Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Sunday, February 6, 2022

GADIS CENGENG : BAB 13

BERBULU saja Ammara rasa. Sudah dua jam dia ditinggalkan di The Curve Mutiara Damansara itu. Mujurlah ada kedai buku Borders. Tidaklah dia mati kutu ditempat yang sememangnya jarang dikunjunginya itu. Bolehlah juga dia melepak sambil membaca buku. Mujur juga dia sedang dalam fasa ‘bendera merah’. Tidaklah dia perlu tercari-cari surau di situ.

Usai pertemuan dengan client di Seremban tadi, tanpa kerelaannya, Imtiyaz telah mengheretnya ke The Curve atas alasan ingin berjumpa kawan atas urusan perniagaan. Sebagai PA yang komited pada kerjanya, Ammara terpaksa menurut saja. Setelah pertemuan satu jam setengah bersama kawannya yang berbangsa Cina di Starbuck, Ammara ditinggalkan kerana Imtiyaz hendak menunaikan solat Jumaat. 

Dua jam sudah berlalu namun bayang lelaki itu masih belum kelihatan. Bengkek hati Ammara dibuatnya. Jam di pergelangan tangannya sudah menunjukkan ke pukul 4 petang. Buku bertajuk Life of Pi hasil tulisan Yann Martel sudah berkali-kali dibaca dimukasurat yang sama. Membaca tanpa ada hati. Begitulah jadinya. Entah apa yang dibaca, langsung tidak terkesan langsung dalam kepala otak. Ayat demi ayat dibaca tanpa sebarang penghayatan. 

“Im!!” 

Mendengar laungan yang boleh tahan kuatnya itu membuatkan Ammara segera menjengah kearah pintu masuk kedai Border tersebut. Ternaik sebelah keningnya apabila matanya dapat menangkap sesusuk tubuh meliuk-lentuk di sisi tubuh sasa yang dia pasti milik lelaki bernama Imtiyaz. Tangan wanita itu tak berhenti merayap ke serata tubuh sasa itu tanpa segan silu. Walau kelihatan lelaki itu memepis beberapa kali, namun tanpa rasa malu, wanita itu terus meraba, memegang dan mencuit. Ammara yang memerhati dari jauh pun naik geli-geliman. Inikan pula yang diraba, dipegang dan dicuit. Entah apalah rasanya. 

Ala Ara, entah-entah dia bukan main seronok kena raba, kena pegang dan kena cuit camtu. Tiba-tiba hati nakalnya berbisik. Dalam diam Ammara mengiyakan. Bukan dia tidak tahu perangai Imtiyaz. Sia-sia saja dia berwirid panjang-panjang masa sembahyang Jumaat tadi. Ammara tersenyum sinis. 

Senyumannya terhenti sebaik sahaja pandangan matanya bertembung dengan pandangan dari Imtiyaz. 

“Sayang!” Imtiyaz melebarkan senyuman sambil melambai tangan kearahnya. 

Gulp! Ammara telan liur. Kesat. Dia menoleh kesekeliling. Tiada sesiapa di situ. Jangan kata mamat ni lambai kat aku pulak! Ala! Bala apa la pulak kali ni?! Ammara terpinga-pinga sambil memandang kearah Imtiyaz yang menghampirinya laju. Kelihatan wanita yang asyik memegangnya tadi turut membontoti dari belakang dengan wajah berkerut seribu. 

“Puas la I cari you. Kat sini you rupanya” ibarat terkena renjatan elektrik apabila jemarinya sepantas kilat sudah berada dalam genggaman Imtiyaz sebelum bahunya ditarik dekat ketubuh lelaki itu. Bulat mata Ammara memandang kearah Imtiyaz yang masih menayangkan senyum sambil menaikkan kening seperti memberi isyarat ‘Just play along with me’. 

“Siapa ni Im?!” Wanita berambut pendek ala-ala Miley Cyrus bertanya dengan nada jengkel. 

“Oh yes. Zima. Meet my fiancée, Ammara Safiyya. Sayang, this is my friend, Zima” selamba saja riak wajah Imtiyaz ketika itu. Mujurlah tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki itu. Jika tidak, pasti sudah melorot jatuh dek kerana lutut yang sudah terasa longgar tiba-tiba. 

“Err .. Hai. Panggil je saya Ara” perlahan tangan dihulurkan pada wanita yang sudah menayangkan wajah cemberut itu. Itu saja yang terasa mampu dilakukan selain menayang senyum yang entah sudah bagaimana rupanya. 

What?? Are you kidding me Im?? This woman is your fiancée ?” Wanita itu sudah bercekak pinggang. Turun naik nafasnya jelas kelihatan ibarat desah nafas Bruce Banner sebelum bertukar menjadi The Incredible Hulk. Ammara menarik semula tangannya yang tak bersambut dan agak tersentap dengan tengkingan wanita itu. Mata-mata disekeliling yang sudah mula mengarah pandang pada mereka bertiga mengundang rasa kurang selesa pada Ammara. Apatah lagi apabila tubuhnya yang rapat bersentuhan dengan tubuh sasa Imtiyaz. Selama ini, mana pernah dia diperlakukan sebegitu oleh mana-mana lelaki yang bukan muhrim. Belum sempat bersentuhan pun sudah terkulai dikerjakan Ammar atau paling tidak pun, dikepak tangannya oleh Ammara. 

“Sejak bila you tukar taste you pada perempuan bertudung ha?? Ke you memang dah buang tabiat? Atau …. Daddy you paksa you kahwin? Tell me Darling. Kalau betul pun you kena kahwin dengan perempuan ni sebab Daddy you, I still can be your woman kan? Kita masih boleh lagi jumpa macam biasa. Being married is not the end of everything right?” Nada suaranya semankin menurun dan lengan Imtiyaz kembali dipautnya. 

Panas hati Ammara mendengar kata-kata Zima. 

Eiiii perempuan ni kan! Merendahkan maruah kaum Hawa betullah! Dahlah pakai baju sendat berbelang-belang. Dah macam Zebra je aku tengok engkau ni tau! Ammara mencemuh dalam hati. 

Please Zima! Cut it off! I cintakan dia. Family I langsung tak campur siapapun pilihan I sebagai isteri. She is my only choice now and forever will be. That’s the truth. Now, if you can excuse us. Kami ada urusan lain” bersama ayat itu, tangan Ammara dicapai dan ditarik pergi meninggalkan perempuan yang sudah merah padam mukanya itu. Ammara hanya mengikut saja tanpa suara. Terkocoh-kocoh dia melajukan langkahnya untuk mengejar hayunan kaki Imtiyaz yang dua kali ganda lebih laju darinya. 

Sepanjang perjalanan dalam kereta menuju ke pejabat, baik Imtiyaz mahupun Ammara, masing-masing lebih senang berdiam diri. 

Sorry 

Ammara menoleh. Ingin memastikan apakah suara yang baru didengarinya datang dari Imtiyaz. Ternyata lelaki itu turut sama memandangnya. Ammara menjongketkan kening. 

Sorry sebab awak selalu kena jadi kambing hitam saya” Pandangan kembali tertumpu pada pemanduan. 

Ammara tidak tahu apa yang patut dikatakan. Ingin dijawab ‘It’s ok’ atau ‘Nevermind’ nanti difikirkan yang dia seronok diperlakukan sebegitu oleh Imtiyaz. Hendak menjawab dengan ayat marah-marah pun rasanya tak perlu. Ammara mengetap bibir. 

“Saya tak suka Encik sesuka hati pegang saya macam tadi. Just make sure that there are no next time” rendah nada suaranya namun ada ketegasan di situ. Imtiyaz dilihat hanya menganggukkan kepalanya dan kata-kata maaf seikhlas hati diluah semula. 

“Saya harap lepas ni dah takdalah saya terserempak dengan Encik Imtiyaz bila ada ex-ex Encik yang datang merayu. Kalau cukup 44 orang, mahu makbul kata-kata Encik tu, tak pasal-pasal saya kena kahwin dengan Encik Imtiyaz” ada segaris tawa yang kedengaran agak janggal dihujung ayat Ammara. Niatnya hanyalah untuk mengatakan yang dia tidak mahu lagi dijadikan kambing hitam oleh lelaki itu untuk melepaskan diri daripada bekas-bekas skandalnya. 

Senyap. Tiada reaksi diterima. 

Errkk … Aku salah cakap ke tadi? Ammara mula rasa serba-salah. Bimbang jika kata-katanya disalah-erti oleh Imtiyaz. 

“Kalau ya pun. Apa salahnya kan? Lepas saya kahwin dengan awak, untung-untung dah tak adalah perempuan gila yang datang merayu-rayu kat saya lagi” memang selamba badak dan lancar saja jawapan dari Imtiyaz hingga Ammara rasa nak saja hempuk kepala Bosnya ke dashboard kereta. Biar kasi betul sikit segala skru yang longgar dalam kepala lelaki itu. 

“Tolonglah ye. Saya lebih sanggup tak kahwin sampai ke tua dari kahwin dengan Encik Imtiyaz ni. Eeeiii … Takutlah saya. Dahlah bekas awek bersepah-sepah. Silap haribulan, pergi honeymoon dekat bulan pun masih kena kacau tau” Ammara pantas membidas. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Tak sanggup dia menjadi isteri kepada lelaki itu. 

“Kalau kat bulan kena kacau, kita honeymoon la kat planet Marikh ke, Musytari ke, Zuhal ke …” Imtiyaz tergelak. Kuat. Kerutan didahi Ammara semankin menjadi-jadi. Main-mainlah pulak Bos aku ni! Huh! Ammara berpeluk tubuh sambil buat muka cemberut. Semankin kuat tawa Imtiyaz jadinya. 

“Jangan cakap macamtu Ammara. Saya takut nanti, awak jatuh cinta dengan saya sampai sanggup suruh Abang awak masuk meminang saya. Masa tu, baru awak tahu kehebatan Syed Imtiyaz Omar” Imtiyaz sudah mula dengan sikap terlebih perasannya. Ammara mencemik untuk kesekian kalinya. 

“Teruskanlah bermimpi ye Encik Imtiyaz sebab saya TAK AKAN jatuh cinta dengan buaya cap tembaga macam Encik Im …. Opppsss” Ammara segera menutup mulutnya. Terlebih lancang pula mulutnya hari ini. Dia sendiri tidak menyangka yang dia boleh dengan selambanya mengutuk Bosnya itu secara berhadapan begitu. Terkebil-kebil matanya memandang kearah Imtiyaz. Menunggu reaksi yang bakal terhasil. 

“Ha. Kenapa berhenti? Cakap jela sampai habis. Kenapa? Awak takut saya potong gaji awak lagi ke?” Imtiyaz tersenyum senget. Langsung dia tak terkesan dengan kelancaran kata-kata Ammara mengutuknya. Entah kenapa, dia rasa selesa bila berbicara dengan Ammara yang lepas laku begitu. Tiada langsung istilah control ayu atau control cun. Sejujurnya, dia lebih senang begitu. Jujur dan tiada unsur hiprokrit. 

Ammara terus mengunci mulutnya. Dia tidak mahu nanti lebih banyak lagi kata-kata kesat yang akan terkeluar. Radio yang sedang menyiarkan lagu What Makes You Beautiful nyanyian One Direction sengaja dikuatkan agar tiada lagi komunikasi antaranya dengan Imtiyaz sehingga mereka sampai di Putrajaya. 

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it aint hard to tell
You don't know (oh oh)
You don't know you're beautiful!
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know (oh oh)
You don't know you're beautiful!
(Oh oh)
That's what makes you beautiful!

Suara Imtiyaz yang beriya-iya menyanyikan bait lagu yang tidak asing ditelinganya itu dengan penuh perasaan membuatkan Ammara tersenyum sendiri. Sedap juga suara mamat ni rupanya. Ammara memuji dalam hati. 

Imtiyaz melirih pandang pada Ammara yang dilihat tersenyum apabila dia turut sama menyanyikan bait-bait lagu dan hatinya senang dengan senyuman itu. Entah kenapa, hatinya mula rasa tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. 

Memandangkan mereka sampai di kawasan Putrajaya sudah melepasi waktu kerja, Imtiyaz terus saja menghantar Ammara ke rumah. Sewaktu sampai, jam sudah menghampiri ke pukul 7 petang. 

“Terima kasih temankan saya satu hari ni. Lainkali bolehlah temankan saya lagi” Imtiyaz tersengih kearah Ammara yang sudah membuka pintu kereta bersedia untuk meloloskan diri keluar. Ammara turut tersengih segaris. 

“InsyaAllah. Kalau ianya masih dalam context kerja saya dan OT saya dibayar dengan kadar sepatutnya” selamba saja gadis itu menjawab sebelum pintu kereta ditutup. Imtiyaz menurunkan cermin tingkap keretanya. Cerminmata ditanggalkan. Wajah Ammara ditatap lama. Naik pelik Ammara dibuatnya. 

“Encik Imtiyaz? Encik okay ke ni? Ada apa-apa pesanan lain ke untuk saya?” tangan digawang-gawangkan bagi menyedarkan Imtiyaz yang seperti sudah dalam anganan yang sudah jauh entah kemana. Lelaki itu tersenyum lawa sambil mengenyitkan mata sebelum mengenakan kembali cerminmata hitamnya. Terjongket kening Ammara dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Bosnya itu. 

I’ll see you next Monday Ammara and please remind me to remind you to brief me again on what our client additional requirement for Seremban project okay. Take care of yourself Ammara” Ammara masih tercengang dengan tingkah-laku Imtiyaz yang dirasakan agak pelik. Yela. Jika sebelum ini kata-kata dan perbuatannya sering-kali mengundang sakit hatinya. Berlainan pula hari ini. TIba-tiba pula pandai bergurau dan sering menayang senyuman ala-ala sang penggoda dan pandangan mata yang menusuk kalbu. Ammara menggaru kepala yang tidak gatal. Buang tabiat kot Bos aku ni. Ammata membuat kesimpulan sendiri. 

Dia melambai kearah Imtiyaz yang mengangkat tangan kearahnya. Kereta Harrier berwarna putih mutiara itu dipandang hingga hilang di sebalik selekoh. 

“Khusyuknya tengok buah hati. Sampai dah tak nampak bayang pun masih lagi tercegat kat situ” satu-satunya suara yang paling malas hendak dilayan menyapa pendengarannya. Tatkala dia memusingkan tubuh untuk melangkah masuk ke dalam rumah pandangannya menyapa sesusuk tubuh Fath yang sedang duduk santai dibuaian sambil menyilangkan kaki. Namun pandangan matanya seperti menghantar isyarat tak puas hati. Ammara terus melangkah sambil buat tak tahu. 

“Ara … “ tanpa sebarang amaran, Fath sudah tercegat di hadapannya menghalangnya dari terus melangkah. Terus berkerut wajah Ammara dibuatnya. Nyaris saja fail-fail yang berada di tangannya jatuh berterabur. 

“Awak nak apa ni? Saya nak masuklah. Saya penat. Tolong jangan halang saya boleh tak?” Ammara cuba meloloskan diri namun gagal. Fath beriya-iya mengepung jalannya. Wajah Fath dipandang jengkel oleh Ammara. 

“Siapa lelaki tu? Boyfriend awak ke?” Fath mempamerkan riak serius. Ammara kehairanan. Mengapa lelaki di hadapannya itu perlu kisah siapapun Imtiyaz itu padanya? Bukannya antara dia dengan Fath punya apa-apa hubungan yang istimewa pun. Malah, baru tempohari saja kemaafan diberi di atas segala perbuatan Fath padanya 4 tahun yang lalu. Kepala Ammara dipenuhi pelbagai persoalan. 

Excuse me. Saya rasa, tak perlu kot saya jawab soalan awak tu. Antara kita bukan ada apa-apa pun. Hubungan kita ni pun sebab kakak awak tu kahwin dengan abang saya” Ammara mendengus geram. Fath masih tayang muka tegang sambil tersenyum sinis. 

“Awak kena bagitau saya sebab saya ni sebahagian dari keluarga awak. Saya juga bertanggungjawab di atas keselamatan awak. Kalau lelaki yang awak panggil Bos tu buat apa-apa kat awak macamana? Siapa yang malu?” Mata Ammara mengecil. Kata-kata Fath itu mengambarkan seolah-olah dia cukup kenal dengan Imtiyaz. Seolah-olah Bosnya itu jahat sangat sehingga sanggup mengapa-apakannya. Ammar sendiri pun tidak berkata apa-apa sedangkan selama ini, Alongnya itu merupakan Abang yang terlalu over protective. 

“Tolonglah Fath. Awak tak kenal pun Bos saya tu. So, please don’t simply judge him. Lagipun saya masih tahu nak bezakan antara perkara yang salah dengan yang betul. Awak tak perlulah nak risau pasal saya” tubuh Fath ditolak kasar dan dia terus melangkah laju ke dalam rumah. Kalenjar Lakrimal Ammara sudah mula diaktifkan. Airmata yang sudah merembes keluar pantas diseka. Anak-anak tangga didaki lebih pantas untuk segera sampai ke dalam bilik. 

Fath hanya memandang langkah Ammara yang semankin hilang dari pandangan.  Rambutnya ditarik ke belakang sambil menundukkan kepala. Dia tidak tahu kenapa. Tapi, hatinya sakit apabila melihat lelaki yang dikenali sebagai Bos Ammara menjemput gadis itu dan menghantarnya pulang hingga ke depan pintu rumah. 

Dulu dia pernah merasai perkara yang sama namun segala rasa segera dinafikan apabila teman-teman rapatnya ketika itu sering mengejek penampilan gadis itu di hadapannya. Dia malu andai orang lain tahu bahawa dia punya perasaan pada Ammara Safiyya yang digelar Doraemon kampus. Kerana perasaan ego, angkuh dan malu pada kawan-kawan itulah juga dia tega menyakiti hati gadis itu dan memalukannya di khalayak ramai. Kini dia kesal dan dia nekad untuk cuba memenangi hati Ammara semula.

0 comments:

Post a Comment

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template