Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, February 12, 2015

KISAH KAMI : BAB 26

SUDAH lebih 20 minit rasanya aku duduk di meja solekku itu. Losyen badan sudah berkali-kali kusapukan pada tubuh. Habis segala ceruk aku sapukan losyen. Biasanya, aku hanya sapukan pada kedua belah tangan dan kaki sahaja. Tapi malam ini, berlainan sedikit. Bukan kerana aku yang sudah buang tabiat, tapi ini semua kerana Rayyan yang aku rasakan sudah buang tabiat.

Sedari tadi, dari refleksi cermin di hadapanku, dapat kulihat Rayyan duduk bersandarkan kepala katil sambil ralit membelek iPadnya. Selalunya, bila jam menunjukkan keangka 11 malam sahaja, Rayyan sudah mengambil tempat di Sofabednya. Tapi, malam ini, aku sedikit kehairanan kerana dia masih berada di atas katil. Adakah ini tanda-tandanya aku yang kena bertukar tempat tidur?

Aku menggaru-garu kening sambil melangkah menghampirinya. Dua biji bantal di sebelahnya kucapai."Saf nak kemana?" Dia mendonggak ke arahku yang sudah bersedia untuk berlalu ke arah Sofabed yang terletak di penjuru bilik berhampiran dengan meja kerjanya.

"Err .. Nak tidur la" Aku buat muka selamba.

"Yela nak tidur. Tapi, bawa bantal tu nak kemana?" iPadnya sudah diletakkan di atas meja sisi disebelah kirinya. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal."Tidur kat mana lagi. Kat Sofabed tula" Akhirnya aku menjawab.

Rayyan tersenyum. Wajahku masih ditatapnya. Tiba-tiba dia menggelengkan kepala.'Apahal la pula dia ni?' Keningku berkerut melihat telatah Rayyan yang agak berlainan malam ini.

Sejak dari pulang dari rumah Katrina petang tadi, perlakuan Rayyan semankin menjadi-jadi peliknya dimata aku.

Semasa menikmati makan malam, tak henti-henti mulutnya bercerita itu dan ini denganku dan Rania. Sesekali dia akan ketawa mengekek membuatkan aku tergelak sama. Sepanjang aku mengahwininya, baru hari ini aku lihat versi Rayyan Iskandar yang santai, bersahaja dan ceria.

Tadi, beriya-iya dia ingin menidurkan Rania. Tak pernah-pernah dia menidurkan Rania semenjak aku mengahwininya. Itu belum kemesraan yang terlampau yang ditunjukkan padaku. Entah berapa kali hidung dan pipiku menjadi mangsa kepitan jarinya hari ini. Pantang aku buat muka blur saja, pasti merah pipi dan hidungku dibuatnya.

Apalah agaknya yang telah berlaku padanya di London semenjak 2 minggu yang lepas ni sampai begini sekali dia berubah. Aku mula berteka teki dalam hati.

"Tidur je la kat sini. Katil ni kan besar" Suaranya mengejutkan lamunanku. "Eh. Err .. " Sedikit tersentap dan tergugup aku dibuatnya.Hati mula rasa berbelah bagi. "Jangan takutlah. Selagi Saf tak bersedia, saya takkan memaksa" Eh? Aku yang tak bersedia ke dia yang tak bersedia ni? Aku bersoal jawab dalam hati. Rasanya selama ini, dia yang menjauhkan dirinya dari aku. Tapi, aku pula yang dikatanya tak bersedia. Hishhhh!

Dengan berat hati, bantal ku letakkan kembali di atas katil. Itupun betul-betul hampir dengan birai katil dan agak jauh dari Rayyan. Mungkin betul apa yang Rayyan katakan. Aku memang belum 'bersedia'. Aku memang sudah setkan dalam kepala otak aku ini yang Rayyan mengahwini aku semata-mata kerana nakkan ibu untuk Rania bukan isteri untuk dirinya. Jadi, aku sudah tak kisah andai Rayyan tidak sekali pun 'menyentuh' aku.

Tawa Rayyan yang tiba-tiba kedengaran membuatkan dahiku berkerut lagi. Aku yang sudah berbaring memandangnya sekilas.

"Janganlah baring kat tepi sangat. Nanti kalau terjatuh macamana?" Dia bersuara setelah tawanya reda.

Aku hanya membatukan diri. Malas membalas kata-katanya. Mata kupejamkan rapat-rapat. Entah pukul berapa, akhirnya aku terlelap juga.

Aku tersedar apabila terdengar jam loceng diatas meja disisiku berbunyi menandakan jam sudah menunjukkan kepukul 6 pagi.

Ketika aku ingin bangun, terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangku menahan aku dari terus bangkit. Hampir menjerit aku dibuatnya apabila dalam kesamaran cahaya lampu tidur, dapat kulihat wajah Rayyan begitu hampir denganku. Mulutku tutup dengan tangan kiri sementara tangan kanan pula perlahan-lahan meleraikan pelukan Rayyan dipinggangku.

Aku berdiri kaku tidak jauh dari katil. Pandangan mataku tertumpu pada Rayyan yang masih lena tidur. Aku cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi.

Seingat aku, Rayyan tidur dihujung sebelah kiri katil dan aku pula jauh di sebelah kanan katil.

Bantal peluk yang menjadi pemisah diantara kami yang sudah terdampar di bawah katil dekat dengan tempat aku berdiri aku renung lama.

"Pukul berapa ni?" mataku mankin membulat memerhatikan Rayyan yang terpisat-pisat bangun. Jam loceng di atas meja sisi dicapainya.

Tanpa menunggu dengan lebih lama, aku segera berlalu ke bilik air. Cermin besar di dalam bilik mandi kutatap lama. Kedua belah tangan kutekupkan kepipi yang mula terasa hangat.

Aduh! Macamanalah aku boleh tak tersedar bila Rayyan memeluk pinggangku. Masih terasa hangat hembusan nafasnya diwajahku. Rentak jantung bertambah tak keruan bila aku teringatkan bau wangi cologne yang di pakainya.

"Sayang ... Buat apa lama sangat tu? Cepatla sikit. Kita solat subuh sama-sama" Kedengaran sayup-sayup suara Rayyan memanggil.

Sayang? Telinga aku yang salah dengar ke atau otak aku yang tak berapa nak berfungsi? Dia panggil aku sayang? "Sayang .. Are you ok in there?" Kedengaran Rayyan memanggil lagi.

"Err .. Ye .. Saya ok. Kejap lagi saya keluar" Tergagap-gagap aku menjawab sambil berlalu ke pili air untuk mengambil air sembahyang. Dalam kepala semankin penuh dengan persoalan yang tak terjawab.

Selepas ini aku nekad untuk tidur di atas SofaBed. Taubat aku tak mahu dah berkongsi katil dengan Rayyan. Tunggulah sampai aku betul-betul sudah bersedia nanti. Kalau tidak, mau aku cepat diserang penyakit jantung dek kerana sikap Rayyan yang tiba-tiba berubah 360 darjah!

Selesai solat subuh, tanpa menunggu lama aku terus menuju ke bilik Rania untuk menyiapkannya ke sekolah. Selesai mandi dan mengenakan pakaian seragamnya, rambutnya kusisir dan kuikat kemas dengan sekeping riben berwarna merah kuklipkan ke rambutnya.

"Mummy. Malam tadi kenapa Mummy tak tidurkan Rania?" Pertanyaan anak kecil itu semasa aku menyapukan bedak kewajahnya membuatkan tanganku terhenti. Aku mengahadiahkan senyuman paling manis untuknya.

"Kenapa? Rania tak suka ke Daddy yang tidurkan Rania?"Aku cuba menduga. "Bukan Rania tak suka. Tapi, kan Mummy yang selalu tidurkan Rania, bacakan story kat Rania. Daddy bacakan story tak best. Tak tukar-tukar suara macam Mummy selalu buat tu" Anak kecil itu mengadu sambil memandang lantai. Pipi mulusnya kucubit lembut.

"Daddy kan tak biasa. Nanti lama-lama, mesti dia pandai tukar-tukar suara macam Mummy kan" Aku memujuk lembut. Tubuhnya kurangkul dalam dakapan.

"Ok. Dah siap pun princess Mummy ni. Jom kita breakfast. Nanti terlambat pergi school, teacher marah pula" Wajah anak kecil itu kembali ceria. Huluran tanganku disambut dan kami berjalan beriringan menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Sesampainya kami di meja makan, Rayyan sudah sedia menunggu.

"Good Morning Daddy" Rania menghampiri Rayyan dan tangan Papanya itu dikucup. Rayyan mencium dahi Rania dan didudukkan anak kecil itu di atas kerusi di sebelahnya. Aku mengambil tempat di sebelah Rania.

"Rania nak makan apa? Mee atau nasi goreng?" Aku bertanya sambil mencapai pinggan untuk Rania. "Hmmm .... Hari ni Rania nak makan mee la" Aku mencedokkan sesenduk mee goreng ke dalam pinggan Rania.

"Tolong sendukkan Abang nasi goreng ye" Kata-kata Rayyan membuatkan tanganku yang sedang menuangkan Jus Oren untuk Rania terhenti. Pandangan  kutujukan kepadanya. Ternyata dia juga sedang memandang kearahku sambil menghulurkan senyuman yang tersembunyi maksud yang tersendiri. Aku segera mengalihkan pandangan kearah mangkuk yang berisi nasi goreng dan mencedokkankannya ke pinggan Rayyan.

Tadi 'sayang', ini 'abang' pula. Apa kena dengan Rayyan ni? Dalam kehairanan aku mencedokkan mee goreng buat diri sendiri.

Rania seperti biasa, petah bercerita itu dan ini dengan Daddynya. Manakala aku pula hanya menjadi pendengar yang setia sambil sesekali tersenyum melihat gelagat Rania bercerita. Sesekali aku mencuri pandang kearah Rayyan yang kelihatan sungguh terhibur dapat melayan celoteh anak daranya.

Adakah ini tanda-tanda pintu hatinya sudah terbuka untukku? Atau sekadar mengubat kerinduannya pada Selena? Kepalaku semankin sarat dengan persoalan demi persoalan.

2 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template