Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Tuesday, December 30, 2014

CERPEN : DIA ADAMKU

PLEASE la Fik. Berapa kali I kena bagitau. I dengan Adit tu tak ada apa-apa. We are just friend” wajah Taufik yang masih keruh aku pandang dengan mata yang redup. Kalau ikutkan hati, memang dah lama aku buat bodoh saja dengan rajuknya. Bukan baru sekali. Dah kerap sangat dia berperangai sebegini. Pantang tahu aku keluar atau rapat dengan mana-mana lelaki, pasti cemburunya naik ke  kepala. Bosan!

Friend la sangat. Kawan I cakap, you siap berpegang tangan, bertepuk tampar lagi dengan si Adit tu, apa cerita?” Nada suara Taufik masih sekeras tadi. Dari mula kami masuk ke dalam restoran Kenny Rogers itu, tak habis-habis dengan cemburu dan curiganya. Makanan yang ada di hadapan kami pun sudah sejuk masih tak terusik. Tengok muka cemberut Taufik buat selera makan aku lari entah kemana.

You ni kan. Balik-balik dengar cakap kawan. Sekarang ni, yang jadi tunang you, kawan you tu ke, atau I?” Aku sudah mula hilang sabar.

Taufik yang aku kenali 2 tahun yang dulu bukan begini. Entah dimana silapnya, semenjak mengikat tali pertunangan setahun yang lalu dia semankin paranoid. Pantang terdengar atau ternampak aku dengan lelaki lain, pasti akan dijadikan bahan pertengkaran. Tapi, kerana memikirkan Papa dan Mama, aku cuba juga untuk bersabar. Yela. Mama dengan Papa suka sangat dengan Taufik. Kebetulan Ibu dan Ayah Taufik teman mereka sewaktu bersekolah dulu.

Taufik mendengus kuat. Makanan yang terhidang di hadapannya dijamah penuh lahap. Ayam panggang quarter meals dihiris-hiris kasar. Seolah-olah dia cuba melepaskan rasa marahnya yang tak terluah pada aku. Malas aku hendak bersuara. Tangan terus menyuapkan kepingan ayam yang sudah kupotong kecil ke dalam mulut.

****

“GADUH lagi ke?” Pandangan mata yang sedari tadi tertacap pada skrin komputer terganggu dengan suara lantang yang menegurku. Pantas aku menangkap wajah Suzy yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapanku.

“Kau ni masuk memang tak reti ketuk pintu ek?”Mataku kecilkan sambil memandang kearah sahabat baik yang merangkap Setiausahaku itu.

“Aku dah ketuklah. Sampai nak tercabut jari-jemari runcing aku ni tau. Entah-entah, kalau ada gempa bumi pun kau tak sedar!” Suzy, gadis kacukan Cina India itu sudah mula memuncungkan mulutnya tanda rajuk. Aku hanya tersenyum. Manalah nak dengar kalau dalam kepala asyik fikir pasal masalah peribadi tak sudah-sudah Irsalina oiii!

“Aku peninglah dengan Taufik tu Suzy. Cemburu mankin menjadi-jadi. Dengan si Adit tu pun dia nak cemburu. Bukan dia tak tau, si Adit tukan Marketing Officer macam aku juga. Sebelum aku kenal dia, aku memang dah rapat dengan si Adit tu apa” akhirnya semuaku luahkan juga pada Suzy. Hanya dialah kawan yang paling rapat denganku selain dari Adita Saputra. Jejaka kacukan Indonesia-Melayu-Belanda yang turut sama berkerja di pejabat yang sama denganku.

Keluarga aku dan Suzy duduk berjiran dan kami memang rapat dari kecil. Malah, kami juga belajar di Universiti yang sama. Cuma dalam bidang yang berlainan. Aku dalam jurusan Bussiness Study manakala Suzy pula dalam jurusan Mass Comm. sewaktu aku memerlukan Setiausaha yang baru setelah setiausaha lamaku berhenti mengejut dulu, Suzy lah orang pertama yang aku tawarkan jawatan itu. Memandangkan waktu itu, dia memang masih mencari kerja, akhirnya dia bersetuju dan kini sudah 3 tahun dia bekerja denganku. Semua kisah tentang aku dan Taufik memang sudah ada dalam poket seluarnya.

“Kalau kau rasa, kau dah tak tahan dan this relationship only make you suffer, so, just break it off

Wah wah wah. Mudah sungguh amoi Cindian ini berkata-kata. Macamlah nak putuskan pertunangan tu semudah nak sebut 1,2 dan 3. Sesedap rasa, sesuka hati je dia bagi cadangan. Aku cepuk nanti kepalanya tu baru ada akal sikit agaknya.

“Aiyo Amoi. Lu ingat senang ka? Manyak susah wooo … Papa dengan Mama gua sudah sayang gila sama itu orang. Mahu nanti diaorang tak mengaku aku anak kalau aku putuskan pertunangan kiraorang ni” Tungggang-langgang dah bahasa yang aku gunakan. Lantaklah. Janji Suzy faham.

“Aiya. Kalau tak ada jodoh mau buat macamana mah? Lu tetap juga anak aunty Zura sama uncle Amat punya. Jangan takut la” Suzy sudah mula dengan slanga cinanya. Perli aku lah tu. Hampeh!

“Eii dahlah. Cakap dengan kau tambah pening aku dibuatnya. Pergilah sambung kerja tu. Kalau kau lama sangat kat dalam ni, siapa nak tolong angkat telefon yang berdering-dering kat luar tu? Takkan Makcik Leha cleaner kot kan?” Suzy bingkas bangun dari tempat duduknya apabila tersedar telefon di atas mejanya sudang menjerit minta diangkat. Tapi sebelum menutup kembali pintu bilik, sempat dia menjelirkan lidahnya pada aku tanda protes kerana menghalaunya. Aku tergelak kecil.
***
MALAM itu selepas makan malam, aku gagahkan juga diri dan cekalkanlah hati untuk membincangkan hal pertunanganku dengan Taufik. Aku tak mahu membiarkan perkara itu berpanjangan. Lagi cepat aku berterus-terang, lebih cepatlah segala macam kekusutan dalam kepala aku ni dapat dirungkaikan.

“Papa, Mama, Irsa nak bincang sikit boleh?” Aku memberanikan diri bersuara. Papa dan Mama yang sedang khusyuk menonton rancangan Berita serentak memandang kearahku.

“Bincang apa pula ni. Nampak macam serius je bunyinya ni” Papa bersuara dengan dahinya sudah mula berkerut. Mama juga menunjukkan reaksi yang sama. Pelik agaknya. Almaklumlah, selama ni, lepas makan malam je aku mesti sudah berkurung dalam bilik. Sibuk menyiapkan kerja-kerja pejabat. Bila tiba-tiba aku ada pula masa nak ajak mereka berbincang, memang patutlah mereka pelik.

“Err … Err …” aku sudah tergaru-garu kepala macam beruk sebulan kawan tak tolong cari kutu. Tiba-tiba rasa kecut perut pula untuk berkata-kata. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan sikap Papa yang memang sangat mudah melenting. Ish! Tadi masa mula-mula buka mulut kenapa tak terfikir pula sifat baran Papa? Sekarang baru nak tergagap-gagap ke Irsalina?? Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata … mahu kena terkam dengan singa lapar!

“Cakap jelah. Tergagap-gagap ni kenapa? Irsa ada buat salah ke?” Mama pula bersuara. Suara tenang Mama masih tidak dapat membantu menjana kekuatan untuk aku terus meluahkan apa sudah aku karang sejak dari pagi tadi.

Aku masih diam. Wajah Papa dan Mama aku tatap silih berganti. Macamana reaksi mereka agaknya kalau aku kata nak putuskan pertunangan aku dengan Taufik? Papa aku yakin, mesti mengaum punya. Silap haribulan, memang aku kena grounded seumur hidup! Mama … Mesti ikut je rentak  Papa. Walau tak segarang Papa, tapi bebelannya pasti akan menghiasi hari-hari indah aku selepas ini.

“Kamu ni kenapa Irsa? Kata nak berbincang. Ni kenapa dah macam patung cendana pula?” Papa sudah mula hilang sabar. Ala … Selama ni pun memang Papa memang tak berapa nak sabar pun. Pasal pertunangan aku dengan Taufik dulu pun, dia yang beriya-iya suruh cepatkan. Padahal masa tu, baru setahun aku  kenal Taufik. Perasaan cinta pun baru je nak berputik. Tapi, sebab sayangkan Papa dengan Mama, aku ikutkan je la. Sekarang kalau aku kata nak putus, mesti aku kena balun punyalah! Confirm!

Aku telan air liur. Sikit punyalah payah, Macam kena telan biji durian je rasa.

“Irsa … Irsa rasa … Irsa dengan Fik … Hmmm … Macam … Macam tak serasilah Papa. Irsa nak minta putus” satu-persatu patah perkataan terkeluar dari mulutku. Mata sudah pandang bawah saja. Tak berani nak berlawan mata dengan Papa yang pastinya sudah mula menyinga.

“Apa???”
“Kamu nak malukan Papa dengan Mama ke Irsa?!”
“Apa Irsa cakap ni?”
“Tak serasi macamana?”
“Tinggal berapa bulan lagi nak langsung majlis perkahwinan kan?”
“Kamu jangan cari nahas Irsa!”
“Taufik dah tahu ke pasal ni?”
“Kamu dah ajak Taufik berbincang ke?”
“Dah hilang akal agaknya budak ni!”

Tuuuuu dia! Papa dan Mama bercakap tak putus-putus. Bersambung-sambung. Dah macam orang lari berganti-ganti. Main pass-pass baton. Mereka sudah berjalan mundar-mandir di hadapanku. Terkebil-kebil mataku memerhatikan mereka yang sudah panik semacam. Macam ayam hilang anak.
 
“Irsa dah kenapa ni? Kenapa tiba-tiba buat keputusan macam ni? Kalau ada masalah dengan Taufik pun, bawalah berbincang. Cari jalan penyelesaian. Takkan tak boleh” Mama sudah duduk di sebelahku. Tangannya sudah melingkar dibahuku dengan pandangannya terpusat seratus peratus pada wajahku. Inilah posing Mama kalau dia hendak memujukku. Dari aku kecil sampailah dah besar panjang. Mama akan gunakan cara ini untuk melembutkan hatiku. Tapi rasanya tak pernah pun berjaya. Aku ni nama je anak Mama tapi keras kepala memang betul-betul ikut Papa.

“Irsa dah tak boleh lah dengan Fik tu Ma. Cemburunya mankin menjadi-jadi. Tak tahan lah Irsa kalau hari-hari jumpa asyik nak bergaduh je” akhirnya aku luahkan juga pada Mama. Sebelum hubungan kami menginjak ke gerbang perkahwinan, ada baiknya kami putus sekarang. Fikirku.

“Alasan kamu saja tu! Kalau kamu tak buat hal, takkan si Taufik tu nak cemburu! Kalau payah sangat, lepas kahwin, berhenti kerja, duduk rumah! Jaga laki, jaga anak. Habis cerita!” Seperti yang aku jangka, Papa pasti akan tetap membela Taufik. Aku juga yang dipersalahkan. Ada ke nak suruh aku duduk rumah. Jadi surirumah sepenuh masa? Memang taklah. Mahu sakit jiwa aku dibuatnya.  Huh!

“Malaslah Irsa nak cakap dengan Papa ni.  Balik-balik si Taufik tu juga yang nak dimenangkan” aku mendengus kasar sebelum berlalu pergi. Dua tiga anak tangga aku daki sekali harung untuk cepat sampai ke bilikku di tingkat atas. Suara Papa masih lagi kedengaran melampiaskan kemarahanannya berselang-seli dengan suara Mama yang cuba menenangkannya.

Ah lantaklah! Nak jadi apa, jadilah! Yang penting, pertunangan ni tetap kena diputuskan! Aku dah tak sanggup!

***

DAH seminggu berlalu sejak peristiwa ‘perbincangan’ antara aku  dengan Mama dan Papa. Dah seminggu la juga Papa masih melancarkan perang dinginnya pada aku. Tak boleh langsung nak pandang muka aku. Cuma bila makan saja kami bertembung. Itupun,masing-masing asyik tengok nasi kat pinggan masing-masing. Habis makan, terus je buat haluan masing-masing. Mama yang pening dengan perangai kami berdua. Puaslah Mama pujuk tapi tak seorang pun layan. Nak buat macamana. Dah dua-dua pun keras kepala.

Walau keadaan di rumah serba tegang, namun kerja aku di pejabat berlalu seperti biasa. Taufik, semenjak aku berjumpa dengannya selang dua hari aku berbincang dengan Papa mengenai perihal putus tunang, langsung tidak menghubunginya. Merajuk barangkali. Ah! Biarlah dia. Tak kuasa dah aku nak pujuk.

“Wei! Macamana kau dengan Taufik? Jadi ke nak putus?” Panggilan intercom dari Suzy yang tiba-tiba berkumandang di ruang bilik pejabatku membuatkan aku sedikit terkejut. Nak marah sebab tak bagi salam dah dia memang bukan Islam. Hish! Busy body betullah minah sorang ni!

“Kau ni kan. Kalau aku kena heart attack macamana? Main terjah je. Huh!” Marahku. Suzy hanya tergelak. Memang tak makan saman betullah. Aku marah bukannya nak takut. Seronok ada lah.Dah mental agaknya.

“Yela, yela. Sorry. Aku excited ni. Kalau betul kau dah kembali single and ready to mingle, boleh lah Abang Adam aku masuk jarum” Suzy bersuara ceria. Aku sudah menarik muka masam. Kalau lah dia boleh nampak muka cemberut aku masa ni!

Sorry ye Cik Suzy. Abang Adam kau tu aku dah pangkah awal-awal. Eeiiii !! Tak nak aku jadi Kakak Ipar kau!” semankin galak Suzy mentertawakanku. Hampeh sungguhlah minah ni!

“Kau ni suka tau jual mahal. Kesian aku tengok Abang aku tu. Dari zaman sekolah dia sukakan kau. Tapi. Kau langsung tak layan. Masa kau bertunang dulu, frust gila dia. Tu yang terus minta transfer kerja kat Australia” suara Suzy agak serius kali ini. Dia masih tak berputus asa untuk mendekatkan aku dengan Abangnya.

Tiba-tiba kepala terus berputar teringatkan satu-satunya Abang Suzy, Adam Ray Lim. Berbadan tegap dan sasa macam Daddynya yang aku panggil Uncle Raymond. Berkulit sawo matang. Lain benar dengan Suzy yang berkulit putih melepak. Mungkin hasil kacukan kulit Mummy dan Daddynya. Bermata redup berwarna hazel dan memiliki deretan gigi yang cantik hasil dari pemakaian brass di zaman sekolah rendah. Aku tak nafikan yang Adam memang tergolong dalam golongan jejaka idaman wanita.

Tapi, entah kenapa, aku memang tak boleh nak terima dia. Bukan sebab dia tak cukup kacak atau tak cukup baik. Tapi, aku rasa aku tak layak pun nak bergandingan dengannya.

Aku ni dahlah tak cukup ketinggian. Harapkan kasut tumit lima inci yang aku pakai tu jela. Kalau buka, memang nampak sangat kekurangan kalsiumnya. Dengan Suzy pun paras telinga dia saja. Kalau dengan Adam, memang paras bahu je la.

Lagi satu. Walaupun aku ni takdalah hodoh sangat pun tapi, aku ni bukanlah secantik Aishwarya Rai masa zaman anak daranya tu. Mana nak padan kalau nak digandingkan dengan lelaki sekacak Adam Ray Lim tu. Lagipun, aku ni Islam, dia pula beragama Hindu slash Buddha. Mahu bergegar bukit kat belakang rumah dengan amukan Papa dengan Mama kalau aku bagitahu aku nak kahwin dengan Adam. Hish! Tak pasal!

“Woi! Berangan! Penat aku membebel sendiri. Rupa-rupa kau dok seronok berangan ye” bahuku terhinjut sebaik sahaja terdengar Suzy menepuk meja sambil berdiri bercekak pinggang di hadapanku.

“Ni mesti teringatkan Abang aku kaannnn?” Tebak Suzy. Senyuman nakal sudah terukir dibir nipisnya. Cepat-cepat aku tersedar.

“Eh! Ma … Mana adalah! Pandai-pandailah kau buat cerita!” Beriya-iya aku menafi. Muka dah mula rasa panas macam kena bakar. Sah-sah dah tukar warna punya. Lagilah seronok Suzy mentertawakan aku. Dia sudah duduk sambil menekan-nekan perutnya. Aku sudah menarik muka masam.

“Irsa, Irsa. Aku peliklah kau ni. Perempuan lain punyalah berderet nak jadi Kakak Ipar aku, kau pula mentah-mentah taknak. Memang tolak rezekilah kau ni” Suzy menyambung selepas tawanya reda.

Aku buat tak tahu saja. Tumpuanku kembali pada kerja-kerja yang melambak. Dahlah esok nak meeting. Semua kertas kerja yang aku kena siapkan masih banyak lagi yang belum aku sentuh. Ditambah dengan usikan Suzy yang tak sudah-sudah, mankin serabut kepala aku jadinya.

Apabila melihatkan aku yang tayang muka ‘tak kuasa nak layan’, Suzy akhirnya mengalah juga. Dia bangkit dan terus keluar menuju ke meja kerjanya semula. Muka tak payah nak cakaplah. Berkerut-kerut semacam dengan muncung yang dah panjang sedepa. Tanda protes dengan sikap acuh tak acuh yang aku tunjukkan.

***
PAGI Ahad itu aku malas hendak kemana-mana. Daripada duduk terperuk dalam bilik, aku merajinkan diri untuk membasuh kereta Honda Jazzku. Lagipun Papa dengan Mama awal-awal pagi lagi dah keluar.

 Malam tadi Mama ada beritahu yang anak Pak Su Manaf, adik bongsu Mama baru lepas bersalin. Mereka hendak pergi melawat. Mama ada mengajak aku sama. Tapi, memandangkan perang saraf antara aku dan Papa masih lagi belum reda, pelawaan Mama aku tolak dengan alasan aku ada janji temu dengan Suzy. Padahal Suzy awal-awal sudah bagitau yang dia hendak ke Cameroon dengan David, tunangnya. Biarlah. Takut kalau aku ikut, nanti dalam kereta pun Papa dengan aku masih bertekak. Mama juga yang pening.

Baldi yang sudah separuh terisi air aku tuangkan satu penutup sabun basuh Top ke dalamnya. Selepas itu, bermulalah sesi senaman ringkasku di pagi Ahad dengan mencuci kereta. Badan sihat, otak cerdas dan duit jimat. Itu alasan yang sering aku beri tiap kali Mama persoalkan kenapa aku tak hantar saja keretaku ke kedai untuk dibasuh.

“Rajinnya anak dara ni basuh kereta”

Aku yang sedang memanjat kerusi sambil terjengkit-jengkit membasuh bumbung kereta terkejut mendengar ada suara garau yang menyapa. Terhinjut juga bahuku kerana terkejut. Nasib baik aku tak melatah dan terus melompat dari kerusi. Siapalah yang ramah sangat pagi-pagi ni? Hish! Dahlah tak reti bagi salam.

Aku terus menoleh kearah suara yang menegur. Niat dihati ingin menyembur gerangan siapakah yang menganggu konsentrasi aku membasuh kereta.

Tergamam aku apabila melihat sesusuk tubuh tegap sedang menongkat dagu di atas tembok sambil tersenyum menampakkan sepasang lesung pipit yang kerap ,membuat jantungku bergendang tanpa irama. Aku telan air liur yang tiba-tiba rasa kesat macam kertas pasir.

“Adam …” nama yang hampir dua tahun aku tak sebut akhirnya meluncur keluar juga. Si empunya nama masih tersenyum kacak. Aduh … Boleh cair aku dibuatnya. Kenapalah dia ni handsome sangat?!

“Hai Irsa … Lama tak jumpa. Mankin cantik” dan seperti selalu, Adam masih memuji aku. Kulit muka dah mula rasa terbakar. Panas. Mesti dah merah padam punyalah. Aku tersenyum sebelum mengalihkan semula pandangan pada kereta yang sedang aku cuci.

“Bila Adam balik sini?” Soalanku tanya tanpa memandang kearahnya. Aku cuba berlagak tenang. Tangan kembali ligat mencuci semula kereta.

“Malam tadi dalam pukul 12 sampai. So, Irsa macamana sekarang? How is your life?” Dari ekor mata aku nampak Adam masih lagi tersenyum sambil masih asyik memandang aku.

“Owh … Irsa ok je. Life is good. Adam macamana? Lama duduk kat Australia tu. Mesti lagi seronok kan? Ke balik kali ni ada bawakan Aunty Rani calon menantu?” Aku senyum sekilas pada Adam. Bertanya sekadar untuk memecahkan kecanggungan antara kami.

Lepas dua minit soalan kuajukan, suasana masih senyap. Langsung tak kedengaran suara Adam. Tangan yang sedang memberus rim tayar kereta terhenti. Takkan dah blah kot? Kenapa dia diam? Aku menoleh kearahnya dan alangkah tekejutnya aku, apabila dia sudah berdiri betul-betul di belakangku dengan kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendek separas lutut yang dipakainya. Untuk kali kedua, jantungku terasa macam nak meloncat keluar dari sangkarnya.

Pintu pagar yang sudah terbuka sedikit aku pandang sekilas. Macamanalah aku boleh tak dengar bunyi pintu pagar yang dibuka. Aku bangun dan memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

“Suka la buat saya heart attack. Adam ni kena pakai loceng kat leher la Irsa rasa. Senang sikit nak detact Adam ada kat mana” Aku mengurut dada sambil tayang wajah cemberutku padanya. Adam tergelak. Aduh! Cair lagi aku dibuatnya. Ketawa pun handsome. Hurmmmphhh…

“Kelakarlah Irsa ni. You can change your face expression to be so cute. Macam puss in the boot.” Adam menyambung ketawanya.

Puss in the boot dia kata aku? Hish! Aku lagi comel kot.

“Dahlah. Malas nak layan Adam. Nanti tak pasal kerja Irsa ni tak settle-settle” aku masih menarik muka masam sambil terus membasuh kereta.

“Aaaaahhhhh!!!!!” Kuat aku menjerit apabila terasa ada air memancut kearahku dan apabila aku menoleh, Adam suka ketawa besar sambil mengacukan getah paip pada kereta. Seronok benar dia melihat aku yang sudah basah lencun.

“Adaaaammmmm !!!!”

Bermulalah adegan perebutan getah paip antara aku dan Adam dan hasilnya, dalam keadaan matahari yang memancar kuat, perkarangan rumah aku dah macam baru dilanda tsunami! Bila getah paip aku pegang, Adam lari mengelilingi kereta untuk mengelak dan begitulah sebaliknya. Riuh rendah suasana dibuatnya.

“Irsalina Binti Amat Shah??!!!”

Aku dan Adam jadi kaku apabila mendengar nama penuhku diseru dengan agak kuat. Kami serentak berpaling kearah pagar. Ketika itu,  tangan aku dan Adam sedang memegang getah paip dengan keadaan tubuh kami yang sudah basah lencun begitu dekat antara satu sama lain.

Taufik!

Melihat wajah bakal bekas tunangku yang sudah merah padam dengan mata yang membuntang memandang kearah aku dan Adam membuatkan perutku terus rasa kecut.

Aduh! Matilah aku. Serta merta pegangan tangan pada getah paip aku lepaskan.

“Err … Fik. Fik buat apa kat sini? Kenapa tak call dulu?” Perlahan aku menghampiri Taufik yang masih menyinga. Rahangnya bergerak-gerak menunjukkan rasa marah yang memuncak.

“Kenapa? Kalau Fik call, dapatlah Irsa terus sembunyikan perangai sundal Irsa ni kan??!!” Aku terkejut mendengar kata-katanya yang aku rasa agak melampau. Sundal? Kenapa begitu keji dia menuduh aku?? Bukannya aku dengan Adam sedang berpeluk atau bercium pun. Hati aku sudah mula panas.

“Apa Fik cakap ni?” Suara aku sudah bertukar tegang.

Taufik ketawa sambil bercekak pinggang. Sinis sungguh aku rasa bunyi tawanya saat itu. Buat hati bertambah sakit. Aku mula berpeluk tubuh.

“Patutlah minta putus tunang. Rupa-rupanya, dah ada jantan lain! Cakap dengan Uncle dan Aunty, Fik yang cemburu buta, tapi sebenarnya, Irsa yang curang!!” Tepat jari telunjuknya menghala kemukaku. Aku mengetap bibir geram.

“Woooh, woooh, chill la bro. Tak payahlah nak tuduh-tuduh. Saya dengan Irsa tak ada apa-apa la. We just friend” Adam yang sedari tadi diam akhirnya bersuara. Dia menghampiri kami dan pandangan Taufik semankin menyinga. Dipandangnya tubuh lencun Adam dari atas ke bawah, dari bawah ke atas berulang kali. Kemudian pandangannya beralih kearahku.

Just friend? Siap boleh bercengkerama sambil siram-siram air sampai lencun macam ni, you masih nak nafikan Irsa? Hurrmm?” Tajam pandangan Taufik padaku. Aku mula rasa serba salah. Melihat keadaan aku dan Adam ketika ini, aku akui, sesiapa pun yang melihat pasti akan memikirkan yang bukan-bukan. Apatah lagi Taufik. Nafas Taufik aku lihat turun naik, turun naik semankin laju apabila melihat aku mendiamkan diri macam orang bersalah.

“Cakaplah. Kenapa you diam?” Bahuku ditolak kasar. Aku masih mendiamkan diri. Tak pasti apa yang patut aku katakan.

“Cakaplah! You kan pandai beralasan. So, what is your excuses now? Hah?” Bahuku masih ditunjal oleh Taufik kasar.

Relaxlah bro. Tak payah nak emo sangat. Apapun, we still can discuss this calmly right?” Adam sudah berdiri antara aku dan Taufik. Dia cuba mengajak Taufik untuk lebih berdiplomasi.

“Hei! Siapa bro kau hah?! Aku tengah cakap dengan tunang aku. Kau tak payahlah nak masuk campur!” Taufik bertambah berang. Kolar baju Adam sudah dicekak. Walaupun Adam lebih tinggi dan memiliki tubuh yang lebih tegap darinya, nampaknya Taufik langsung tidak gentar. Aku pula yang jadi takut.

“Sudahlah Fik. Sudah. Jangan salahkan dia. He is just my childhood friend. Lagipun, I minta putus bukan sebab dia atau sesiapa pun. Cuma kita yang dah tak serasi” Aku berdiri disebelah Adam dan Taufik. Cuba meleraikan cengkaman Taufik yang agak kuat.

Bullshit!! After 2 years, baru sekarang you nak cakap kita tak serasi?! Ini mesti sebab mamat ni kan? Jantan tak guna!” Aku tak sempat hendak berbuat apa-apa sewaktu penumbuk padu Taufik melayang mengena tepat di rahang kanan Adam membuatkan lelaki itu jatuh terjelopok. Aku hanya menjerit sambil mendapatkan Adam. Cemas aku dibuatnya apabila melihat ada darah yang meleleh keluar dari penjuru bibir merah itu.

You boleh putuskan pertunangan kita Irsa. Tapi, mark my word. I takkan biarkan you hidup senang! You takkan dapat hidup tenang lepas ni!!” Taufik sempat mengugutku sebelum berlalu pergi. Pandangan mataku sudah kabur. Airmata sudah merembes laju membasahi pipi.

“Awak ok ke Adam? I’m so sorry. Saya tak sangka Taufik akan tumbuk awak macam ni” aku membantu Adam untuk bangun. Ketara diwajahnya sakit yang terasa apabila bekas tumbukan Taufik disentuh. Rasa bersalah menyelubungi diri.

“Saya ok. Awak tak payah risau. But, are you ok?” Ada memegang kedua belah bahuku sambil menatap wajahku dengan riak kerisauan. Mungkin kerana aku yang sudah mula teresak-esak menangis.

“Yeah. Saya ok lah. No need to worry. Awak baliklah dulu. Ambil ais letak kat muka awak tu, Nanti lebam dah tak handsome” aku cuba berlawak supaya dapat menghilangkan raut kebimbangan diwajah Adam. Dia tersenyum kemudian mengaduh apabila senyumannya menyebabkan luka di pinggir bibir mula terasa sakitnya. Kasihan pula aku melihatnya yang menjadi mangsa keadaan.

“Awak baliklah Adam. Lagipun, tak elok kalau orang nampak awak lama-lama kat sini. Papa dengan Mama saya pun tak ada ni. Saya tak nak nanti saya kena kahwin free dengan awak” apabila pandangannya sudah mula redup semacam, aku meleraikan pegangan tangannya pada bahuku dan tubuhnyaku tolak keluar dari pagar Dia tertawa kecil. Pagar kembali kukunci apabila Adam sudah berada di luar.

“Ok. Tapi, kalau ada apa-apa, please let me know ok” aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum dan menghantar Adam pulang dengan pandangan mata.

Aku melepaskan keluhan berat apabila teringatkan ugutan Taufik tadi. Kereta yang sudah siap dibilas aku pandang kosong. Nasib baiklah siap juga aku mencuci kereta hari itu. Hurrmmm …

***

“IRSALINA! Kamu memang sengaja nak malukan Papa kan??!!” Baru saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, suara Papa sudah memetir. Rasa bergegar seluruh rumah. Wajah garang Papa sudah menanti aku di ruang tamu dengan bercekak pinggang.

“Bawa mengucap Bang. Kita tanya dia elok-elok. Tak payahlah nak menengking-nengking” Mama yang berdiri di sebelah Papa mengosok-gosok lengan Papa, cuba menurunkan aras amarah Papa yang aku kira hampir mencecah 100 darjah celcius.

“Kenapa ni Mama, Papa? “ Aku melangkah perlahan menghampiri mereka. Wajah Papa masih merah padam menahan marah. Sudahlah tadi di pejabat, dah berbakul-bakul makian aku dapat dari Steven, Pengurus bahagian Pemasaran di tempat kerja dek kerana kelewatan aku menyiapkan kertas kerja. Bila sampai kat rumah, kena pula mengadap angin monsoon Papa pula. Stress sungguh lah!

“Taufik dah ceritakan semuanya kat Papa. Rupa-rupanya, selama ni, Irsa yang curang dengan dia kan? Pandai Irsa cari salah si Taufik tu semata-mata nak putuskan pertunangan korang. Betul-betul memalukan! Apa Papa nak cakap dengan Uncle Hamzah dengan Aunty Hajar hah?!” Sergahan Papa membuatkan tubuhku tersentap. Ya Allah. Cerita apalah yang Taufik dah sampaikan pada Papa dengan Mama ni?? Papa pun dengan semudah itu percaya saja semua kata-kata lelaki itu.

Airmata sudah mula memenuhi tubir mataku. Bila-bila masa saja bakal bercucuran keluar bak hujan.

“Irsa …”  Belum sempat aku membuka mulut untuk membela diri, pantas Papa memotong.

“Sudah! Papa dah tak nak dengar apa-apa lagi! Kalau Irsa tetap dengan pendirian Irsa untuk batalkan perkahwinan dengan Taufik, Irsa boleh keluar dari rumah ni. Papa tak nak lagi tengok muka kamu dalam rumah ni. Keluar!” Sampai begitu sekali Papa memarahiku. Semuanya hanya kerana lebih percayakan orang luar tanpa mendengar penjelasan dari aku, anaknya sendiri. Terasa macam hati aku dirobek-robek sampai hancur. Tergamak Papa membuang aku. Satu-satunya zuriat yang dia ada.

“Abang! Kenapa sampai macam tu sekali?!” Mama sudah mula menangis. Begitu juga aku.

“Biar! Saya nak tengok berapa lama dia boleh bertahan. Anak tak sedar di untung. Selama ni, kita didik dia supaya jadi orang yang bertanggungjawab dan tahu hormat orang. Tapi, tengok apa yang dia dah buat kat kita? Ni nak menjawab apa dengan si Hamzah dan Hajar pun saya tak tahu. Malu saya Zu. Malu!” Pujukan Mama yang sudah menangis-nangis sambil memelukku tidak diendahkan Papa. Dia lebih mementingkan air mukanya daripada menyiasat kebenaran. Papa mendengus kuat sebelum berlalu meninggalkan aku dan Mama.

“Tak apalah Ma. Biarlah Irsa duduk rumah kawan. Biar marah Papa tu reda dulu. Irsa cuma nak Mama tahu yang Irsa tak salah. Mama kena percayakan Irsa. Apa yang Fik cakap semua tu cuma salah faham. Irsa dengan Adam tak ada apa-apa.”aku memeluk tubuh Mama kuat-kuat. Cuba menjana kekuatan untuk diriku sendiri.

“Adam?” Pelukkan dileraikan dan wajahku ditatap Mama penuh kerutan. Aku menghela nafas panjang. Aku tahu yang Taufik pasti tidak menyebut mengenai Adam memandangkan dia mungkin tidak mengenali lelaki itu. Tapi, sebelum Mama dapat tahu dari mulut orang, biarlah aku yang menceritakannya. Tubuh Mama aku tarik supaya duduk di atas sofa. Aku mula bercerita tentang apa yang telah berlaku semalam. Tentang Adam dan tentang pertelingkahan kecil yang tercetus.

Usai aku bercerita, Mama terdiam. Mungkin cuba menghadam apa yang aku katakan membandingkan dengan cerita dari Taufik.

“Mama percayakan Irsa”

Sepatah kata dari Mama membawa seribu satu makna buatku. Sumber kekuatan aku. Biarlah kalau Papa memilih untuk lebih percayakan Taufik. Yang penting insan yang ditapak kakinya terletak syurgaku mempercayai kata-kataku. Tubuh Mama aku dakap lagi. Kali ini lebih erat.

***

Sudah dua bulan aku tinggal bersama Meera. Teman sekerja Adam yang kebetulan  memang sedang mencari housemate. Semuanya diuruskan oleh Adam.


Pada malam selepas Papa menghalau aku keluar, setelah berkemas apa yang patut, aku terus menuju ke kedai mamak berdekatan untuk menenangkan hati sebelum memikirkan tempat dimana  aku perlu tidur malam itu.

Aku menelefon Suzy supaya bertemu aku di situ. Semuanya aku ceritakan padanya ditelefon sambil menangis-nangis. Tanpa pengetahuanku, Suzy telah mengajak Abangnya, Adam, untuk turut serta berjumpa denganku.

Walau agak terkejut melihat Adam yang ada sama tapi aku tak mampu hendak memarahi Suzy. Sebaik saja tubuhku dipeluk Suzy, aku terus menghamburkan semua kesedihan aku padanya.

Adam yang rasa bersalah dan merasa dia juga turut menyumbang di atas apa yang berlaku, lantas mengaturkan tempat tinggalku di rumah Meera.Nasib baik Meera tak kisah diganggu walaupun waktu itu memang sudah lewat malam.

Jadi, sejak itu, buat pertama kalinya sepanjang aku bekerja, aku belajar untuk hidup sendiri. Mula-mula rasa sebak juga memandangkan aku memang anak manja Mama. Tapi, masuk bulan kedua, segala-galanya rasa lebih mudah dan tenang.

Kepada Mama aku beritahu dimana tempat tinggal baruku tapi aku menyuruhnya supaya merahsiakan dari pengetahuan Papa. Aku tak mahu nanti, Papa beritahu Taufik dan seterusnya dia terus-terusan menganggu hidupku.

Bunyi telefon yang menyanyikan lagu Happy dari Pharell William mengembalikan aku ke masa kini.

Lebar senyumanku apabila melihat nama Adam sebagai pemanggil. Semenjak dua menjak ni, selain Suzy, dialah insan yang paling dekat dihatiku. Selalu ada di sisi bila aku memerlukan. Kadang-kala aku pelik juga. Tak ada kerja agaknya mamat ni. Aku tahu dia bekerja sebagai Consultant. Tapi tak tahulah pula Consultant untuk apa. Entah. Tak pernah terfikir untuk bertanya.

“Hello Irsa? Kenapa lambat angkat telefon? Irsa ok ke? Irsa buat apa tadi?” Ambik kau! Tak sempat aku nak menjawab, dia dah menyoal macam bertih jagung. Aku tergelak kecil.

“Eh dia ni. Orang tengah risau, dia boleh pula gelak-gelak” ada nada kurang puas hati pada suaranya. Aku tersenyum senang. Ah Adam. Entah kenapa apa saja yang dilakukan olehnya sering membuat hatiku senang. Ya. Aku senang dengan dirinya. Aku senang kerana dia sangat prihatin pada diriku. Dengan Adam, rasa diri sangat-sangat disayangi dan dihargai.

“Saya ok la. Baru lepas sejam kot awak call saya. Sekarang ni, awak nak apa pula wahai Encik Abang sayang?” Aku tergelak lagi. Semankin akrab hubungan kami, semankin sebati perkataan sayang untuk dirinya.

I want you to marry me my lovely Irsalina”

Gulp! Terus lenyap tawa dari mulutku. Lidah serta-merta jadi beku. Dada sudah mula bergoncang hebat. Niat dihati tadi nak mengenakannya. Alih-alih, aku pula yang terkena. Arrgghhh!! Hampeh sungguh la Adam ni!

“Gila!”
Yes! I’m crazy over you!”
“Tapi, saya tak nak kahwin dengan orang gila!”
“Jadi, awak ubatkan la saya. Lepas tu, awak kahwinlah dengan saya”
“Siapa nak kahwin dengan awak? Eiii … Tak naklah saya”
“Tapi, saya nak juga!”
“Mengada-ngada”
“Dengan awak je”

Akhirnya tawaku pecah. Begitu juga Adam. Ada saja jawapannya kalau dengan Adam. Dari seserius-serius perkara sampailah kesemengarut benda, semuanya kami boleh bualkan. Dia rajin melayan dan aku sangat suka dilayan.

“Oklah. Saya banyak kerja. Nanti-nantilah kita sembang lagi ye” segera aku menamatkan sesi perbualan kosong antara kami. Letih sudah mulutku asyik tergelak saja sedari tadi.

“Ok dear. Take care. Oh ya. Esok awal pagi, saya kena balik Australia. Nak uruskan hal-hal kerja sebelum fully transfer ke Malaysia semula” tiba-tiba terasa sayu mendengar kata-kata Adam itu.

“Berapa lama?” Mendatar saja aku bertanya.

“Mungkin seminggu atau lebih. Tengoklah kerja itu cepat ke lambat siapnya” rasa nak menangis saja bila dia bakal meninggalkan aku. Seminggu atau lebih? Waaaa!!! Lamanya!! Serta-merta aku sudah rasa kehilangan.

“Lamanya ...” tanpa aku sedari perkataan itu meluncur laju. Aku tersedar bila terdengar Adam tergelak.

“Hai, saya belum pergi, awak dah mula rindu ke?” Adam menyambung tawanya. Aku mengetap bibir. Malunya!!!

“Kalau Taufik kacau saya lagi macamana?” Sengaja aku lari tajuk. Tak mahu mendengar lagi perliannya. Sudahlah selama ini kalau dia meluahkan kata-kata cinta padaku, semedang kena gelak. Sekarang ni, nak cakap yang aku bakal akan merinduinya pula? Apa kes kau ni Irsalina? Sengaja nak kena bahan setahun?

Adam terdiam. Dia memang begitu. Pantang nama Taufik aku bangkitkan. Pasti angin kus-kusnya datang. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan aku dan Taufik sedang bergelut di kawasan tempat letak kereta di tempat kerjaku di bahagian basement. Taufik berkeras supaya aku mengikutnya masuk ke dalam kereta tapi aku berkeras menolak.

Mujur juga Adam sampai tepat pada masanya. Jika tidak, entah-entah aku dah jadi apa agaknya dikerjakan oleh Taufik yang aku nampak semankin ganas sekarang ini. Itupun sempatlah pipiku jadi sasaran sedas dua penamparnya. Agak kuat juga sampai berbirat lah dibuatnya.

Semenjak itu, Adam terus berkeras aku ketempat kerja bersama Suzy. Suzy akan memandu sampai ke rumah sewaku dan dari situ kami bertolak ke pejabat. Sekiranya aku perlu kerja sampai lewat malam, Suzy akan dipaksa Adam supaya turut mengambil OT. Bengang juga kadang-kala Suzy dengan sikap over protected Abangnya terhadap aku. Tapi nak buat macamana. Dia juga yang beriya-iya nak aku jadi kakak iparnya. Kenalah usaha dan berkorban lebih sedikit.

Kedengaran Adam melepaskan keluhan.

“Kalaulah awak setuju kahwin dengan saya, dah lama saya bawa awak sekali ke Australia. So, I can protect you better” sedih saja bunyi suaranya. Rasa bersalah pula kerana telah membuatnya risau.

“Eh, apa pula sampai kena kahwin. You have done more that enough for me Adam. Tak tahu macamana nak balas. Lagipun, InsyaAllah saya ok. Allah ada untuk jaga saya” aku bersuara tenang. Cuba menghilangkan kerisauan yang telah aku cetuskan dalam hatinya.

Repay me by marrying mePlease Irsa” sekali lagi dia merayu. Aah Adam. Kalaulah dia seorang Islam, sudah lama lamarannya aku terima. Aku tersenyum kelat.

“Tak semudah itu Adam. Awak dengan saya, terlalu berbeza” aku menjawab perlahan.

“Kalau sebab our religion, I’m willing to convert just for you” mudah sungguh lelaki ini mencari penyelesaian.

Mana mungkin aku hendak menyuruhnya masuk Islam semata-mata kerana hendak berkahwin denganku? Aku bukan orang yang layak untuk membimbing seorang mualaf. Diri aku sendiri pun belum cukup sempurna sebagai seorang Muslim. Bagaimana aku hendak memimpin tangannya menuju keredhaan Allah? Aku belum layak.

“Adam. Kalau sebab nak kahwin dengan sayalah awak nak convert, I don’t think that it is the right thing to do. If you want to convert, saya nak ianya atas kerelaan awak sendiri. Saya nak awak ikhlas semata-mata kerana ingin mengenali Islam itu sendiri. Bukan sebab saya atau orang lain” satu-persatu aku terangkan padanya. Aku mahu dia faham.

Sekali lagi aku dengar Adam mengeluh.

“Okla. I have to attend meeting right now. You please take good care of yourself. I’ll see you after I’m back from Ausralia. Bye dear. Miss me ok coz I will definitely miss you” terdengar dia ketawa tapi seperti dipaksa-paksa.

“Ok. I will miss you too. Take good care of yourself also. Bye” rasa sayu memenuhi segenap ruang perasaan tatkala perbualan kami ditamatkan.Adam, Adam. Kenapalah kau baik sangat pada aku? Hati sudah mula terasa kehilangannya.

****

Semenjak pulang dari Australia, Adam seakan-akan dah berubah. Dia sudah tak sekerap selalu menelefonku. Malah, jika dulu, hampir tiap malam aku, dia dan Suzy makan bersama-sama di kedai makan. Tapi sekarang, cuma tinggal aku dan Suzy saja. Bila aku tanyakan Suzy, jawapan yang aku terima selalunya adalah ‘kau tanyalah dia sendiri’.  Lepastu senyum-senyum. Macam ada ‘sesuatu’ saja dua beradik ini. Tiba-tiba aku terbau ikan.

Sudahlah asalnya kata cuma seminggu saja di sana. Walaupun dia ada mengatakan ‘atau lebih’, aku tak sangkalah pula sampai sebulan! Walau setiap hari dia menelefon, tapi tetap tidak puas kerana tidak dapat melihat wajahnya di depan mata. Ah! Aku dah macam angau dah ni! Dengan si Taufik dulu pun bercinta juga. Tapi, tak adalah sampai macam ni. Hati jadi sakit sebab merindu. Gila!

Ingatkan selepas Adam pulang, dapatlah lebih kerap kami berjumpa. Tapi tak sangka pula sampai saja di bumi Malaysia, Adam mankin sibuk dengan kerja dan masanya dengan aku pun sudah semankin berkurangan.

Kalau hendak difikirkan secara logik, memang tak patut aku hendak marah atau merajuk dengannya. Dia bukannya boyfriend atau suami aku pun. Selama ini, dia yang beriya mengucapkan sayang padaku tapi aku mana pernah serius membalas sayangnya itu. Kalau ada pun aku panggilnya sayang, sekadar hendak mengambil hatinya saja. Bukan bermakna aku tak suka padanya. Cuma, perbezaan agama antara kami menjadi penghalang bagi rasa cinta aku pada insan yang bernama Adam Ray Lim.

Petang itu, pulang dari kerja, Suzy mengajak aku menemaninya ke The Curve Kota Damansara. Hendak cuci mata sambil release stress katanya. Memandangkan aku pun sedang ‘bendera merah’ aku ikutkan saja.

Dari satu kedai ke satu kedai aku diheret Suzy. Macam nak tercabut dah kaki aku ni dibuatnya. Dari bangunan The Curve, kami melintasi jambatan penyambung ke bangunan Ikano Power Center pula. Cukup meletihkan.

“Jomlah masuk. Aku tak jumpa lagi kasut yang aku nak beli ni” tangan aku ditarik-tarik untuk memasuki kedai PADINI Concept Store. Aku memang sudah benar-benar tak larat.

“ Kau masuklah dulu. Aku nak duduk rehat kejap kat luar ni” aku sudah melabuhkan punggung di atas kerusi panjang yang tersedia di luar kedai. Mungkin melihat muka aku yang berkerut-kerut kepenatan, Suzy akhirnya membenarkan juga aku duduk di situ dan dia terus berlalu menuju ke ruang jualan kasut Vincci di PADINI Concept Store itu.

Aku mencapai telefon di dalam beg untuk menyemak sekiranya terdapat pesanan ringkas atau ‘panggilan rindu’ daripada Adam. Tak tahulah kenapa dengan aku ni. Setiap hari, mesej serta panggilan dari Adam lah yang paling aku nanti-nantikan. Hati jadi sangat sedih bila dia langsung tidak menghubungi aku. Ingin menghubunginya, takut menganggu pula. Hai lah hati. Janganlah begini. Buat aku terseksa saja.

Yes! Ada 3 missed call! Cepat-cepat aku periksa siapa dia yang menelefonku. Harap-harap Adam. Jadi, aku ada alasan kukuh untuk menelefonnya semula. Aku dah mula senyum lebar.

Tapi, lain yang diharap, lain pula yang dapat. Kesemua panggilan itu datangnya dari nombor milik Taufik. Eiii!! Menyampahnya aku!!! Apa lagi yang dia nak dari aku ni?! Hilang terus senyuman aku. Yang tinggal hanya rasa meluat dan benci yang menggunung.

Aku bangun dari duduk sambil mata aku melilau memerhatikan kesekeliling. Melihat orang ramai yang lalu lalang. Memerhatikan gelagat orang yang adakalanya mencuit hati. Untung-untung dapat menghalau rasa gundah yang bertamu dalam hati aku ini.

Sedang asyik memerhati gelagat orang, tiba-tiba mata aku terpaku pada sesusuk tubuh sasa yang sedang menghirup kopi di Dome. Macam aku kenal. Lelaki itu nampak santai dan cukup kacak persis seorang model dengan kemeja berwarna merah bata yang lengannya dilipat sampai kesiku dan butang baju di bahagian paling atas terbuka. Disebelahnya pula seorang wanita bertudung dan berjubah moden yang sangat cantik sedang ketawa sambil memandang kearah si lelaki. Nampak sungguh mesra.

Aku terus memerhatikan pasangan itu dengan lebih lama kerana ingin mengecam siapa lelaki itu. Lama-kelamaan, aku sudah dapat mengecamnya.

Adam!

Ya! Tak syak lagi, itu Adam. Tapi, siapa perempuan di sebelahnya itu? Wajah ada ala-ala seperti Mat Salleh. Jangan-jangan … Erk! Alamak! Aku sedikit terpempan apabila mata redup Adam sudah memandang tepat kewajahku. Sebelum dia membuka mulut, lebih baik aku cabut!

Terkocoh-kocoh aku menghampiri Suzy yang masih membelek-belek kasut dan tanpa sebarang kata, tangannya terus aku heret keluar meninggalkan kedai PADINI tersebut. Dalam kepala hanya terfikir untuk pulang saja. Aku tak mahu berhadapan dengan Adam.

Tapi, siapa perempuan yang bersama dengannya itu? Isteri dia ke? Eh, tapi, bila pula dia kahwin? Takkan sebulan dia berada di Australia dia sempat berkahwin? Tapi, perempuan tu kan bertudung. Takkanlah dia dah convert sebab nak berkahwin dengan perempuan tu? Tapi, kenapa Suzy langsung tak memberitahu apa-apa?

Terlalu banyak ‘tapi’ dan tanda soal dalam fikiranku saat ini. Tunggulah nanti. Suzy pasti akan aku soal siasat sampai aku dapat jawapan yang aku mahukan! Pasti!

***

SUDAH seminggu peristiwa di Ikano itu berlalu dan seminggulah juga aku mengelak dari berjumpa dengan Adam. Malah, panggilannya sering aku reject. Suzy sudah puas aku soal siasat tapi, semua soalan aku dia jawab dengan jawapan yang paling annoying di atas muka bumi iaitu ‘tak tahu’. Menyampah betul!

“Wei, wei Irsa! Irsa! Kau sibuk ke? Aku ada gosip terbaru ni!”

Terpinga-pinga aku memandang kearah Suzy yang dengan selambanya menerjah masuk ke dalam bilik pejabat aku tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Terpamer jelas wajahnya yang penuh keterujaan. Sebiji macam reaksi muka Eep dalam filem animasi The Croods bila Guy bagi dia kasut.

“Isk kau ni. Dah macam Reporter majalah! Pantang ada gosip terbaru, mesti kau yang tahu dulu kan?” Aku menegur sambil tangan sibuk menekan tetikus untuk menyiapkan graf prestasi jualan syarikat untuk bulan ini.

Suzy hanya tersengih sambil mendekatiku dan menyandar dimeja kerjaku dengan muka masih teruja.

“Aku gerenti lepas kau dengar berita aku yang panas terhangat yang baru keluar dari oven ni, kau akan tersengih sampai ke petang” Suzy mengosok-gosok kedua belah tangannya sambil memandang kearahku.

Rasa ingin tahuku mula menunjukkan minat. Panas sangat ke berita yang hendak disampaikan Suzy ni? Beriya-iya benar dia.

“Ok. I’m listening. Cepat cakap. You got .. hurmmm … 5 minutes!” Aku berpeluk tubuh sambil memusatkan pandangan pada Suzy yang sudah bertepuk tangan gembira. Macam budak kecil pun ada aku tengok si Suzy ni. Aku tersenyum nipis.

“Ini pasal Taufik!”

Dengar saja nama Taufik disebut, hilang terus senyuman dibibirku. Tumpuan kembali aku palingkan pada skrin komputer.

“Isk kau ni. Dengarlah dulu apa beritanya. Aku tak habis cakap lagi ni” Suzy memusingkan kerusiku menghadapnya semula. Aku memandangnya dengan pandangan malas.

“Ok! Here goes nothing!”

Mata aku sudah berpusing. Bosan dengan gimik Suzy yang cuba membangkitkan rasa suspen yang langsung tak ada dalam diri aku saat ini.

“Cakap je la. Straight to the point please!” pintu ku acuh tak acuh. Suzy masih tersenyum melihat mimik wajahku.

“Taufik kena tangkap basah!”

Ha???? Biar betul si Suzy ni?? Suka-suka je nak buat cerita. Kawan perempuan pun aku tak pernah tahu dia ada, tiba-tiba kena tangkap basah? Hish! Tak mungkin kot. Setahu aku, Taufik bukanlah lelaki playboy yang suka melayan perempuan.

“Dengan janda anak dua!”

Rasa jantung aku terskip beberapa kali denyutan. Mujur boleh sambung lagi berdenyut. Kalau tak, sah-sah memang dah tujuh kaki ke dalam lah aku jawabnya!

***

“MAAFKAN Papa sayang” dari tadi Papa memeluk erat tubuhku. Aku tak payah cakaplah. Menangis tak berhenti dari tadi sampai mata dah rasa perit semacan. Mama turut memeluk kami berdua. Rasa syahdu sangat. Sudah agak lama kami tidak bergroup hug seperti ini.

Segala yang terjadi ada hikmahnya. Taufik yang selama ini Papa anggap baik sangat rupanya berperangai lebih teruk dari Castello. Erk! Takdalah teruk sangat. Taufik cuma tahap Buaya Darat je la. Buaya Darat yang jenis baham mangsanya. Baham sampai lunyai. Siap ada yang pernah termengandung pula tu! Hish! Nasib baiklah aku ikut gerak hati untuk putus tunang dengannya dulu.Kalau tak, memang ada harapanlah muda-muda remaja ni aku dapat title Mak Jan!

“Assalammualaikum!!”

Sedang kami duduk bersembang mengenai kekantoian Taufik dengan Pejabat Agama, suara salam yang berkumandang menarik perhatian.

Kami bertiga serentak menjawab dan melangkah ke muka pintu untuk melihat siapakan tetamu yang bertandang.

Kami berpandangan sesama sendiri melihat beberapa orang yang agak berumur berdiri di luar pagar rumah lengkap berbaju kebangsaan. Yang lelaki siap berbaju melayu dan bersamping manakala yang perempuan pula dengan baju kurung yang sedondon warnanya, hijau pucuk pisang. Masing-masing siap menatang dulang hantaran pula tu. Eh, salah rumah ke diaorang ni? Aku mula terasa musykil sendiri.

“Ye. Cari rumah siapa ye?” Papa yang sudah menghampiri rombongan mereka bertanya. Mereka bertukar salam.

Pakcik yang berdiri paling hadapan tersenyum. Dia berpakaian lain dari yang lain. Berjubah dan berserban. Riak wajahnya nampak tenang.

“Ini rumah Encik Amat Shah dengan Puan Zura ke?” Ramah Pakcik itu bertanya.

“Iya. Inilah rumahnya. Encik ada hajat apa ye” Papa sudah mula kehairanan.

“Mama tak tahu pun anak Mama ni ada kawan lelaki” Mama berbisik perlahan ketelingaku. Aku cepat-sepat geleng kepala.

“Eh, Irsa memang tak ada boyfriend pun” berkerut-kerut dahiku dibuatnya. Mama tersenyum penuh makna. Dia memeluk erat bahuku.

“Panggil je saya Pak Aman. Saya dan ahli keluarga saya datang ni ada hajat. Boleh ke kalau kita berbincang di dalam rumah Tuan?” Senyuman tak lekang dari bibir lelaki yang aku kira berusia separuh abad itu.

“Eh. Tak payahlah nak bertuan-tuan dengan saya. Panggil je saya Amat. Ha, masuk, masuklah. Sila masuk” kelam-kabut Papa membuka pintu pagar dan menjemput rombongan seramai lima orang itu masuk ke dalam rumah.

Setelah bersalaman dengan semua tetamu dan menghidangkan minuman kepada para tetamu, aku mengambil tempat di sebelah Mama.

“Terima kasih la Encik Amat sekeluarga kerana sudi melayan kunjugan kami yang tak dirancang ni” Pak Aman memulakan bicara.

“Eh, tak ada apa lah Pak Aman. Tapi, tulah. Kami sekeluarga ni musykil juga. Ada apa hajat sebenarnya ni? Macam besar je hajatnya tu” melihat deretan dulang berisi senaskah Al-Quran, telekung dan sirih junjung, bukan hanya aku, malah Papa dan Mama pun naik hairan.

“Oh ye. Kami ni sebenarnya mai dari Kedah nak wakilkan anak angkat kami sampaikan hajatnya pada Encik Amat. Yang ni isteri saya. Panggil je Mak Ju. Hak yang tu, adik saya Ali dengan isterinya, Asmah. Dan yang sorang ni, nama dia Jali, adik saya juga.” Satu persatu ahli rombongan diperkenalkan. Patutlah cakap macam ada slanga utara. Orang Kedah rupanya. Cantik isteri Pak Aman. Bertudung labuh dan wajahnya persis perempuan Arab.

“ Jadi, kalau ikut adatnya, biarlah saya mulakan dengan pantun. Boleh?” Pak Aman menyambung lagi.

“Isk. Saya ni bukan reti sangat  nak berpantun Pak Aman. Tapi, sikit-sikit tu bolehlah” Papa tersenyum malu.

“Tak pa, tak pa. Sikit-sikit pun boleh. Jadi saya teruskan lah na?” Papa mengangguk setuju.

“Badan sakit digigit pijat,
Disapu ubat oleh si isteri,
Kami datang ni bersama hajat,
Ingin menyunting si dara sunti”

Terkebil-kebil aku memandang kearah Papa yang sudah tersenyum lebar sambil mengerling kearahku. Menyunting dara sunti? Eh, aku ke tu? Yela kan. Takkan la nak sunting Mama pula. Tapi, siapa Pak Aman ni? Kenapa aku tak pernah nampak? Dia nak sunting aku untuk siapa? Takkan untuk dia kot? Ligat kepalaku berfikir. Satu persatu wajah tetamu aku pandang. Tak ada seorang pun yang aku kenal.

“Cantik si gadis berkebaya nyonya,
Tengok lenggoknya sampai teralpa,
Hajat disambut dengan gembira,
Tapi, boleh kami tahu untuk siapa?”

Pandai juga Papa aku ni berbalas pantun. Dalam kehairanan aku masih boleh tersenyum. Mama pun sama. Yela. Siapa sangka, Encik Amat Shah, Arkitek yang nampak sangat moden rupanya ada bakat dalam berpantun.

“Kami nak menyunting si dara untuk teruna kami bernama Mohamad Adam Lim Abdullah”

Sebaris ayat dari Pak Aman serta-merta membuatkan aku sesak nafas. Rasa macam tak cukup oksigen. Mama dan Papa sudah berkerut muka memandang kearahku.

“Err … Kami kenal ke Encik Mohamad Adam ni?” Bila melihat wajah aku yang terpinga-pinga Papa terus bertanya pada Pak Aman.

Pak Aman tersenyum tenang.

“Encik Amat sekeluarga rasanya kenal sangat dengan Encik Adam kita ni. Dia anak kepada Encik Raymond Lim dan Puan Rani Lim”

Mankin bulat mata aku jadinya. Adam?! Adam Ray Lim ke yang dimaksudkan oleh Pak Aman ni?? Setahu aku, anak Uncle Raymond dengan Aunty Rani memang dua orang sahaja. Suzy dan Adam. Tapi, kenapa namanya ada ‘Mohamad’  dipangkalnya? Sudah Islamkah dia? Arggghhhh!!! Kenapa Suzy langsung tak beritahu aku apa-apa?!! Rasa nak pengsan sekarang juga!!

***

CINCIN emas putih bertatah permata zamrud berwarna biru yang tersarung cantik dijari manis, aku tatap dan belek untuk kesekian kali. Merahnya inai di jari jemari runcingku juga ku pandang tanpa jemu.

Rasa macam dalam mimpi pula apabila aku, Irsalina Binti Amat Shah, dengan sekali nafas pagi tadi, telah selamat dinikahkan oleh Papaku sendiri. Dan yang paling buat aku rasa nak tampar muka sendiri banyak sekali sebab nak sedarkan yang ini betul-betul kenyataan bukannya cubaan apabila insan yang ditakdirkan Allah untuk menjadi suamiku merupakan insan yang tak pernah aku jangka sebelum ini. Dialah suamiku yang sah, Mohamad Adam Lim Abdullah.

Ya! Orang yang sama dengan pemilik nama Adam Ray Lim. Dia adalah Adam yang sebenarnya aku cinta selama ini. Dia adalah … Adamku.

Bezanya  sekarang, Adam sudah menjadi seorang Muslim. Dan dia menganut agama suci ini adalah di atas sebab yang sepatutnya. Iaitu berkat hidayah dari Allah. Bukan kerana ingin mengahwini aku semata-mata.

Sebulan dia kembali ke Australia rupanya bukan atas urusan kerja semata. Di sana, dia mula belajar mengenali Islam dengan lebih mendalam dari Ammar dan juga isterinya, Iman. Perempuan yang aku nampak sedang ketawa mesra bersama Adam di Dome. Rupa-rupanya, waktu itu, Ammar ada bersama cuma sewaktu aku ternampak mereka, Ammar ke tandas. Hurmm … Kalau dalam hati ada cinta dan cemburu memang begitu. Cepat sangat berburuk sangka. Irsalina, Irsalina.

Ammar merupakan anak Pak Aman yang memang dikenali Adam sejak dari zaman belajar lagi. Selama belajar dulu pun, Ammar ada juga menceritakan pada Adam tentang Puasa, Solat dan Zakat.

Paling aku tak sangka, rupa-rupanya sejak tinggal di Australia, Adam yang kebetulan duduk serumah dengan Ammar memang sudah cuba menjalani kehidupan seperti seorang Muslim. Dia belajar berpuasa dan juga cara bersolat dari Ammar. Malah, dia kerap mengikut Ammar menghadiri program-program agama yang diadakan di sana.

Aku betul-betul bersyukur kepada Allah kerana Islamnya Adam bukannya di atas sebab dia ingin mengahwini aku semata-mata. Tapi, dia betul-betul ikhlas untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar.

Uncle Raymond dan Aunty Rani yang kini aku panggil dengan panggilan Daddy dan Mummy juga begitu supportive terhadap pilihan yang dibuat oleh Adam. Apa yang penting bagi mereka adalah kebahagiaan anak-anak mereka.

Suzy pula antara insan yang paling gembira dengan penyatuan antara aku dan Adam. Seronok bukan main dia. Siap planning nak tinggal sekali dengan aku dan Adam apabila kami berpindah ke rumah sendiri yang dibeli oleh Adam nanti di Putra Height. Kacau daun sungguh! Nak menempel saja dengan aku. Tapi … Aku tak kisah pun. Bagus juga. Bila Adam sesekali terpaksa ke Australia, adalah juga teman aku di rumah.

“Assalammualaikum” terasa deruan hangat nafas ditelingaku beserta dengan salam yang dihulur dalam nada yang cukup romantik. Pantas aku menoleh dan terpampang wajah kacak Adam yang sedang tersenyum menggoda di sebelahku. Perlahan salamnya aku jawab. Dada sudah mula mengalunkan irama yang tak senada.Dub dub dab, dub dub dab, bunyinya.

Entah bila masanya dia masuk ke dalam bilik aku pun tak sedar. Tahu-tahu dia sudah duduk di atas birai katil di sebelahku dengan hanya bersinglet dan berkain pelekat. Terasa panas mukaku apabila melihatnya dalam keadaan begitu untuk kali pertama.

“Sayang buat apa senyum sorang-sorang ni? Hurm? Sampai Abang masuk pun tak sedar” lembut pipiku dielusnya. Irama jantung semankin tak keruan dibuatnya.

“Err … Kerja kat luar dah selesai ke? Biar Irsa tengoklah kejap” kelam-kabut aku bangun dan niat dihati hendak keluar dari bilik itu supaya rentak jantung yang semankin kuat ini dapat aku redakan sedikit.

Baru hendak melangkah, tanganku sudah ditarik oleh Adam dan hasilnya, elok saja aku landing di atas pangkuannya. Apalagi! Mankin merah padam la muka aku jadinya!

“Tak payahlah nak sibukkan dengan kerja kat luar tu. Sayang ada kerja yang lebih penting lagi kat dalam bilik ni dengan Abang” Adoi! Terasa nak tercabut dah jantung aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan panahan mata Adam yang tersangatlah menggoda malam ini.

Aku kaku bak mumia apabila pipiku dikucup lembut. Kemudian perlahan-lahan beralih pula di dahi, hidung dan akhir sekali di bibir. Aku terus terpaku tak berkutik barang satu milimeter sekalipun. Hangatnya kucupan Adam mula membuai perasaannku. Terasa macam berada diawang-awangan.

“Kalau dari dulu lagi Irsa terima Abang, dah berderet agaknya anak kita kan. Jadi malam ni, Abang nak balas dendam untuk beberapa tahun yang kita dah wasted kan tu. Are you ready Sayang?”

Erk! Terasa lidah tergulung dalam mulut. Langsung tak ada jawapan. Adam tersenyum lalu mencempung tubuhku dan diletakkan perlahan-lahan di atas katil.

Ready or not, here I come!”

Papa! Mama! Tolong Irsa!!!!!!

-TAMAT-

P/ S : “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)

1 comments:

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template