PAGI
itu, seawal jam 5, aku sudah terjaga dari tidur. Perlahan-lahan tangan Rayyan
yang melingkari pinggang kualihkan dan langkah kaki segera kuatur ke bilik air.
Setelah pasti pintu sudah terkunci rapat, cermin didinding aku tatap lama.
Kepala cuba memproses apa yang terjadi diantara aku dan Rayyan malam tadi. Tiba-tiba
pipiku berubah warna kemerahan. Jari jemariku sudah berapa di bibir yang masih
terasa kehangatan kucupannya malam tadi.
Aduh! Macamana aku hendak berhadapan dengan Rayyan selepas ini?
Walau
tiada yang lebih-lebih berlaku antara kami, tapi, bila memikirkan yang aku elok
sahaja terlena di dalam pelukan hangatnya sehingga kepagi membuatkan dada
berdegup kencang.
Okay
Saf. Relaks. Tak ada apa-apa pun yang jadi. Relaks. Okay, tarik nafas. Lepas.
Tarik. Lepas.
Setelah
agak reda rentak jantung, aku segera membersihkan diri sebelum mengambil wuduk
untuk menunaikan solat subuh dan mengejutkan Rayyan sama.
Selesai
solat subuh berjemaah bersama Rayyan, aku segera ke dapur untuk membantu Mak
Som dan Puan Sri Maria menyediakan sarapan pagi. Tidak betah berlama-lama di
dalam bilik berduaan dengan Rayyan yang asyik merenungku dengan pandangan yang
boleh kukategorikan sebagai nakal atau dengan lebih tepat, gatal!
Memandangkan
sekolah masih bercuti, Rania kubiarkan tidur dengan lebih lama. Rambut yang
masih basah kubiarkan lepas dengan cekak berwarna putih merah kukenakan ke
kepala agak nampak lebih kemas.
"Selamat
pagi Mama, Mak Som" Aku menegur sebaik sahaja sampai di dapur. Puan Sri
Maria yang sedang menyedokkan sambal tumis ikan bilis dari dalam kuali menoleh
lantas tersenyum memandangku. "Ha eloklah Saf dah turun. Mama nak minta
Saf buatkan cekodok kentang yang Saf buat hari tu. Sedaplah. Tiba-tiba pula
teringin" Mangkuk kaca yang sudah penuh terisi sambal dibawa ke atas meja
makan yang sudah siap tersusun rapi.
Tadi,
sewaktu aku melintasi meja makan tersebut, semangkuk besar nasi lemak dan beberapa
piring hidangan pelengkap seperti hirisan timun dan telur rebus sudah siap
tersedia.
"Eh,
Mama ni tiba-tiba teringin, mengidam ke?" Aku tersenyum mengusik. Kabinet
dapur kubuka dan bahan-bahan untuk membuat cekodok kentang aku keluarkan satu
persatu. "Isk. Ke situ pula kamu ni. Mama ni tunggu kamu tambahkan cucu
untuk Mama je sekarang ni. Takkan dah tua-tua macam ni nak tambah anak"
pinggangku dicuit membuatkan aku menggeliat kegelian sambil tergelak kecil.
Ada
rasa malu yang menerjah apabila mendengar kata-kata dari Mak Mertuaku itu.
Cucu? Baru tiga bulan takkan dah nak aku bagi dia cucu kot? Hish! Seram pula
aku bila memikirkan kemungkinan yang aku bakal menjadi ibu dalam usia yang aku
kira masih terlalu muda ini.
Entah
kenapa, aku cuba membayangkan bagaimana agaknya nanti kalau aku mengandung.
Kemana-mana dengan perut yang memboyot dan Rayyan pula memimpin Rania. Terasa
kelakar pula bila difikir-fikirkan.
"Menung
apa tu? Cepatlah bancuh cekodok tu. Nanti bolehlah Mak Som tolong
gorengkan" Terasa bahuku dicuit dan wajah Mak Som yang sedang
menyunggingkan senyuman di sebelah kupandang.
Aku
melihat kesekeliling dan baru aku sedar yang Puan Sri Maria sudah meninggalkan
kami berdua di dapur. "Mama mana Mak Som?" Aku bertanya dengan tangan
ligat mengupas kentang satu persatu."Tula. Asyik berangan saja. Mak Mertua
pergi pun tak sedar. Dia naik ke atas, kejutkan Tan Sri" Mak Som masih
tersenyum. Pandangannya padaku agak berlainan saat ini.
"Kenapa
Mak Som pandang Saf macam tu?" Aku bertanya. Kentang yang sudah di kupas
aku potong memanjang dan aku rendam ke dalam mangkuk berisi air agar tidak
lebam.
"Berseri-seri
je Mak Som tengok muka Saf pagi ni" Mak Som berkata dalam nada berbisik
membuatkan aku segera berpaling kearahnya."Isk. Berseri-seri apanya pula
Mak Som ni. Macam biasa jela. Mana ada berseri apa pun" Aku menjawab dalam
nada yang sedikit gelabah. Tangan masih ligat membancuh tepung yang sudah dimasukkan
bawang,kentang, air suam dan juga sedikit garam.
"Ada
apa-apa jadi ke malam tadi" bisik Mak Som perlahan sambil mencapai adunan
cekodok yang telah sudah siap aku bancuh dan satu persatu acuan tangan sebesar
biji cempedak dimasukkan ke dalam kuali berisi minyak yang sudah panas berasap.
Bulat mataku memandang kearahnya. Tergelak kecil dia apabila terpandangkan
reaksiku.
"Saf,
pergilah kejutkan Ray dengan Rania. Bolehlah kita sarapan sekali. Mama nak ke
butik sekejap lagi. Papa pun tengah bersiap nak pergi kerja. Cekodok tu biarlah
Mak Som yang sudahkan menggorengnya" Puan Sri Maria yang sudah siap
mengenakan sepasang jubah gabungan warna hitam dan magenta serta tudung yang
sedondon bersuara dari arah pintu yang memisahkan ruang makan dengan ruang dapur.
Jam didinding kukerling sepintas lalu. Sudah pukul 8 rupanya. Patutlah
masing-masing sudah bersiap ke tempat kerja.
"Ha
.. Yela Ma" Mak Som yang masih tersenyum penuh makna pantas aku
tinggalkan. Malas hendak terus melayan soalan-soalannya yang hanya akan
membuatkan aku malu sendiri. Langkah segera kuatur ke bilik Rania terlebih
dahulu kerana anak kecil itu perlu kumandikan.
Selesai
menyiapkan Rania dan menyuruhnya agar turun menungguku dimeja makan, aku
melangkah perlahan menuju ke bilik tidurku dan Rayyan.
Aku
menarik nafas dalam dan tombol pintu kupulas perlahan-lahan. Dengan aksi gerak
perlahan, aku menjongolkan kepala dicelah pintu yang sudah terbuka sedikit.
Pandangan mataku meliar kesekeliling bilik. Berkerut dahiku apabila kelibat
Rayyan tidak kelihatan. Katil dan Sofabed sudah siap tersusun rapi. Aku
cuba memasang telinga dan akhirnya menarik nafas lega apabila terdengar bunyi
pancuran air dari dalam bilik mandi. Barulah rasa yakin untuk melangkah masuk
ke dalam bilik. Pintu kukatupkan semula.
Sudah
menjadi kebiasaan untuk aku menyediakan sepersalinan pakaian buat Rayyan sebaik
sahaja dia selesai mandi. Segera aku membuka almari pakaian yang terletak di
dalam bilik sederhana besar yang bersambung dengan bilik tidur kami yang memang
dikhaskan sebagai walk-in wardrobe dimana terletaknya beberapa buah
almari pakaian pasang siap berwarna walnut dikelilingi oleh cermin yang
tingginya hampir mencecah ke siling .
Pengalaman
aku sebagai Curtains Consultant di Greta's Curtain ternyata berguna juga
dalam menjalankan tanggungjawab untuk memilih pakaian untuk Rayyan.
Mana
tidaknya, dengan deretan pakaian yang dimiliki oleh suamiku ini, pasti mudah
sahaja untuk aku membuat kesilapan dalam proses mix and match dalam
membuat pemilihan. Dengar macam kerja mudah. Tapi, 3 bulan menjadi isteri
kepada Rayyan Iskandar sudah cukup untuk membuatkan aku faham benar dengan
kepekaan suamiku ini tentang fesyen terkini.Cerewetnya, ya ampun! Boleh
bernanah telingaku apabila dia mula membebel mengenai kepentingan gaya
penampilan diri dikhalayak ramai, hatta di dalam rumah sekalipun.
Setelah
puas membelek dan mengambilkira kemungkinan dia ada urusan di luar hari ini,
aku terus memilih sepasang baju tshirt putih berkolar V jenama Georgio Armani
dan dipadankan dengan seluar jeans levis berwarna biru lusuh.
"Pandai
Saf pilih" terkejut aku mendengar suara Rayyan berkumandang betul-betul di
belakangku. Hampir melatah aku dibuatnya. "Astaghfirullahalazim! Terkejut
saya, awak ni!" Aku mendengus marah sambil menjelingnya geram. Hilang
segala panggilan 'Saf' dan 'Abang' antara kami. Dia hanya tersenyum.
Menayangkan sepasang lesung pipit yang sememangnya menjadi daya penariknya itu.
"Nah
ni baju awak. Nanti kalau dah siap turunlah bawah. Semua tengah tunggu nak
sarapan sama-sama tu" Pakaian yang telah aku pilih segera aku serahkan
padanya. Wajah segera kupalingkan apabila tersedar yang Rayyan hanya mengenakan
sehelai tuala membaluti bahagian bawah tubuhnya sahaja. Kali pertama susuk
tubuhnya yang sasa dapat kulihat dengan jelas semenjak kami berkahwin. Tiba-tiba
pipi terasa panas.Ah sudah! Mesti muka aku dah macam udang kena panggang
ni.Haish!!
Belum
pun sempat aku melangkah untuk melarikan diri darinya, lenganku dipautnya
pantas.Dalam sekelip mata aku sudah berada dalam dakapannya. Terpana aku
dibuatnya. Kami berada dalam posisi itu untuk beberapa ketika.
"You
smell so nice la sayang " Menyedari kelainan dari nada suaranya,
pelukannya segera aku leraikan. Sebelum sempat dia menahan, aku sudah meluru
laju ke pintu bilik.
"Gatal!"
Getusku geram sambil menjelirkan lidah kearahnya. Semankin terasa sebal hatiku
apabila dia hanya menyahut dengan deraian tawa yang boleh kudengar walaupun
pintu bilik sudah kututup rapat. Pipi yang terasa panas aku pegang sambil
menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Rayyan Iskandar memang pandai
membuatkan wajahku sering berubah warna seperti udang kena bakar!
SELESAI
sahaja bersarapan, Tan Sri Rasydan terus bergerak ke pejabat manakala Rania
mengikut neneknya ke butik. Aku menolong Mak Som mengemas dapur dan mencuci
pinggan mangkuk yang kotor di sinki. Bibik Janah dan Suryanti pula mula sibuk
dengan aktiviti mengemas banglo 3 tingkat ini merangkap juga kerja-kerja mencuci
kain baju. Rayyan kulihat sedang duduk santai di ruang tamu sambil membaca
suratkhabar dengan tv yang terpasang.
Sebaik
sahaja selesai mencuci pinggan, telefon yang kuletakkan di atas peti sejuk mula
berlagu minta diangkat. Tangan segera kulapkan dengan tuala kecil yang
sememangnya disangkutkan di pengantung berhampiran dengan sinki. Skrin telefon
aku tatap dengan dahi berkerut. Daniel? Ada apa pula mamat ni telefon aku ni?
Dalam hati aku tertanya-tanya sendiri.
"Assalammualaikum"
Aku cuba menjawab dalam nada setenang yang mungkin.
"Waalaikummussalam.
Hai Safiyyah. Ni saya ni, Daniel. Err .. awak sibuk ke? Saya menganggu awak ke?" bertubi-tubi soalan diajukan.
"Eh.
Takdalah. Mana ada awak menganggu. Saya baru je habis cuci pinggan mangkuk. Ada
apa awak call saya Daniel?" Aku melabuhkan punggung di atas kerusi
makan.
"Emm
.. Nothing. Saja je. Just nak dengar suara Safiyyah je. So, Rayyan dah balik
ke?" Jawapannya membuatkan aku agak keliru. ‘SAJA’? Sebab tu je dia call
aku?
"Safiyyah?
Awak dengar tak saya tanya ni?" suara yang kedengaran di corong
telefon membuatkan aku sedikit tergamam.
"Err
.. Sorry. Hmm .. Rayyan ada. Awak
nak cakap dengan dia ke?" Aku menjenguk ke ruang tamu untuk melihat
kelibat Rayyan sekiranya dia masih berada di situ.
"Cari
siapa tu?” Suara yang kedengaran dari arah belakang membuatkan aku agak
terkejut. Cepat-cepat aku menoleh dan pandangan mataku menyoroti langkah Rayyan
yang sedang mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan denganku.
Bila
masa pulak la dia ni ada kat belakang aku. Dahiku mula berkerut. Pandangannya
tertumpu padaku dengan kening yang dinaikkan menunggu jawapan daripadaku.
"Eh
takpela. Kalau saya nak cakap dengan Rayyan, dah lama saya call dia direct kan.
So, hujung minggu ni awak ada plan nak pergi kemana-mana ke?" Belum
sempat aku membuka mulut menjawab soalan Rayyan, Daniel pula sudah melontarkan
soalan kepadaku.
"Err
.. hujung minggu? Err .. Emmmm ... tak tahu lagi. Kena tengok Rayyan la. Takut
dia dah ada plan dia sendiri" Mataku tertacap kewajah Rayyan yang
mula berkerut apabila namanya disebut.
"Eh,
bukan hujung minggu ni dia dah kena 'fly' lagi ke?"
pertanyaan dari Daniel membuatkan aku berfikir sejenak. Cuba mengingatkan
sekiranya Rayyan ada memberitahu tentang jadual penerbangannya padaku.
"Yeke
.... ? Takpelah. Nanti saya confirmkan balik dengan dia. Oklah Daniel.
Saya ada kerja sikit nak buat. Hmm .. Esok-esoklah kita sambung sembang ye.
Assalammualaikum" punat merah segera kutekan setelah Daniel menjawab salamku. Lemah saja kedengaran
suaranya.
"Siapa?
Daniel?" Ringkas soalan yang meluncur keluar dari mulut Rayyan. "Ha?
Hmm .. Ha'ah Daniel. Hmm ... Kawan awaklah. Yang kita jumpa masa majlis kat
rumah Katrina hari tu" Aku menerangkan sambil bangun dari tempat duduk.
Memandangkan
Rania tiada, aku berkira-kira ingin merehatkan diri di dalam bilik sambil
membaca novel-novel yang masih belum sempatku baca.
"Nak
kemana tu? Abang belum habis tanya ni. And one more thing, mulai
sekarang, Abang tak sukalah Saf ber'awak-awak' dengan Abang" Ada ketegasan
dalam nada suara Rayyan. Aku menoleh kearahnya.
"Hmm
.. Kalau macam tu nak panggil apa?" Aku bersuara selamba. Masih berdiri
bersandarkan kerusi makan.
"Panggil
Abang. Kalau tak nak, Saf boleh panggil Baby ke, Darling ke, Honey
ke .. You choose" Lemah terasa lutut aku mendengar permintaannya
itu. Terpamer senyuman nakal dari bibirnya.
"Ok.
Clear? Sekarang berbalik pada hal Saf dengan Daniel tadi, mana dia dapat
nombor telefon Saf?" Aduyai. Ini yang malas aku nak terangkan ni. Mesti
banyak lagi soalan susulan yang akan keluar dari mulutnya nanti. Akhirnya aku
mengambil tempat duduk di hadapannya semula. Keduabelah tangan kuletakkan di
atas meja makan.
"Ok.
Macam ni. Hari tu kan ada kenduri arwah kat rumah Umi kan? Pagi tu, sebelum
pergi rumah Umi, saya singgah dulu kat Jusco, 1Utama. Nak belikan barang dapur
untuk Umi. Masa kat situlah terserempak dengan si Daniel tu. Sebelum balik,
sempat la kitaorang tukar-tukar nombor telefon. Kenapa? Awa .. Err ..
Abang marah ke?" penjelasan
kuakhiri dengan soalan untuknya. Keningku terangkat sambil wajahnya kutatap.
Dia juga kulihat sedang memandang kearahku. Tak tahu kenapa saat ini, degupan
jantungku boleh berdegup dalam kadar normal, tidak seperti selalunya bila
pandangan kami bersatu seperti ini. Bibirnya menyunggingkan senyuman.
"Jangan
rapat sangat dengan Daniel tu. Abang kenal sangat dengan dia tu"
Kata-katanya membuatkan keningku berkerut.
"Kenapa?"
Terlontar juga soalan yang bermain-main difikiranku. Tajam pandangannya padaku saat ini.
"Tak
perlulah Saf tahu. Lagipun Abang tak suka nak ceritakan pasal keburukan orang
lain" Dia menyandarkan badan ke kerusi. Riak wajahnya tenang sahaja.
"Tapi
tak salah kan kalau saya nak berkawan dengan dia?" Aku masih cuba
memancing agar dia memberi sebab yang lebih kukuh mengapa dia tak menyenangi
aku rapat dengan Daniel, kawannya sendiri.
"Saf
dah lupa ke apa yang Abang pernah cakap dengan Saf masa kat Dungun dulu?"
ligat ingatanku berputar kembali kepada perbualan kami di persisiran pantai
diawal pertunangan kami dahulu. Sememangnya dia sudah awal-awal lagi
mengingatkan agar aku membataskan pergaulanku dengan lelaki lain yang bukan
muhrim kerana dia tidak menyukainya. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri.
"Abang
bukan nak mengongkong Saf. Tapi, percayalah. This is for your own good.
Abang bukan selalu ada kat sini. Abang tak nak kalau Abang balik, ada cerita
kurang enak pasal Saf sampai kat pendengaran telinga Abang" tenang dia
menerangkan seolah-olah memujuk. Aku masih mendiamkan diri. Cuba mencari
kerasionalan dalam kata-katanya. Pandangan mata kami masih bertaut.
"Saf
ada kerja rumah lagi ke yang tak settle?" tiba-tiba dia mengubah
tajuk perbualan kami. Lain benar kurasakan gaya senyumannya saat ini.
"Err
.. rasanya dah tak ada. Kenapa?" berkerut dahiku memandangnya.
"Kalau
macam tu .. Jom kita ... " dia tak menghabiskan kata-katanya. Dia sudah
bangun sambil tangan kanannya dihulurkan kepadaku. Senyuman yang sedikit aneh
pada penglihatan mataku masih lagi menghiasi bibirnya.
"Nak
kemana?" aku masih duduk dengan memandangnya dengan seribu kerutan didahi.
Dia masih tersenyum sambil perlahan-lahan melangkah menghampiriku apabila
tangan yang dihulurkan tak kusambut. Aku memandangnya dengan mata yang sengaja
aku kecilkan. Lain macam saja perangai si Rayyan ni. Naik seram pula aku rasa
bila melihat riak wajahnya ketika ini.
Rayyan
sudah berdiri di sebelah kupandang dengan wajah yang penuh persoalan. Sebelah
tangannya diletakkan di atas meja manakala sebelah lagi tangannya diletakkan di
belakang kerusi yang aku duduki. Wajahnya didatangkan dekat kepadaku sehingga
membuatkan badanku spontan berkalih sedikit ke kiri bagi mengelak hidungku
berlaga dengan hidungnya. Aku memejamkan mata rapat-rapat apabila wajahnya
semankin mendekat dengan senyuman menggoda. Jantungku sudah mula berdegup
rancak.
"Don't
worry my dear, I won't force you until you ready" pantas dahiku
dikucup sebelum dia berlalu dengan tawa nakalnya. Aduh!! Sesak nafasku
dibuatnya. Bencinya bila Rayyan mengusik aku begitu!!! Tak suka! Tak suka!!!