BAB 2 :
SUDAH lebih
setengah jam fail berkulit keras yang berlabel Ava Tower dibelek-beleknya. Tak
ada satu pun patah perkataan yang lekat dikepalanya.
"Woi
bakal pengantin! Berangan apa tu?" tepukan keras dimejanya menyebabkan dia
sedikit tersentak. Berkerut-kerut keningnya memerhatikan sesusuk tubuh tinggi
lampai sedang mengambil tempat duduk di hadapannya sambil tersenyum gembira
kerana dapat menyakatnya.
"Kau ni
dah kenapa Encik Ziyad Akhtar? Orang, kalau nak kahwin, muka berseri-seri tau.
Bukan macam kau ni. Asyik berkerut je 24 jam" jejaka yang segak berkemeja
warna biru laut dan berseluar slack berwarna hitam lengkap dengan tali leher
berjalur biru gelap dan putih menatap wajah yang berkerut seribu di hadapannya
itu sambil tersengih.
"Banyaklah
kau punya seri! Mana ada orang yang kena paksa kahwin muka berseri-seri?"
tajam pandangan mata jejaka bernama Ziyad Akhtar itu tepat keanak mata rakan
sekerja yang merangkap sahabat baiknya yang sedang galak mentertawakannya
sedari tadi.
"Kau ni
kelakarlah. Biasanya la kan, perempuan je yang kena paksa kahwin tau. Tapi, kes
kau ni, terbalik la pulak" semankin galak Ziyad Akhtar di tertawakannya.
"Encik Mohd Lutfi, awak tak ada kerja yang perlu diselesaikan? Rasanya
Projek kita yang dekat Putrajaya tu, kita ada meeting dengan client
kan hari Jumaat ni?" geram sungguh dia apabila terus menerus dijadikan
bahan seperti itu. Bukan dia tak tahu perangai sahabatnya itu. Kalau dapat
mengenakannya, memang takkan habislah idea menyakat yang akan keluar dari
kepala otaknya itu.
"Ala .. Relaxlah
Bro. Dari malam tadi aku perah kepala nak siapkan kertas kerja untuk Projek tu
tau. Bagilah aku nak release tension sikit" sisa tawa Lutfi masih
kedengaran. "Eh, seriously la Bro. Kau ni betul-betul ke nak kahwin
dengan budak lepasan sekolah tu? Kalau lepasan U, aku boleh tahan lagi. Ni
lepasan SEKOLAH tau" wajah kacak bermata redup kelabu kehijauan di
hadapannya ditatap. Kali ini dalam nada yang lebih serius.
Satu keluhan
berat terlepas dari mulut Ziyad Akhtar. Keduabelah tangannya diletakkan di
belakang kepala. Dia duduk bersandar sambil matanya masih tertumpu pada Lutfi
yang setia menunggu jawapan dari mulutnya.
"Kau ni
cakap macamlah bakal bini aku tu masih budak-budak sangat kan. Apa kau ingat
aku ni pedophile? Please la Luth. She's already 19 years old ok"
akhirnya Ziyah Akhtar menjawab lemah.
Lutfi tersengih.
"Untung la kau dapat anak dara sunti! Fresh from the oven!"
mengekek-ngekek Ziyad Akhtar ditertawakannya. Dek kerana geram, pen Parker di
tangannya dicampak dan mengena tepat ke dada Lutfi. "Sakitlah woi! Tak
sayang kawan la kau ni Aad" berkerut-kerut dahinya menahan sakit sambil
tangannya mengusap-ngusap dadanya yang agak sakit terkena balingan tepat Ziyad
Akhtar.
"Padan
muka" giliran Ziyad Akhtar pula tersenyum dan ketawanya meletus apabila
Lutfi hanya mencebik kearahnya dengan muka yang masih berkerut menahan
kesakitan.
"Aad!"
tawa Ziyad Akhtar terhenti sebaik sahaja pintu biliknya diterjah kasar dari
luar dan seorang wanita berpakaian sendat menghampirinya dengan muka yang
kemerahan menahan marah.
"Err ...
Maaf Encik Ziyad. I .. I have tried to stop her" tergagap-gagap
Linda, setiausaha merangkap PAnya bersuara. Takut benar jika dia dimarahi oleh
Bosnya itu kerana biliknya diceroboh begitu. "It's ok Lin. I'll
handle it from here" Ziyad bersuara tenang. Linda mengangguk sebelum
berlalu keluar dan pintu dikatupkan kembali. Sempat matanya menjeling kearah
wanita bergaun serba sendat yang meredah masuk ke dalam bilik CEOnya itu tanpa
adab.
"Are
you kidding me Aad?!! 19 tahun?? Kalau iya pun you nak cari
pengganti I, boleh tak you cari yang matured sikit?"
wanita yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang di hadapannya di pandang
tanpa reaksi. Ziyad Akhtar masih mempamerkan riak muka selamba. Perlahan-lahan
tangannya melonggarkan tali leher yang dipakainya.
"Err ..
Aad. Aku keluar dululah ye. Nak sambung buat paperwork projek Putrajaya
tu" teragak-agak Lutfi bersuara sebelum keluar meninggalkan sahabatnya itu
sendirian dengan bekas isterinya. Ziyad Akhtar hanya mengangguk.
"Kenapa
dengan you ni? Cuba duduk dulu. Apa-apa kita bawalah berbincang. Masalah
takkan selesai kalau you terjerit-jerit macam ni" suaranya masih
lagi tenang. Wajah wanita yang pernah dipujanya siang malam suatu ketika dulu
ditatap lembut. Wanita itu melepaskan keluhan panjang. Dia melabuhkan punggung
di atas kerusi yang diduduki Lutfi sebentar tadi. Kakinya disilangkan.
"Now,
Izara Iris. Tell me apa yang you tak puas hati dengan I ni?"
nada suaranya masih lembut. Keduabelah tangannya dicantumkan dan diletakkan di
atas meja. Tumpuannya masih pada wajah bekas isterinya yang putih melepak
ditepek bedak yang entah berapa inci tebalnya itu.
"My
mom bagitau I tadi yang parents you nak kahwinkan you dengan
orang kampung you. Itu I tak kisahlah sangat. Tapi, a 19 years
old girl? You biar betul Aad. Setahu I, taste you bukan
budak-budak mentah macam tu. You are more interested with independent and
matured WOMEN" Izara Iris sudah mampu mengawal perasaannya. Sejak dari
dulu, pujukan lembut Ziyad Akhtar sering membuatkan amarahnya cepat reda.
Jika bukan
kerana tiada persefahaman antara mereka lagi, dan juga kerana sikap mata
keranjang bekas suaminya itu tidak mungkin mereka bercerai.
Mahupun dia
atau Ziyad Akhtar sudah tidak mampu lagi untuk hidup bersama tanpa rasa cinta.
Lagipula, pertemuannya semula dengan bekas kekasihnya, Isa, yang pernah
sama-sama menuntut di Amsterdam suatu ketika dulu telah melenyapkan terus rasa
cintanya pada Ziyad Akhtar. Lagipula, sikap Ziyad Akhtar yang masih gemar
melayan perempuan lain walaupun sudah beranak dua sering membuatkannya rasa insecure.
Namun, mereka masih berhubung baik demi anak-anak mereka, Zafran Hakimi dan
Ixora Iman.
"Lagipun,
you rasa budak hingusan tu boleh ke jaga si Zafran dan Xora tu nanti?
I yang Ibu diaorang ni pun kadang-kadang tak boleh nak handle.
Inikan pula budak mentah macam tu" selamba sahaja Izara Iris memperlekeh
bakal isteri Ziyad Akhtar.
"Don't
underestimate people like that Zara. Kita tak tahu lagi. Siapa tahu, dia
akan dapat jaga anak-anak kita tu jauh lebih baik dari you sendiri"
sengaja Ziyad Akhtar berkata begitu untuk membalas kata-kata Izara Iris yang
seolah-olah merendah-rendahkan pilihan Ibu dan Ayahnya.
Walau hatinya
sendiri tidak pasti dengan kemampuan bakal isterinya itu nanti, tapi dia tak
boleh membiarkan Izara Iris terlalu memandang tinggi terhadap dirinya sendiri.
Cukuplah 10 tahun dia menahan sabar dengan sikap Izara Iris yang terlalu ego
dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya. Sekarang, wanita itu bukan
lagi isterinya dan dia tak perlu lagi hendak terus-terusan menjeruk rasa dengan
sikap Izara Iris.
Seperti
dijangka, Izara Iris hanya mendengus
kasar. Namun, segaris senyuman penuh sinikal terbit dibibirnya.
"Ok. We
will see. I nak tengok sejauh mana bakal isteri you sanggup
nak jaga anak-anak kita tu. Anyway, I've got to go. Isa is waiting
for me at the lobby. Send my regards to your parent and our kids"
Izara Iris bangun dari duduknya. Skirt sendat yang sedikit terangkat
menampakkan pehanya yang putih melepak ditarik ke bawah.
Dia beruntung
kerana masih memiliki bentuk tubuh yang langsing walaupun sudah beranak dua.
Oleh kerana itulah, pakaian sendat yang menampakkan susuk tubuhnya yang
terbentuk cantik sering menjadi pilihannya sejak dulu lagi. Oleh kerana itu
juga, dia dan Ziyad Akhtar sering bertengkar. Sikap Ziyad yang melarang dia
berpakaian sebegitu tetapi pada masa yang sama masih suka berpoya-poya dengan
wanita yang mengenakan pakaian sepertinya dianggap hipokrit. Berlainan dengan
Isa yang sering kelihatan bangga menayangkannya kepada kawan-kawannya apabila
mereka keluar bersama.
"Jangan
lupa jemput I ke majlis perkahwinan you nanti ye" Izara Iris
tersenyum lagi. Masih sinis. Dengan gaya lenggang lengguknya dia meninggalkan
bilik Ziyad Akhtar dengan wajah selamba. Ziyad Akhtar hanya memandang sehingga
kelibat Ibu kepada anak-anaknya itu hilang di sebalik pintu biliknya. Untuk
kesekian kalinya, dia mengeluh lagi.
*****************************************************
BAB 3 :
"HUJUNG
minggu ni bakal mertua Riss datang ambil Riss" tersedak Arissa dibuatnya
apabila mendengar perkhabaran dari Mak
Long Asmah dimeja makan pagi itu. Air teh yang tertumpah di atas meja segera
dilap dengan kain pengelap yang kebetulan ada di sebelahnya. Amin yang turut
sama bersarapan memandang Arissa sambil tertawa kecil.
"Hish
Along ni. Takkan dengar ayat 'Bakal Mertua' je pun dah kalut sampai macam
ni?" Amin mula mengusik kakaknya yang sudah mempamerkan wajah yang
kemerahan.
"Mana ada
Along kalut! Ada orang sebut nama Along la ni. Tu yang sampai tersedak tu. Ni
mesti si Fat tengah mengumpat Along ni" Arissa cuba menutup rasa gugupnya.
Tak pasal-pasal nama Fatihah diheret sama. "Yelah tu" Amin mencebik.
Senyuman masih menghiasi bibirnya. Lucu melihat wajah putih mulus kakaknya yang
sudah kemerah-merahan menahan malu. Mak Long Asmah hanya memerhati sambil turut
tersenyum.
"Eh,
diaorang nak ambik Along pergi mana Mak Long?"persoalan yang sememangnya
ingin diajukan Arissa terlebih dahulu diluahkan Amin. Kini mata kedua-dua
beradik itu tertumpu pada Mak Long Asmah yang sedang enak menikmati hirupan air
tehnya.
"Pergi Kolumpo
la, rumah diaorang" perlahan cawan yang sudah tinggal separuh isinya
diletakkan di atas piringnya semula. Bulat mata Arissa dan Amin memandang Mak
Long Asmah yang memaparkan riak wajah selamba.
"Eh.
Kenapa pula diaorang nak Riss ikut dia orang Mak Long? Lagipun, janji hari tu,
tunang setahun kan? Jadi, sementara Riss belum jadi isteri orang ni, biarlah
Riss berpoya-poya sepuas hati dulu" Arissa memprotes. Muncungnya sudah
panjang berdepa. Pinggan berisi nasi lemak yang masih ada berbaki separuh
ditolak ke tepi. Mak Long Asmah yang memerhati hanya menggeleng-gelengkan
kepalanya.
"Pelik la
Min Mak Long. Apalah yang Haji Basir tu nampak kat Along ni sampai dia berkenan
sangat nak jodohkan dengan anak buahnya tu. Nak kata lemah lembut, punyalah
brutal Min tengok. Kat sekolah tu pun, kalau ada yang berani mengorat memang
nak makan penumbuk Along la jawabnya" Amin menyambung gelak. Merah padam
mukanya memtertawakan Arissa yang menjelengnya tajam. Pantas peha adiknya
dicubit kasar.
"Adoi!
Sakitlah Along!!" tawa Amin mati serta merta dek penangan cubitan berbisa
Arissa. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Hendak di balas takut pula dia
terkena penumbuk Arissa yang lagi berbisa. Dalam diam dia menyesal kerana tidak menyertai Kelab Taekwondo di
sekolahnya . Kalau tidak, pasti dia sudah sama taraf dengan Arissa yang sudah
memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri itu.
"Min
rasa, Along ni bakal jadi Mak Tiri paling menggerunkan di abad ke 21 la
jawabnya. Asyik nak mencubit dengan menumbuk orang je kerjanya" Amin
sempat bangun dari tempat duduk sebelum Arissa sempat menghadiahkannya sebuah
lagi cubitan. Arissa mendengus geram.
"Sudahlah
tu. Kamu adik beradik ni, kalau tak bergaduh sehari memang tak sah!" Mak Long
Asmah akhirnya mencelah apabila dilihatnya Arissa sudah mula hendak bangun untuk mengejar Amin yang sudah bersedia untuk
melarikan diri. Ketawa meledak lagi dari mulut Amin apabila dilihatnya wajah
Arissa semankin mencuka.
"Orang
dah nak kahwin tak boleh nak kasar-kasar sangat. Along kena amik kursus
'Bagaimana Jadi Wanita Melayu Terakhir' dulu dari Kak Fat la Min rasa"
sempat lagi Amin menggiat Arissa sebelum dia berlalu dari meja makan dan menuju
ke luar rumah. "Ha. Nak kemana pula tu?" tegur Mak Long Asmah apabila
diperhatikan Amin sudah menyarungkan selipar jepunnya.
"Nak
pergi lepak rumah Zali kejap" Amin tersengih sebelum berlalu kearah
basikal yang digunakan setiap hari ke sekolah yang terletak di bawah pokok
rambutan bersebelahan dengan sebatang sungai yang memisahkan halaman rumah
mereka dengan jalanraya. "Cuti sekolah tak pernah lekat kat rumah"
gumam Mak Long Asmah perlahan. Wajah Arissa yang masih mencuka di hadapannya
ditatap.
"Keluarga
Mertua Riss nak kenal-kenal dengan Riss katanya. Lagipun, Riss takde buat apa
pun kan kat kampung ni. Elok juga kalau Riss ke sana. Cuba la biasa-biasakan
diri dengan bakal anak-anak tiri Riss" Mak Long Asmah cuba menerangkan
tujuan sebenar bakal Mertua Arissa.
Terngiang-ngiang
lagi ditelinganya perbualan telefonnya dengan Datin Ramlah tempohari.
Beriya-iya Datin Ramlah memintanya untuk memujuk Arissa agar bersetuju untuk di
bawa ke Kuala Lumpur. Tujuannya hanya satu. Ingin mengenal Arissa dengan lebih
rapat lagi. Juga untuk menemukan gadis itu dengan bakal suaminya dan
mendekatkan Arissa dengan bakal anak-anak tirinya.
Arissa
melepaskan keluhan berat. Badannya disandarkan kekerusi. Bila difikir-fikirkan,
menyesal pula rasanya bersetuju untuk dikahwinkan dalam usia semuda ini.
Sudahlah dia tak kenal siapa bakal suaminya itu. Bakal anak-anak tirinya yang
dua orang itupun kali pertama dia jumpa sewaktu majlis pertunangannya minggu
lepas.
Zafran, 10
tahun dan Ixora, 5 tahun. Ixora nampak seperti mudah mesra. Cuma Zafran sahaja
yang dilihatnya agak pendiam. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Ada ketikanya
hanya dijawab dengan gelengan atau anggukan kepala sahaja. Terlalu asyik dengan
iPadnya. Atau mungkin dia tak sukakan aku? Arissa mula membuat andaian sendiri.
"Macamana?
Riss setuju ke? Kalau Riss setuju, malam ni Mak Long telefon Datin Ramlah
bagitau dia" pertanyaan Mak Long Asmah menghentikan lamunan Arissa. Dalam
keterpaksaan dia mengangguk lemah. Jika hendak menolak sekalipun, tak tahu
alasan apa yang ingin diberikan. Mak Long Asmah tersenyum gembira. Lega hatinya
apabila Arissa memberikan persetujuan.
"DAH siap
kemas kain baju tu Riss?" Mak Long Asmah yang baru saja menjenguk ke dalam
bilik Arissa bertanya kearah anak buahnya yang dilihat sedang khusyuk melipat
baju dan dimasukkan ke dalam beg baju sederhana besar di atas lantai bilik.
"Ermm ..
Ada lagi sikit Mak Long. Lagipun Riss bukannya nak duduk lama pun kat rumah
Datin tu" wajah Mak Long Asmah dipandang sekilas sambil tersenyum.
"Eh, apa pula tak lama. Rasanya Datin Ramlah ada bagitau Mak Long, kalau
boleh, dia nak Riss duduk dengan dia sekurang-kurangnya sebulan" pantas
Arissa memandang kearah Mak Long Asmah semula yang sedang mengambil tempat
duduk di sebelahnya.
"Hisshh
.. Lamanya Mak Long. Tak maulah Riss. Lagipun, nak buat apa pun Riss lama-lama
kat sana tu. Dahlah Riss tak kenal sesiapa kat situ. Seganlah Mak Long"
berkerut-kerut wajah Arissa dibuatnya. Semankin sesak nafasnya bila memikirkan
yang dia terpaksa tinggal di rumah orang yang belum dikenali hati budinya lagi
dalam waktu yang lama sebegitu. Tolong aku Fat! Dia menjerit dalam hati.
Mak Long Asmah
tersenyum melihat Arissa mula menarik muka empatbelas. "Bukan rumah
sesiapa pun. Bakal keluarga mertua Riss juga kan" bahu Arissa dielus
perlahan. "Kalau dah kenal, nanti kalau dah kahwin, takdelah canggung
sangat bila Riss dah kahwin dengan anak Datin Ramlah tu nanti. Lagipun, Riss
kenalah juga cuba ambil hati anak-anak tiri Riss tu" Mak Long Asmah cuba
memujuk.
"Mak Long
ni. Dahlah Riss ni dengan budak-budak susah sikit nak mesra. Takut nanti, tak
pasal-pasal Riss jadi Mak Tiri Cinderella pula" Arissa mengeluh lagi.
Seribu satu rasa bergolak dalam fikirannya saat ini. Terpinga-pinga seketika
dibuatnya dia apabila ketawa Mak Long Asmah kedengaran. Bahunya dipeluk erat.
"Riss ni.
Ada-ada jelah. Mak Long percaya, Riss takkan jadi sekejam itu. Masa nilah Riss
boleh belajar kawal baran Riss tu. Budak-budak ni, kalau diaorang memberontak
pun, mesti bersebab. Kalau Riss dapat cari sebabnya dan cuba perlahan-lahan
ambik hati diaorang, mesti ok je la semuanya nanti. Mak Long percaya Riss
boleh" kata-kata Mak Long Asmah serba-sedikit dapat juga mengurangkan
keresahan hatinya. Segaris senyuman cuba duukirkan. Mak Long Asmah turut
tersenyum.
"Assalammualaikum!!"
Suara nyaring
Fatihah memberi salam sememangnya sudah dapat dicam oleh Arissa dan Mak Long
Asmah. "Ha, tu kawan awak datang tu. Pergilah tengok. Mak Long nak ke
kolam kat kebun belakang tu sekejap, nak
tengok si Amin dengan Pak Long kamu menjala ikan keli yang kedai Ah Long kat
Pekan tu pesan. Bolehlah jugak Mak Long tolong apa yang patut" Mak Long
Asmah sudah bingkas bangun. Arissa turut sama berdiri dan mereka berjalan
beriringan keluar dari bilikya.
"Waalaikummussalam"
tersenyum Arissa memandang Fatihah yang sedang berdiri sambil tersengih di kaki
tangga.
"Kau dari
mana ni?" Fatihah yang lengkap berbaju kurung bercorak batik kebiruan dan
bertudung sedondon dipandang dari atas ke bawah. ""Aku baru balik
dari kenduri kahwin saudara ayah aku kat Kampung Dua tadi. Eh, jom duduk kat
sana tu. Sejuk sikit" tangan Fatihah menunjuk kearah pangkin kayu buatan
suami Mak Long Asmah, Pak Long Amdan, yang terletak betul-betul bersebelahan
dengan sungai dan bertentangan dengan pintu masuk ke dalam rumah.
"Jom" Arissa menjawab ringkas. Tudung ala Arianni yang disangkut
tidak jauh dari pintu dicapai.
"Aku
dengar kau nak kena angkut pergi kolumpo. Betul ke?" pertanyaan
dari Fatihah membuatkan Arissa terdiam.
"Wei! Aku
tanya ni. Mengelamun pulak dia" bahu Arissa ditolak geram. Arissa hanya
tersengih. "Tersengih-sengih pulak dah" Fatihah menarik muncungnya
sepanjang yang mungkin. Tergelak Arissa dibuatnya. Pantas tangan Fatihah
menampar peha Arissa.
"Adoi!
Sakitlah makcik!" Arissa menggosok-gosok pehanya sambil menjeling Fatihah,
tak puashati. Giliran Fatihah pula yang ketawa.
"Aku
serius la wei. Bila kau kena pergi KL ni?" Fatihah bertanya lagi apabila
ketawanya sudah agak reda. Arissa hanya memandang wajah sahabatnya tanpa riak.
"Dia buat dah muka blur dia tu" mata Fatihah sudah
berpusing-pusing apabila melihat wajah yang dipamerkan Arissa ketika itu.
Arissa
tersenyum sambil menarik nafas panjang. "Esok Mak Datin dan Pak Datuk tu
datang jemput aku" rendah nada suaranya. Namun, cukup untuk telinga kuali si
Fatihah mendengarnya.
"Ishk kau
ni. Ada ke panggil bakal mak dengan pak mertua kau macam tu. Cubalah panggil
mummy dan daddy ke, mama dan papa ke, father dan mother ke ..
Lagipun, aku rasa, ada baiknya la kalau kau practice dari sekarang"
kata-kata Fatihah yang kedengaran seperti mahu mengusiknya, dibiarkan tak
berbalas oleh Arissa.
"Lama
lagi la. Malas aku nak fikir" Arissa menjawab acuh tak acuh. Melihat
sahabatnya itu seperti tidak mahu terus memperkatakan tentang keluarga
mertuanya, Fatihah turut mendiamkan diri. Mereka sama-sama menghayati nikmat
hembusan angin petang dan pemandangan sawah bendang yang menghijau di seberang
jalan.
best...nak sambungan...
ReplyDeleteBest ah cerpen ni.Nk tau ade smbungan cite ni ke?
ReplyDelete