Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, April 23, 2015

KISAH KAMI : BAB 29

HARI Ahad, aku dan Rania sudah bersiap-siap pulang ke rumah Puan Sri Maria. Itupun jika ikutkan hati, mahu sahaja aku menetap di rumah Umi dan Babah lebih lama. Tapi, memandangkan Rayyan memberitahuku malam tadi menerusi Whatapps yang dia akan pulang malam ini dan meminta aku supaya menjemputnya di Lapangan Terbang, terpaksa juga aku berkemas pulang.

Rania juga nampak agak keberatan untuk meninggalkan Umi dan Babah. Hampir tiga hari di rumah mereka sudah cukup membuatkan Rania menjadi rapat dengan ibubapaku. Lebih-lebih lagi, Babah rajin melayan setiap kerenah anak kecil itu. Setiap petang  pasti Rania akan di bawanya menaiki motorsikal mengelilingi kawasan perumahan. Bila pulang, ada sahaja yang akan  dijinjit Rania.Ada buah mempelam, ada aiskrim Malaysia dan petang semalam, Rania membawa pulang 2 biji buah betik yang aku sendiri tidak tahu siapa yang memberinya.

Sewaktu Rayyan menghantar pesanan Whatapps malam tadi, terdetik rasa kehairanan dihatiku. Selalunya, Rayyan lebih senang menyuruh Pak Amat, driver keluarganya untuk menjemputnya. Mengapa hari ini tiba-tiba dia mahu aku yang menjemputnya? Ah! Mungkin dia terlalu rindukan Rania. Kerana seingat aku, dia ada menyuruhku agar membawa Rania bersama. Aku cuba mereka alasan sendiri untuk mengelakkan dari berfikir yang bukan-bukan.

Kami tiba di banglo Puan Sri Maria tepat jam 4.40 petang sewaktu azan Asar mula berkumandang dari corong radio. Rania yang sedang lena tidur dikerusi belakang aku kejutkan perlahan. Terpisat-pisat dia bangun. Aku mencapai beg pakaian kami berdua dan Rania kupimpin memasuki rumah.

Beberapa kali salam kuhulurkan tak berjawab. Pintu rumah kubuka dengan kunci spare yang kebetulan kubawa bersama.

Keadaan rumah agak lengang sewaktu kami melangkah masuk. Rania yang nampak masih lagi mengantuk terus berbaring dan menyambung tidurnya di atas sofa di ruang tamu. Aku hanya memerhatikannya sambil menggelengkan kepala. Hendak mengangkatnya ke tingkat atas memang aku tak larat. Akhirnya aku tinggalkannya di ruang tamu dan beg pakaian aku bawa masuk ke dalam bilik di tingkat atas.

Selesai menukar pakaian yang lebih santai dan menunaikan solat Asar, aku menuruni semula anak tangga dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Rania.

"Eh, Saf dah balik rupanya" Mak Som yang baru muncul dari arah dapur tersenyum sambil berjalan mendekatiku. "Yela Mak Som. Saf bagi salam senyap je. Takde pun orang jawab. Nasib baik Saf ada kunci tau. Kalau tak mesti kena duduk kat luar sambil pangku Rania" Aku memuncungkan mulut, pura-pura merajuk. "Mak Som tengah sapu laman belakang la. Puan Sri dengan Tan Sri takde. Bibik Jannah dengan Suryanti Puan Sri bawak sekali ke butik. Takkan itupun Saf  nak marahkan Mak Som" Mak Som mengambil tempat duduk bersebelahan sofa yang diduduki Rania. "Alaa .. janganlah muncung macam tuh. Buruklah. Kalau Rayyan nampak mesti dia lari" Meletus tawa dari wanita separuh abad itu membuatkan aku turut sama ketawa.

"Mak Som masak apa? Laparlah" Aku menggosok-gosokkan perut yang mula berkeroncong minta diisi. "Hari ni masak kailan ikan masin, telur dadar dengan paprik campur je" Mak Som menjawab. Kepala Rania diusap lembut. "Waahh ... Sedap tu Mak Som. Saya pergi makan dululah. Lapar giler ni Mak Som" Pantas aku bangun menuju ke dapur. Sempat peha Mak Som aku tepuk. Melatah orang tua itu dibuatnya. Aku hanya tersengih apabila terlihat wajahnya sudah mula mencuka.

Tanpa menunggu lama, habis sepinggan penuh nasi aku makan. Ini semua gara-gara perut yang memang sudah kelaparan. Sebelum berangkat pulang tadi, Umi ada menyuruh aku menjamah makanan dahulu. Tatapi aku menolak kerana perut masih lagi kekenyangan dek penangan Nasi Lemak kukus yang aku makan pada pukul 11 pagi. Sudahnya, hanya Rania yang makan ditemani Babah. Berselera aku lihat dia makan tadi berlaukkan ikan siakap stim halia .Sampai dua tiga kali bertambah.

"Awal Saf balik. Ingatkan sesekali dapat balik rumah Mak dengan Ayah Saf, lamalah sikit Saf kat situ" Mak Som yang masih menemai Rania di ruang tamu menegur sebaik sahaja terlihat kelibat aku menghampirinya. "Cadangnya memang macamtu Mak Som. Tapi, si Rayyan mesej saya malam tadi bagitau dia balik malam ni dan mintak saya jemput dia kat airport. Tu yang balik awal ni" Gelas berisi jus oren aku letakkan di atas meja kopi dan punggung kulabuhkan di sebelah Mak Som.

"Eh? Biasanya bukan Pak Amat ke yang jemput dia? Kenapa tiba-tiba suruh Saf pulak yang pergi ambik?" Berkerut dahi Ibu tua itu. Aku hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Suratkhabar Harian Metro di atas meja sisi aku capai.

"Semankin pelik perangai si Rayyan tu Mak Som tengok. Tapi, bagus jugaklah. Senang hati Mak Som kalau dia dah boleh terima Saf" tangan yang sedang menyelak helaian suratkhabar terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Mak Som itu. Wajah keibuan di sebelahku itu kutatap lama.

"Kenapa? Mak Som rasa selama ni dia tak dapat terima Saf ke?" Giliran dahiku pula yang berkerut seribu. "Rayyan tu membesar depan Mak Som Saf. Setiap gerak-geri dia memang Mak Som dah faham sangat. Mak Som tahu bila dia betul-betul ikhlas atau sekadar berlakon je bila melayan kamu depan Puan Sri dengan Tan Sri tu" kata-kata Mak Som membuatkan mataku membulat memandangnya.

"Jadi, Mak Som tahulah yang saya dengan Rayyan ... " Tak tergamak aku hendak meneruskan kata-kataku yang seterusnya."Tak tidur sekatil?" Dia menyambung kata-kataku membuatkan mata aku semankin membuntang. Air liur yang kutelan terasa kesat ketika itu. "Err .. Macamana .. Mak Som ... Err .. Tahu?" Tergagap-gagap aku bertanya. Mak Som tersenyum. Bahuku dielus lembut.

"Sekali tengok pun Mak Som tahu yang kamu ni masih anak dara lagi Saf" Hampir pitam aku mendengar pengakuan dari Mak Som. Bukan calang-calang orang rupanya Mak Som ni. Entah dari sudut dan lekuk manalah agaknya dia boleh tahu yang aku masih anak dara lagi ni? Tiba-tiba rasa kusut pula kepala otak aku jadinya.

"Saf jangan risaulah. Ini rahsia kita berdua. Mak Som takkan canang kat sesiapa pun. Lagipun, Mak Som faham yang Rayyan perlukan masa untuk terima perempuan lain selepas Selena" Bahuku dipeluk erat seolah-olah dia dapat membaca segala gundah gulana yang bertandang dalam hatiku ketika ini. Aku cuba tersenyum walaupun terasa hambar."Terima kasih Mak Som sebab faham." Tersenyum orang tua itu mendengar kata-kataku.

MALAM itu, ketika jam menunjukkan tepat ke pukul 10, aku dan Rania sudah berada di pintu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur a.k.a KLIA. Rania yang sudah tertidur di tempat duduk belakang kuselimutkan dengan selendang kashymir pemberian Umi yang memang aku simpan di dalam kereta. Aircond kereta aku turunkan suhunya sedikit agar Rania tidak terlalu kesejukkan. Sesekali mataku melilau mencari kelibat Rayyan dari pintu keluar. Bosan menunggu di dalam, aku keluar dari kereta. Badanku sandarkan kekereta menghala ke pintu ketibaan sambil jaket denim yang kupakai kutarik rapat menutupi dada. Tanganku silangkan kedada, berpeluk tubuh.

Sedang mataku sibuk memerhatikan gelagat manusia yang ada disekeliling, mataku tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh sasa berbaju uniform putih dan berseluar slack hitam sedang menarik beg berjalan kearahku dengan senyuman dibibir menampakkan sepasang lesung pipit yang sering membuatkan aku terpesona. Aku berdiri tegak menantikannya menghampiriku.

Senyuman yang baru hendak kuukirkan, tiba-tiba jadi kaku apabila aku terlihat kelibat Katrina menghampiri Rayyan. Seakan mahu tercabut jantungku apabila lengan sasa Rayyan selamba dirangkulnya. Tubuh seksinya yang dibaluti uniform pramugari yang nampak sendat di sana sini, sengaja dilaga-lagakan ketubuh Rayyan. Menyirap darahku melihat kegedikkan yang ditunjukkan perempuan bernama Katrina itu. Lagi-lagi apabila melihat reaksi Rayyan yang jelas menunjukkan ketidakselesaannya diperlakukan sedemikian.

Entah dari mana aku mendapat kekuatan, sedar-sedar aku sudah melangkah menghampiri Rayyan dan Katrina. "Assalammualaikum Sayang" Pantas aku bersuara seraya menyalami tangan Rayyan dan lengannya kurangkul manja menyebabkan raut wajah Katrina berubah secara mendadak. Rayyan juga nampak sedikit terkejut apabila aku memeluk lengannya dan jari jemarinya aku paut kemas.

"Hai Katrina. You rupanya. I ingatkan siapalah yang pegang-pegang tangan husband I tadi. Eh, nak tumpang kitaorang sekali ke?" Selamba aku bersuara dalam nada agak sinis. Pura-pura buat tak tahu dengan perubahan wajah Katrina yang sudah mula merona merah. "Oklah Ray. I pergi dulu. Nanti kalau you senang, call lah I. I'll be waiting for your call" Pipi Rayyan dielus lembut sebelum dia berlalu pergi. Satu jelingan tajam sempat dilontarkan padaku. Aku masih buat muka selamba dengan senyuman masih terhias dibibir.

"Dah lama ke tunggu?" Rayyan bertanya sebaik sahaja kelibat Katrina tidak kelihatan lagi. Seakan terkejut pada pertanyaannya, aku terpaku memandang wajahnya. Dia tersenyum sambil mengenyitkan mata. "Err .. Tak lama. Baru je sekejap. Jomlah kita balik. Rania pun dah tertidur dalam kereta tu" Segera aku tersedar dan rangkulan pada lengannya pantas aku lepaskan. Aku berjalan laju kearah kereta, meninggalkannya di belakang.

Baru saja tanganku ingin membuka pintu di tempat duduk pemandu, pantas tangan Rayyan menghalang. "Saf duduk sebelah. Biar Abang yang pandu" lembut suaranya berbisik ketelingaku dari arah belakang. Aku terpaku lagi. Pergerakanku seakan terkunci."I miss you Saf. Do you know that?" Kedengaran lagi bisikannya. Kali ini lebih bernada romantis. Bulat mataku mendengarkannya. Jantungku mula berdegup laju beraneka irama. Rayyan Iskandar!Kenapalah dia ni suka buat aku jadi tak keruan seperti ini? Eiiiiii !!! Tak suka! Tak suka!

6 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template