Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Thursday, February 23, 2017

CERPEN : KISAH REZ DAN TRIS [3]

SUASANA di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom agak lengang memandangkan jam baru menunjukkan ke pukul 5 pagi. Tadi, sebaik saja Puan Sri Mariam sampai di Cameron Highland, dia terus saja pergi menjemput Trista terlebih dahulu sebelum ke Hospital.

Sedari sampai tadi, mereka hanya dibenarkan berada di ruangan menunggu memandangkan Tengku Reza masih berada di dalam bilik pembedahan dan keadaannya dilaporkan masih lagi kritikal.  Puan Sri Mariam sedari tadi asyik berendam dengan air mata sambil ditenangkan oleh Trista.

Kesedihan yang dialami wanita separuh abad itu dapat dirasai oleh Trista. Meskipun dia langsung belum melelapkan mata sedari malam tadi, segala rasa mengantuk langsung tidak dirasainya disaat genting seperti itu.

Kelibat doktor yang memakai seragam serba hijau yang baru keluar dari bilik pembedahan pantas diterpa oleh Puan Sri Mariam. Trista turut membuntut dari belakang.

“Doktor, macamana cucu saya doktor? Dia selamat ke? Teruk ke keadaan dia doktor?” Dengan sedu-sedan yang masih jelas kedengaran, bertalu-talu soalan diajukan kepada doktor yang baru menanggalkan topeng mukanya itu.

“Sabar Puan … Cucu Puan dah melepasi tahap kritikal dan masih belum sedarkan diri. Cuma …” Kata-kata yang terputus dari Doktor dalam linkungan umur 40an itu membuatkan Trista dan Puan Sri Mariam semankin cemas.

“Cuma apa doktor? Cuma apa??” Lengan Doktor sudah digoyang-goyangkan laju. Trista merangkul erat tubuh Puan Sri Mariam sambil cuba menenangkannya.

“Cuma … Isterinya tak dapat kami selamatkan” bukan hanya Puan Sri Mariam melongo bahkan Trista turut sama memberi reaksi yang sama.

“Ap … Apa maksud doktor isteri? Isteri cucu saya ada ni dengan saya … Apa maksud doktor ni?” Semankin kusut jadinya. Bahu Trista yang sedang memeluknya dari sisi turut dirangkul sama. Kini giliran Doktor tersebut mengerutkan kening. Wajah Trista dan Puan Sri Mariam ditatap bersilih ganti.

“Maafkan saya Puan … Err … Sewaktu kemalangan, cucu Puan ada bersama seorang wanita. Saya ingatkan isterinya. Maafkan saya Puan” serba-salah salah jadinya doktor tersebut kerana tersilap mrmbuat kesimpulan.

Netty! Ya … Trista nyaris terlupa yang Tengku Reza kemalangan sewaktu dalam perjalanan menghantar Netty pulang.

“Err … Itu kawan dia … Netty nama dia. Saya kenal” Trista pantas bersuara. Tidak mahu Puan Sri Mariam terus menyangka yang bukan-bukan.

Puan Sri Mariam mengalih pandang pada wajah tenang Trista. Dia seolah-olah pernah mendengar nama itu. Tapi, wajah si pemilik nama langsung tiada dalam kotak memorinya.

“Kalau macam tu elok juga. Bolehlah Puan tolong saya hubungi waris terdekat mangsa supaya mereka boleh membantu pihak Hospital untuk menguruskan jenazah mangsa” Trista terdiam. Dimana Netty tinggal pun langsung tidak diketahui. Inikan pula Mak Ayahnya. Lagilah dia tak tahu.

Ebit! Ya! Ebit pasti tahu.

“Sekejap ye Doktor. Saya kena telefon seseorang dulu.  Sebenarnya, saya sendiri tak berapa kenal dengan dia. Yang saya tahu dia rakan sekerja suami saya” Trista cuba mereka alasan. Setelah mohon pamit dari Puan Sri Mariam, dia menjauhi mereka sebentar lalu mencapai telefon untuk menghubungi Ebit.

***

SUDAH hampir 2 minggu Tengku Reza berada di Hospital. Sepanjang tempoh itu jugalah dia masih belum sedarkan diri. Menurut Doktor Sulaiman, Doktor yang merawatnya, keadaan itu biasa untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan maut seperti yang dialami oleh Tengku Reza itu.

Tidak sanggup melihat Puan Sri Mariam bersengkang mata menjaga Tengku Reza, Trista telah menawarkan diri untuk menjaga suaminya itu di Hospital. Dia juga sudah meletakkan jawatan di KFC kerana tidak mahu menyusahkan majikannya memandangkan dia terlalu kerap mengambil cuti semenjak berkahwin.

“Air … Air … Haus” Trista baru keluar dari bilik air sewaktu suara serak Tengku Reza menyapa ketelinganya. Bergegas dia menghampiri katil dan kelihatan Tengku Reza sudah mula sedarkan diri walaupun kelihatan amat lemah.

“Awak … Awak dah sedar? Syukur, syukur Alhamdulillah … Kejap ye, saya panggilkan Doktor dulu” tanpa menunggu lama, Trista terus meluru keluar untuk memanggil Doktor Sulaiman. Setinggi-tinggi kesyukuran  dipanjatkan kehadrat Illahi. Tanpa sedar, ada titis airmata yang jatuh membasahi pipinya.

So Tengku … You rasa you tau ke kat mana you sekarang?” Doktor Sulaiman memeriksa denyutan nadi Tengku Reza sambil bertanya. Pandangan jejaka itu jatuh pada seraut wajah ayu yang sedari tadi setia berasa di sisinya dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya dengan sebelah tangan gadis itu tak lekang dari mengenggam tangannya.

“Err … Hospital?” Dia akhirnya menjawab walau agak kurang yakin.  Doktor Sulaiman tersenyum. Stetoskop yang berada di telinganya dibuka dan disangkutkan ke leher.

“Tengku kenal siapa yang kat sebelah Tengku ni?” Doktor Sulaiman bertanya lagi sambil matanya memandang kearah Trista.

Tengku Reza menatap lama wajah Trista sebelum menjawab.

“Awak … Awak Trista. Isteri saya kan?” Trista tersenyum sambil mengangguk perlahan. Walau sedikit pelik kerana Tengku Reza tidak membahasakan dirinya kau-aku dengannya namun dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya, Tengku Reza masih mengenalinya.

“Yup. You are right. Tapi, Tengku ingat tak apa yang terjadi sebelum Tengku masuk ke Hospital ni?” Doktor Sulaiman bertanya lembut. Setakat ini, semua soalannya dijawab dengan betul oleh Tengku Reza. Dia hanya mahu memastikan yang Tengku Reza tidak mengalami apa-apa gegaran di otak.

Kali ini, kelihatan kening Tengku Reza berkerut-kerut seperti cuba mengingati sesuatu. Sesekali matanya dipejamkan.

“Errrgghhh … ! Saya tak ingat! Saya tak ingat!! ” Tengku Reza tiba-tiba menjerit sambil menekap kepalanya dengan kedua belah tangannya. Trista sudah mula panik.

“Kenapa dengan suami saya ni Doktor?” Lengan Tengku Reza di paut sambil pandangan penuh kerunsingan dipusatkan pada Doktor Sulaiman.

Nurse, give him 25mcg  Ativan” Doktor Sulaiman mengarahkan Jururawat yang membantunya untuk menyuntikkan sedatif bagi menenangkan Tengku Reza yang sudah menjerit-jerit keresahan itu sambil meramas-ramas kepalanya yang berbalut.

Beberapa minit selepas itu, Tengku Reza sudah terkulai tidak sedarkan diri. Trista membetulkan selimut yang menutupi tubuh suaminya itu.

“Puan jangan risau. Tengku mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati sesuatu perkara buat sementara waktu ini. Tapi saya tak rasa ianya sesuatu yang serius memandangkan hasil CAT scan tak ada menunjukkan apa-apa yang pelik. Tengku bernasib baik sebab masa kejadian dia sempat melompat keluar sebelum keretanya menjunam ke dalam gaung. Tapi, the other passenger was not that lucky” Doktor Sulaiman menyemak dan menandatangan fail pemeriksaan sebelum digantung semula di kaki katil.

Mendengar penjelasan tersebut Trista berasa agak lega tapi hatinya tetap terdetik perasaan simpati terhadap nasib Netty yang tidak dapat diselamatkan. Terbayang lagi diruang matanya wajah Ibu dan Bapa Netty sewaktu mereka datang menuntut mayat anak mereka beberapa hari yang sudah.

Melihat penampilan Netty sebelum ini, langsung tak terduga oleh Trista bahawa rupa-rupanya, Ayah dan Ibu Netty merupakan seorang  Ustaz dan Ustazah yang mengajar di seebuah Sekolah Menengah di Kuantan.

Teringat dia akan bait-bait lagu nyanyian Kumpulan Raihan, Iman Mutiara.

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Tapi siapalah dia untuk menghukum dan mengadili Netty. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Terbit rasa insaf dalam dirinya.

“Oklah Puan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Biarlah Tengku berehat. Nanti  kalau dia sedar, Puan panggil Nurse atau boleh terus panggil saya” Ingatan Trista terus melayang pergi apabila sapaan Doktor Sulaiman singgah  ke telinganya.

“Baiklah Doktor. Terima Kasih” Trista menghantar Doktor Sulaiman dan Jururawat yang bersamanya keluar dengan pandangan mata.

Melihat Tengku Reza yang sedang terlena baru dia teringat untuk memberitahu Puan Sri Mariam tentang keadaan terkini suaminya itu lantas telefon bimbit di dalam poket seluar dicapai.

------

SUDAH seminggu Tengku Reza di benarkan pulang dari Hospital. Sepanjang tempoh itu, dia masih belum mampu mengingati sepenuhnya tentang dirinya sebelum kemalangan itu berlaku. Bila ditanya mengenai Netty dia akan diserang sakit kepala yang terlalu teruk sehingga terpaksa diberikan ubat penenang. Oleh kerana itu, nama Netty langsung tidak diungkit lagi.

“Terima kasih sebab Tris sanggup jaga dan layan kerenah Rez sepanjang dia tak sihat ni” Puan Sri Mariam menggenggam tangan Trista sewaktu mereka berdua sedang duduk beriadah di Gazebo berhampiran dengan kolam ikan koi di taman mini di belakang rumah Banglo 2 tingkat itu.

“Nak terima kasih apa pula Nenda ni. Rez tu kan suami Tris. Dah memang tanggungjawab Tris kan?” Trista menggulum senyum. Sesungguhnya dia ikhlas menjaga Tengku Reza selama ini. Biarlah atas sebab apa sekalipun perkahwinan mereka, yang penting sekarang Tengku Reza adalah suaminya yang sah.

Kalau ikutkan perancangan asal, upacara  penyerahan wasiat secara rasmi akan dilakukan dalam masa 2 hari lagi. Namun, memandangkan kesihatan Tengku Reza tidak mengizinkan, upacara tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum ditentukan lagi. Lagipula, pada Trista, soal perjanjian antaranya dan Tengku Reza bukan perkara utama dalam fikirannya buat masa ini.

“Tris! Tris!” Entah dari arah mana, tetiba terpancul tubuh Mak Loma menghampiri Trista dan Puan Sri Mariam dengan nafas tercungatp-cungap.

“Kamu ni kenapa Loma? Dah macam kena kejar hantu dah saya tengok” Berkerut seribu wajah Puan Sri Mariam memandang orang gaji yang muda beberapa tahun saja darinya itu.

“Rez Puan Sri … Dia baru je terjaga dari tidur. Buka je mata, nama Trista yang diserunya. Mujur saya memamg tengah bersihkan biliknya tadi. Kalau tak, melalak melolong lagi la budak tu” Akhirnya Mak Loma bersuara setelah mengahnya hilang.

Puan Sri Mariam hanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala melihat telah Mak Loma.

“Pergilah Tris. Si Rez tu memang macam tu. Dari kecik, kalau sakit, dia automatik akan jadi terlebih manja. Tapi yang peliknya, dia cuma manja kat orang yang terpilih je. Dulu Mak Loma jadi mangsa. Sekarang ni, dah ada isteri, pandailah pula dia tukar manja dia kat isteri dia pula” Puan Sri Mariam menerangkan tanpa dipinta.

Trista turut tersenyum sambil meminta izin untuk berlalu ke bilik Tengku Reza.

“Sayang!”

Terkejut Trista apabila menyelak saja daun pintu, tubuhnya dirangkul dan dijulang sebentar keudara sebelum pipinya dikucup hangat oleh Tengku Reza. Terkesima dia dibuatnya. Wajah Tengku Reza yang tersenyum girang ditatap tanpa berkedip.

“Sayang pergi mana? Lama tau Abang tunggu Sayang. Sayang taukan Abang takkan makan selagi tak nampak muka Sayang?” Tengku Reza merengek manja sambil memimpin tangan Trista menuruni tangga menuju ke dapur untuk mencari juadah sarapan pagi. Trista hanya menurut tanpa kata.

Semenjak kemalangan, panggilan Sayang-Abang memang sudah sebati antaranya dan Tengku Reza. Namun, ini merupakan kali pertama Tengku Reza bertindak memeluk dan menciumnya sebegitu. Selama ini, untuk tidur bersama pun, Trista mampu lagi mengelak dengan memberi alasan yang Tengku Reza kena tidur berasingan dengannya memandangkan yang kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya dan dia juga tidur buas. Bimbang jika Tengku Reza dicederakannya tanpa sengaja. Walau dengan muncung sedepa, Tengku Reza masih boleh menerima alasan yang diberikan.

“Sayang, Abang rasa Abang dah sihat. So, malam ni, tak payahlah Sayang tidur kat Sofa Bed lagi kan?” Tanpa diduga kata-kata yang cukup menyeramkan bagi Trista akhirnya perpacul juga. Hampir tersembur mee goreng yang baru dimasukkan ke dalam mulutnya.

‘Errrrkkk!! Apa aku nak kelentong pulak kali ni?!!’ Trista menjerit dalam hati.

“Memanglah Abang rasa Abang dah sihat. Tapi doktor kata Abang masih belum pulih sepenuhnya kan? Dahla Tris ni ganas masa tidur. Kalau Tris tertumbuk Abang macamana? Bergegar lagi otak Abang, lagi lambat nak baik” Trista cuba memberi helah yang terbaik dia boleh fikirkan.

“Abang tak kira! Tris kena tidur dengan Abang juga malam ni! Kalau tak … “ pantas mulut Tengku Reza ditekup erat. Bimbang jika Puan Sri Mariam atau Mak Loma terdengar kata-kata Tengku Reza. Tak pasal-pasal, kantoilah rahsianya tak tidur sekatil dengan suaminya itu.

“Okay … Malam ni kita cuba tidur sama. Tapi kalau Tris terkarate Abang, jangan cakap Tris tak warning ye. Abang yang cari nahas” Akhirnya Trista mengalah namun dalam kepala, sudah tersusun rancangan lain. Dia tersengeh jahat.

Mendengar kata-kata Trista , lebar saja senyuman di bibir Tengku Rez. Dengan gembira, hidangan sarapan pagi dijamahnya sambil matanya tak habis-habis memandang ke arah Tris yang duduk di hadapannya.

Malam yang dinantikan oleh Tengku Reza dan digeruni oleh Trista akhirnya tiba juga.

“Cepatlah Sayang. Meh sini kat sebelah Abang. Dah lewat dah ni” Tengku Reza bersuara girang sambil menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Tris masih tercegat berdiri disisi katil tanpa bergerak.

Walau puas dilengahkan, akhirnya tak mampu lagi Trista untuk mengelak memandangkan jam sudah menginjak ke pukul 12 malam. Hendak terus menonton tv, nanti apa pula Puan Sri Mariam kata.

Perlahan-lahan Trista duduk di birai katil. Dalam hati ibarat diri umpama rusa yang dengan rela hati menunggu leher ditokak oleh Sang Harimau.

Tengku Reza yang sememangnya kurang tahap kesabarannya terus mencapai lengan Trista dan ditarik terus ke dalam pelukannya. Terkejut monyet Trista dibuatnya. Tanpa sebarang amaran, laju saja tangannya menolak tubuh Tengku Reza dengan kuat sehingga tubuh kekar itu jatuh terperosok di sisi katil.

“Adoooiiiiiii ….” Trista pantas menghampiri Tengku Reza yang sudah mengogoi kesakitan sambil tangan mengusap punggungnya yang terhenyak agak kuat di atas lantai.

Hendak tergelak Trista melihat wajah Tengku Reza yang berkerut beribu menahan sakit.

“Haaa … Tula Abang … Siapa suruh gelojoh sangat. Tris ni memang tak boleh terkejut. Ni baru sikit tau. Kalau tidur Tris lagi ganas dari ni. Abang sanggup ke?” Trista cuba menduga lagi.Berharap dalam hati yang Tengku Reza berubah hati dari terus mengesanya untuk tidur bersama.

“Eh … Takpela … Abang okay la. Sikit je ni. Abang boleh tahan. Sayang jangan risaulah” Tengku Reza pantas berdiri sebelum memusingkan bahagian atas badannya ke kanan dan ke kiri sambil tersengih lebar. Trista turut tersengih. Tak berapa ikhlas.

Malam yang selalunya menjadi waktu untuk beristirehat dengan tenang menjadi satu igaun ngeri buat Trista. Sepanjang malam tidurnya tidak nyenyak dek kerana terpaksa berpura-pura tidur ala-ala Rambo. Sekejap tangannya diletakkan kemuka Tengku Reza dan selang setengah jam dia mengubah posisi tidurnya ala-ala Tapak Sulaiman. Pantang Tengku Reza hendak memeluknya saja, dia akan segera menggeliatkan tubuhnya dan nyaris juga wajah Tengku Reza didebiknya. Nasib baik suaminya itu sempat mengelak.

Trista pasti yang tidur Tengku Reza turut sama terganggu. Dia cukup yakin yang selepas ini, lelaki itu pasti serik untuk mengajakkan tidur bersama.

***************************************************************

ALHAMDULILLAH ... Berjaya jugak Episod 3 ini diselesaikan. Seperti yang diduga, CERPEN saya ini akan menjadi CERPAN oleh kerana ketumpulan idea penamat ^_^

Anyway .... Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi berkunjung ke blog saya dan drop comment minta Entry terbaru ... InsyaAllah, saya akan cuba jadi lebih produktif . Fighting!!

See you in my next Entry! InsyaAllah ...

P/S : Please excuse my poor knowledge in medical term. My bad ... :(

XoXo
-AdiaLuze- 

2 comments:

  1. Sis..update cerita yg blm habis plz..
    Selalu tnggu update dri sis taw..😄😄

    ReplyDelete

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template