SELESAI perbincangan selama 3 jam
dengan Imtiyaz termasuk sejam waktu menunggu tadi, keluar saja dari bilik
Bosnya itu, Ammara terus menuju ke pantry.
Perutnya yang mula terasa pedih kelaparan perlu diisi secepat mungkin sebelum
masuk angin.
Ligat tangannya membancuh air Nescafe 3 dalam 1 dan balang berisi biskut dicapai.
Sedang dia asyik menikmati biskut
dicicah air Nescafe, terasa ada makhluk Tuhan yang duduk di hadapannya. Kepala
diangkat dan terus saja rasa menyampah memenuhi ruang hatinya apabila wajah
berlagak Suraya yang ditatapnya.
“Apa kau buat lama sangat dalam
bilik Bos ha?” Keras nada soalan Suraya padanya saat itu. Ammara buat tak tahu
dan biskut yang hampir lembek dicicah terlalu lama segera disuakan ke dalam
mulut.
“Kau jangan nak berlagak sangat ye
dengan aku. Baru kerja dua hari dah pandai nak tunjuk lagak” Ammara masih
tayang muka tak bersalah. Malas sungguh dia hendak melayan perempuan bernama
Suraya yang tiba-tiba meroyan pagi-pagi buta itu.
“Hei budak! Aku ingatkan kau ye.
Jangan sesekali berani nak mengorat Bos. Dia tu aku yang punya! Kalau tak,
nahas kau!” Bengang dengan Ammara yang buat tak tahu padanya, Suraya sempat
memberi amaran sebelum mendengus kasar dan meninggalkan Ammara semula.
“Gila! Sejak bila entah Bos tu jadi
milik dia. Perasan! Dia ingat, Bos hadap sangat la dengan muka tepung gomak dia
tuh?!” Gumam Ammara sendirian. “Lagipun aku tak hingin la dengan jantan
berlagak kasanova perasan tampan tu” bebel Ammara lagi sebelum menyudahkan
hirupan airnya yang sudah tinggal separuh itu.
Habis saja mengisi perut, Ammara
meneruskan kerjanya yang sudah diarahkan oleh Imtiyaz sewaktu perbincangan
mereka tadi. Memandangkan Kak Ros tiba-tiba mengambil cuti bersalin awal,
segala kerja perlu diuruskannya. Mujurlah semalam, Kak Ros sempat memberikan
beberapa nota kepadanya yang berkaitan dengan projek-projek syarikat yang
sedang berjalan dan juga yang sedang dalam perancangan untuk dibida.
“Hai Ara” hampir melompat dia
dibuatnya tatkala sapaan lembut itu kedengaran beserta pandangan romantis dari
Haikal yang sudah menongkatkan keduabelah tangannya di atas meja Ammara.
“Awak ni Karl. Buat saya terkejut
je. Nasib baik tak terconteng dokumen ni. Kalau tak, puas la saya kena bebel
dengan Encik Imtiyaz kita tu” Bulat mata Ammara merenung wajah Haikal yang
tersengih nakal di hadapannya itu.
“Tengahari ni kita lunch sama kan? Awak nak belanja saya
kan?” Haikal asyik merenung wajah yang menarik perhatiannya sejak pagi tadi
penuh minat. Bukan tak pernah dia melihat perempuan-perempuan cantik. Namun,
Ammara lain pada pandangannya. Wajahnya hanya dirias dengan bedak nipis dan
secalit lip gloss menghiasi bibir
mungilnya. Tapi, pada pandangan Haikal ianya sudah cukup sempurna buat gadis
secantik Ammara.
“Rasanya hari ni tak bolehlah. Saya
ada banyak kerja ni. Semuanya Encik Imtiyaz nak sebelum 5.30 petang” Ammara
tidak mempedulikan renungan ala-ala Mat Romeo si Haikal. Jari-jemari runcingnya
semankin lincah menari-nari dipapan kekuncinya mengedit tender yang sudah
dihantar oleh bahagian Pemasaran sebelum ianya diserahkan kepada Imtiyaz untuk
pengesahan.
“Kesiannya awak. Baru masuk kerja
dan kena raging dengan Bos ye. Ada apa
yang saya boleh tolong ke?” Tanpa diduga Ammara, Haikal terus menarik kerusi
Kak Ros dan dia mengambil tempat duduk rapat dengannya.
“Err … Tak apalah. Saya boleh buat
sendiri” terasa kurang selesa dengan jarak kedudukannya dengan Haikal ketika
itu. Terlalu rapat sehingga bahu mereka nyaris bersentuhan. Dia cuba
menjarakkan sedikit tubuhnya dari Haikal.
“Eheem!!”
Terkejut beruk Ammara dan Haikal
apabila terpandang Imtiyaz sedang berdiri di hadapan mereka sambil berdehem
kasar. Tajam pandangannya pada Ammara dan Haikal ketika itu.
“Haikal. Kerja awak dah settle
semua ke?” Keras nada pertanyaan Imtiyaz.
“Err … Ad … Ada lagi belum settle Encik Im. Emmm … Err … Ni saya
nak pergi buat lah ni. Eh, okla Ara. Kita jumpa lagi nanti ye” Tergagap-gagap
Haikal menjawab sambil berlalu kembali ke tempat duduknya.
Setelah Haikal berlalu, perhatian Imtiyaz tertumpu pula pada
Ammara.
“Saya tak kisah kalau staff saya nak bercinta sesama sendiri.
Tapi, saya tak nak awak sibuk bercinta sampai kerja entah kemana. Lagi-lagi
kalau staff baru macam awak ni. Kalau
agak-agak nak bercinta sangat, kahwin je terus. Senang cerita” berkerut dahi
Ammara apabila di sound sebegitu oleh
Imtiyaz.
“Eh … Saya dengan Karl .. Err …
Haikal, tak ada apa-apa Encik Imtiyaz” Ammara cuba membela diri. Bengang pula
dengan pandangan serkap jarang Imtiyaz terhadap dirinya.
Baru duduk dekat begitu dah dituduh
bercinta? Habis dia tu?! Bercinta sampai kat dalam office ni bolehlah pulak! Mentang-mentanglah kau tu Bos! Dahlah
takda usul periksa, sesuka hati mak bapak dia je nak sound-sound aku ikut sedap mulut dia! Aku cili mulut tu nanti, baru
berakal sikit agaknya! Eiiiii … Bencinya!!!! Jerit Ammara dalam hati. Terasa
kulit mukanya mula membahang.
“Dah! Saya taknak dengar apa-apa
alasan. Apa yang saya tahu, tender
TSL ni saya nak dah ada kat atas meja saya tepat pukul 5.30 petang ni” tegas
suara Imtiyaz mengingatkan sebelum dia berlalu meninggalkan Ammara yang sudah
menayangkan muka bengangnya.
“Dasar cimpanzi punya Bos! Sesuka
hati je nak tuduh aku bukan-bukan. Ni semua sebab si Haikal la ni! Huh!” Ammara
mendengus geram. Papan kekunci ditekan
kasar tanda protes kecil-kecilan.
Hari itu betul-betul cepat saja
masa berlalu buat Ammara. Tengahari itu, setelah menjamah hidangan sebungkus
mee segera di pantry dan menunaikan
solat Zohor di surau yang berada di tingkat 3, Ammara terus leka dengan tugas
menaip, memfotostat dan menscan
segala macam dokumen sehingga tidak sedar masa sudah menghampiri waktu balik.
“Ammara, saya nak keluar sekejap. Nanti
saya masuk balik. Kalau dah siap, awak letak je tender tu kat atas meja saya” Imtiyaz yang terkocoh-kocoh
menghampirinya, laju saja berpesan sebelum berlalu meninggalkan Ammara yang
hanya melopong tanpa sempat membalas kata-kata Bosnya.
Tubuh sasa Imtiyaz dipandang
sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Ammara menghela nafas panjang.
Jam dinding yang sudah menunjukkan
ke pulul 5.20 petang dilirik. Ammara duduk bersandar sambil membuang segala
rasa lenguh tubuhnya yang sedari pagi tadi asyik duduk tegak menatap skrin
Komputer. Leher dan bahu yang agak terasa tegang diurut perlahan.
Rasa
sedikit lega apabila mengetahui Imtiyaz sudah keluar. Sekurang-kurangnya, dia
punya lebih masa untuk menyiapkan kerjanya yang masih berbaki lagi separuh
untuk disiapkan itu.
“Jangan
lewat sangat balik ye sayang. Take care!
Kita jumpa lagi esok!” Haikal sempat lagi mengusiknya sebelum berlalu tepat
pukul 5.30 petang itu. Ammara hanya membalas dengan senyuman separuh rela. Satu-persatu staff Muz Holding di tingkat
18 itu pulang meninggalkannya keseorangan.
“Ammara. Nanti nak balik, pastikan
semua aircond dengan lampu ditutup.
Tinggalkan lampu display kat receptionist area je. Ingat! Jangan
buat-buat lupa pulak!” Suraya sempat berpesan sebelum dia turut sama pulang.
Wajahnya masih juga begitu. Ketat semedang macam kena suntik botox sekilo.
Menyampah Ammara melihatnya.
Suasana hening mula dirasai membuatkan
Ammara terasa cuak. Sudahlah dia sememangnya penakut. Oleh kerana itulah genre
cerita seram memang sudah dipangkah besar-besar dari senarai filem yang patut
ditonton oleh Ammara Saffiya. Jika dipaksa juga menonton, alamatnya, memang tak
cukup tidur 7 malam berturut-turutlah dibuatnya nanti.
Kerja-kerja yang tergendala
seketika pantas disambung semula. Cepat buat, cepat siap, cepatlah balik. Telah
hati kecil Ammara. Mujur pukul 5 tadi dia sudah melunaskan solat Asar. Jika
tidak, memang dia solat di sebelah meja sajalah jawabnya. Hendak turun ke
tingkat 3 dalam suasana sunyi sepi seperti itu, memang tidaklah jawabnya.
Tepat pukul 7 akhirnya siap juga
tender TSL yang diminta Imtiyaz. Ammara menarik nafas lega.
“Alhamdulillah … Settle
juga akhirnya” luah Ammara, puas.
Tender yang sudah siap dibinding dikepit dan terus dibawa menuju
ke bilik Imtiyaz. Entah ada entah tidak Bosnya itu. Tapi, Ammara lebih suka
andai Imtiyaz tiada agar lebih mudah dia hendak meloloskan dirinya untuk segera
pulang ke rumah. Bimbang sekiranya lelaki itu ada nanti, mankin panjang pula
ceritanya.
Melihat bilik Imtiyaz yang terang
benderang memadam harapan Ammara untuk segera pulang. Dibuatnya Imtiyaz ingin
terus menyemak tender setebal 200
mukasurat itu satu persatu dihadapannya, memang lewat malam la jawabnya baru
dia boleh pulang.
Pintu bilik diketuk. Senyap. Pintu
diketuk lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Masih senyap tiada
sahutan kedengaran.
Ammara memberanikan diri memulas pintu bilik
perlahan-lahan.
Kosong. Suasana sepi menjengah.
Yang kedengaran hanyalah bunyi aircond
yang terpasang. Berkerut sedikit dahi Ammara dibuatnya. Melilau matanya
memandang kesekeliling bilik.
Pelik! Aircond dengan lampu terpasang. Tapi, kenapa tak ada orang? Kepala
yang tidak gatal digaru.
Perlahan-lahan Ammara melangkah
menuju ke meja Imtiyaz. Tender dipegangannya diletakkan di atas
meja Bosnya itu.
“Ammara?”
“Oh mak kau!!” Bagai hendak
tercabut nyawa Ammara dibuatnya apabila dalam keheningan suasana kedengaran
namanya bergema dibilik itu. Pantas dia berpaling ke belakang.
Wajah Imtiyaz yang kelihatan turut
sama terkejut mendengar latahannya ditatap dengan mata yang masih
terkebil-kebil.
“Awak tak balik lagi ke?” Imtiyaz
yang kelihatan santai dan segak mengenakan tshirt polo merah ditegakkan
kolarnya dan berseluar jeans serba hitam melangkah masuk menghampiri Ammara
yang masih kelihatan terkejut.
“Err … Nak balik lah ni. Hantar tender ni dulu” Ammara tergagap-gagap
menjawab sambil menunjuk tender yang
diletakkan di atas meja Imtiyaz sebentar tadi.
“Owh ye. Tender
TSL tu. Nyaris terlupa pula saya. Nasib baik saya balik semula ke office ni”
Amboiii … Nyaris lupa? Pagi tadi
beriya-iya suruh aku siapkan hari ni juga. Ini boleh dia kata dia NYARIS
LUPA??!! Maknanya, tender ni takdelah
urgent mana pun laaa?? Hurmmm … Rasa
macam dah kena buli je aku ni … Ammara rasa tak puas hati dengan kata-kata
Imtiyaz.
“Kenapa awak tercegat lagi kat
sini? Pergilah balik. Takpe. Kita boleh go
through tender ni esok pagi. Lagipun, tender
ni nak hantar lagi 2 minggu” selamba saja raut wajah Imtiyaz sewaktu
mengucapkan kata-kata yang sudah membakar hati dan jiwa Ammara saat itu.
2 minggu lagi????
Arrrgggghhhhh!!!!! Tensionnya aku
dengan mamat ni!!! Habis tu kenapa pepagi buta dia suruh aku datang kerja kalau
tender ni ada masa lagi 2 minggu????
Sengal betullah dia ni!!!!
Tajam pandangan Ammara pada
Imtiyaz. Namun, Imtiyaz yang sedang sibuk mencari sesuatu di dalam laci mejanya
tidak menyedari wajah Ammara yang sudah merah padam menahan marah.
“Ada apa-apa lagi ke yang awak nak
cakap? Kalau tak ada, awak boleh balik. Lagipun dalam pejabat ni tinggal kita
berdua je. Saya taknaklah nanti tak pasal-pasal saya kena tangkap basah dengan
awak. Mahu gelap masa depan saya” mankin membara hati Ammara dibuatnya. Kecil
saja Imtiyaz dimatanya ketika dan saat itu.
Ammara tarik nafas dalam-dalam.
Sabar Ara, sabar. Ini semua dugaan
je. Dugaan. Ammara memujuk hatinya dan tanpa sebarang kata, dia terus berlalu
meninggalkan Imtiyaz untuk kembali ke mejanya mengemas apa yang patut sebelum
pulang.
Butang ‘close’ pada lif ditekan berkali-kali. Baru saja pintu hendak
tertutup, ada tangan yang sempat menahan. Kepala Ammara kembali panas semacam
apabila dilihat Imtiyaz meloloskan badannya ke dalam perut lif.
“Awak balik mana?”
Wajah Imtiyaz yang berdiri di
sebelahnya ditatap untuk memastikan yang soalan itu memang ditujukan kepadanya.
“Putrajaya” jawab Ammara pendek
selepas pasti soalan itu memang untuknya. Matanya kembali tertumpu pada pintu
lif yang terkatup rapat.
“Oh ya? Saya pun duduk kat situ
juga. Precint berapa?” Aduh! Kenapalah terlebih ramah pulak mamat ni. Tadi
bukan main sakitkan hati aku. Takut kena tangkap basah dengan aku lah, gelap
masa depanlah. Dia ingat aku hadap sangat ke nak kahwin free dengan dia?! Huh! Mintak-mintak dijauhkan lah Ya Allah! Ammara
membebel dalam hati.
“Ammara? Awak dengar tak saya tanya
ni?” Bahunya dicuit.
Hisshhk! Apa main cuit-cuit pulak
dia ni. Ammara masih tidah puas hati.
“Precint 18” cepat-cepat dia
menjawab sebelum bahagian lain pulak dicuit Imtiyaz. Bimbang pula ada yang
berjalan tak lurus bila keluar lif itu nanti di kerjakan Ammara.
Sebaik pintu lif terbuka, Ammara
terus melangkah pantas meninggalkan Imtiyaz. Malas rasanya dia hendak terus
mengadap lelaki itu lagi. Cukuplah untuk hari ini.
“Hoi! Buta ke apa kau ni ha??!!”
Terkejut Ammara dibuatnya apabila
terasa bahunya dirempuh kasar dan diikuti dengan sergahan kuat ibarat Tarzan
melalak di hutan Amazon.
Wajah gadis berkulit mulus yang
sudah meyeringai kesakitan ditatap Ammara dengan wajah blur. Garang pandangan mata yang bercelak gaya Cleopatra itu
memerhatikannya atas ke bawah.
“Jalan tu tak reti ke nak tengok
depan ha?! Mata tu lain kali jangan letak kat lutut!” Mankin berbisa ayat yang
keluar dari mulut wanita berambut hitam pekat bersanggul tinggi itu membuatkan
hati Ammara kembali meluap-luap bak gunung Merapi hendak meletus.
“Cik Kak. Cakap tu biar berlapik
karpet merah sikit ye. Siapa yang langgar siapa ni sebenarnya? Siapa yang mata
letak kat lutut? Saya ke, Cik?” Selamba saja ayat-ayat itu keluar dari mulut
Ammara walaupun wajahnya sudah merah menyala. Silap haribulan boleh keluar asap
dari lubang telinga.
“Amboi … Dahla langgar orang,
kurang ajar pulak tu!” Wanita itu turut sama naiknya. Dia juga tidak mahu
mengalah.
“Sayang? Kenapa ni?”
Baru saja Ammara hendak menjawab,
suatu suara garau yang datang dari arah belakang membuatkannya bungkam.
Wajah garang wanita di hadapannya
itu terus bertukar 360 darjah.
“B … Tengoklah pompuan gila ni. Dahla langgar I, lepas tu bukan nak mintak maaf. I pulak dimakinya” cair taik telinga
Ammara dibuatnya mendengar rengekan bayi tua di hadapannya itu. Bukan main lagi
dia berpaut pada lengan sasa yang menghampirinya. Siap menggesel-geselkan
tubuhnya ala-ala kucing miang pula tu. Berdiri segala bulu roma Ammara
dibuatnya. Pandangannya dibuang jauh-jauh agar tidak terpalit sama dengan dosa
maksiat yang sedang berlangsung di hadapannya itu.
Bila masa entah aku maki dia. Kalau
ya pun aku maki memang kenalah dengan mulut puaka kau tu! Menyampah betul lah!!
Protes Ammara dalam diam.
“Ammara?”
Pantas dia menoleh apabila suara
yang tidak asing lagi ditelinganya itu menyebut sebaris namanya yang sememangnya
cukup indah itu.
Imtiyaz? Ya Allah!! Kenapa dia ni
lagi yang aku jumpa?! Bagai nak menjerit Ammara apabila terpandang wajah
Imtiyaz yang berkerut seribu memandangnya.
“You kenal ke pompuan kurang ajar ni B?” Wanita di sebelah Imtiyaz
menjeleng Ammara yang wajahnya sudah tidak semerah tadi.
“Err … Saya mintak maaf Encik
Imtiyaz. Saya minta diri dulu. Assalammualaikum” Belum sempat Imtiyaz menjawab,
Ammara sudah meminta diri dan berlari-lari anak meninggalkan pasangan sejoli
itu.
Ammara berlalu bukan kerana
mengalah. Tapi, sebelum kedua-dua makhluk Tuhan itu memaki hamunnya sehingga
dia betul-betul hilang sabar, rasanya lebih baik dia mengundur diri.
Jam yang sudah menghampiri ke pukul
8.15 malam dikerling.
Ya Allah! Layan orang-orang gila ni
sampai termiss solat Maghrib aku lah!
Allahuakbar!!!
Bila nak update kisah kami? Lama tunggu ni.Huhuhu
ReplyDeleteNi tiada update ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNi tiada update ke?
ReplyDelete