HARI
Ahad, aku dan Rania sudah bersiap-siap pulang ke rumah Puan Sri Maria. Itupun
jika ikutkan hati, mahu sahaja aku menetap di rumah Umi dan Babah lebih lama.
Tapi, memandangkan Rayyan memberitahuku malam tadi menerusi Whatapps yang dia
akan pulang malam ini dan meminta aku supaya menjemputnya di Lapangan Terbang,
terpaksa juga aku berkemas pulang.
Rania
juga nampak agak keberatan untuk meninggalkan Umi dan Babah. Hampir tiga hari
di rumah mereka sudah cukup membuatkan Rania menjadi rapat dengan ibubapaku.
Lebih-lebih lagi, Babah rajin melayan setiap kerenah anak kecil itu. Setiap
petang pasti Rania akan di bawanya
menaiki motorsikal mengelilingi kawasan perumahan. Bila pulang, ada sahaja yang
akan dijinjit Rania.Ada buah mempelam,
ada aiskrim Malaysia dan petang semalam, Rania membawa pulang 2 biji buah betik
yang aku sendiri tidak tahu siapa yang memberinya.
Sewaktu
Rayyan menghantar pesanan Whatapps malam tadi, terdetik rasa kehairanan
dihatiku. Selalunya, Rayyan lebih senang menyuruh Pak Amat, driver keluarganya
untuk menjemputnya. Mengapa hari ini tiba-tiba dia mahu aku yang menjemputnya?
Ah! Mungkin dia terlalu rindukan Rania. Kerana seingat aku, dia ada menyuruhku
agar membawa Rania bersama. Aku cuba mereka alasan sendiri untuk mengelakkan
dari berfikir yang bukan-bukan.
Kami
tiba di banglo Puan Sri Maria tepat jam 4.40 petang sewaktu azan Asar mula
berkumandang dari corong radio. Rania yang sedang lena tidur dikerusi belakang
aku kejutkan perlahan. Terpisat-pisat dia bangun. Aku mencapai beg pakaian kami
berdua dan Rania kupimpin memasuki rumah.
Beberapa
kali salam kuhulurkan tak berjawab. Pintu rumah kubuka dengan kunci spare
yang kebetulan kubawa bersama.
Keadaan
rumah agak lengang sewaktu kami melangkah masuk. Rania yang nampak masih lagi
mengantuk terus berbaring dan menyambung tidurnya di atas sofa di ruang tamu.
Aku hanya memerhatikannya sambil menggelengkan kepala. Hendak mengangkatnya ke
tingkat atas memang aku tak larat. Akhirnya aku tinggalkannya di ruang tamu dan
beg pakaian aku bawa masuk ke dalam bilik di tingkat atas.
Selesai
menukar pakaian yang lebih santai dan menunaikan solat Asar, aku menuruni
semula anak tangga dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Rania.
"Eh,
Saf dah balik rupanya" Mak Som yang baru muncul dari arah dapur tersenyum
sambil berjalan mendekatiku. "Yela Mak Som. Saf bagi salam senyap je.
Takde pun orang jawab. Nasib baik Saf ada kunci tau. Kalau tak mesti kena duduk
kat luar sambil pangku Rania" Aku memuncungkan mulut, pura-pura merajuk.
"Mak Som tengah sapu laman belakang la. Puan Sri dengan Tan Sri takde.
Bibik Jannah dengan Suryanti Puan Sri bawak sekali ke butik. Takkan itupun Saf nak marahkan Mak Som" Mak Som mengambil
tempat duduk bersebelahan sofa yang diduduki Rania. "Alaa .. janganlah
muncung macam tuh. Buruklah. Kalau Rayyan nampak mesti dia lari" Meletus
tawa dari wanita separuh abad itu membuatkan aku turut sama ketawa.
"Mak
Som masak apa? Laparlah" Aku menggosok-gosokkan perut yang mula
berkeroncong minta diisi. "Hari ni masak kailan ikan masin, telur dadar
dengan paprik campur je" Mak Som menjawab. Kepala Rania diusap lembut.
"Waahh ... Sedap tu Mak Som. Saya pergi makan dululah. Lapar giler ni Mak
Som" Pantas aku bangun menuju ke dapur. Sempat peha Mak Som aku tepuk.
Melatah orang tua itu dibuatnya. Aku hanya tersengih apabila terlihat wajahnya
sudah mula mencuka.
Tanpa
menunggu lama, habis sepinggan penuh nasi aku makan. Ini semua gara-gara perut
yang memang sudah kelaparan. Sebelum berangkat pulang tadi, Umi ada menyuruh
aku menjamah makanan dahulu. Tatapi aku menolak kerana perut masih lagi
kekenyangan dek penangan Nasi Lemak kukus yang aku makan pada pukul 11 pagi.
Sudahnya, hanya Rania yang makan ditemani Babah. Berselera aku lihat dia makan
tadi berlaukkan ikan siakap stim halia .Sampai dua tiga kali bertambah.
"Awal
Saf balik. Ingatkan sesekali dapat balik rumah Mak dengan Ayah Saf, lamalah
sikit Saf kat situ" Mak Som yang masih menemai Rania di ruang tamu menegur
sebaik sahaja terlihat kelibat aku menghampirinya. "Cadangnya memang
macamtu Mak Som. Tapi, si Rayyan mesej saya malam tadi bagitau dia balik malam ni
dan mintak saya jemput dia kat airport. Tu yang balik awal ni"
Gelas berisi jus oren aku letakkan di atas meja kopi dan punggung kulabuhkan di
sebelah Mak Som.
"Eh?
Biasanya bukan Pak Amat ke yang jemput dia? Kenapa tiba-tiba suruh Saf pulak
yang pergi ambik?" Berkerut dahi Ibu tua itu. Aku hanya menjungkitkan bahu
tanda tidak tahu. Suratkhabar Harian Metro di atas meja sisi aku capai.
"Semankin
pelik perangai si Rayyan tu Mak Som tengok. Tapi, bagus jugaklah. Senang hati
Mak Som kalau dia dah boleh terima Saf" tangan yang sedang menyelak
helaian suratkhabar terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Mak Som itu.
Wajah keibuan di sebelahku itu kutatap lama.
"Kenapa?
Mak Som rasa selama ni dia tak dapat terima Saf ke?" Giliran dahiku pula
yang berkerut seribu. "Rayyan tu membesar depan Mak Som Saf. Setiap
gerak-geri dia memang Mak Som dah faham sangat. Mak Som tahu bila dia
betul-betul ikhlas atau sekadar berlakon je bila melayan kamu depan Puan Sri
dengan Tan Sri tu" kata-kata Mak Som membuatkan mataku membulat
memandangnya.
"Jadi,
Mak Som tahulah yang saya dengan Rayyan ... " Tak tergamak aku hendak
meneruskan kata-kataku yang seterusnya."Tak tidur sekatil?" Dia
menyambung kata-kataku membuatkan mata aku semankin membuntang. Air liur yang
kutelan terasa kesat ketika itu. "Err .. Macamana .. Mak Som ... Err ..
Tahu?" Tergagap-gagap aku bertanya. Mak Som tersenyum. Bahuku dielus
lembut.
"Sekali
tengok pun Mak Som tahu yang kamu ni masih anak dara lagi Saf" Hampir
pitam aku mendengar pengakuan dari Mak Som. Bukan calang-calang orang rupanya
Mak Som ni. Entah dari sudut dan lekuk manalah agaknya dia boleh tahu yang aku
masih anak dara lagi ni? Tiba-tiba rasa kusut pula kepala otak aku jadinya.
"Saf
jangan risaulah. Ini rahsia kita berdua. Mak Som takkan canang kat sesiapa pun.
Lagipun, Mak Som faham yang Rayyan perlukan masa untuk terima perempuan lain
selepas Selena" Bahuku dipeluk erat seolah-olah dia dapat membaca segala
gundah gulana yang bertandang dalam hatiku ketika ini. Aku cuba tersenyum walaupun
terasa hambar."Terima kasih Mak Som sebab faham." Tersenyum orang tua
itu mendengar kata-kataku.
MALAM
itu, ketika jam menunjukkan tepat ke pukul 10, aku dan Rania sudah berada di
pintu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur a.k.a KLIA. Rania
yang sudah tertidur di tempat duduk belakang kuselimutkan dengan selendang
kashymir pemberian Umi yang memang aku simpan di dalam kereta. Aircond
kereta aku turunkan suhunya sedikit agar Rania tidak terlalu kesejukkan.
Sesekali mataku melilau mencari kelibat Rayyan dari pintu keluar. Bosan
menunggu di dalam, aku keluar dari kereta. Badanku sandarkan kekereta menghala
ke pintu ketibaan sambil jaket denim yang kupakai kutarik rapat menutupi dada.
Tanganku silangkan kedada, berpeluk tubuh.
Sedang
mataku sibuk memerhatikan gelagat manusia yang ada disekeliling, mataku
tiba-tiba tertancap pada sesusuk tubuh sasa berbaju uniform putih dan berseluar
slack hitam sedang menarik beg berjalan kearahku dengan senyuman dibibir
menampakkan sepasang lesung pipit yang sering membuatkan aku terpesona. Aku
berdiri tegak menantikannya menghampiriku.
Senyuman
yang baru hendak kuukirkan, tiba-tiba jadi kaku apabila aku terlihat kelibat
Katrina menghampiri Rayyan. Seakan mahu tercabut jantungku apabila lengan sasa
Rayyan selamba dirangkulnya. Tubuh seksinya yang dibaluti uniform pramugari
yang nampak sendat di sana sini, sengaja dilaga-lagakan ketubuh Rayyan.
Menyirap darahku melihat kegedikkan yang ditunjukkan perempuan bernama Katrina
itu. Lagi-lagi apabila melihat reaksi Rayyan yang jelas menunjukkan
ketidakselesaannya diperlakukan sedemikian.
Entah
dari mana aku mendapat kekuatan, sedar-sedar aku sudah melangkah menghampiri
Rayyan dan Katrina. "Assalammualaikum Sayang" Pantas aku bersuara
seraya menyalami tangan Rayyan dan lengannya kurangkul manja menyebabkan raut
wajah Katrina berubah secara mendadak. Rayyan juga nampak sedikit terkejut
apabila aku memeluk lengannya dan jari jemarinya aku paut kemas.
"Hai
Katrina. You rupanya. I ingatkan siapalah yang pegang-pegang
tangan husband I tadi. Eh, nak tumpang kitaorang sekali ke?"
Selamba aku bersuara dalam nada agak sinis. Pura-pura buat tak tahu dengan
perubahan wajah Katrina yang sudah mula merona merah. "Oklah Ray. I pergi
dulu. Nanti kalau you senang, call lah I. I'll be waiting for
your call" Pipi Rayyan dielus lembut sebelum dia berlalu pergi. Satu
jelingan tajam sempat dilontarkan padaku. Aku masih buat muka selamba dengan
senyuman masih terhias dibibir.
"Dah
lama ke tunggu?" Rayyan bertanya sebaik sahaja kelibat Katrina tidak
kelihatan lagi. Seakan terkejut pada pertanyaannya, aku terpaku memandang
wajahnya. Dia tersenyum sambil mengenyitkan mata. "Err .. Tak lama. Baru
je sekejap. Jomlah kita balik. Rania pun dah tertidur dalam kereta tu"
Segera aku tersedar dan rangkulan pada lengannya pantas aku lepaskan. Aku
berjalan laju kearah kereta, meninggalkannya di belakang.
Baru
saja tanganku ingin membuka pintu di tempat duduk pemandu, pantas tangan Rayyan
menghalang. "Saf duduk sebelah. Biar Abang yang pandu" lembut
suaranya berbisik ketelingaku dari arah belakang. Aku terpaku lagi.
Pergerakanku seakan terkunci."I miss you Saf. Do you know that?"
Kedengaran lagi bisikannya. Kali ini lebih bernada romantis. Bulat mataku
mendengarkannya. Jantungku mula berdegup laju beraneka irama. Rayyan
Iskandar!Kenapalah dia ni suka buat aku jadi tak keruan seperti ini? Eiiiiii
!!! Tak suka! Tak suka!
Update lah lagi. Best citer ni
ReplyDeleteCiter ni dh hbis ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePlz sambung cite ni.
ReplyDeletePlz sambung cite ni.
ReplyDelete