SUDAH
lebih 20 minit rasanya aku duduk di meja solekku itu. Losyen badan sudah
berkali-kali kusapukan pada tubuh. Habis segala ceruk aku sapukan losyen.
Biasanya, aku hanya sapukan pada kedua belah tangan dan kaki sahaja. Tapi malam
ini, berlainan sedikit. Bukan kerana aku yang sudah buang tabiat, tapi ini
semua kerana Rayyan yang aku rasakan sudah buang tabiat.
Sedari
tadi, dari refleksi cermin di hadapanku, dapat kulihat Rayyan duduk
bersandarkan kepala katil sambil ralit membelek iPadnya. Selalunya, bila jam
menunjukkan keangka 11 malam sahaja, Rayyan sudah mengambil tempat di Sofabednya.
Tapi, malam ini, aku sedikit kehairanan kerana dia masih berada di atas katil.
Adakah ini tanda-tandanya aku yang kena bertukar tempat tidur?
Aku
menggaru-garu kening sambil melangkah menghampirinya. Dua biji bantal di
sebelahnya kucapai."Saf nak kemana?" Dia mendonggak ke arahku yang
sudah bersedia untuk berlalu ke arah Sofabed yang terletak di penjuru
bilik berhampiran dengan meja kerjanya.
"Err
.. Nak tidur la" Aku buat muka selamba.
"Yela
nak tidur. Tapi, bawa bantal tu nak kemana?" iPadnya sudah diletakkan di
atas meja sisi disebelah kirinya. Aku menggaru-garu kepala yang tak
gatal."Tidur kat mana lagi. Kat Sofabed tula" Akhirnya aku
menjawab.
Rayyan
tersenyum. Wajahku masih ditatapnya. Tiba-tiba dia menggelengkan kepala.'Apahal
la pula dia ni?' Keningku berkerut melihat telatah Rayyan yang agak
berlainan malam ini.
Sejak
dari pulang dari rumah Katrina petang tadi, perlakuan Rayyan semankin
menjadi-jadi peliknya dimata aku.
Semasa
menikmati makan malam, tak henti-henti mulutnya bercerita itu dan ini denganku
dan Rania. Sesekali dia akan ketawa mengekek membuatkan aku tergelak sama.
Sepanjang aku mengahwininya, baru hari ini aku lihat versi Rayyan Iskandar yang
santai, bersahaja dan ceria.
Tadi,
beriya-iya dia ingin menidurkan Rania. Tak pernah-pernah dia menidurkan Rania
semenjak aku mengahwininya. Itu belum kemesraan yang terlampau yang ditunjukkan
padaku. Entah berapa kali hidung dan pipiku menjadi mangsa kepitan jarinya hari
ini. Pantang aku buat muka blur saja, pasti merah pipi dan hidungku
dibuatnya.
Apalah
agaknya yang telah berlaku padanya di London semenjak 2 minggu yang lepas ni
sampai begini sekali dia berubah. Aku mula berteka teki dalam hati.
"Tidur
je la kat sini. Katil ni kan besar" Suaranya mengejutkan lamunanku.
"Eh. Err .. " Sedikit tersentap dan tergugup aku dibuatnya.Hati mula
rasa berbelah bagi. "Jangan takutlah. Selagi Saf tak bersedia, saya takkan
memaksa" Eh? Aku yang tak bersedia ke dia yang tak bersedia ni? Aku
bersoal jawab dalam hati. Rasanya selama ini, dia yang menjauhkan dirinya dari
aku. Tapi, aku pula yang dikatanya tak bersedia. Hishhhh!
Dengan
berat hati, bantal ku letakkan kembali di atas katil. Itupun betul-betul hampir
dengan birai katil dan agak jauh dari Rayyan. Mungkin betul apa yang Rayyan
katakan. Aku memang belum 'bersedia'. Aku memang sudah setkan dalam
kepala otak aku ini yang Rayyan mengahwini aku semata-mata kerana nakkan ibu
untuk Rania bukan isteri untuk dirinya. Jadi, aku sudah tak kisah andai Rayyan
tidak sekali pun 'menyentuh' aku.
Tawa
Rayyan yang tiba-tiba kedengaran membuatkan dahiku berkerut lagi. Aku yang
sudah berbaring memandangnya sekilas.
"Janganlah
baring kat tepi sangat. Nanti kalau terjatuh macamana?" Dia bersuara
setelah tawanya reda.
Aku
hanya membatukan diri. Malas membalas kata-katanya. Mata kupejamkan
rapat-rapat. Entah pukul berapa, akhirnya aku terlelap juga.
Aku
tersedar apabila terdengar jam loceng diatas meja disisiku berbunyi menandakan
jam sudah menunjukkan kepukul 6 pagi.
Ketika
aku ingin bangun, terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangku menahan aku
dari terus bangkit. Hampir menjerit aku dibuatnya apabila dalam kesamaran
cahaya lampu tidur, dapat kulihat wajah Rayyan begitu hampir denganku. Mulutku
tutup dengan tangan kiri sementara tangan kanan pula perlahan-lahan meleraikan
pelukan Rayyan dipinggangku.
Aku
berdiri kaku tidak jauh dari katil. Pandangan mataku tertumpu pada Rayyan yang
masih lena tidur. Aku cuba mengingati apa yang berlaku malam tadi.
Seingat
aku, Rayyan tidur dihujung sebelah kiri katil dan aku pula jauh di sebelah
kanan katil.
Bantal
peluk yang menjadi pemisah diantara kami yang sudah terdampar di bawah katil
dekat dengan tempat aku berdiri aku renung lama.
"Pukul
berapa ni?" mataku mankin membulat memerhatikan Rayyan yang terpisat-pisat
bangun. Jam loceng di atas meja sisi dicapainya.
Tanpa
menunggu dengan lebih lama, aku segera berlalu ke bilik air. Cermin besar di
dalam bilik mandi kutatap lama. Kedua belah tangan kutekupkan kepipi yang mula
terasa hangat.
Aduh!
Macamanalah aku boleh tak tersedar bila Rayyan memeluk pinggangku. Masih terasa
hangat hembusan nafasnya diwajahku. Rentak jantung bertambah tak keruan bila
aku teringatkan bau wangi cologne yang di pakainya.
"Sayang
... Buat apa lama sangat tu? Cepatla sikit. Kita solat subuh sama-sama"
Kedengaran sayup-sayup suara Rayyan memanggil.
Sayang?
Telinga aku yang salah dengar ke atau otak aku yang tak berapa nak berfungsi?
Dia panggil aku sayang? "Sayang .. Are you ok in there?"
Kedengaran Rayyan memanggil lagi.
"Err
.. Ye .. Saya ok. Kejap lagi saya keluar" Tergagap-gagap aku menjawab
sambil berlalu ke pili air untuk mengambil air sembahyang. Dalam kepala
semankin penuh dengan persoalan yang tak terjawab.
Selepas
ini aku nekad untuk tidur di atas SofaBed. Taubat aku tak mahu dah
berkongsi katil dengan Rayyan. Tunggulah sampai aku betul-betul sudah bersedia
nanti. Kalau tidak, mau aku cepat diserang penyakit jantung dek kerana sikap
Rayyan yang tiba-tiba berubah 360 darjah!
Selesai
solat subuh, tanpa menunggu lama aku terus menuju ke bilik Rania untuk
menyiapkannya ke sekolah. Selesai mandi dan mengenakan pakaian seragamnya,
rambutnya kusisir dan kuikat kemas dengan sekeping riben berwarna merah
kuklipkan ke rambutnya.
"Mummy.
Malam tadi kenapa Mummy tak tidurkan Rania?" Pertanyaan anak kecil itu
semasa aku menyapukan bedak kewajahnya membuatkan tanganku terhenti. Aku
mengahadiahkan senyuman paling manis untuknya.
"Kenapa?
Rania tak suka ke Daddy yang tidurkan Rania?"Aku cuba menduga. "Bukan
Rania tak suka. Tapi, kan Mummy yang selalu tidurkan Rania, bacakan story kat
Rania. Daddy bacakan story tak best. Tak tukar-tukar suara macam
Mummy selalu buat tu" Anak kecil itu mengadu sambil memandang lantai. Pipi
mulusnya kucubit lembut.
"Daddy
kan tak biasa. Nanti lama-lama, mesti dia pandai tukar-tukar suara macam Mummy
kan" Aku memujuk lembut. Tubuhnya kurangkul dalam dakapan.
"Ok.
Dah siap pun princess Mummy ni. Jom kita breakfast. Nanti
terlambat pergi school, teacher marah pula" Wajah anak kecil itu
kembali ceria. Huluran tanganku disambut dan kami berjalan beriringan menuruni
anak tangga menuju ke ruang makan. Sesampainya kami di meja makan, Rayyan sudah
sedia menunggu.
"Good
Morning Daddy" Rania menghampiri Rayyan dan tangan Papanya itu
dikucup. Rayyan mencium dahi Rania dan didudukkan anak kecil itu di atas kerusi
di sebelahnya. Aku mengambil tempat di sebelah Rania.
"Rania
nak makan apa? Mee atau nasi goreng?" Aku bertanya sambil mencapai pinggan
untuk Rania. "Hmmm .... Hari ni Rania nak makan mee la" Aku
mencedokkan sesenduk mee goreng ke dalam pinggan Rania.
"Tolong
sendukkan Abang nasi goreng ye" Kata-kata Rayyan membuatkan tanganku yang
sedang menuangkan Jus Oren untuk Rania terhenti. Pandangan kutujukan kepadanya. Ternyata dia juga sedang
memandang kearahku sambil menghulurkan senyuman yang tersembunyi maksud yang
tersendiri. Aku segera mengalihkan pandangan kearah mangkuk yang berisi nasi goreng
dan mencedokkankannya ke pinggan Rayyan.
Tadi
'sayang', ini 'abang' pula. Apa kena dengan Rayyan ni? Dalam kehairanan aku
mencedokkan mee goreng buat diri sendiri.
Rania
seperti biasa, petah bercerita itu dan ini dengan Daddynya. Manakala aku pula
hanya menjadi pendengar yang setia sambil sesekali tersenyum melihat gelagat
Rania bercerita. Sesekali aku mencuri pandang kearah Rayyan yang kelihatan
sungguh terhibur dapat melayan celoteh anak daranya.
Adakah
ini tanda-tanda pintu hatinya sudah terbuka untukku? Atau sekadar mengubat
kerinduannya pada Selena? Kepalaku semankin sarat dengan persoalan demi
persoalan.
Best ^_^
ReplyDeletesambung...
ReplyDelete