tak kena dengan Myvi kesayangannya.
Puas dia mencari nombor mekanik di sekitar tempat kerjanya dengan bantuan Encik
Google di iPhonenya. Mujur ada bengkel yang budah beroperasi seawal jam 7.30
pagi.
Pukul 8.15 pagi, mekanik yang
ditunggu tiba jua dan hanya dengan sekali pandang, mekanik berbangsa Cina
tersebut memberitahu yang Bateri keretanya sudah kong. Kebetulan, mekanik yang bernama Ah Wong itu menyimpan
beberapa stok bateri di dalam keretanya. Maka selepas menukar bateri akhirnya
kereta Ammara berjaya dihidupkan. Gembira bukan main dia. Beberapa not berwarna
ungu bertukar tangan.
Tepat jam 8.30 pagi Ammara sudah
berapa di tingkat 18. Sempat dia menjenguk ke dalam bilik Imtiyaz dan menarik
nafas lega apabila bilik tersebut masih gelap-gelita menandakan yang Bosnya
belum tiba. Maka bermulalah hari pertamanya sebagai Personal Assistant dan merangkap juga sebagai Admin
Exec. Jawatan utama yang masih disandangnya.
Tertekannya jiwa dan perasaan gadis
bernama Ammara Saffiya hari itu. Satu-satunya hari yang dirasakan paling lambat
masa berlalu. Bermula dengan adegan tak berapa romantis antaranya dengan Fath
pagi tadi, hinggalah ke saat ini. Sekejap-sekejap dia melirik kearah jam
dipergelangan tangan kanannya dan setiap kali itu jugalah dia mengeluh halus.
Kring! Kring!
Telefon yang sudah lebih sepuluh
kali berbunyi hari ini membuatkan jiwa
Ammara bertambah kacau. Wajahnya ditekupkan kemeja.
Kringgg! Kringgg!!
Dalam gerak malas Ammara terpaksa
juga mengangkat telefon yang masih menjerit minta diangkat.
“Selamat Pagi. Pejabat Encik
Imtiyaz” dengan rasa dedikasi yang masih ada, Ammara menjawab panggilan telefon
dalam nada yang paling lembut.
“Pass me to Imtiyaz” tegang kedengaran suara si pemanggil. Ammara
yakin, ini bukan kali pertama pemanggil ini menelefon untuk hari ini. Dia sudah
kenal benar dengan lenggok gayanya. Ini tak lain dan tak bukan, pasti Suraya.
Bekas PA Imtiyaz.
“Maaf Cik. Encik Imtiyaz dalam
bilik meeting. Dia masih belum
keluar” untuk kesekian kali jugalah jawapan itu diberikan. Bukan dia sengaja
hendak menipu. Tapi itu adalah arahan dari Imtiyaz yang menegaskan bahawa dia
tidak mahu diganggu oleh mana-mana perempuan untuk hari itu lebih-lebih lagi
yang bernama Suraya.
“Eh you jangan nak tipu I ya!
Dah banyak kali I call. Takkan dari
pagi tadi dia asyik meeting tak
sudah-sudah??!! You better pass me to him right now!!”
Amboiii … Garang nak mampos!
Bergegar gegendang telinga Ammara dibuatnya. Kalau ikutkan hati memang dah lama
pemanggil perempuan itu dimakinya.
“Sorry Cik. Encik Imtiyaz memang tengah meeting. Cik tinggalkanlah nombor telefon. Nanti saya suruh Encik
Imtiyaz call Cik semula” Ammara masih
berbicara selembut mungkin. Pensel yang digenggam ditangannya seakan mahu
dipatah-patahkannya.
“Huh! Fine! Just tell him
Suraya call. I want him to return my call
as soon as possible!”
Klik! Belum sempat Ammara membalas,
telefon sudah diletakkan dengan kasar. Membara perasaan Ammara dibuatnya.
“Meroyan punya perempuan! Dah orang
tak nak tu, tak payahlah terhegeh-hegeh. Buat malu kaum wanita seluruh Malaysia
je la. Si jantan kerek ni pun satu! Dengan si Suraya muka plastik ni pun
menjadi juga! Huh!!” Ammara membebel-bebel sendiri.
Termasuk panggilan tadi, sudah
hampir 10 kali Suraya menelefon. Itu belum termasuk skandal-skandal Imtiyaz
yang lain. Rasa menyesal pula kerana bersetuju duduk ditempat yang ditinggalkan
Suraya itu. Tak pasal-pasal dia sudah merangkap satu jawatan baru dalam skop
kerjanya di Muz Holding iaitu sebagai PA Syed Imtiyaz Omar yang baru.
Sepatutnya dia meminta supaya gajinya dinaikkan. Ammara sudah mula berkira-kira
dalam hati.
“Ammara. Please come in to my office now” baru saja hendak menyambung
kerjanya yang kerap kali tergendala hari itu, intercom yang melantunkan suara
Imtiyaz membantutkan kerjanya semula.
“Baik Encik Imtiyaz” lambat-lambat
Ammara menyahut. Buku nota dan beberapa
kertas nota pelbagai warna yang mengandungi pesanan-pesanan dari semua
skandal-skandal Imtiyaz dicapai sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Bosnya.
Ketika Ammara menapak masuk ke dalam
biliknya, seperti biasa, Imtiyaz sedang rancak bergayut di telefon. Malas
hendak menunggu Bosnya habis bersembang, Ammara dengan gaya selamba terus
melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan Imtiyaz.
“Ok sayang. I ada discussion dengan staff I ni. Nanti I call you balik ok” sebaik sahaja telefon berenggang dari telinga,
wajah Ammara yang sudah sedia mengambil tempat di hadapannya itu ditatap tanpa
suara.
Serba tak kena Ammara dibuatnya
apabila direnung sebegitu oleh Imtiyaz.
Ishk. Apa kena Bos aku ni. Tenung
aku sampai macam tu sekali. Eeeiii … Tak boleh jadi ni. Meremang bulu roma aku
dah ni. Ammara resah sendiri.
“Encik Imtiyaz, ada apa Encik
panggil saya? Sa … Saya ada banyak kerja
lagi nak kena selesaikan kat luar tu”
Malas hendak berlama-lama di situ, Ammara terus ke tujuan asal dia masuk
ke situ.
Imtiyaz yang dapat mengesan
keresahan pada gadis di hadapannya itu menyunggingkan senyuman. Baru kena
tenung sikit dah gelabah. Telahnya dalam hati.
Imtiyaz menyandarkan badannya ke
kerusi empuknya. Kaki disilangkan dan tangan diletakkan di atas pehanya sambil
matanya masih tunak memerhati Ammara yang semankin gelisah.
“Encik Imtiyaz, kalau tak ada benda
penting, saya keluar dulu lah ye. Oh ye, sebelum tu, Ni ada pesanan-pesanan
untuk Encik” Ammara bingkas bangun dan nota-nota pesanan yang berada
ditangannya diletakkan di atas meja Imtiyaz. Kaki segera dihayun keluar dari
situ.
“Ammara!” Belum sempat tombol pintu
dipulas panggilan dari Imtiyaz membantutkan niatnya. Perlahan-lahan dia
memusingkan badannya menghala lelaki itu dengan kening terangkat tanda isyarat
‘Kenapa’.
“Ada saya suruh awak keluar ke?”
Giliran Imtiyaz pula bertanya dengan kening yang terangkat. Apabila tiada
reaksi diterima, mankin tinggi keningnya diangkat.
Ammara menarik nafas dalam.
Perlahan-lahan dia menapak menghampiri Bosnya semula dan terus duduk ditempat
yang didudukinya tadi.
“Saya nak awak jadi PA saya. Permanently.” Bulat mata Ammara
memandang kearah Imtiyaz. Terkebil-kebil matanya memohon kepastian dari lelaki
itu.
“Yup! You heard me. I want you to
be my PA. Nanti saya suruh HR carikan Admin
Exec yang baru. So, starting tomorrow,
awak dengan rasminya menjadi PA saya. Therefore,
saya akan briefly explain pada awak
tentang skop kerja baru awak ni” wajah Ammara yang masih memandangnya dengan
penuh persoalan ditatap lagi.
Imtiyaz
bangun dari duduknya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan dia berjalan menghampiri Ammara. Bucu meja
menjadi tempat duduknya sambil Ammara masih dalam pandangannya.
“Setiap
pagi, saya nak awak buatkan saya air Nescafe o kurang manis dan letakkan di
atas meja sebelum saya masuk office.
Biasanya saya datang dalam pukul 8.20 pagi. Jadi, by 8.15, awak kena pastikan air saya dah ada atas meja”
Berkerut-kerut dahi Ammara mendengar tentang skop kerja barunya itu.
Imtiyaz
menyambung lagi.
“Tentang
jadual kerja saya, biasanya saya nak tahu tentang semua meeting dan appointment
saya sehari awal. Meaning that, awak
kena uruskan semua mesyuarat dan appointment
saya sehari awal. Saya tak suka any adhoc
activities yang tak penting.” Dah macam rojak bahasa yang digunakan
Imtiyaz. Mujur hanya Bahasa Melayu dan Inggeris yang dicampur gaul. Andai ada
bahasa Cina dan India yang termasuk, pasti pengsan Ammara dibuatnya.
“Setakat
ni ada soalan?” Imtiyaz membuka ruang kepada Ammara untuk meleraikan beberapa
persoalan yang tentunya sudah berserabut dalam kepala otaknya.
“Kenapa saya?”
Berkerut dahi Imtiyaz mendengar
soalan yang ringkas keluar dari mulut mungil itu. Sangkanya, soalan yang akan
dikeluarkan tentu lebih mencabar dari itu.
“Kenapa Encik pilih saya? Lagipun,
saya tak ada kelulusan dalam bidang kesetiausahaan dan saya pun tak ada
pengalaman jadi PA kat mana-mana. Rasanya kalau Encik buat advertisement, lagi ramai calon yang lebih layak boleh Encik pilih”
Melihat Imtiyaz hanya melihatnya tanpa jawapan, Ammara mengembangkan lagi
soalan yang diajukannya.
“Sebab saya suka awak” Buntang
wajah Imtiyaz yang sudah berpeluk tubuh dipandangnya.
“Err … Apa maksud Encik Imtiyaz?”
laju saja soalan itu meluncur keluar dari mulut Ammara. Gilalah dia ni buat
pengakuan berani mati macam ni! Hisshh … Kalau betullah mamat terlebih kalsium
perasan hensem ni suka aku, hari ni juga aku hantar surat resign!! Ammara menjerit dalam hati.
Melihat wajah Ammara yang sudah
berubah cuak, Imtiyaz tergelak besar. Seronok benar dia melihat gadis itu
begitu.
Terkejut Ammara apabila
ditertawakan sebegitu. Memang sah gila! Ammara merumuskan dalam hati. Naik
menyampah pula dia melihat Imtiyaz beriya-iya mentertawakannya.
“What I mean is, saya suka dengan cara awak bekerja. Sangat komited
walaupun kena datang kerja hujung minggu. Saya perlukan PA macam awak sebab
kalau awak nak tahu, meeting saya
dengan client kadang-kala tak tentu
masa. Selalunya after office hour pun
kena entertain client dari luar
Negara dan PA saya kena ikut saya sepanjang masa” Imtiyaz memandang Ammara yang
membuat bentuk mulut ‘owh’ sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Eh kejap! Dia kata kena ikut dia
sepanjang masa? Erk … Macam tak kena je … Jangan-jangan dia nak pedajal aku
lagi ni … Ammara tiba-tiba terfikir sendiri.
“Apa maksud Encik, saya kena ikut
Encik sepanjang masa? Bukan ke kalau Bos pergi entertain guess atau client, PA tak perlu terlibat? Nanti bertambah
pulak kos yang company kena tanggung”
Ammara meluahkan rasa bimbangnya.
“Owh … Yang itu kalau perlu la.
Takdalah setiap masa awak kena berkepit dengan saya. Nanti tak pasal-pasal awak
jatuh hati dengan saya macam si Suraya tu pulak. Saya juga yang susah nak cari
PA baru lagi” Imtiyaz tersenyum-senyum memandang wajah Ammara yang menunjukkan
riak tidak puas hati.
Eleh!
Perasan!
“Saya jatuh hati dengan Encik
Imtiyaz? Tak kot. Lagipun saya tak nak cari pasal dengan semua girlfriends Encik Imtiyaz tu. Takut nanti
saya kena pasang bodyguard pulak”
Ammara mencemik, menyampah.
“Hai … Awakkan pandai seni
mempertahankan diri. Saya pun senang-senang je awak boleh tumbangkan. Apalah
sangat diaorang tu kan?” Imtiyaz membalas kata-kata Ammara dengan sedikit
sindiran. Teringat kembali detik dimana gadis berangka kecil itu mengepak
tangannya dan menjatuhkan tubuhnya ke lantai. Boleh tahan juga kuatnya.
Itu reaksi di bawah sedar aku la!
Mangkuk ayun betullah mamat ni!! Saja je nak cari pasal dengan aku! Ammara
mendengus kasar. Tajam pandangannya pada Imtiyaz dengan hati yang berbuku
dengan rasa geram.
Imtiyaz tergelak lagi. Lucu benar
memek muka Ammara ketika itu dimatanya. Ammara semankin sebal dibuatnya. Tak dapat dibayangkan hari-hari mendatangnya
bekerja dibawah lelaki itu. Mahu jadi gila dia dibuatnya!!!!
0 comments:
Post a Comment