“KAMU jangan nak
bergurau dengan Umi. Kenapa tiba-tiba nak ke Bali sorang-sorang macam ni? Dah
buang tebiat?” Bebelan Umi masih lagi berkumandang meskipun sudah sejam hasrat
hatiku yang agak merapu itu aku suarakan padanya.
“Kalau ya pun kamu tu
kecewa takkan la sampai buat benda yang bukan-bukan macam ni. Umi tau kamu
tengah bersedih sekarang ni. Tapi cubalah jangan ikutkan sangat kata hati tu”
Umi melabuhkan punggungnya di atas birai katil, hampir denganku yang sedang
sibuk menatap skrin laptop yang sedang memuatnaik hasil carian Encik Google berkenaan Taajuk ‘Backpacker ke Bali’ yang baru kutaip.
“Mi … Mana ada Kim buat
benda bukan-bukan. Sebelum ni pun macamlah Kim tak pernah pergi backpacker macam ni kan. So, don’t worry kay. I’ll be okay la” aku memandang sekilas wajah Umi sambil tayang
senyuman manja. Selalunya Umi pasti tewas dengan senyumanku itu.
“Kamu ni … haihhh” kan
dah betul aku cakap. Umi mesti cair punya lah. Dia terus duduk kat atas katil
bujang aku sambil tarik badan aku yang semankin mengecil ini ke dalam pelukkannya. Aku turut membalasnya,
erat.
Semenjak Ayah meninggal
dunia 10 tahun yang lepas, Umi lah segala-galanya untuk aku. Dialah Ibu, dialah
Bapa dan dialah juga sahabat padaku.
“Umi bukan apa … Kamu
tu kan baru je putus tunang. Emosi tengah tak stabil. Aunty Lara bagitau Umi,
Adeeb dengan isterinya pun dalam perancangan nak bercuti ke Bali. Ni kalau kamu
terserempak dengan si Adeeb macamana?” Soalan Umi yang seakan-akan sebilah pedang
menyucuk tepat ke jantungku itu kubiarkan berlalu tak disahut. Mengingati Adeeb
dan pertunangan kami yang selama 3 tahun itu terputus dipertengahan jalan
angkara orang ketiga sememangnya memeritkan. Adeeb yang aku kenali sejak 10
tahun yang lalu sudah menjadi manusia yang berbeza. Manusia kejam yang sanggup
bersikap kejam terhadap aku, insan kerdil bernama Kamelia Azra.
Lebih memeritkan lagi
adalah kenapa mesti dia berbulan madu ke Bali?? Itulah destinasi bulanmadu
pilihanku bersamanya satu ketika dulu. Adeeb memang sengaja mahu terus
menyakitiku. Entah apalah salahku padanya.
Walau segala-galanya
sudah hampir setahun berlalu dan Adeeb sudah pun mendirikan rumahtangga bersama
insan pilihannya, namun hati aku masih tercarik luka yang sangat dalam.
Airmata yang baru
hendak menitis lekas-lekas aku seka. Tak mahu Umi melihat satu-satunya anaknya
ini menangis lagi. Cukuplah Umi menjadi saksi sedu-sedanku selama 3 hari 3
malam selepas ditinggalkan tunang hanya selang beberapa minggu sebelum tarikh
aku bergelar isteri.
“Mana ada baru Mi … Dah
nak dekat setahun pun kan Kim putus dengan dia. Si Adeeb tu pun dah selamat nikah dengan kekasih
hatinya tu” aku melepaskan rangkulan Umi sambil tergelak kecil. Cuba sebaik
mungkin menayang wajah tenang dan ceria walau gelora di hati dah macam Tsunami
menggila.
“Kamu jangan nak tipu
Umi. Umi yang kandungkan kamu 9 bulan 10 hari Kim. Umi tahu hati kamu masih lagi berdarah …
Kalau tak, takkan anak Umi yang dulunya montel boleh jadi kurus kering macam
sekarang ni? Hurrm?” Kedua belah pipiku sudah diapit oleh tangan Umi. Mata
bundarku ditenung dalam membuatkan rasa sebak tiba-tiba menyerbu datang.
Akhirnya aku tewas sekali lagi dengan emosi sendiri. Umi menarik aku kembali ke
dalam pelukannya dan di dadanya aku hamburkan tangisan kecewa buat kesekian
kalinya.
****
“KAU ni memang
perempuan tak tahu malu kan??! Adeeb dah jadi laki orang pun kau masih
terkejar-kejarkan dia lagi buat apa hah??! Jangan kau fikir bila badan kau dah solid molid macam ni, si Adeeb ni nak
balik kat kau ye … Over my dead body!!”
Pijar pipi yang baru
dilayangkan tamparan maut oleh perempuan yang sudah menjerit-jerit bagai orang
gila di hadapan aku tika ini bagaikan tak terasa apabila tersedar yang drama
sebabak yang tiba-tiba melibatkan aku ini sudah menjadi tontonan umum. Tuhan
saja yang tahu betapa malunya aku ketika ini.
“Anje … Apa you ni terjerit-jerit macam ni. Malu la
orang tengok” Adeeb yang dah macam kera kepanasan cuba mententeramkan isterinya
yang masih menyinga memandang aku mengalahkan singa lapar.
Tanpa menunggu lebih
lama, aku terus angkat kaki hendak berlalu dari situ namun agak tersentap
apabila lenganku sudah diraih kasar oleh isteri Adeeb yang ternyata masih belum
puas hati terhadap aku.
“Hei pompuan! Kau
jangan nak blah macam tu je ye! Aku belum habis buat perhitungan dengan kau
ni!” Sakit terasa lenganku dicengkam oleh jemari berkuku panjang berwarna merah
menyala itu. Kepalaku sudah ditunjal-tunjal ganas.
Entah kenapa, aku jadi
terlalu lemah untuk melawan saat ini. Mungkin kerana kejadian ini langsung
tidak aku duga akan terjadi memandangkan niat asal aku ke sini hanya untuk
menikmati hidangan Spaghetti Carbonara kegemaran aku di restoran Secret Recipe
ini namun lain pula halnya yang berlaku.
Ini semua angkara
Adeeb!! Yang dia gatal mulut nak menegur aku tadi kenapa? Kalau ye pun
ternampak aku sedang makan berseorangan, tak perlulah terlalu ‘baik hati’ nak
menemankan aku sedangkan ‘Mem’ besar ada sama. Tunggu je la Mem besar dia ni kat
depan tandas! Sekarang ni bukan dia yang kena. Aku! Aku yang diaibkan depan
orang ramai sekarang ni! Bukan dia!! Arrrggghhhhh !!!!
“Excuse me … Sorry sayang
… Abang lambat sikit. Tadi last minute
ada dokumen yang perlukan tandatangan Abang. Err … Is everything alright here? Errmm … Miss, why are you holding my
fiancées’ hand like that?” Entah dari mana munculnya, seorang lelaki
berbadan agak sasa sudah berdiri di sebelahku sambil memeluk bahuku erat.
Pandangan Taajam yang
diberikan kepada isteri Adeeb yang tidak kutahu namanya itu menyebabkan
pegangannya pada lenganku akhirnya dirungkaikan. Aku hanya mendongak memerhati
wajah tampan yang sememangnya asing pada pandangan mataku itu tanpa berkelip.
“You ni siapa?” Berkerut wajah singa di hapadan aku ini tanda tak
puas hati kerana sessi pembuliannya pada aku diganggu.
“Sorry. Lupa nak perkenalkan diri. Saya Taaj Iskandar. Tunang kepada
Kamelia Azra. And you guys are …. ?”
Tangan dihulurkan kepada Adeeb yang nampak agak tercengang-cengang. Jangan
katakana Adeeb, malah aku yang masih dalam dakapan lelaki ini pun terus diburu
kehairanan. Siapa dia ni? Macamana dia boleh tahu nama aku?? Niat untuk
meleraikan rangkulannya dibahunya terbantut apabila terpandang wajah singa
kelaparan di hadapanku ketika itu.
“Encik? Ehem!!”
Kedengaran lelaki yang masih utuh memeluk bahuku ini berdehem kuat apabila
Adeeb memerhatikan aku tanpa berkelip sambil tayang muka keliru.
“Err … Saya Adeeb tun
.. Err … kawan lama Kim. Ni isteri saya, Zuera” tergagap-gagap Adeeb menyahut
apabila mendengar deheman kasar ‘tunangku’ itu.
“Ada apa-apa masalah ke
tadi Encik Adeeb? Look like macam
your wife tak puas hati dengan Kim”
sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya sambil pandangannya tidak putus-putus memandang Adeeb dan
Zuera di hadapan kami silih berganti. Aku sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Dah macam orang bisu pun ada. Otak cuba mencerna apa yang sebenarnya sedang
berlaku ini. Lengan ku cubit beberapa kali. Sakit! Maknanya, ini semua bukanlah
mimpi!
“Ehh … Err .. Tak ada
apa-apa. We just say ‘Hi’ dan memang
dah nak gerak balik ni pun” cepat Adeeb menjawab. Wajah Zuera kulihat sudah
berubah riak. Mulutnya sudah mula mengukir senyuman menggoda. Matanya memandang
‘tunanganku’ tanpa berkedip.
Eiiii!! Dasar perempuan
miang! Dah ada laki pun masih nak telek muka lelaki lain macam nak telan. Gumam
aku dalam hati. Entah kenapalah Adeeb boleh memutuskan pertunangan kami
semata-mata kerana wanita terlebih gedik ini?!! Hatiku mula menyumpah seranah
wanita bernama Zuera itu berkali-kali.
“Are you okey Kim?”
Pertanyaan berbaur
prihatin yang menyapa gegendang telingaku terus melenyapkan segala sumpah
seranahku pada makhluk bernama Zuera itu tadi.
Tersedar yang
pelukannya dibahuku sudah dileraikan, aku menjarakkan sedikit kedudukan kami
berdua.
“Err ... You ni siapa? And how do you know my full name?” Berkerut-kerut dahiku memandang
seraut wajah tenang di hadapanku ketika ini. Dia hanya tersenyum. Kacak! Ya,
itulah yang terlintas di dalam fikiranku tiap kali memandang wajahnya. Memang
kacak first class! Tapi, siapa dia?
Macamana dia tahu nama aku? Nama penuh pula tu. Haish! Tak boleh jadi ni. Aku
mesti kena tahu sekarang jugak!
“Yang awak senyum,
senyum ni kenapa? Kelakar ke pertanyaan saya tu?” Aku sudah berpeluk tubuh
dengan pandangan Taajam kutalakan padanya.
“Well .. Like I said before, my name is Taaj Iskandar. You don’t know me Kim, but I surely know you. Saya sebenarnya ada urusan lain ni. I’ll see you again when I see you ok my little fiancée” tanpa menjawab soalan aku, lelaki itu
mengenyitkan matanya padaku sambil terus berlalu pergi meninggalkan aku
tercengang-cengang seorang diri.
***
“YOU did what Umi???” Hampir gugur jantungku dibuat dek Umi. Seluruh
alam aku rasakan seakan-akan berpusing. Sebelum aku pitam lebih baik aku duduk
dulu, cuba tenangkan diri. Kepala yang tiba-tiba rasa berdenyut aku urut
perlahan. Aku sandarkan kepala kesofa dan mata kupejamkan cuba mencari kekuatan
menghadapi kebenaran yang baru disampaikan Umi.
“Umi bukan tak mahu
bagitau Kim. Tapi, Umi rasa itu cara terbaik untuk anak Umi ni lupakan si Adeeb
tu” terasa bahuku diusap-usap lembut.
“Umi … Ada banyak lagi
cari lain kan …” lemah saja aku bersuara. Mata masih terpejam. Ada bermacam
rasa di dalam dadaku saat ini. Kecewa, marah, tertetakan, semuanya bercampur
baur.
“Umi tahu Taaj pasti
boleh bahagiakan Kim. Taaj takkan sia-siakan Kim macam Adeeb. Sebenarnya, dari
dulu lagi Umi memang nak jodohkan Kim dengan Taaj tapi masa tu Kim dah cintakan
si Adeeb tu sangat-sangat. Jadi Umi tak mahu memaksa” penerangan Umi membuatkan
aku membetulkan dudukku sambil pandangan tunak terarah ke wajah lembut Umi.
Ahhh …. Menatap wajah
tenang itu, terus hilang semua kemarahanku. Aku takkan sesekali tega untuk
menyakiti wanita ini. Wanita yang ku kasih melebihi nyawaku sendiri.
“Jadi, inilah dia anak Aunty Tiara yang Umi pernah kenenkan kat Kim dulu?” Teringatkan pada
kesungguhan Umi satu ketika dulu untuk mengenalkan aku dengan anak kawan
baiknya. Namun, ketika itu aku sudah punya Adeeb. Lalu ku terus butakan hati
dan pekakkan telinga terhadap kata-kata Umi ketika itu. Malah, undangan Umi supaya
aku berkenalan dengan Taaj juga aku tolak mentah-mentah.
Tapi kini, setelah apa
yang Adeeb lakukan pada aku, Umi telah merealisasikan impiannya. Menerima
lamaran dari Aunty Tiara tanpa
bertanyakan persetujuan aku terlebih dahulu!
Bijak sungguh Umi
mengatur rancangan sepanjang 2 minggu percutianku ke Bali tempohari. Patutlah
walau pada mulanya menentang perancangan aku itu, selang beberapa hari, Umi
pula yang terlebih excited ketika
menyuruhku meneruskan rancangan berbackpacker
ke Bali. Ini rupanya muslihat Umi. Ceh!!
Inipun mujur aku
tergerak untuk menceritakan perihal aku diserang isteri Adeeb tempohari dan
tentang si Taaj Iskandar yang tiba-tiba muncul sebagai penyelamat.Kalau tidak,
entah-entah sampai tiba masanya aku diakadnikahkan pun aku masih tak tahu yang
aku sebenarnya sudah menjadi tunangan orang untuk kali kedua dan kali ini
dengan calon pilihan Umi!
“Mi … Kim belum sedia
lagi la … Umi ni kenapa tiba-tiba buat keputusan terburu-buru?” Aku masih ingin
membantah.
“Mana ada terburu-buru.
Dah 10 tahun Umi mengidam nak tengok Kim dengan Taaj bersatu. Lagipun, sekarang
umur Kim pun dah masuk 30an. Nak tunggu apa lagi?” Amboi Umi ni. Takkan sampai
mengidam kot. Haila. Apa agaknya yang si Taaj ni dah rasuah Umi aku ni. Sampai
teridam-idam orang tua ni nak jadikan dia menantu.
“Umi dengan Aunty Tiara
ni main jodoh-jodohkan kami ni dah check
ke belum dengan si Taaj tu. Entah-entah, girlfriend
dah keliling pinggang” teringatkan akan kekacakkan lelaki bernama Taaj Iskandar
itu, terus saja ku ajukan hal itu kepada Umi . Yelah. Takkan la wajah kacak
macam tu takde teman wanita.
Umi tersenyum. Hai …
Lain macam je senyumannya tu. Macam ada gaya nak mengusik pun ada juga.
“Kenapa? Kalau ada pun,
Kim cemburu ke?” Haaaa … Kan aku dah cakap. Mesti nak mengenakan aku la tu. Aku
cemburu? Aku? Memang taklah. Dulu sepanjang dengan Adeeb pun mana la aku tau
cemburu. Sebab tu la si Zuera tu senang-senang je boleh pasang jeratnya menggoda
Adeeb. Pergi balik kerja berjemput pun aku masih tak reti nak cemburu. Hurmmm …
“Kim cemburu? Memang taklah
kan. Umi macamlah tak kenal anak Umi ni. Cemburu tu tak ada dalam kamus hidup
Kim ok” semyuman Umi meleret panajng mendengar jawapanku.
“Umi tau anak Umi ni
memang tak pernah kenal pun makna cemburu tu. Tapi, Umi harap Kim dapat belajar
dari pengalaman. Cemburu ni ada masanya perlu juga. Bukannya bertujuan untuk
mengongkong pasangan kita. Tapi, untuk menunjukkan kepada pasangan kita yang
kita ni ambil berat. Kan orang selalu cakap yang cemburu tu tandanya sayang”
bahuku dielusnya lagi. Lembut kata-kata Umi menyapa cuping telingaku.
“Umi …. Masa dengan
Adeeb tu pun Kim tak pernah ada rasa cemburu, ini kan pula dengan Taaj yang Kim
langsung tak kenal Umi nak Kim cemburu? Kelakar la Umi ni” aku tergelak kecil.
Entah apa yang lucunya pun aku tak tahu. Mungkin lebih kepada mengejek diri
sendiri rasanya.
Dalam diam, aku
mengiyakan juga kata-kata Umi. Mungkin sepanjang aku dengan Adeeb, aku kurang
menunjukkan sayang aku padanya. Yelah. Aku ni jenis pencinta yang praktikal.
Bukan emosional. Agak pelik untuk seorang perempuan tapi itulah aku. Anak
perempuan yang lebih mengikut perangai Babah. Bagi aku, cukuplah dia tahu yang
antara ramai-ramai lelaki, dia yang aku pilih untuk menjadi teman hidupnya
dunia dan akhirat. Nak lebih-lebih tunjuk perasaan cinta biarlah selepas
berkahwin.
Tapi aku silap … Adeeb
rupanya inginkan layanan yang lebih. Atas sebab itulah dia memilih Zuera yang
baru dikenalinya hanya beberapa bulan dan sanggup meninggalkan aku yang setia
mencintainya bertahun-tahun lamanya. Arrggghh!!! Kenapalah insan bernama Mohd
Adeeb Ikmal ini juga yang aku ingat!!
“Kim ikut je la Umi. Apa yang Umi rasa terbaik
untuk Umi, terbaiklah juga untuk Kim. Kim nak naik atas dulu. Nak solat Asar”
akhirnya aku mengalah. Malas sudah hendak menolak. Apa saja takdir aku selepas
ini aku redhakan saja la. Aku melangkah ke bilikku di tingkat atas meninggalkan
Umi yang semestinya sudah tersenyum lebar mendengar persetujuan ku itu.
***
Bihun goreng yang masih
berbaki di dalam pinggan aku kuis-kuis manakala sebelah lagi tangan kugunakan
untuk menongkat dagu sambil memerhatikan lelaki di hadapanku ini bersembang
dengan seorang wanita berambut perang yang entah dari mana datangnya.
“Okla Taaj. I’ll see you tomorrow in the office la just like usual” aku hanya memandang
tanpa perasaan tatkala wanita itu mengelus lembut bahu sasa Taaj sebelum
berlalu pergi dengan lengguk ala modelnya.
“Sorry. Tu PA client Abang”
Uihh … Letih aku
mendengarnya. Masuk kali ni rasanya dah dekat 10 kali dia luahkan alasan yang
sama tiap kali ada perempuan yang menghampirinya sepanjang kami makan sejak sejam
yang lalu. Ada lelaki, ada juga perempuan tapi kebanyakkannya perempuan lah.
“Memang macam ni
selalunya kalau awak pergi mana-mana?” Aku saja bertanya. Bukan kisah sangat
pun tapi yela … Mana tahu jodoh aku memang kuat dengan si dia ni, haruslah aku
buat persediaan mental kalau nanti masa kami honeymoon ada mana-mana perempuan yang approach bakal laki aku ni secara tiba-tiba.Errk … Honeymoon? Apakah? Oh no Kamelia Azra! Kau ni dah jauh sangat
fikir ni!
“Kim, are you okay?” Aku tersentak sendiri
apabila terdengar ketikan jari di hadapan mataku. Mulalah aku buat muka nak cover malu. Aduyaiii … Kenapalah aku
suka sangat mengelamun bila dengan si Taaj ni.
“Kot ye pun berangankan
Abang, tunggulah nanti bila Abang tak ada depan mata. Ni sementara ada depan
mata, takyah la nak berangan dulu” tersungging senyuman senget di bibir nipis Taaj
membuatkan muka aku terasa membahang sendiri.
“Eh .. Mana ada saya
berangankan awak. Perasan!” Bihun yang masih bersisa aku masukkan ke dalam
mulut tanpa memandang kearahnya lagi.
Kedengaran Taaj tergelak perlahan melihat reaksiku. Kurang asam! Tu
mesti seronok tengok muka aku dah merah macam udang kena bakar.
“Kim tak nak tau ke
Abang kerja apa dan kenapa dari tadi ada je perempuan yang datang tegur?” Air
jus tembikai laici disedut perlahan sambil matanya aku rasa masih merenung
kearahku. Bahuku jongketkan sambil mencebik bibir tanda aku tak nak ambil tahu.
Wajahnya ku pandang sekilas lalu.
“Ok. Kalau Kim tak nak
tahu tak apalah. Jangan nanti bila dah kahwin, Kim cakap Abang tak nak bagitau”
aku masih tak menunjukkan sebarang reaksi terhadap kata-kata Taaj.
“Kenapa dari tadi awak
bahasakan diri awak Abang ye?” Aku bertanya sebaik saja bihun goreng sudah
habis licin aku kerjakan. Sirap limau aku hirup perlahan. Kini giliran wajahnya
pula menjadi sasaran mataku.
Dia tersenyum senget
lagi. Haila … memang kacak betullah makhluk Tuhan depan aku ni. Jantung aku
yang selalunya berdenyut dengan kadar normal pun boleh berdegup laju bila
tengok senyumannya itu. Ditambah pula dengan pandangan dari mata helangnya itu.
Aduh, dah kenapa dengan aku ni? Takkan semudah itu aku boleh jatuh cinta lagi?
“Ehem .. Tak payah la
nak main lawan-lawan tenung mata. Tolong jawab je la soalan saya tu” aku
melarikan pandangan kearah lain apabila tersedar sudah beberapa saat kami
saling merenung antara satu sama lain. Bukan apa, takut jantung aku ni melompat
keluar je kalau aku terus tenung mata cantik si Taaj ni.
“Umur Abang dah masuk
36 tahun dan rasanya umur Kim baru masuk 30 kan? So memang patutlah kalau Kim panggil Abang ni ‘Abang’. Lagipun, tak
lama lagi kan kita nak kahwin. Jadi, tak salah rasanya kalau practice dari sekarang. Kan?” Keningnya
terjongket menanti aku untuk mengiyakan kata-katanya.
“Macamana awak boleh
setuju terima cadangan Mak awak untuk jodohkan awak dengan saya ye? Awak tak
ada girlfriend ke?” Tanpa memberi
reaksi terhadap kata-katanya tadi, aku mengajukan pula soalan yang lain.
Taaj ketawa lagi. Dia
menyandarkan tubuhnya kekerusi sambil kedua belah tangannya menyeka rambutnya
ke belakang. Dengan kemeja putih yang lengannya dilipat hingga ke siku dan
beberapa butang teratas kemejanya terbuka membuatkan dia kelihatan seolah-olah
model iklan Hugo Boss di kaca TV.
“Girlfriend ramai …”
Haaa … Kan aku dah
cakap dengan Umi. Lelaki handsome macam
dia ni memang tak normal lah kalau tak ada girlfriend.
“Tapi, yang istimewa
rasanya cuma Kim sorang” Aduh! Tergolek dah jantung aku bila dengar ayatnya
yang terakhir tu.
“Eleh … Yela tu” aku
mencebik cuba menyembunyikan rasa hati yang sudah mula berbunga-bunga. Ceh!
Entah bila lah pandai jadi minah bunga ni Cik Kamelia oiii!!
Kedengaran Taaj
tergelak besar dengan reaksiku itu. Muka aku mula rasa membahang lagi. Bencilah
aku macam ni!! Pipi ni pun satu, tak sudah-sudah nak blushing lagi tadi. Memang tak reti nak cover perasaan Tuan punya badan langsung la! Isk!
***
IKUTKAN hati, memang
malas aku nak beriya ke pejabat Taaj. Tapi, memandangkan Umi tak habis-habis
berpesan dari aku mula celik mata pagi subuh tadi, maka terpaksalah juga aku
memandu ke pejabat Encik Tunang aku yang ada kat kawasan Shah Alam bersebelah
dengan Hotel Bluewave itu.
Sudahlah malam tadi aku
tak dapat tidur lena dek kerana si Adeeb asyik menelefonku. Malas hendak
melayan, akhirnya telefon aku offkan
saja.
Semenjak peristiwa pergaduhan
antara aku dengan isterinya dua minggu yang lalu, semankin kerap pula aku rasa
dia menghubungiku. Mula-mula rajin la juga aku hendak melayan. Tapi, bila
bicaranya mula berubah kepada merayu dan menggoda, terus aku biarkan saja
segala panggilan dan mesej yang masuk tidak berjawab.
Sampai saja di hadapan
lif yang terdapat di Lobi bangunan pejabat Taaj, punat 8 aku tekan. Berpandukan
alamat pejabat yang Umi berikan aku gigih mencari sendiri walhal aku boleh saja
menelefon Taaj untuk berjumpa di tempat yang aku sudah biasa.
Ala .. Tak ada salah
pun kalau aku nak tahu kat mana bakal suami aku ni bekerja. Yela, memandangkan
lagi sebulan kami akan berkahwin, rasanya elok juga aku belajar untuk mengambil
tahu serba sedikit mengenai lelaki bernama Taaj Iskandar ini.
Nak skodeng kat Facebook memang tak dapat apalah kalau
dalam Facebook pun infomasi tentang
dirinya serba tak lengkap. Cuma ada gambar profil dia yang berkemeja pink dan
berseluar slack dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam seluar, nama dan juga
nama Syarikat tempat dia bekerja. Gambar pun ada la 2-3 keping je. Itupun
gambar kereta. Huh! Nak skodeng apa macam tu? Tapi, paling tak tahan bab
senarai rakannya la. Dekat 5 ribu! Perrggghhh!! Aku, 500 pun tak sampai. Dahla
tu, kebanyakkannya, perempuan pula tu. Hurmmm …
Tapi, sekurang-kurangnya aku tahu la yang dia bekerja di Syarikat yang menawarkan khidmat nasihat untuk Syarikat-syarikat lain dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Sebab itulah kot masa kami makan bersama hari tu ramai sangat PA-PA clientnya yang bertegur sapa dengannya. Tapi, selain atas urusan kerja, aku yakin sangat yang dia didekati sebegitu sebab kekacakkannya.
Dalam pada berangan,
sampai juga aku kat tingkat yang dituju.
“Selamat datang ke
TI Consultant. Boleh saya bantu Cik?” Penyambut Tetamu bertudung satin
berwarna maroon melemparkan senyuman
kearah aku yang sedang melangkah teragak-agak menghampirinya. Aku turut
tersenyum.
“Saya nak tumpang tanya Cik, errmmm … Ada tak pekerja bernama Taaj Iskandar kat sini?” Aku bertanya
perlahan.. Tiba-tiba pula rasa gugup. Haisshh! Macam la aku nak pergi interview.
“Oh … Encik Taaj. Dia
Bos kat sini. Boleh saya tahu apa urusan Cik dengan dia?” Bulat mataku
memerhatikan gadis kecil molek di hadapanku itu. Apa dia kata tadi? Bos? Erk …
Maksud dia ni Bos a.k.a Tuan Punya company
ni ke atau sekadar Pengurus Besar?? Berlegar-legar soalan itu dikepalaku. Tiba-tiba aku ternampak nama Syarikat yang tertera di dinding belakang tempat Penyambut Tetamu itu. TI Consuntant. TI? Taaj Iskandar? Errkk!
“Err …. “
“Eh Kim. Apa Kim buat
kat sini? Kenapa tak bagitau Abang Kim nak datang?” Baru saja aku hendak
membuka mulat menjawab soalan gadis Penyambut Tetamu itu, kedengaran suara dari
insan yang ingin aku jumpa berkumandang dari arah belakang. Pantas aku menoleh.
“Eh awak … Err … Saya
datang ni just nak bagi ni kat awak.
Umi yang suruh” sebuah beg yang tak aku tahu apa isinya kuhulurkan pada Taaj.
“Owh … Alang-alang Kim
dah ada kat sini come, follow me. I’ve got something to show you
also” beg kertas bertukar tangan dan Taaj terus menggamit aku mengikutinya.
“Liya, kalau sesiapa
cari saya bagitahu saya tak ada ye. Take
a message. Kalau betul-betul urgent,
you just pass the line to Amri”
sempat Taaj berpesan pada Penyambut Tetamu yang dipanggil Liya itu sebelum
melepasi sebuah pintu yang memisahkan ruang itu dengan ruang dalaman pejabat.
‘Baiklah Encik Taaj”
Senyuman dilemparkan pada aku dan Taaj. Kami membalas sebelum berlalu pergi.
“Have a seat”
Tercengang aku apabila
melangkah masuk ke dalam bilik yang agak luas dengan rekabentuk yang sangat
santai. Ala-ala ruang pameran IKEA pun ada jugak aku tengok. Sekali pandang dah
macam workspace kat syarikat Google.
Tampak ringkas, kemas dan selesa. Aku suka.
“Kenapa buat muka macam
tu?” Taaj yang sudah duduk sambil bersandar dikerusi empuknya tersenyum
memandang aku yang baru hendak melabuhkan duduk di hadapannya.
“Ha? Tak ada apa. Suka
tengok deco bilik awak ni” Aku
melarikkan senyuman sambil memerhati kesekeliling biliknya.
“Tadi awak kata ada
benda nak tunjuk kat saya. Apa dianya?” Sedar akan suasana sunyi antara kami
dan panahan mata Taaj yang tak lekang dari memerhatikan aku, aku bertanya
laju-laju.
Seperti biasa, Taaj
menjawab pertanyaanku dengan senyumannya. Kedua belah tangan dikepalkan dan diletak
di atas meja.
“Dah cuba fitting baju ke?” Soalan yang dijawab
dengan soalan. Sungguh aku tak suka.Tapi aku jawab juga dengan gelengan. Dia
tersenyum lagi.
“Kim tak kerja ke hari
ni?” Lagi satu soalan diajukan padaku dan aku jawab dengan gelengan juga.
“Dah breakfast ke?” Aku geleng lagi.
“Hari ni hari gelengan
sedunia ke?” Aku cepat-cepat geleng kepala lagi. Tapi … Macam pelik je soalan
yang terakhir tu. Hai … Encik Taaj Iskandar ni nak kenakan aku ke? Gelengan
kepala terhenti.Kepala kupanggung kearah Taaj yang sudah tersengih lebar.
Mulutku sudah mula memuncung sedepa.
Semankin geram aku
dibuatnya apabila sengihan telah bertukar menjadi gelak besar pada lelaki di
hadapanku itu. Aku menarik muka masam sambil berpeluk tubuh memandang Taajam
kearahnya.
“Dahlah jom kita makan
dulu. Dah pukul 10 ni. Tak elok biar perut kosong” setelah tawanya reda, Taaj
bangkit dari kerusinya lalu melangkah kearahku dan lenganku ditarik untuk
mengikutnya keluar.
“Laaa … Tadi kata ada
benda nak tunjuk kat saya. Mana dia bendanya?” Lengan yang dipaut aku leraikan
perlahan. Langkah terus kupaku di hadapan pintu yang baru hendak dibuka Taaj.
Hangin pula aku dengan mamat ni. Suruh aku masuk biliknya semata-matanya nak
soal aku dengan soalan yang entah apa-apa, lepastu gelakkan aku? Hailaaa… Ada
yang makan kasut sniker cap B.U.M
jugaklah hari ni nanti.
“Tak ada apapun. Saja
nak Kim tengok office Abang. Lepastu,
Abang saja nak telek muka tunang Abang ni. Dekat seminggu tak jumpa, rindu pula
rasanya” lembut saja Taaj menjawab sambil tersenyum lawa. Terpegun dua saat aku
dibuatnya. Jarak kami yang hanya terpisah sejauh beberapa jengkal ini
membuatkan aku tiba-tiba rasa sesak nafas. Rasa habis sudah oksigen di dalam
bilik itu aku sedut tapi masih terasa kurang.
“Abang rasa, better kita keluar cepat sikit.
Lama-lama dengan Kim berdua macam ni takut nanti Abang hilang kawalan …” terasa meremang bulu
romaku tatkala Taaj membisikkan kata-kata itu dekat dicuping telingaku sebelum
dia melangkah keluar.
Arrrggghhhh!!! Kenapa
aku boleh rasa nak cair kat sini jugak nih?? Ubat guna-guna cap apa yang si Taaj
ni dah calit kat aku?!! Kenapa mudah sangat aku terpaut pada dia? Get a grip of yourself Kamelia Azra! Don’t fall in love that easily! NO! Not
just yet!!
***
“KAMELIA, you tolong I siapkan proposal ni
hari ni jugak sebab esok first thing in
the morning, I ada meeting dengan Tan Sri Johan. Any additional information, I dah suruh Wawa emailkan kat you or you can just ask her directly”
nampak saja muka aku awal pagi itu, belum sempat aku nak duduk, Encik Hamdan
dah bagi tugasan mandatori untuk aku siapkan hari itu. Sebuah fail berkulit
keras di serahkan kepadaku.
“Aye, Aye Captain” aku
menyambut fail sambil sebelah tangan memberi tabik hormat kepada Bos atasan aku
itu. Memang begitulah selalunya aku dan Encik Hamdan. Memandangkan perbezaan
umur yang tidak begitu jauh antara kami, hubungan aku dengannya sudah seperti
hubungan Adik dan Abang.
“Jangan nak ber ‘Aye-Aye’ sangat ye. Kalau tak siap ni, you tak boleh balik hari ni tau” Encik
Hamdan acah-acah mengugutku sebelum berlalu pergi.
“Nasib baik kau datang
hari ni Kim. Kalau tak, aku lah yang kena siapkan proposal tu” baru hendak membelek fail yang berada di tanganku,
suara Awin, teman sepejabat merangkap teman yang paling karib denganku setakat
ini menegur sambil menempel di bucu meja kerjaku.
“Yela … Aku ni je la
yang jadi mangsa kalau ada kerja yang kena stay
sampai lewat malam kan … ?” Lembaran fail ditangan aku selak satu persatu. Aku
sudah mula buat muka malas-nak-layan.
“Alaa … Kau macam tak
kenal Encik Hamdan tu. Semua kerja yang dia bagi kalau bukan kau yang buat, ada
jela yang tak kena. Sampai saiz font
pun boleh jadi isu tau!” Awin sudah duduk bersilang kaki di atas mejaku. Nasib
baiklah kawan aku sorang ni badan kecik cinonet. Kalau tak, mahu runtuh agaknya
meja kerjaku ini.
Aku hanya mencemik
sambil menaikkan kening tinggi.
“Kau ni … Sejak dua
menjak nak kahwin ni, asyik nak sentap je dengan aku kan. Sementara kau belum
kahwin ni, aku bagi la can kau staybacak
kat office. Nanti, bila kau dah
kahwin, aku tolonglah kau” Awin dah mula keluar ayat pancing untuk membodekku.
“Yela tu … Ada beza ke
kalau aku belum kahwin ke belum? Aku tengok si Wawa tu walaupun dah kahwin,
kena jugak stayback sampai 2-3 pagi”
aku membalas kata-kata Awin dengan mata masih tertacap pada lembaran kertas
ditangan. Cuba memahami prospektif yang dimahukan oleh client.
“Si Wawa tu PA Bos.
Memanglah kena macamtu. Dah dalam job
requirement dia kan. Tapi kita-kita ni kan cuma Admin cabuk je” Awin mendekatkan tubuhnya denganku seraya berbisik.
Bimbang jika suaranya didengar oleh Encik Hamdan ataupun Wawa. Aku hanya
tersenyum melihat kerenah kawanku yang seorang ini.
“Oh ye … Semalam jantan
tak guna tu datang sini cari kau”
Sebaris ayat yang baru
keluar dari mulut mungil Awin membuatkan bacaaanku didada kertas terhenti
serta- merta. Selama ini walau kerap menggangu ku ditelefon, Adeeb takkan
sampai datang ke pejabat mencariku. Nampaknya keadaan sudah bertambah kritikal
sekarang.
“Siapa? Adeeb? Hurmm … Ada
apa lagi dia cari aku?” Acuh tak acuh saja aku bertanya. Fail ditangan kututup
dan letakkan di atas meja. Wajah Awin kupandang tanpa riak.
Awin dah tayang muka
bengang. Bukan dia tak tahu kisah cinta tak kesampaian aku dengan Adeeb. Setiap
butiran kisah kami dia memang sudah sedia maklum. Kerana itu ketika dia tahu
mengenai keputusan Adeeb untuk memutuskan pertunangan kami, dialah yang manusia
yang paling marah dengan lelaki itu. Ini kalau aku khabarkan padanya tentang
Adeeb yang sering mengangguku pasti dia yang akan mengamuk dahulu.
“Entah. Dia baru nak
cakap aku dah ‘bahasa’kan dia cukup-cukup. Tak sempat dia nak bukak mulut, aku
terus blah. Malas aku nak layan orang macam tu” Awin membelek kukunya tanpa
rasa bersalah. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Awin, Awin. Selalu begitu. Aku
yang terkena, dia yang bereaksi melebih-lebih.
“Kim, ada orang nak
jumpa kau” baru saja aku nak membuka mulut, Ipin, budak dispatch di pejabat aku muncul menyampaikan pesanan sambil terus
berlalu pergi. Tak sempat aku nak bertanya apa-apa.
Awin menaikkan kening
membuat isyarat ‘siapa’ dan aku hanya menjongketkan bahu tanda tak tahu. Aku
terus bangkit dan melangkah menuju ke ruang hadapan pejabat.
“Ada orang nak jumpa
saya ke Kak Sya?” Penyambut Tetamu yang kupanggil Kak Sya memuncungkan mulut
kearah tempat menunggu di belakangku. Segera aku berpaling dan alangkah
terkejutnya apabila pandanganku bersatu dengan pandangan mata seorang insan
yang paling aku ingin hindari. Adeeb!
“Hai Kim” Adeeb bangun
dengan senyum dibibir saat aku menghampirinya dengan muka ketat.
“Ada apa awak cari saya
lagi ni?” Aku bertanya hambar. Malas hendak berbasa-basi dengan manusia tidak
tahu bahasa seperti Adeeb ini. Tidak cukup agaknya hadiah penampar yang
isterinya beri pada aku beberapa minggu yang lepas.
“Kenapa awak tak jawab
panggilan saya? I miss you a lot you know
… ”
Mujurlah aku ini bukan
jenis manusia yang ringan tangan. Kalau tidak, sudah sah-sah berbirat pipi
Adeeb aku bagi sedas dua tamparan wanita. Biar dia rasa peritnya yang aku rasa
selama ini. Mungkin tidak seperit yang aku rasa tapi cukuplah sebagai hadiah
saguhati dariku.
“Apa yang awak mengarut
ni” tangan sudah kusilangkan ketubuh. Wajahnya kupandang dengan pandangan
geram.
“Come back to me Kim. This
time I promise to treat you better”
Lagi sekali aku rasa
macam nak uli orang macam aku uli tepung nak buat karipap. Apalah manusia
bernama Adeeb di hadapanku ini sedang repekkan? Bikin semak kepala otakku lah
dia ni!
“Awak dah gila ke?
Zuera tu awak nak letak kat mana?” Nada suara masih ku kawal agar tidak
didengar oleh seluruh isi pejabat. Kalau tak, aku juga yang akan menanggung
malu.
“Zuera tu nanti saya
uruskan la. Just say yes, and I will
leave her for you”
Aduh! Mudahnya lelaki
ini berkata-kata. Seolah-olah perasaan wanita itu tiada nilai padanya. Ikutkan
hati, memang sudah lama wajah kacaknya itu aku tinju. Biar pecah hidung
mancungnya dan biar bersepai bibir merahnya.
“Sudahlah Deeb. Just move on ok. Awak dah ada Zuera dan
saya pun dah bertunang. Tak lama lagi saya nak kahwin. So, please stop bothering me ok!” Malas hendak bertekak lebih lama
dengannya, aku terus berlalu meninggalkannya begitu saja. Panggilan darinya
yang bertalu-talu tidak kupedulikan. Pandangan kehairanan dari Kak Sya juga
tidak aku endahkan. Bilik air kutuju laju. Kepala yang terlalu kusut saat ini
perlu aku leraikan segera.
***
MALAM itu, hampir ke
pukul 12 barulah proposal yang Encik
Hamdan serahkan pagi tadi dapat aku siapkan. Mujurlah segala macam info penting dah lengkap dan memandangkan
projek yang terlibat bukanlah besar mana, cepatlah aku dapat siapkan kerja.
Kalau tidak, memang subuh esok pagi la baru aku nampak rumah.
Selesai semua aku cetak
dan binding dalam beberapa salinan,
aku terus meletakkannya di atas meja Encik Hamdan dan terus bergerak pulang.
Mujur kereta kuparkirkan dekat dengan pintu pejabat pagi tadi. Kalau tidak
memang mencabar la juga hendak ke basement
seorang diri pada waktu-waktu begini.
“Kim …” tanganku yang
baru saja hendak membuka pintu kereta terhenti apabila terdengar namaku
dipanggil dari arah belakang.
Buntang mataku apabila
terlihat Adeeb sedang melangkah menghampiriku. Melihat pada pakaiannya yang
siap berkot dengan kemeja tanpa tali leher, aku pasti dia sudah menungguku
sejak dari habis waktu pejabat tadi.
“Apa lagi ni Adeeb?
Sudah-sudahlah tu. Antara kita dah tak ada apa-apa lagi. NOTHING okay!” Aku sudah mula hilang sabar.
“Please bagi saya satu lagi peluang Kim. Saya merayu pada awak
sangat-sangat” Adeeb memaut kedua belah tanganku dan digenggammnya kemas. Puas
aku cuba leraikan tapi genggamannya terlalu kejap.
“For God sake Adeeb! Awak tu dah kahwin. I repeat, DAH KAHWIN! Peluang apa lagi yang awak nak saya bagi ni
ha?” Kesabaranku sudah semankin menipis. Wajah sudah terasa panas menahan
amarah.
“Tapi saya tak dapat
lupakan awak Kim … Zuera tak sama macam awak” tubuhku diraih Adeeb ke dalam
pelukannya. Aku sudah mula panik. Selama kami bersama dulu, tidak pernah
sekalipun Adeeb bertindak melampau seperti ini. Mataku meliar mencari Pak-Pak
Jaga yang biasanya membuat rondaan diwaktu-waktu begini. Manalah pula diaorang
disaat diperlukan macam ni? Makan gaji buta sungguhlah!
“Adeeb … Tolonglah
jangan buat saya macam ni … Tolong lepaskan saya” dengan segala kudrat yang ada
dari tubuh kecilku ini aku tolak dia jauh-jauh namun badannya masih juga
mengeras dengan aku dalam pelukannya. Lemas aku jadinya. Semankin kuat aku
meronta, semankin kuat pelukannya. Airmata sudah mula menitik.
“What the hell you think you are doing ha?!!!”
Tatkala kudrat sudah semankin
lemah, terasa tubuhku tercampak ke tanah. Mujur tanganku sempat menahan dari
wajahku tersembam ke jalan yang bertar.
Airmata yang membasahi
wajah kubersihakan dan di hadapanku jelas kelihatan Adeeb di tumbuk
bertubi-tubi oleh sesusuk tubuh sasa.
Taaj! Ya! Rasanya mata
aku belum rabun lagi untuk mengecam
bahawa lelaki yang sedang memukul Adeeb adalah Taaj, tunanganku.
Melihatkan Adeeb yang
sudah terkulai layu menyembam ke bumi, segera lengan Taaj kutarik dan tubuhnya
ku tahan dengan tubuhku dari terus mara meraih Adeeb yang sudah berdarah
dihidung dan bibir.
“You better stay away from Kim!
You scumbag!! Ini kali terakhir aku warning
kau ye!! Kalau aku nampak atau dapat tahu kau kacau lagi tunang aku, kau tahu
lah akibatnya nanti!!” Aku yang sudah menyembamkan muka di dada Taaj sambil
menahannya dari terus mara kearah Adeeb hanya mampu mendengar dikala kata-kata
amaran itu dilaungkan olehnya.
“Kim balik dengan
Abang. Come” Bahuku dirangkul kemas
dan kami berjalan beriringan menuju ke kereta Taaj yang diletakkan di luar
pagar.
“Aku takkan berputus
asa! Kim is mine and will always be mine!!”
Jeritan Adeeb
membuatkan hatiku menjadi remuk. Mujur Taaj hanya membiarkan saja tanpa
menunjukkan tanda-tanda untuk berpatah balik kepada Adeeb. Jika tidak, aku
rasa, sudah arwah Adeeb malam ini dikerjakan Taaj.
Selepas membantu aku
duduk ditempat duduk penumpang, Taaj bergegas ke tempat duduk pemandu dan
kereta Misubishi Lancernya memecut laju meninggalkan perkarangan pejabatku yang
telah melakarkan satu episod duka yang baru dalam diari hidupku.
***
SEMENJAK peristiwa
hitam tempohari, aku telah diarahkan oleh Encik Taaj Iskandar untuk ketempat
kerja dengannya. Aku tidak dibenarkan untuk memandu seorang diri kemana-mana
pun. Dalam keadaan terpaksa rela, aku ikutkan saja. Nombor telefon pun
dipaksanya aku supaya menukarnya. Itu pun dia yang membelikan sim kad yang
baru.
Kepada Umi langsung
tidak ku ceritakan tentang apa yang terjadi. Bimbang jika dia terlebih risau.
Biarlah ianya hanya menjadi rahsia antara aku, Taaj dan Adeeb.
‘Abang masih dalam meeting ni. Tapi, sebelum pukul 8 Abang
datang ambil. Ingat! Tunggu DALAM office.
Jangan pandai-pandai nak tunggu kat luar’
Panjang lebar mesej
yang aku terima dari Taaj hari itu. Mesej yang lebih kurang sama isi kandungannya
tiap kali dia terpaksa menjemputku lewat gara-gara kerjanya. Aku hanya
tersenyum sambil menaip perkataan ‘OK Bos!’ dan dihantar padanya.
“Amboi kawan aku ni …
Semankin dekat tarikh kahwin mankin bahagia aku tengok. Pergi balik kerja pun
dah berjemput sekarang” aku mengosok-gosok lengan yang ditepuk Awin sambil
tayang senyuman lebar sampai ketelinga.
Memang aku bahagia pun.
Rasa bahagia yang aku tak pernah rasa sewaktu bersama Adeeb dulu. Sikap Taaj
yang amat melindungi aku membuatkan aku rasa selamat bila berada dengannya.
Malah aku rasa lebih disayangi dan dihargai.
“Eleehh … Menyampah la
wey tengok muka kau tu! Macam tak pernah bercinta!” Awin sudah tayang wajah
meluatnya. Aku hanya ketawa.
“Kim, ada orang nak
jumpa” Kak Sya yang tiba-tiba muncul di sebalik dinding kubikel tempat kerjaku
mematikan perbualan antara aku dan Awin.
“Siapa kak? Lelaki ke
perempuan?” Aku sudah mula cuak. Bimbang sekiranya Adeeb masih mencariku lagi.
“Perempuan. Katanya
kawan Kim. Lupa pulak Akak nak tanya nama tadi. Kim pergilah tengok sana. Akak
nak buat air kejap. Mata mengantuk pulak pagi-pagi ni” Kak Sya terus berlalu
menuju ke pantri yang terletak tidak jauh dari kubikelku.
“Kawan kau? Siapa wey?”
Awin bertanya dengan dahi berkerut. Aku hanya menjongketkan bahu sebelum
berlalu menuju ke ruang Penyambut Tetamu.
“Zuera?” Terkejut aku
apabila melihat isteri Adeeb itu sedang duduk di atas sofa diruangan menunggu
dengan wajah sembab.
“Boleh I bincang kejap dengan you pasal Adeeb?” Amboi … Straight to the point sungguh. Langsung
tak ada mukadimah tanya khabar ke apa. Namun melihat wajahnya yang agak tegang,
aku tahu dia mesti hendak membincangkan hal penting.
“Boleh. Tapi janganlah
sekarang. Saya tengah kerja ni. Kalau awak nak, kita jumpa, masa lunch nanti okey. Awak tunggu saya kat
lobi bawah. Nanti saya turun jumpa awak” aku menjawab dengan gaya tenang.
“No. We need to discuss this now” keras nada suara yang digunakannya
kini. Aku mula rasa geram. Dia siapa sesuka hati datang ke pejabat aku untuk
berjumpa dengan aku begini?
“Maaf la Puan Zuera.
Saya ni kerja makan gaji je kat sini. So,
kalau awak nak discuss apa-apa pun
dengan saya, please respect my time”
kali ini aku takkan sewenang-wenangnya hendak membiarkan Zuera membuliku sesuka
hatinya.
“Fine! I tunggu you kat lobby pukul 1 nanti” Zuera mendengus kuat sebelum bangkit dan terus
berlalu keluar. Aku hanya memerhatikannya dengan pandangan mata yang sebal. Tak
sudah-sudah suami isteri ini menganggu hidupku. Kali ini, apalah pula tuduhan
yang dilemparkan pada aku agaknya. Haila … Memang bikin spoil mood aku satu hari
ni la nampak gayanya ni …
Apa yang pelik tentang
masa ni, bila dinanti-nanti mesti rasa macam lama sangat nak berlalu. Seminit
rasa macam sejam, sehari rasa masa sebulan, sebulan pun boleh rasa macam
setahun. Tapi, kalau kita takde pun ternanti-nanti, memang cepat je berlalu.
Rasa macam seminit tadi aku bercakap dengan Zuera kat depan pejabat, sekarang
ni kami dah duduk berhadapan di kedai makan di seberang jalan bertentangan
dengan bangunan pejabatku.
15 minit berlalu dan
kami masih diam seribu bahasa. Dia sibuk menguis-nguis mee goreng di
pinggannya, aku pula sibuk menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulutku. Tak
adalah lapar mana pun perut aku ni tapi aku tetap menyuap tanpa henti. Entah apa
rasanya nasi goreng ni pun aku tak tahu. Tiba-tiba seluruh deria rasa dekat
lidah aku ni jadi kebas.
“I nak mintak you jangan
ganggu Adeeb lagi” suapanku terhenti tatkala kata-kata itu meluncur laju dari
mulut Zuera. Aku mengangkat kepala memandang kearah isteri Adeeb itu. Ada sedu
yang cuba disembunyikan disebalik pandangan matanya. Sudu kuletakkan di atas
pinggan dan nasi yang tinggal separuh itu kutolak ke tepi. Air limau suam
kuhirup perlahan sebelum wajah Zuera yang putih kemerahan itu kembaliku tatap.
“Saya dengan Adeeb dah
tak ada apa-apa.Tak ada apa pun yang perlu awak risaukan” aku cuba bersuara
setenang mungkin. Kedua belah tangan ku silangkan di atas meja.
“You jangan tipu I.
Sekarang ni, tiap malam Adeeb balik lewat malam. Bila I tanya dia cakap kerja banyak. Tapi I tahu dia jumpa you
kan??” Perrggghhh!! Menyirap pula darahku mendengar tuduhan sesedap maggi cukup
rasa dari perempuan kat depan aku ni. Aku menghela nafas panjang sebelum
membalas balik tuduhannya itu.
“Puan Zuera, as you already know, I’m engaged … ” aku
menayangkan cincin emas putih bertatah berlian bermata tiga yang Umi serahkan
pada aku minggu lepas dan telah tersarung kemas dijari manisku pada Zuera. “…
Dan InsyaAllah, bulan depan kami akan berkahwin. Jadi, saya harap, awak tak
perlulah nak fikir yang bukan-bukan lagi pasal saya” sambungku tenang.
Zuera terdiam
seolah-olah berfikir sendiri. Wajahnya keruh.
“I tak percaya semudah itu you
nak lepaskan Adeeb. Mungkin ini cuma helah you
saja nak tarik perhatian Adeeb semula. You
tau kan, kaum lelaki ni, the harder you
run, the higher their desire to have
you” Allahuakbar! Kenapalah susah sangat manusia di hadapanku ini ingin
memahami kata-kata aku? Rasanya aku cakap bahasa Melayu bukannya Punjabi
ataupun Perancis. Tapi, kenapa aku rasa dia masih tak faham? Atau dia memang
sengaja tak mahu paham?
“Terserahlah pada awak
nak percaya atau tidak. Yang penting, saya memang dah tak ada apa-apa hubungan
dengan Adeeb dan I love my fiancée and
we’ll getting married next month. Full stop!” Aku segera bangkit sambil
mencapai dompet dan telefon lalu berlalu
pergi meninggalkan Zuera yang jelas masih tidak berpuas hati denganku.
Baru hendak menyeberang
jalan, langkahku terhenti apabila lenganku ditarik dari arah belakang.
“Kenapa susah sangat you nak mengaku ha?? I tau you berdendam dengan I
sebab I rampas Adeeb dari you kan?? Sekarang ni, you nak ambik balik dia dari I kan??!” Aku merentap kasar lenganku
dari cengkaman Zuera. Terasa berasap kepalaku dengan kedegilan perempuan ini.
“Zuera!! Awak nak saya
cakap macamana lagi ha?! Saya memang TAK ADA APA-APA dengan suami awak tu! FULL STOP!” aku terus berpaling hendak
segera berlalu dari situ sebelum tanganku ini ringan untuk mendarat dipipi
mulus Zuera.
Entah apa yang jadi
selepas itu, aku kurang pasti. Segala-galanya terjadi begitu pantas. Aku terasa
tubuhku ditolak dengan kuat dari arah belakang dan terdengar namaku dilaungkan sebelum akhirnya aku sudah jatuh melayang di tepi jalan sehingga kedua belah
tapak tanganku berdarah kerana bergesel dengan jalan tar. Kemudian aku dengar
kereta brek mengejut dan bunyi dentuman seperti kereta itu merempuh sesuatu.
Buntang mataku apabila
terlihat tidak kauh dariku sesusuk tubuh yang sudah aku cam terdampar di tengah
jalan berlumuran darah.
“Taaj!!! “ Aku meraung
sekuat hati sambil berlari kearah sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri
itu.
***
WALANGNYA hatiku saat
ini hanya Allah saja yang tahu. Melihat keadaan lelaki yang bakal menjadi
suamiku tidak lama lagi sedang terbaring lemah tidak bermaya dengan sebelah kaki
bersimen sampai ke peha dan kesan luka yang penuh di wajah dan kedua belah
tangannya menggamit 1001 rasa sendu dihatiku.
Tanpa aku sedari,
lelaki bernama Taaj Iskandar ini sebenarnya sudah bertapak kukuh di dalam
hatiku. Andai ada pun nama Adeeb, ianya tak lebih hanya sekadar memori silamku
yang akan selama-lamanya tersemadi didalam hatiku.
Masuk hari ini, sudah 3
hari Taaj tidak sedarkan diri. Setiap hari itulah juga aku tidak pernah
meninggalkannya. Aku mahu apabila dia sedar nanti, wajah aku adalah yang
pertama ditatapnya. Lagipula, keadaan kesihatan Aunty Tiara tidak mengizinkannya untuk menjaga anak bongsunya ini.
Hendak harapkan Kak Teja, Kakak sulung Taaj juga tidak mungkin memandangkan
bakal Kakak Iparku itu sudah punya keluarga sendiri dan sekarang menetap di
Pulau Pinang. Yang ada hanya aku saja yang boleh diharapkan menjaga Taaj dan
aku rela.
Taaj jadi begini pun sebab aku. Sebab nak
menyelamatkan aku. Kerisauan aku pada Taaj melebihi rasa marahku pada Zuera.
Selepas kejadian itu tempohari, Zuera terus menghilangkan diri. Aku pun tidak
berkesempatan untuk menjejaknya. Biarlah. Biar hanya kifarah dari Allah saja
yang membalasnya. Aku malas hendak memikirkannya. Apa yang penting sekarang
adalah keselamatan Taaj. Itu yang paling utama.
“Assalammualaikum …”
Aku yang sedang
memanggung kepala di sisi katil setia menatap wajah Taaj yang bernafas dengan
bantuan pernafasan perlahan-lahan memandang kearah datangnya suara yang memberi
salam itu.
“Kau?!” Tanpa menjawab
salam suaraku bergema lantang. Aku sudah bangkit dari duduk dengan pandangan
tajam menusuk jiwa aku berikan pada Adeeb yang berdiri di kaki katil Taaj.
“Maafkan saya Kim …. Saya
…”
“Kau keluar dari sini!!
Aku taknak tengok muka kau lagi. Keluar!!!” Belum sempat Adeep menghabiskan
kata-katanya aku sudah memintas. Sudah tiada lagi bahasa saya-awak antara aku
kepada dia. Sebelah tanganku sudah lurus menunjuk ke pintu keluar. Rasa
mendidih kepalaku apabila terpandangkan wajah Adeeb yang jelas terkejut
mendengar tengkinganku.
Selama kami bersama,
mana pernah aku menaikkan suara. Tidak pernah walau sekalipun. Sebab itulah dia
mudah saja mengambil keputusan untuk meninggalkan aku dulu. Mungkin dia
merasakan aku hanya seorang perempuan yang membosankan dan tak beremosi. Tapi
dia silap! Aku hanyalah seorang manusia biasa bernama Kamelia Azra yang masih
mempunyai sekeping hati yang sangat rapuh.
“Kim ….” Adeeb masih
tidak mahu berganjak. Kemarahanku sudah mula meningkat naik. Tak pernah aku
merasa marah sebegini.
“Stop it Adeeb! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi dari kau ataupun
isteri kau! Cukuplah! Aku cintakan Taaj dan aku akan kahwin dengan dia. Samada
kau nak terima ke tak, itu terpulang pada kau. Hati aku dah mati untuk kau dan
selagi hayat dikandung badan, aku mintak Allah jauhkan dari aku mencintai
lelaki seperti engkau ni lagi! You better
leave now, before I call the security” mataku sudah terasa berair. Badanku
sudah terasa menggigil. Bukan kerana sedih ataupun takut tapi lebih kepada rasa
marah yang semankin bergelora.
“Tapi Kim … “
Segera aku layangkan
tapak tanganku padanya. Tak mahu dia meneruskan kata-katanya lagi.
“Enough! Kalau kau tak nak aku buat report polis pasal isteri kau yang menyebabkan tunang aku masuk
Hospital, I think, it is wiser for you to
leave now!” Aku melaungkan amaran padanya. Melihat pada reaksinya yang
langsung tiada riak terkejut, aku pasti yang dia sudah tahu mengenai perjumpaan
antara aku dan Zuera tempohari yang membawa kepada kemalangan yang menyebabkan
Taaj dimasukkan ke Hospital.
Dengan langkah
perlahan, Adeeb akhirnya melangkah keluar. Aku menghela nafas lega. Ada butir
airmata yang jatuh apabila mata ku pejamkan. Rasa sedih dan hiba kerana begini
pengakhiran kisah antara aku dan Adeeb.
“Kim …. “
Mataku luas terbuka dan
sepantas kilat aku berpaling kearah suara yang memanggil namaku dengan nada
yang amat lemah.
“Taaj …. Awak dah sedar”
segera aku menerpa kearah Taaj yang sudah menanggalkan alat bantuan pernafasan
dan melemparkan senyuman dalam kesakitan.
“Saya pergi panggilkan
doktor sekejap …” langkah yang baru hendak kubuka terbantut apabila lenganku
sudah diraih oleh Taaj. Aku kembali duduk di atas kerusi di sisi katilnya.
Hendakku peluk tubuhnya namun aku sedar antara kami masih belum halal. Lantas,
aku hanya menghadiahkannya sebuah senyuman dan pandangan kasih.
“Terima kasih sebab
cintakan Abang …” dahiku sedikit berkerut memandangnya. Aku ada cakap aku
cintakan dia ke? Atau dia mimpikan aku ucap ‘I love you’ padanya?
“Abang dengar semua
yang Kim cakap pada Adeeb tadi …” Dia tersenyum lagi. Perlahan-lahan aku juga
mengorak senyuman. Rasa malu pula tiba-tiba. Aku menundukkan kepala
tersipu-sipu. Hish … Sejak bila la pula Kamelia Azra ni pandai malu-malu pulak
ni? Jawapannya mudah saja … Sejak aku mengenali seorang insan bernama Taaj
Iskandar.
Ya! Dia banyak
mengajarku tentang cinta. Aku yakin kini yang pilihan Umi ini adalah yang
paling tepat untuk aku. Dia datang tak terlalu cepat dan tak pula terlalu lambat. Allah hadirkan dia
dalam hidupku pada masa dan waktu yang sangat sesuai dan tepat. Syukur Ya
Allah. Syukur.
“Abang rasa kita nikah
tak payah la tunggu bulan depan. Minggu depan juga Abang mintak Umi dan Mummy
uruskan pernikahan kita. Akad nikah dekat katil Hospital pun tak apalah janji
Kim dapat jadi isteri Abang yang sah secepat mungkin” melongo aku memandang
kearah Taaj. Tak padan baru sedar dari koma terus cakap pasal kahwin? Mimpi
apalah dia masa koma 3 hari ni ye?
“Kenapa? Kim tak setuju
ke?” Melihat wajahku yang menayang riak terkejut dia bertanya. Tanpa menjawab
aku segera bangkit dan berlalu ke pintu keluar. Dia hanya memandangku dengan
pandangan yang keliru.
“Kim ikutkan aja tapi
sebelum apa-apa biar Kim panggilkan doktor dulu ye” aku menoleh memandangnya
dan tersenyum sebelum melangkah keluar dengan hati yang sudah berbunga-bunga beraneka
jenis. Dapat kulihat tadi, Taaj juga mempamerkan senyuman kelegaan.
Ya Allah,
permudahkanlah segalanya untuk kami. Aku tahu jalan yang bakal kami lalui pasti
tidak mudah namun aku panjatkan doa pada Allah agar aku dan Taaj akan terus
sabar, kuat dan istiqomah dalam menghadapi segala-galanya bersama. InsyaAllah.
“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan
ALLAH sebaik-baik Perancang”
-surah al-Imran ayat 54-