Assalammualaikum ...
Okay, setelah beberapa entry baru aku muat turun, sekarang giliran entry lama pula aku sambung upload ye. So, kalau ada lah yang masih setia untuk membaca cerita/novel/cerpen versi blogger ni, hope you all enjoy yaa!! Kita santai-santai je ... Sebab semua hasil penulisan aku dalam blog ni pun memang berkonsepkan santai-santai saja ... Segala kekurangan harap maafkan ye. Kerana semua hasil tulisan di dalam ini blog adalah berdasarkan nukilan rasa semata-mata. Tak ada langsung formal education involve ^_^
*************************************************
Ammara membuka mata perlahan-lahan dan
yang ada di kiri dan kanannya saat itu adalah hutan tebal. Suasana suram yang
diterangi cahaya bulan mengelilinginya. Pantas dia bangkit. Macamana dia boleh
berada di situ? Bukankah tadi dia ada di dalam pejabat bersama Imtiyaz dan
Suraya? Takkanlah mereka menyangkanya sudah mati dan membuangnya ke dalam
hutan? Wah! Andai benar, memang sudah kes aniaya ni!!! Ammara sudah menangis
teresak-esak.
Kakinya melangkah mankin lama
semankin laju dan akhirnya dia sudah berlari-lari anak mencari jalan keluar.
Lariannya terhenti apabila dia
sampai di sebatang sungai. Diseberang sungai dia ternampak kelibat seekor ular
sedang melingkarkan tubuhnya pada sebatang pokok dengan kepala tersenbunyi di
sebalik dahan pokok yang merimbum. Dia
mengetap bibir agar esak tangisnya tidak kedengaran.
Saiz ular tersebut memang besar.
Malah sangat besar. Jika diperhatikan memang persis seperti ular dalam filem
Anaconda. Tubuh Ammara menggeletar hebat. Dalam ketakutan, dia cuba mengatur
langkah. Tanpa disengajakan, dia terpijak ranting kayu yang hanya sebesar jari
kelingkingnya namun mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga bunyinya bergema
seketika.
Seperti yang dijangka, Ular yang
asyik melingkar di batang pokok tiba-tiba menjelmakan wajahnya dan alangkah
terkejutnya Ammara apabila wajahnya mirip seperi Imtiyaz yang menayangkan riak
garang dengan lidah bercabangnya terkeluar-keluar. Tanpa menunggu lama, Ammara
terus sahaja cabut lari tapi ular yang berwajah serupa Imtiyaz semankin laju
menghampirinya. Ammara merasakan ajalnya sudah semankin dekat. Matanya di
pejamkan kuat-kuat.
“Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
“Ammara, Ammara … Are you ok?!” kedengaran suara yang amat
dikenalinya memanggil namanya bertubi-tubi sambil tubuhnya terasa digoncang
agak kuat. Ammara segera membuka mata dan wajah risau Imtiyaz segera menyapu
pandangan matanya. Dia bingkas bangun dan menolak tubuh Imtiyaz yang agak dekat
dengannya.
“Kat mana saya ni? Ap … Apa Encik
buat dengan saya?” Ammara yang sudah duduk tegak di atas sofa menyilangkan
tangan ketubuhnya sambil memandang kearah Imtiyaz penuh curiga. Kepalanya
diraba. Lega kerana tudungnya masih utuh dikepala.
“Awak ada kat dalam office la. Kat mana lagi? Mana ada saya
buat apa-apa kat awak. Awak tu yang tiba-tiba pengsan. Terkejut saya tahu tak?
Hissh! Kalau saya tiba-tiba kena serang sakit jantung ke, sakit darah tinggi
ke, awaklah puncanya tau! Saya caj semua kos perubatan saya atas nama awak!”
Berkerut-kerut dahi Ammara mendengar jawapan Imtiyaz. Apalah yang direpekkan
Bosnya itu. Kepalanya masih pusing. Dia cuba mengingat semula apa yang
sebenarnya berlaku.
Pengsan? Office? Jam di dinding yang menunjukkan hampir ke pukul 8 ditatap.
Hah?? Dah pukul 8 malam??? Alaaaa … Ni mesti sah-sah aku dah tertinggal solat
Asar ni. Waktu Maghrib pun sudah di hujung tanduk. Ammara menepuk dahinya.
Kesal kerana tidak menunaikan solat diawal waktu.
Eh … Kejap! Bukan tadi sebelum dia
pengsan ada Suraya sekali ke?. Mana perginya Suraya? Kenapa cuma ada dia dan
Imtiyaz saja dalam pejabat itu.
Tadi, sebelum dia pengsan, Suraya
dan Imtiyaz bergaduh dan Imtiyaz kata yang dia hendak mengahwini Ammara … Eh, wait seminit … Apa??!!! Kahwin??!!!! Ya!
Ammara baru teringat. Itulah yang menyebabkannya jatuh pengsan.
“Err … Saya nak balik” Ammara
segera bangun. Terkial-kial dia mencari-cari beg tangan dan fail-fail yang
dibawanya ke dalam bilik Imtiyaz tadi.
“Turun sekali dengan saya. Saya pun
dah nak balik ni” ingin saja Ammara menjawab tidak namun ianya hanya tersekat
di kerongkong. Akhirnya dia hanya berdiri tercegat di sebelah pintu sambil
menunggu Imtiyaz mengemas mejanya.
Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu
saja dia terus berlalu meninggalkan lelaki itu tapi bila difikir-fikir balik,
bimbang pula jika Suraya sudah siap menunggunya di hadapan lif di tingkat bawah
untuk mengapa-apakannya. Jadi, jalan paling selamat adalah turun ditemani oleh Imtiyaz.
Walaupun saat itu, hatinya meronta-ronta mengatakan ‘Tak Mahu’.
“Ok, jom” Imtiyaz mendahului
langkah sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Ammara membontot dari belakang tanpa
mengeluarkan sebarang bunyi. Kepalanya masih lagi berputar cuba mengingat
kembali apa yang sebenarnya telah berlaku sebelum dia pengsan tadi.
“Err … Tadi sebelum saya pengsan, rasanya Suraya ada
kan Encik Imtiyaz?” Ammara memecah suasana sunyi antaranya dengan Imtiyaz di
dalam lif. Dia mahu merungkaikan apa
yang memenuhi ruang fikirannya saat ini. Malas dia hendak bersoal jawab sendiri
tanpa jawapan yang pasti.
Wajah Ammara dipandang sekilas lalu
sebelum pandangan mata kembali tertumpu ke pintu lif. Perlahan Imtiyaz
mengangguk tanpa suara. Ammara tidak puas hati. Namun, dia hanya memendamkannya
saja. Malas hendak bertanya lagi. Lebih-lebih lagi andai ianya akan
membangkitkan semula isu kata-kata Imtiyaz yang mengatakan bahawa dia hendak
mengahwininya. Ammara benar-benar berharap yang ianya sekadar mainan kata-kata
dari mulut lelaki kasanova seperti Imtiyaz.
“Ehem!” Suara Imtiyaz yang berdehem
mengembalikannya ke dunia nyata. Pintu lif sudah terbuka dan terpampang angka 3
di dinding. Wajah Imtiyaz dipandang kehairanan. Berkerut dahi lelaki itu
melihatnya.
“Awak tunggu apa lagi ni? Tak nak
solat Maghrib ke?”
Ammara baru tersedar yang waktu Maghrib
sudah menghampiri penghujungnya. Cepat-cepat dia keluar dan melangkah ke surau
tanpa menoleh ke belakang. Malu pada Imtiyaz kerana tiba-tiba jadi seblur itu di depan lelaki itu.
SEWAKTU melangkah ke dalam rumah,
Ammar, Fatin dan Fath sedang menonton TV di ruang tamu. “Ara. Dah makan?” Ammar bertanya
sebaik saja Ammara melintasi mereka untuk naik ke biliknya. Fath turut
memandang kearahnya. Hanya Fatin saja yang buat tak tahu. Tumpuannya hanya pada
kaca TV yang sedang menayangkan rancangan Karot Komedia X.
“Dah Along.” Ammara menjawab
ringkas sambil menayangkan senyum sepintas lalu pada Ammar. Pandangan Fath
padanya dibiarkan tak berbalas. Dia sudah lali dengan kehadiran lelaki itu di
rumah Abangnya.
Tubuh yang terasa pegal seharian
duduk mengadap komputer dihempaskan ke atas tilam empuknya.Nyaman terasa
menjalar keseluruh tubuhnya. Mata yang baru dipejamkan terganggu dengan bunyi
mesej Whatssap yang baru masuk.
‘Ammara. Bagi saya alamat rumah
awak’
‘Esok saya datang jemput. Takut
kalau kita bertolak dari office nanti
lambat sampai’
Ammara terus bangkit dari
pembaringannya. Mamat ni memang tak tak tahu nak bagi salam agaknya. Hish!
Lepastu suka hati Tok Nenek Moyang dia saja nak bagi arahan macam ni. Ammara
mendengus geram.
‘Assalammualaikum Encik Imtiyaz’
‘Saya rasa sempat kot. Lagipun,
biasanya pukul 7.30 saya dah sampai office’
Ammara memberi alasan. Imtiyaz mahu
menjemputnya di rumah? Mahu cari nahas?? Sudahlah waktu Imtiyaz menghantarnya
hingga ke PICC semasa keretanya rosak tempohari pun, sudah bermacam jenis
soalan diajukan Ammar padanya. Inikan pula jika Bosnya itu menjemput dia di
rumah. Silap haribulan, mahunya Ammar benar-benar menganggap yang dia dan
Imtiyaz ada apa-apa hubungan. Eeeiii!! Memang taklah dia nak hulur leher
sis-sia macam tu. Mahu putus nyawa nak menyangkal spekulasi-spekulasi Abangnya
yang bakal muncul selepas itu.
‘Waalaikummussalam’
‘Rumah saya
pun kat Putrajaya’
‘Takkan nak
susah-payah pusing pergi Cyber lepas tu nak pergi balik Seremban’
‘Might as well kita pergi je terus’
‘
Senang'
‘Stop arguing with me’
‘Better
you just gave it to me now, or I will just ask HR’
Wah, wah … Suka-suka je dia nak
paksa-paksa! Mental betullah Bos aku ni! Aaarrrghhhh!!! Ammara mula tertekan.
Bencinya apabila didesak begitu. Hendak buat tak tahu, sah-sahlah Imtiyaz tu
Bosnya. Mahu tidak mahu terpaksalah juga dia beralah. Moga-moga Abangnya
tidaklah banyak bersoal jawab nanti.
Ammara bangun dan mencapai tuala
untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Isyak dan terus tidur.
Badannya pun sudah terlalu letih rasanya. Dia perlu rehat yang cukup sebelum
mengharungi satu lagi hari bekerja sebelum bercuti hujung minggu.
AWAL pagi Ammara sudah bersiap.
Hari Jumaat jadi haruslah dia berbaju kurung. Sepasang baju kurung Pahang dari
kain cotton berwarna pink lembut yang bersulam di pergelangan
tangan dan di kaki baju serta kain yang dipadankan dengan shawl berwarna shock pink berjalur warna pink lembut
menjadi pilihannya hari itu.
Setelah puas hati dengan
penampilannya dicermin, dia mencapai beg tangan dan segala jenis dokumen yang
perlu dibawa dan terus bergegas keluar. Walaupun jam baru menunjukkan ke pukul
7.15 pagi tapi dia tidak mahu membiarkan orang tertunggu-tunggu.
“Awalnya Ara nak pergi kerja. Tak
sarapan dulu ke?” Satu suara yang menyapa saat tombol pintu dicapai membuatkan
dia memalingkan kepala. Terasa hilang moodnya
untuk pagi itu apabila melihat Fath datang menghampirinya dari arah dapur
dengan sebiji mug ditangan.
“Takpalah. Lagipun Ara nak tunggu
kawan Ara datang jemput” daun pintu sudah terkuak luas. Kasut wedges berwarna beige setinggi 3 inci sudah tersarung dikakinya.
“Siapa kawan Ara tu?” Ammar yang
baru muncul entah dari mana pantas bertanya. Ammara yang membelakangi Abangnya
sudah membuat muka. Cadangnya dia hendak keluar tanpa perlu bertembung dengan
Ammar. Ternyata Fath telah mengagalkan rancangannya. Jadi, terpaksalah juga
Ammara memberitahu Ammar.
“Dengan Bos Ara la Along” Ammara
tersengih kearah Ammar yang sedang mengenakan kot ketubuhnya.
“Bos Ara tu lelaki ke?” Pertanyaan
Fath yang yang sudah duduk di kerusi kayu tidak jauh dari mereka sambil
menghirup air dari mugnya menghilangkan sengihan Ammara. Soalan itu dibiarkan
sepi tanpa jawapan.
Tin! Tin!
Bunyi hon yang kedengaran dari
kereta Harrier berhenti betul-betul di perkarangan rumah yang tidak berpagar
itu membuatkan mereka semua beralih pandang. Sesusuk tubuh tegap Imtiyaz
meloloskan diri daripada perut kereta sambil mengangkat tangan kearahnya.
Cermin mata hitam ditanggalkan.
“Assalammualaikum” ucapan salam dihulurkan
dengan senyuman. Mereka semua serentak menjawab. Langkah Imtiyaz mendekat dan
menghampiri Ammar dan Ammara yang sudah berada di ruang balkoni rumah.
“Encik Imtiyaz kan?” Ammara pandang
tepat ke wajah Abangnya yang sedang tersenyum manis sambil berbalas salam
dengan Imtiyaz. Amboi Alongku ni … Ingatlah pula dia nama Bos aku ni. Isk!
Perut Ammara tiba-tiba rasa kurang enak.
“Ya, ya. Saya. Err … Tak payahlah
berencik-encik dengan saya. Panggil je Tiyaz” ramah sungguh suara yang
kedengaran dari mulut Imtiyaz. Ammara seolah-olah tidak percaya yang berdiri di
hadapannya kini adalah Syed Imtiyaz Omar. Bos yang sering menayang wajah serius
padanya ketika berada di pejabat. Nampak sopan gaya lelaki melayu terakhir saja
lagaknya. Sampaikan Fatin yang baru berdiri di sebelah Abangnya pun tersenyum
bersimpul-simpul mengalahkan anak dara sunti.
“Eh kamu berdua ni macam berjanji
pula kan. Dua-dua pakai baju pink. Berseri
pulak tu nampak muka masing-masing. Macam pengantin baru” Slurrrrpppppp!!!!
Laju saja terasa darah Ammara meluru ke kepala. Terasa membahang wajah dan
telinganya saat itu. Kecil saja matanya memandang kearah Fatin yang masih
tersenyum simpul kearah Imtiyaz yang menayang senyuman menawannya. Ammar yang
sudah terangkat-angkat kening memandangnya dijeling tajam.
Biar betul Kakak Ipar aku ni! Sejak
bila la pula pandai nak mengusik aku ni?? Si kerek ni pun satu. Punyalah banyak
baju yang dia ada, hari ni lah dia pilih nak pakai baju sama warna dengan aku!
Hissshhh! Yang Along ni pun satu jugak! Ternaik-naik kening tu dah kenapa? Aku
cukur kening tu karang, baru tahu! Huh!! Ammara membebel sebal dalam hati. Habis
semua orang disemburnya. Namun dalam hati sajalah.
“Err .. Jomlah Encik Imtiyaz. Dah
lambat ni. Nanti client tunggu kita
pula” sebelum lebih banyak lagi ayat-ayat usikan yang dikeluarkan oleh Ammar
dan Fatin, Ammara segera mengingatkan Imtiyaz agenda asal mereka hari itu.
“Oh ye. Jomlah kita. Abang, Akak,
kami pergi dulu” Imtiyaz bertukar salam lagi dengan Ammar sebelum berbalas
senyuman dengan Fatin. Ammara turut menyalami Abang dan Kakak Iparnya.
“Excellent choice sis!”
Sempat lagi Ammar membisikkan kata-kata usikan ditelinga Ammara dan sempatlah
jugak sebuah cubitan halus hinggap dipinggang Abangnya sehingga membuatkan Ammar tergeliat macam ulat nangka sebelum
tertawa kecil. Ammara mendengus geram. Langkah laju di atur menurut langkah
Imtiyaz yang sudah sampai ke kereta.
Sewaktu kereta hendak meninggalkan
perkarangan rumah, Ammara perasan kelibat Fath yang sedang merenung tajam
kearahnya. Dingin dan seperti ada aura ketidakpuasan hati yang dapat
dirasainya. Ammara cuba buat tak tahu dan mengalih pandang kearah lain.
“Nice family you got there” komen ringkas dari Imtiyaz menarik
perhatian Ammara untuk memandang kearah lelaki itu.
“Err … Thanks” itu saja yang mampu terluah mendengar ungkapan yang boleh
dianggap sebagai pujian dari Imtiyaz itu. Mereka berbalas senyuman. Buat
seketika, Ammara merasakan yang gelaran ‘kerek’ sudah terlucut secara automatik
dari Imtiyaz sebaik saja melihat senyuman semanis gula yang terlakar dibibir
merah lelaki itu.
“Ehem! So … Slide tu awak dah
pastikan tak ada apa yang silap kan? Kalau masa presentation nanti ada problem,
I’ll have your neck for it! Or … I’ll
just cut the cost straight away from your salary!”
Daaaannn segala ‘kemanisan’ dan
kesopanan pun berlalu pergi bersama angin lalu. Imtiyaz sudah kembali dengan
suara sinikal dan wajah yang ketat seperti hari-hari biasa di pejabat. Biji
mata Ammara terus berpusing 360 darjah. Baru hendak feeling-feeling sendiri, tup-tup segala rasa bunga-bunga tadi terus
lesap beserta suara Imtiyaz yang berbunyi ugutan. Ammara mendengus perlahan.
“Yela … Saya tahu. Dah check dekat 120 kali dah semalam” Ammara
menjawab malas. Macamlah dia baru buat kerja tu sehari dua. Main ugut-ugut
macam tu pulak. Ammara mencemik.
“Bagus. Tapi, lainkali, cukupkan
sampai 200 kali. Lagi telus dan afdhal” Ammara memandang tajam kearah Imtiyaz
sebelum membuang pandang ke luar tingkap sambil berpeluk tubuh. Malas hendak
terus berbicara dengan lelaki yang nampaknya mempunyai hobi untuk membangkitkan
rasa marah dalam dirinya.
Imtiyaz menyunggingkan senyuman.
Terhibur benar dia apabila melihat reaksi Ammara apabila diusik.
Mengingatkannya pada salah seorang adiknya yang merupakan anak perempuan
tunggal di dalam keluarganya iaitu Syarifah Imtithal. Serupa benar riaknya
apabila diusik dengannya. Cuma bezanya, adiknya baru berusia 15 tahun tapi
Ammara sudah berusia 23 tahun. Mankin melebar senyumannya. Kereta terus dipandu
tenang.
0 comments:
Post a Comment