Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Monday, December 16, 2013

KISAH KAMI : BAB 7 & BAB: 8

BAB: 7
 
Cincin dijari manis masih leka aku telek dan belek. Terasa bagai mimpi semua yang telah berlaku semalam. Keluhan berat aku lepaskan.

“Saf. Tunggu apa lagi tu? Dah pukul berapa ni? You kan ada appointment dengan Puan Sri Maria pukul 10.30 ni” Panggilan Miss Lai dari ruang hadapan bilik pameran Greta's Curtain itu menyentapkan lamunanku. Kelam kabut aku mencapai beg silangku sebaik saja tersedar yang jam sudah menunjukkan ke pukul 9.45 pagi.

“Ok Miss Lai. Jom” Aku yang sudah sedia dengan beg kusilangkan ke tubuh dan fail kujinjing menarik pintu kaca utama bersedia untuk keluar.”I rasa you kena pergi sendiri la Saf. I ada customer nak datang pukul 11 ni. Lagipun Kisya dengan Alam kan cuti hari ni. Nanti tinggal si Shahrul tu sorang-sorang” Kata-kata Miss Lai mengundang rasa yang tidak enak dalam hati aku.

“Alaaa Miss Lai. Nanti kalau saya tersilap bagi penerangan macamana?” Berkerut dahiku sehingga keningku hampir bercantum.Pintu kaca kembali kukatupkan. “Silap apa pulak. Kan hari tu I dah go through. I percaya you boleh la Saf. Dah. Cepat pergi. Sudah pukul berapa ni? Nanti lewat, marah pulak Puan Sri tu” Tubuhku ditolak keluar. “Good Luck ya” Aku mencebik kearahnya sebelum langkah kuatur lambat kearah kereta Myviku.

Nasib  menyebelahiku hari ini kerana jalan tidak terlalu sesak. Lagi 5 minit ke pukul 10.30, keretaku sudah diparkirkan di perkarangan banglo Puan Sri yang luasnya lebih 3 kali ganda dari rumah Umi dan Babah.

Belum sempat pintu keretaku tutup, kelihatan Rania berlari-lari anak menuju kearahku. “Nenek ada ke Rania?” Anak kecil itu kutanya mesra. Seakan tak percaya yang kanak-kanak comel ini bakal menjadi anak tiriku.

“Ada. Atuk dengan Daddy yang tak ada” Entah kenapa, jawapan akhirnya membuatkan aku sedikit lega. Sekurang-kurangnya tidak lah aku perlu rasa tidak selesa semasa perbincangan ini berlangsung nanti.

“Eh Saf. Masuklah. Buat apa dok layan si Rania kat luar tu” Puan Sri Maria yang baru muncul dimuka pintu, membantutkan perbualan aku dengan Rania yang kecoh bercerita itu dan ini denganku.

“Assalammualaikum Puan Sri” Segera tangannya kusalami.”Waalaikummussalam. Eh. Apa panggil Puan Sri pulak. Saf kenalah start belajar panggil Mama” Aduh! Hampir gugur jantungku dibuatnya. Nasib baik juga Miss Lai tidak ikut sekali. Jika tidak, tak tahu lah apa yang akan terjadi.

“Meh lah masuk. Bibik pun dah siap sediakan air dan kuih tu” Puan Sri mencapai tanganku dan dipimpin masuk ke dalam rumah. Tangan kananku pula masih mengenggam tangan Rania.

Memandangkan sebutharga sudah diketahui sebelum ini. Penerangan aku pada Puan Sri pagi itu hanya berkisarkan design langsir yang telah dipilih dan juga fabrik yang telah dipersetujui sebelum ini.

Tak sampai 2 jam, segala-galanya telah selesai dan cek tertulis RM15,000.00 sudah bertukar tangan. Tak sangka semudah itu Puan Sri Maria menyerahkan duit deposit 50% yang aku minta. Mungkin sebab aku bakal menantunya kot. Aku mengagak sendiri.

“Si Rayyan takda kat rumah. Dia fly ke London 2 minggu ni” Tanpa dipinta Puan Sri Maria memberitahu. Hampir tersembur air sirap selasih yang baruku hirup itu. Aku tersenyum memandangnya.

Fly lagi? Ingin saja mulutku ini bertanya apa sebenarnya pekerjaan bakal suamiku itu. Tapi, dek kerana perasaan malu yang menebal, segalanya kupendamkan saja. Biarlah. Kalau tiba masanya nanti, pasti akan kuketahui juga.

Selesai menikmati hidangan makan tengahari bersama Puan Sri Maria dan Rania serta menunaikan solat zuhur bersama, aku kembali semula ke Greta’s Curtain.

So, macamana?” Pertanyaan pertama yang diajukan oleh Miss Lai sebaik mukaku terpacul di muka pintu. Aku tersengih sambil menyerahkan cek deposit pembayaran dari Puan Sri Maria kepada Wani untuk dikey in masuk ke dalam sistem.

“Wah. Hebat you! Pandai ambil duit dari customer dah sekarang” Bahuku dirangkul erat. Memang lah pandai. Dah aku ni bakal menantu dia. Aku tersenyum dengan hati yang berbicara sendiri.



BAB: 8

“Umi, Iyah kan muda lagi. Kenapa tiba-tiba je Umi dengan Babah buat keputusan macam ni?” Dengan nada selembut mungkin, aku cuba mencari kepastian dari Umi dah Babah ketika kami sama-sama menonton tv malam itu.

Babah mencapai remote tv dan punat Off ditekan. Seluruh perhatiannya diberikan kepadaku. Redup pandangan Babah padaku. Pandangannya silih berganti antara aku dan Umi.” Iyah” Namaku disebut lembut.

“Kami dah lama kenal dengan keluarga Tan Sri tu. Mereka adalah sahabat lama kami. Cuma kami dah lama terpisah. Semenjak Abang Asyraf kamu tu uruskan projek dengan syarikat Tan Sri Rasydan baru kami berhubung semula. Itupun sebab masa mereka berurusan, Babah kebetulan ada urusan di Putrajaya dan singgah ke office Abang Asyraf kamu sebab nak ajak dia makan tengahari. “ Panjang lebar Babah memulakan cerita.

Aku memandang Umi dan Umi membalas pandanganku dengan pandangan kasih seorang ibu.”Selepas kita jumpa mereka di majlis harijadi Hakimi hari tu, dan setelah mendapat tahu Saf ni anak kami, Puan Sri Maria memberitahu hajat mereka pada kami” Umi menyambung cerita Babah. Keningku berkerut.

“Tan Sri dan Puan Sri dah lama berhajat untuk menunaikan haji. Mereka bercadang nak pergi dari tahun lepas, tapi tiba-tiba Mummy si Rania meninggal kerana kemalangan sewaktu ketempat kerja. Jadi hasrat mereka terpaksa ditangguhkan. Mereka tak senang hati nak tinggalkan Rayyan dengan Rania berdua sahaja di sini. Lagi-lagi si Rayyan tu Pilot. Selalu outstation. Kesian si Rania” Penjelasan dari Babah menjawab persoalan mengenai pekerjaan bakal suami aku itu.

“Jadi, memandangkan si Rania tu nampak mesra sangat dengan Iyah sejak dari hari pertama kenal, mereka terus ambil keputusan agar Rayyan dan Iyah disatukan. Lagipun, Iyah memang belum ada pilihan hati kan?” Tangan kanan Umi sudah berada dipipiku, mengusap lembut.

Aku menggelengkan kepala. Macamana la aku nak ada pilihan hati kalau hati belum bersedia. Bukan tak ada yang cuba-cuba ‘cucuk jarum’ semasa di Universiti dulu. Tetapi, kepada mereka semua aku katakan yang aku belum bersedia untuk bercinta. Sehingga sekarang pun aku sebenarnya masih belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki. Tapi dalam keadaan sekarang, nampaknya aku memang tak diberikan dengan pilihan lain.

“Iyah tau tak? Puan Sri cakap yang Rania tu dah lama tak bercakap lebih dari 10 perkataan sehari semenjak Mummy dia meninggal dunia. Tapi semenjak kenal dengan Iyah, Rania dah kembali macam dulu” Kata-kata Umi serba sedikit menyentuh hati aku.

“Tapi, Rayyan mesti dah ada pilihan sendiri kan? Lagipun dia kan pilot Umi. Ramai lagi perempuan-perempuan yang lagi cantik kat luar sana tu. Iyah taknak dia terima Iyah sebab terpaksa” Aku cuba mempergunakan nama Rayyan dengan harapan keputusan untuk menjodohkan kami dapat dipertimbangkan semula.

“Iyah sayang. Semenjak arwah isterinya meninggal, Puan Sri kata, semua perempuan yang cuba dijodohkan dengannya sebelum ni, mentah-mentah ditolaknya. Tapi, bila Puan Sri dan Tan Sri cadangkan Iyah sebagai isterinya, Rayyan terus setuju” Umi sudah ada jawapan bagi persoalan aku tadi.

Tiba-tiba kata-kata Rayyan mengenai Rania yang memilih aku, bukan dia, terngiang-ngiang ditelingaku. Kalaulah Umi dan Babah tahu yang sebenarnya Rayyan menerima aku kerana Rania, tak tahulah macamana penerimaan mereka nanti.

“Kalau itu yang Umi dengan Babah rasakan baik untuk Iyah, Iyah ikut je la” Akhirnya aku terpaksa akur dengan dengan keputusan mereka. Ini bermaksud dalam tahun ini juga aku akan bakal menjadi isteri orang. Huh! Terasa sesak nafasku bila memikirkannya.

HARI Jumaat,  selang seminggu selepas perbualan aku dengan Umi dan Babah, setelah dipersetujui oleh keduabelah pihak, rombongan meminang datang ke rumahku tepat jam 3 petang, selepas selesai kaum Adam menunaikan solat Jumaat. Ini kerana, Jumaat memang merupakan hari cutiku.

Lagipula aku tidak mahu mengundang syak kepada mereka di tempat kerja lebih-lebih lagi Miss Lai sekiranya aku terlalu kerap meminta cuti pada hari minggu.

Tetamu yang datang hanya terdiri daripada saudara mara terdekat. Ini juga atas permintaan aku. Aku inginkan majlis pertunangan yang sederhana. Tan Sri dan Puan Sri pada awalnya membantah tetapi bila aku berjanji yang majlis perkahwinanku nanti mereka boleh buat secara besar-besaran, barulah permintaan aku dituruti.

Wajahku yang disolek ringkas kutatap dicermin. Selesai disolek, Kak Ita, Mak Andam yang memang terkenal di kawasan kediaman aku itu memuji dengan mengatakan yang wajah aku iras pelakon Lisa Surihani versi melayu tulen. Sebabnya, hidung aku tak semancung isteri kepada Pelakon/Penyanyi/Pengarah Yusry itu. Tergelak aku mendengarkannya.

Baju kebaya moden yang dilapisi kain lace perancis berwarna krim yang dihadiahkan oleh Puan Sri maria terletak elok dibadanku. Memang sedang elok saiznya. Tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Kainnya juga amat selesa dipakai. Mesti mahal ni. Telahku dalam hati. Kak Ita membetulkan tiara comel yang dipinkan bersama dengan selendang lace ke tudung bawal yang aku pakai.

“Bakal pengantin dah siap ke?” Kak Dina yang sedang mengendong Hakimi mengintai dari celah pintu bilik yang terkuak sedikit. “Cantiknye adik akak ni” Sedikit terlopong mulut Kak Dina melihat wajah aku yang telah siap didandan. Hakimi yang baru diletakkan ke bawah dan baru belajar bertatih melangkah setapak demi setapak kearahku.

“Yeaayyy … Kimi dah pandai jalan” Aku mengangkat Hakimi dan menimang-nimangnya sehingga anak comel itu ketawa terkekeh-kekeh.”Eh, habisla air liur dia meleleh kebaju kamu nanti Iyah” Pantas Kak Dina mengambil Hakimi daripada aku.  Dia masih lagi ketawa dalam gendongan Ibunya.

Sedang kami rancak bersembang ketukan dipintu bilik membuatkan kami sama-sama terdiam.

“Mak  pengantin lelaki nak masuk sarungkan cincin ni” Kedengaran suara Pak Long Hamdan, Abang sulung Babah menjerit dari luar.

Tak lama selepas itu, segala-galanya berlalu seperti dalam drama dan filem-filem melayu yang biasa aku tonton. Bakal Ibu Mertua menyarungkan cincin dijari manis bakal menantu diikuti dengan kucupan dikedua belah pipi dan dahi. Pancaran flash kamera sambung-menyambung tak henti-henti.

Mulut aku sampai naik lenguh sebab kena senyum memanjang. Yela.Kalau tak nanti gambar aku tak comel pula.

Sesi terakhir adalah bergambar dengan tunang aku. Errkkk !! Dah bertunang ke aku ni? Rasa tak percaya je. Rasa macam nak cubit-cubit pipi sendiri.

Kenapalah aku nampak dia terlalu kacak saat ini. Walhal, ringkas saja pakaiannya.  Tapi, dengan jeans Armani hitam dan tshirt polo berbelang hitam dan putih sudah cukup untuk menjadikan dia lelaki yang paling kacak pernah aku jumpa. Lagi-lagi bila dia tersenyum dan menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Wangian Ralph Lauren yang dipakainya membuatkan jantung aku berdegup kencang ketika dia berdiri betul-betul di sebelah aku dan tangannya memaut bahuku erat.

Ibubapa dan sanak saudara terdekat mengambil giliran untuk bergambar dengan kami. Nama saja bertunang. Tapi, aku rasa macam dah macam majlis kahwin pula. Tak tahu la majlis kahwinku nanti macamana pula meriahnya. Akhir sekali, kami mengambil gambar bersama Rania. Kanak-kanak perempuan yang aku rasa paling comel saat itu. Apatah lagi dengan gaun warna peach yang dipakainya dan dengan rambut yang diikat dengan riben.Sooooo cute!

No comments:

Post a Comment