RUMAH banglo 3 tingkat itu kelihatan
sudah gelap gelita sewaktu kereta BMW putih yang dipandu Rayyan membelok
keperkarangannya. Yang kelihatan masih menyala hanya lampu di taman ikan koi
dan di pintu masuk utama sahaja. Jam didashboard kukerling sebentar.
Patutlah. Sudah pukul 12 tengah malam rupanya.
Aku membuka pintu ditempat duduk
belakang dan tubuh Rania kugoyangkan perlahan. "Rania, bangun sayang. Kita
dah sampai ni" Beberapa kali juga tubuhnya kugoyangkan sebelum anak kecil
itu bangun dan mula menggosok-gosokkan matanya. "Daddy dah balik ke
Mummy?" Matanya dikecilkan sambil memandang kesekeliling. "Dah. Daddy
tengah keluarkan beg dari bonet kereta tu" Ada senyuman di bibirnya
tatkala wajahku dipandang.
"Dah. Jom kita masuk dalam rumah.
Sejuk kat luar ni" Rayyan yang sudah membimbit beg pakaiannya, menghampiri
aku dan Rania yang baru turun dari kereta. "Hai Daddy" Rania segera
meluru mendapatkan Ayahnya. "Hai my princess" Kepala Rania
dikucup Rayyan penuh kasih. Beg pakaian diletakkan ke bawah dan anak kecil itu
didukungnya. Rania melentukkan kepala kebahu Ayahnya dan mata kembali
dipejamkan. Rayyan memberi isyarat mata agar aku turut sama melangkah masuk ke
dalam rumah dengan tangan kanannya memegang Rania dan tangan kirinya membimbit
beg pakaiannya.
Rania yang sudah lena diletakkan di
atas tilam dan dahinya dikucup hangat oleh Rayyan sebelum dia melangkah keluar
menuju ke bilik tidur kami. Sempat hidungku dicuitnya sambil tersenyum
nakal. Berkerut dahiku memandangnya
sehingga tubuh sasanya hilang di sebalik pintu. Rania kuhampiri dan selimut
yang terlipat kemas dikaki katil aku tarik agar menutupi tubuh kecil itu hingga
kebahu. Rambutnya kuelus dan dahinya kukucup agak lama. Lampu berbentuk tapak
sulaiman berwarna ungu yang terletak didinding aku buka dan lampu utama
kupadamkan. Cahaya ungu menerangi bilik Rania. Seperti yang disukainya. Tidak
terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Tersenyum aku apabila teringatkan
keletah anak kecil itu. Pintu bilik kukatupkan perlahan. Langkah kaki kuatur
menuju ke bilik aku dan Rayyan.
Tiba di hadapan pintu bilik, aku hanya
berdiri kaku. Teragak-agak tangan aku untuk memulas tombol pintu. Entah kenapa
malam ini debar didada terasa lain macam sahaja rentaknya.
Entah berapa lama aku ada di situ aku
sendiri tak pasti. Baru sahaja tombol pintu hendak kupulas, daun pintu sudah
terngaga luas dan wajah Rayyan terpacul di hadapanku. Agak tergamam aku
dibuatnya. Rambutnya yang basah tersisir kemas ke belakang menunjukkan yang dia
baru selesai mandi. Ternyata dia juga terkejut apabila melihatku berdiri di
muka pintu.
"Apa Saf buat kat luar bilik ni?
Takkan nak masuk bilik sendiri pun nak ketuk kot" Perlahan-lahan senyuman
nakal terukir dibibirnya membuatkan aku menjadi semankin tidak keruan.
"Eh. Mana ada. Saya baru nak buka
pintu awak dah buka dululah" Pantas aku menafikan kata-katanya dan
memboloskan diri memasuki bilik. Langkah segera kuatur ke dalam biliki air
tanpa menoleh kearahnya.
Pintu bilik air segera kututup dan
badan kusandarkan kepintu dengan tangan kuletakkan kedada untuk meredakan
degupan dada yang semankin ketara terasa. Cermin dinding di sisi aku tatap dan
jelas terpamer wajahku yang sudah merona merah. Aduh! Malunya jika Rayyan
perasan dengan perubahan wajahku ini. Aku menepuk-nepuk dahi berulang kali.
Selepas setengah jam menenangkan diri
di dalam bilik air dan menukar pakaian, akhirnya perlahan-lahan badan
kuloloskan keluar.
Keadaan bilik yang hanya dilimpahi
cahaya lampu dinding membuatkan aku jadi seram sejuk. Ditambah pula dengan
suasana sejuk dari penghawa dingin yang entah berapa suhunya ini membuatkan aku
sedikit menggigil.
Dalam kesuraman cahaya lampu, dapatku
lihat Rayyan sudah berselimut sehingga menutupi kepalanya di atas sofabed.
Aku segera berlari ke arah katil dan terus berselubung di bawah selimut tebal
untuk menghangatkan tubuh yang hanya dibaluti t-shirt bodysuit berlengan
pendek dan seluar tidur kain satin separas lutut memandangkan semua baju
tidurku masih lagi tidak dicuci kerana pintu bilik kukunci selama aku berada di
rumah Umi menyebabkan Mak Som tidak dapat mencuci semua pakaian yang telah
digunakan yang aku letakkan di dalam bilik air.
Badan yang memang sudah kepenatan
kukira akan memudahkan aku melelapkan mata malam itu.
Baru sahaja aku hendak terlena,
tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang agak kuat mengejutkanku. Pantas aku
bangkit dengan badan duduk menegak 90 darjah di atas katil. Serentak dengan itu
kedengaran hujan turun mencurah-curah.
Buntang mataku saat itu. Aku bukan
boleh bunyi guruh begini. Kecut perut aku dibuatnya. Selama ini, jika guruh
begini, Rayyan tiada di rumah dan aku akan tidur bersama Rania. Anak kecil
itulah yang selalu menenangkanku. Bunyi macam kelakar. Tapi, itulah hakikatnya.
Anak kecil itu jauh lebih berani jika hendak dibandingkan denganku apabila
berhadapan dengan situasi begini. Hujan lebat dengan bunyi dentuman guruh yang
kuat.
Tunak mataku memandang Rayyan yang
masih nyenyak tidur. Langsung tidak terkesan dengan bunyi dentuman guruh yang
semankin mengganas di luar. Hati mula berkira-kira untuk tidur di sebelah Rayyan.
Dari kejauhan dapat kulihat ada ruang
untukku menyelit tidur di atas Sofabed Harvey Norman yang ditiduri
Rayyan. Nanti, lepas hujan reda aku tidurlah balik kat atas katil ni. Aku mula
berdialog dalam hati.
Dengan sebiji bantal dan sehelai selimut
ditangan, aku menjengkitkan kaki menghampiri Rayyan. Tangan kukibas-kibaskan di
hadapan mukanya untuk memastikan yang dia memang sudah benar-benar lena.
Setelah yakin, perlahan-lahan bantal kuletakkan di atas Sofabed tidak
jauh dari tubuh Rayyan dan dengan penuh hati-hati aku membaringkan tubuhku
sambil mengerling ke arah lelaki itu bimbang jika pergerakanku akan
mengejutkannya.
Aku menarik nafas lega apabila Rayyan
masih lena tak berkalih dari tempat tidurnya. Selimut kutarik menutupi tubuh
hingga kedagu. Mata kupejamkan rapat. Cuba mencari kembali mood untuk
tidur.
Dentuman guruh kedengaran lagi. Kali
ini lebih kuat dari yang sebelumnya. Akibat terkejut, tanpa aku sedari, tubuh
Rayyan sudah kudakap erat.
"Saf?"
Suara serak yang keluar dari mulut Rayyan
membuatkan aku tersentap lantas tubuh sasa itu kulepaskan. Aku bergerak
menjauhinya sedikit seraya mencapai bantal dan selimut, bergegas untuk kembali
ke katilku semula.
Belum sempat aku bangun, lenganku sudah
ditarik secara mengejut dari arah belakang menyebabkan aku hilang pertimbangan
badan dan sedar-sedar aku sudah jatuh terlentang di atas Sofabed
betul-betul di sebelah Rayyan. Terkebil-kebil mataku memandang Rayyan yang
merenung tajam padaku saat itu.
Rambut yang menutupi sebahagian wajahku
disekanya perlahan. Terasa hangat tangannya mengelus lembut pipiku. Dalam
kesamaran cahaya lampu dapat kulihat wajahnya semankin mendekat. Seakan
dipukau, aku dengan rela membiarkan bibirnya singgah didahiku, lama. Aku
memejamkan mata. Seolah menghayati kehangatan kucupannya.
Melihat aku diam tak membantah, dia
membawa kucupannya ke duabelah pipiku pula, dan kemudian di keduabelah kelopak
mataku dan akhir sekali dibibirku. Terasa hangat wajahku ketika itu. Aku
semankin hanyut dengan suasana romantis antara kami saat ini.
Tiba-tiba bunyi guruh itu datang lagi
menyebabkan aku merungkaikan kucupan dibibir kami. Tubuhnya kudakap dengan
lebih erat. Muka kusembamkan kedadanya yang bidang.
Entah apa yang melucukan, tiba-tiba aku
terdengar dia ketawa. Tersedar di atas keterlanjuranku, pantas tubuhnya
kulepaskan. Kelam kabut aku mencapai bantal dan selimut untuk kembali semula
kekatilku. Selimut kuselubungkan hingga kekepala. Masih terdengar tawa Rayyan.
Wajahku terasa hangat hingga ke telinga.
Entah berapa lama aku berkelubung
begitu, sedar-sedar tawa Rayyan sudah tiada. Yang kedengaran hanya bunyi
dentuman guruh dan curahan hujan yang masih lebat.
Perlahan-lahan selimut yang menutupi
kepala kutarik. Hampir menjerit aku dibuatnya apabila terpandang wajah Rayyan
yang sudah berbaring mengiring di sebelahku dengan tangan menongkat kepalanya
sambil tersengih mempamerkan deretan giginya yang putih.
"Awak buat apa kat atas katil
ni?" Segera aku bangun dan mengesot menjauhinya. Dia hanya tersenyum.
Perlahan tanganku ditarik mendekatinya. Aku cuba untuk meronta untuk melepaskan
diri tapi apabila terpandang wajahnya yang seakan merayu, hatiku menjadi cair
secara tiba-tiba.
"Takut guruh rupanya isteri Abang
ni" Dia menyelinap masuk ke dalam selimutku dan membawa aku ke dalam
pelukannya. Perlahan dahiku dikucup lagi. Aku mendongak mencari wajahnya. Dalam
kesamaran lampu aku lihat dia tersenyum memandangku. Aku hanyut dalam pandangan
matanya saat bibirku dikucupnya lagi. Kali ini lebih lama.
Disaat kucupannya semankin terasa
hangat, tiba-tiba dadanya aku tolak menjauhiku. Terpamer riak kaget diwajahnya.
"Maaf bang. Saf belum bersedia" perlahan aku bersuara. Bimbang
sekiranya dia terasa. Senyuman terukir dibibirnya. "It's ok. Abang
akan tunggu sampai Saf dah betul-betul bersedia" serentak dengan bisikan
romantis darinya, tubuhku ditarik semula ke dalam dakapannya. "Terima
Kasih Abang" dalam keadaan separa sedar panggilanku padanya sudah
bertukar.
Mata yang mula terasa mengantuk sempat
menangkap segaris senyuman terukir dibibir Rayyan. Sebuah kucupan hangat
hinggap di ubun-ubunku sewaktu mata mulaku pejamkan. Terasa diri ini selamat
berada di dalam dakapan tubuh sasa suamiku.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesis..bile nak sambng..cerita ni best...
ReplyDelete