BAB:
16
"Lepas
kahwin ni Iyah kerja lagi ke?" Umi yang menemaniku yang sedang menyiapkan
sebutharga untuk beberapa orang pelanggan di atas katil di bilikku malam itu bersuara, memulakan perbualan.
"Tak tahu lagi lah Umi" Aku menjawab dengan mata masih tertumpu pada
helaian-helaian kertas yang mengandungi pengiraan yang telah aku siapkan dan
perlu disemak sebelum aku boleh emailkan kepada pelanggan pada esok pagi.
"Rayyan
macamana?" Mendengar nama itu disebut serta merta tanganku yang tadinya
sibuk menulis di atas kertas terhenti. "Macamana apa pulak?" Wajah
Umi yang duduk dibirai katil kupandang sekilas. Cuba mendengar pertanyan
selanjutnya dari Umi. "Yelah. Dia kan bakal laki kamu. Dia bagi ke kamu
terus bekerja bila dah kahwin nanti?" Tiba-tiba aku teringat permintaan
Rayyan tempohari yang meminta aku berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya
pada Rania. Huh! Dia ingat aku ni belajar tinggi-tinggi nak jadi babysitter je
ke? Rasa tidak puas hati mula menguasai diri.
"Biarlah
dia Umi. Belum jadi laki Iyah pun. Nanti bila dah kahwin lah Iyah tanya
ye" Aku menjawab acuh tak acuh.
"Kamu
berdua ni kenapa? Tadi Puan Sri telefon Umi. Dia kata sejak kamu balik pagi
tadi, si Rayyan tu lain macam je perangainya. Asyik duduk termenung je sampai
si Rania pun mengadu dengan neneknya. Entah apalah yang difikirkannya"
patah-patah perkataan dari Umi membuatkan tumpuanku pada kerja kira-kira yang
aku lakukan jadi terbantut. Aku menarik nafas panjang. Pandanganku arahkan pada
Umi yang masih menunggu jawapan dari aku.
"Umi.
Kami ni kan dah nak dikahwinkan tak lama lagi. Semuanya macam tiba-tiba je. Tak
sampai setahun kami kenal, dah nak kahwin. Mungkin he's having a second
thought kot" Aku cuba mereka alasan di atas perubahan sikap Rayyan
yang dikhabarkan pada aku tadi. Sebenarnya, aku sendiri kurang pasti kenapa
Rayyan jadi begitu. Adakah benar dia ingin merubah fikiran dari mengahwiniku,
ataupun dia hanya terkesan dengan kata-kata aku padanya pagi tadi. Sejujurnya,
aku tak kisah andai dia inginkan masa untuk menerima dan menyintai aku. Cuma
yang aku marah, dia seperti sesuka hati mengambil kesempatan ke atas diri aku
dengan alasan aku mengingatkannya pada arwah isterinya. Itu, aku memang tak
boleh nak terima.
"Emmm
... Harapnya tidak lah. Persiapan semua dah dibuat. Tak sampai sebulan lebih
lagi korang nak disatukan. Kalau nak berubah fikiran pun, bukan sekarang ni.
Patutnya dari lepas merisik tu lagi. Sebelum dia setuju dengan perancangan
orang tuanya masuk meminang kamu" Umi mengeluh. Secara tak langsung,
kata-kata aku tadi membuatkan hati tuanya runsing.
"Umi.
Janganlah sedih. Nanti Iyah tanyakan pada Rayyan tu ye" Aku mendekati Umi
dan belakang tubuhnya kuusap lembut. "Eloklah tu. Iyah tanya la baik-baik.
Biasalah bakal pengantin ni. Semankin dekat tarikh majlis, semankin gemuruh
rasanya" Umi menatap wajahku penuh kasih.Tak lama selepas itu, Umi meminta
diri untuk keluar kerana matanya sudah mengantuk. Kedua pipinya kucium lama sebelum
dia berlalu pergi.
Telefon
di atas meja sisi segera kucapai sebaik saja pintu bilik tertutup. Aplikasi
Whatsapp kubuka.
'Assalammualaikum'.
Salam permulaan aku hantarkan.
'Waalaikummussalam.
Tak tidur lagi ke?' Dalam masa kurang dari seminit aku sudah
mendapat jawapan. Hish! Cepatnya. Dia ni gantung telefon kat leher ke? Keningku
sedikit berkerut.
'Tak.
Ada kerja kena siapkan. Esok awak free tak?' Aku terus bertanyakan hal
penting. Malas mahu berbasa basi.
'Pagi
kena pergi office sekejap. Petang dalam pukul 5 free la. Kenapa?' Teragak-agak
pula aku nak membalas. Apa aku nak cakap ni? Nak ajak jumpa ke? Tapi, nanti dia
ingat aku terhegeh-hegeh pulak kat dia. Aku terbayang wajah Umi yang murung.
Akhirnya, aku terpaksa mengenepikan perasaan ego aku demi membuatkan hati Umi
senang.
'Ok.
Esok saya nak jumpa awak. Kita jumpa dekat Ikano, Mutiara Damansara. Nanti
sampai sana saya call awak. Assalammulaikum'
'Ok.
Kita jumpa Esok. Waalaikummusalam' Semudah itu dia
bersetuju. Aku merangka-rangka apa yang bakal aku katakan padanya. Aduh! Pening
kepala di buatnya. Ingatkan selepas peristiwa pagi tadi, aku tak perlu nak
bertemu muka dengan Rayyan lagi. Tapi, ternyata perancangan Tuhan itu lebih
hebat dari segalannya. Dalam diam aku bermuhasabah diri. Kerja-kerja yang
terbengkalai tadi kusambung semula. Tumpuan kualihkan kembali ke beberapa
senarai sebutharga yang perlu aku siapkan.
Petang
itu, selesai sahaja aku melayani pelanggan aku yang terakhir, aku meminta izin
dari Miss Lai untuk pulang sedikit awal dengan memberi alasan yang aku ada
urusan yang perlu dilakukan di Pejabat Pos. Setelah menyemak hasil jualan kami
hari itu dan melihat yang aku berjaya mendapatkan 3 orang pelanggan baru yang
membayar deposit paling kurang RM1500 hari itu sahaja, dia memberikan
kebenarannya. Aku tersenyum lega.
Sesampainya
aku di kawasan parkir P2 bangunan Ikano Power Centre, aku mengirimkan teks
whatsapp kepada Rayyan mengatakan yang aku akan menunggunya di Restoran Uncle
Lim berhampiran dengan Pejabat Pos.
Setibanya
aku di Restoran Uncle Lim kelihatan Rayyan sudah menunggu aku di situ. Pelik.
Rasanya baru beberapa minit yang lepas aku hantarkan teks whatsapp padanya. Jam
di tangan aku kerling. Baru pukul 4.45 petang. Bukankah malam tadi dia kata
yang dia ada urusan di pejabat sehingga pukul 5?
“Assalammualaikum.
Dah lama ke awak sampai?” Aku mengambil tempat di hadapan Rayyan yang sedikit
terkejut dengan kedatanganku.” Waalaikummussalam. Takdalah. Saya pun baru
sampai. Kerja saya cepat siap tadi. So, saya terus datang ke sini.
Err … Awak dah makan ke?” Dia tersenyum
memandang aku dan sudah sedia berdiri untuk memesan makanan.”Err … Awak orderkan
limau ais jela. Saya makan kat rumah je nanti. Thanks” Aku memandangnya
yang berlalu ke kaunter pesanan.
Tidak
sampai 15 minit, Rayyan sudah kembali ke meja kami dengan dulang berisi 2 gelas
besar limau ais dan semangkuk Laksa
Nyonya.
“So,
ada apa Saf nak jumpa saya ni?” Dia mencapai sepasang chopstick dan
bersedia untuk menjamu Laksa yang nampak sungguh menyelerakan bagi aku yang
sememangnya penggemar Laksa ini. Beberapa kali aku menelan air liurku sendiri.
Tadi jual mahal sangat masa orang tanya. Sekarang ni, tengok je la orang makan
Safiyyah oiii. Aku mengejek diri sendiri.
“Nah”
Tanpaku duga, Rayyan menyuakan sudu yang berisi Laksa kemulutku. Sedikit
teragak-agak, aku membuka mulut menadah suapannya. Sekali lagi aku terpana. Dia
ni macam ada kuasa psikik la. Tau-tau je aku teringin nak menjamah Laksa tu.
Perlahan-lahan aku mengunyah Laksa yang sudah ada dimulutku.
“Ada
apa Saf nak jumpa saya ni?” Sekali lagi dia bertanya. Aku menyedut air limau
ais perlahan-lahan sebelum membuka mulut.” Umi dan Mama risaukan awak. Mama
mengadu dengan Umi yang awak … Errrmm banyak mengelamun kebelakangan ni. Are
you having a second thought about our marriage?” Satu-persatu perkataan
yang telah aku rangka sejak pagi tadi akhirnya terluah juga.
Rayyan
meletakkan chopsticknya di atas mangkuk laksa yang masih tinggal separuh
isinya. Dia menyedut airnya sehingga tinggal separuh. Mangkuk berisi laksa
ditolaknya ke tepi dan keduabelah tangannya di letakkan di atas meja sambil
matanya memandang aku dengan pandangan matanya yang redup.
Aku
cuba berlagak selamba. Tangan memintal-mintal tali beg cuba mententeramkan
degup jantung sendiri. Sungguh aku perlu membiasakan diri sendiri dengan
renungan Rayyan jika ingin menghabiskan keseluruhan hidupku dengannya. Kalau
tidak, memang cepatlah aku Innalillah jawabnya. Sempat aku berbicara sendiri
dalam hati.
“I’m
not having a second thought Saf” Akhirnya dia bersuara.”Saya cuma berfikir
tentang perasaan saya sendiri. Awak takkan faham Saf” Dia mengubah posisi
duduknya dengan tangan diletakkan di atas peha, tapi pandangan masih tertumpu
pada aku.
“Hai
Ray!” Tiba-tiba satu suara manja menganggu tumpuan kami antara satu sama lain.
Aku terpandang seorang gadis bergaun merah paras peha yang menampakkan alur
dadanya menghampiri kami dan duduk di sebelah Rayyan.
“Hei
Kat. You buat apa kat sini?” Rayyan yang ternyata sedikit terkejut
menyapa.”I saja je jalan-jalan kat sini. Lagipun esok dah nak fly
ke London. Oh ya, we'll be in the same flight kan?” Dia menyeka
rambutnya yang berwarna keperangan ke belakang telinga sambil melontarkan
pandangan menggoda pada Rayyan yang kulihat masih tersenyum memandang gadis
yang berkulit hitam manis dan memiliki bentuk badan yang ala-ala model itu.
“Yup.
That's right. Oh ye, ni I perkenalkan. Safiyyah Akina. My
friend” My friend? Itu yang dia panggil aku? Kenapa bukan fiancĂ©e?
Dengan senyuman yang agak plastik pada pandangan mataku, huluran tangan
disambut oleh gadis bernama Kat itu acuh tak acuh.”Hai. Saya Katrina” Sebaris
nama itu mengingatkan aku pada perbualan antara aku, Puan Sri Maria dan Rayyan
di dalam kereta tempohari.
“Err.
Oklah Ray, I have to go. See you tomorrow ok” Gadis itu
menunjukkan gediknya dan sempat dia mengelus lengan Rayyan sebelum berlalu.
Nasib baiklah dia cepat pergi. Naik meluat aku melihat liuk lentuk tubuhnya
yang tergeliat-geliat macam ulat bulu itu sedari tadi.
“Itu
Katrina. Pramugari yang kerja sekali dengan saya” Rayyan menjelaskan walaupun
pada hakikatnya, aku sudah dapat simpulkan sendiri siapa perempuan itu tadi.
Tapi, memandangkan Rayyan menunjukkan muka serius, aku hanya
mengangguk-anggukkan kepala.
“Kitaorang
selalu dalam satu flight kalau ada trip ke London” Dia masih
bercerita mengenai Katrina. “Is she your girlfriend?” Aku terus
bertanya. Soalan yang aku sendiri tak terduga membuatkan riak wajah Rayyan
sedikit terkejut.”Eh. Takdelah. She’s just a friend la” Rayyan
beriya-iya berkata.”Friend? Macam saya la ek?” Aku cuba menduga reaksi
dia.
Dia
terdiam. Keduabelah tangan diraupkan kemuka.”Don’t get me wrong Saf.
Sama macam awak, saya taknak ada apa-apa spekulasi di tempat kerja. Nanti masa
majlis kita, barulah saya akan bagitau semua orang kat tempat kerja saya tu”
Panjang penjelasan yang diberikannya.
Aku
melepaskan keluhan berat.”Rayyan, sebelum terlambat, if you want to change
your mind, better do it now. Saya tak mahu mengikat awak dalam perkahwinan
yang awak sendiri tak rela. Tentang Rania. Awak tak perlu risau. Saya tetap
akan kerap menjenguk dia kat rumah awak as long as she needed me. Kalau
Mama dan Papa nak ke Mekah dan awak kena ‘terbang’, just leave Rania with me.
No problem” giliran aku pula meluah rasa.
Tajam
pandangannya pada aku. Aku mula dilanda resah. Apahal pulak mamat ni. Pandang
macam nak telan je.”I will still married you Miss Safiyyah Akina. There
is nothing that will change my mind.” Ketegasan dalam nada suaranya
membuatkan aku terkedu. Kami berpandangan sesama sendiri, kelu tanpa kata.
**********************************************************************
BAB:
17
Tinggal
sebulan lagi sebelum majlis perkahwinan aku dengan Rayyan berlangsung. Sampul
surat berwarna putih yang sudah lama berada ditangan, aku belek-belek lagi
untuk kesekian kalinya. Dalam kepala merangka sebaik-baik alasan yang bakal aku
berikan kepada Miss Lai sebentar lagi.
Hari ini, tepat pukul 8 pagi aku sudah ada di meja
kerjaku. Menunggu ketibaan Miss Lai yang selalunya sampai tepat pukul 8.15
pagi. Terasa lambat betul waktu berlalu. Jam di pergelangan tangan ku kerling.
Ada lagi 5 minit masa untuk aku menunggu. Hati mankin dilanda resah.
“Awal
kau sampai Saf” Suara Shahrul mematikan lamunanku. Aku memerhatikannya yang
sedang berjalan menuju kearahku. Senyuman seikhlas mungkin cuba ku lemparkan
padanya.
“Surat
apa tu?” Shahrul yang sudah menarik
kerusi di hadapanku bertanya.”Surat? Oooh … Ni? Hmmm … “ Teragap-gagap aku
menjawab.”Resignation letter” Akhirnya aku berterus terang. Kata-kata
tegas dari Rayyan beberapa hari yang lalu supaya aku berhenti kerja membuatkan
aku dalam keterpaksaan menaip surat ini malam tadi. Kalau sudah beberapa kali
dia mengarahkan aku meletak jawatan, aku rasa demi Rania, aku terpaksa juga
beralah dan berkorban.
“Apa???
Kau biar betul Saf!” Seperti yang kuduga, Shahrul menjerit terkejut.”Apa
bising-bising pagi-pagi ni?” Kedengaran suara teguran Miss Lai. Serentak
Shahrul bangun menghampiri Miss Lai yang baru sahaja menghampiri meja kerjanya
di sebelah aku.
“Baik
you nasihatkan sikit assistant you ni Miss Lai. Tiba-tiba, tak
ada angin, tak ada ribut, terus nak hantar surat resign” Kata-kata dari Shahrul
membuatkan mata Miss Lai yang agak sepet itu sedikit terbeliak. “Saf?”
Pandangannya tajam kearah aku.
“Yup.
Saya nak resign.” Surat yang sedari tadi kupegang kuhulurkan kepada Miss
Lai. “Tapi, kenapa?” Sampul surat putih sudah bertukar tangan. Perlahan-lahan
surat itu dikeluarkan dari sampulnya beserta dengan sekeping kad berwarna lilac
di dalamnya. Sekali lagi mata sepet itu terbeliak.
“You
nak kahwin?” Bait-bait perkataan di atas kad lilac yang berbau harum itu
dibacanya. Shahrul turut sama mengendeng.”Rayyan Iskandar???” Serentak mereka
bersuara dan memandang aku yang sudah tersengih serba tak kena.
“Kau
ni memang la Saf. Senyap-senyap je. Maknanya masa kita terserempak dengan
Rayyan kat 1Utama hari tu, kau dan dia dah bertunang la ye?” Laju Shahrul
bersuara “Aku dah agak dah! Cara dia pandang kau dan dengan muka kau yang asyik
blushing tu … Aku memang dah agak dah korang memang ada something
going on masa tu!” Dia menyambung sambil kembali duduk di hadapan
mejaku.
Miss
Lai yang kulihat masih agak terkejut itu cuba menenangkan diri dan melabuhkan
punggungnya di atas kerusi empuknya.” So, sekarang You sudah mahu
kahwin dengan orang kaya la kan? Takkan lah I mahu halang you
berhenti pulak” Kata-kata Miss Lai agak kedengaran sedih sahaja nadanya di
telingaku.
“Miss
Lai. Jangan lah cakap macamtu. Kalau ikutkan, memang saya nak terus berkerja.
Tapi … “ Aku tak dapat meneruskan kata-kata. Nanti kalau aku katakan yang aku
berhenti kerja atas permintaan Rayyan agar aku memberi sepenuh perhatian kepada
Rania, apa pula spekulasi yang bakal mereka bangkitkan pula lagi.
“Tapi,
buat apa kau nak susah-susah kerja kalau dah boleh duduk rumah goyang kaki kan?
Tiap bulan dalam akaun mesti ada saja duit yang masuk kan?” Shahrul membuat
kesimpulan sendiri. Aku mendengus kasar. Geram pula bila digambarkan
seolah-olah aku ni kebulur sangat dengan harta Tan Sri Rasydan itu.
“Kau
jangan cakap sembarangan boleh tak Erul! Kau ingat aku hadap sangat dengan
harta Tan Sri tu? Sebab tu la aku tak bagitau kau awal-awal! Suka sangat buat
tuduhan melulu!” Serentak dengan kata-kata aku yang berbaur kemarahan itu, aku
terus mencapai beg dan berlalu tanpa mengendahkan panggilan dari Shahrul dan
Miss Lai yang silih berganti melaungkan namaku.
Airmata
sudah mula merembes keluar. Kereta kupecut laju meninggalkan perkarangan
Greta’s Curtains. Perkahwinan ini sudah cukup menyeksakan aku. Kata-kata
Shahrul tadi sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa sedih dalam diriku. Begitu
mudah dia menyimpulkan kata-kata sebegitu. Tahukah dia, yang bakal suami aku
tidak sedikit pun menyintai aku? Aku ni hanya bayang-bayang arwah isterinya
sahaja. Wajahku sudah basah dengan airmata.
Kereta
kupandu tanpa arah. Tangisanku sudah mula reda. Telefon yang berbunyi melagukan
lagu ‘Kita’ tidak aku endahkan. Entah berapa banyak ‘miss call’ , sms
atau Whatsapp yang ditinggalkan, aku sudah tak peduli. Lebuhraya NKVE yang agak
kurang sesak terus aku telusuri.
“MUMMY!
Mummy!” Kedengaran suara Rania memanggil-manggil sebaik sahaja pintu rumah
kubuka malam itu. Aku sedikit terkesima tatkala tubuh Rania sudah mendakap
kemas bahagian bawah tubuhku. Aku menundukkan badan supaya tubuh kecil itu
dapat kudakap erat ke dalam pelukanku. Terasa hilang segala keresahan aku hari
ini. Rambutnya kubelai penuh kasih.
Tak
tahu berapa lama aku memeluk Rania di hadapan pintu sehingga tersedar yang ada
beberapa pasang mata sedang memerhati. Mata yang tadinya kupejamkan ku buka
perlahan. Kelihatan Rayyan, Umi dan Babah sedang berdiri di ruang tamu memerhatikan
gelagat kami.
“Dah
lama ke awak sampai?” Tangan Rania kupimpin dan dengan langkah perlahan
aku menghampiri mereka bertiga yang
masih memandang aku dengan pandangan yang menunjukkan riak kerisauan. Aku duduk
di atas sofa berhadapan dengan mereka bertiga dengan Rania kuletakkan ke
pangkuan.
“Awak
kemana? Tadi saya pergi ketempat kerja awak. Shahrul bagitau awak keluar sejak
pagi tak tahu kemana. Kami cuba call handphone awak, tapi tak berjawab”
Rayyan bersuara tenang. Dia turut duduk di atas sofa bersebelahan dengan Babah.
Wajah Umi kulihat paling risau ketika itu. Matanya menunjukkan seolah-olah dia
bertanya bagaimana keadaan aku ketika itu.
“Saya
ada kerja kat luar tadi. Telefon dalam kereta” Aku membuat alasan. “Satu hari
suntuk? Kenapa tak call balik?” Pertanyaan yang seterusnya dari Rayyan
kubiarkan sepi. Rania yang sedang ralit bermain dengan patung teddy bearnya
kuperhatikan.”Kamu berdua berbincanglah. Umi dan Babah nak naik ke atas” Umi
menyentuh dan meramas bahuku lembut sebelum dia dan Babah berlalu menaiki
tangga ke tingkat atas.
“Saf.
Masalah takkan selesai kalau awak lari darinya macam ni” Rayyan masih bersuara
tenang. Aku masih diam. Airmata yang sudah mula terbit, pantas aku kesat agar
tidak dilihat Rania. Aku menarik nafas dalam.
“Saya
ok. Jangan risau. Saya cuma nak tenangkan fikiran je. Sehari suntuk saya ada di
Masjid Shah Alam. Telefon saya silentkan dalam beg” Akhirnya aku
berterus terang. Memang hari ini aku sehari suntuk di Masjid. Cuba mencari
kekuatan dan ketenangan diri di rumah Allah itu. Mengaji Al-Quran sebanyak yang
boleh. Selesai sembahyang Isyak berjemaah baru lah aku bergerak pulang.
Kelihatan
Rayyan meraup muka dengan kedua belah tangan. Rania sudah beralih kepada posisi
berbaring dengan kepalanya diletakkan di atas riba aku.“Lain kali jangan buat
macam ni lagi. Risau semua orang dibuatnya. Saya pun risau Saf. Jangan kata
saya tak peduli” Lembut suara Rayyan seakan memujuk.
Aku
membelai rambut Rania yang semankin layu matanya itu. Kasihan Rania. Tak
tahulah dari pukul berapa dia ada di sini menunggu kepulanganku. Dia terlalu
kecil untuk aku sakiti. Aku perlu kuat demi kebahagiaan anak ini. Entah kenapa,
naluri aku kuat merasakan yang kebahagian Rania sudah menjadi sebahagian dari
tanggungjawabku.
“Saya
dah hantar surat resign” Entah perlu atau tidak, aku tetap
memberitahunya agar dia tahu permintaannya telah aku turuti. “Saya tahu.
Shahrul dah ceritakan segalanya pada saya tadi. Dia cakap apa yang dia luahkan
pada awak tadi sekadar gurauan. Dia pun terkejut dengan reaksi awak yang
tiba-tiba marah-marah dan terus keluar” Aku hanya tersenyum hambar mendengar
cerita Rayyan.
Shahrul,Shahrul.
Bergurau pada masa yang tak sesuai. Tak pasal kena sembur dengan aku. Nasib
baik kasut tak naik ke kepala. Aku sedikit kesal dengan reaksi aku yang
keterlaluan tadi. Sepatutnya aku lebih mengenali kawan aku yang seorang itu.
Suka menyakat dan bergurau walaupun kadang kala agak keterlaluan.
Rania
yang sudah terlena kupandang dengan senyuman.” Dari pukul berapa awak kat sini?
Bila awak balik dari London? Mama tak ikut sekali?” Bertubi-tubi soalan
kutujukan padanya yang nampak santai berseluar jeans biru dengan baju tshirt
putih berkolar bulat. Dia menyunggingkan senyuman.”Dari lepas zohor. Rania
teringin sangat nak jumpa Mummynya. Awak dah lama tak jenguk dia” Badannya
disandarkan ke sofa sambil berpeluk tubuh.
Aku
tersenyum mendengar hanya satu soalan aku dijawabnya.”Saya sibuk. Banyak kerja
yang saya kena handover kat orang lain. Saya kan nak resign” Aku
mengingatkannya kembali kepada perletakan jawatan aku padanya.
“Bila
awak balik KL?” Lagi sekali aku mengutarakan soalan yang sama.”Malam tadi”
Ringkas jawapannya.”Dah lewat ni. Rasanya elok kami balik dulu” Dia bangun dan
menghampiri aku dan Rania. Tak tahu kenapa, debar dihatiku sudah tak sehebat
dulu bila berada hampir dengannya. Mungkin kerana kata-katanya sebelum ini yang
mengatakan dia belum mampu melupai arwah isterinya menyebabkan perasaan suka
aku padanya menjadi agak suram.
Rania
sudah berada dalam dakapan Ayahnya. Selesa saja aku lihat dia lena di atas bahu
sasa Rayyan. Aku menghantar mereka sehingga ke muka pintu.”Kirim salam dengan
Mama dan Papa” Pesanku sebelum Rayyan berlalu ke kereta Audi T9 nya. Rayyan
melontarkan pandangan padaku yang tak dapat aku tafsirkan maksud disebaliknya
sebelum kereta memecut laju.