SETELAH seminggu berpenat lelah
mengharungi hari-hari ditempat kerja dengan penuh kesabaran dan ketekunan,
akhirnya tiba juga hari minggu yang dinanti-nantikan Ammara.
“Ikut suka
kaulah. Aku cuma taknak kau tu berputih mata. Kecundang sebelum mencuba.
Sekurang-kurangnya, kalau dia tolak kau pun, takdelah kau asyik menjeruk rasa
tiap kali ada student freshies dok
mengendeng dengan dia” Amy masih dengan cadangannya. Dia hanya mahu yang
terbaik untuk sahabat baiknya itu. Walaupun bercermin mata, gigi berpagar besi
dan badan sedikit berisi, Ammara dimatanya masih lagi seorang gadis manis yang
gemar membuat orang disekelilingnya tersenyum. Walaupun agak cengeng, namun
Ammara berhati keras. Apa saja yang dihajati, pasti akan diusahakan selagi
termampu.
Namun,
apabila ia melibatkan jejaka bernama Fath Iqbal, dia tak tahu kenapa Ammara
begitu takut untuk mencuba nasib. Walhal, lelaki itu merupakan salah seorang
yang paling akrab dengan Ammara di kampus itu.
Masuk
tahun kedua pengajiannya di UiTM, Ammara nekad. Cadangan dari Amy tahun lalu
perlu diusahakan. Mana tahu, untung nasibnya dapat memiliki Fath sebagai teman
lelaki. Lagi-lagi apabila memikirkan keakraban hubungannya dengan Fath yang
serba sedikit dapat meniupkan semangatnya untuk meluah rasa.
Langkah
pertama, mengirim surat cinta. Agak old
school untuk dipraktikkan dalam zaman millennium. Tapi, itu cara yang
dipilih Ammara kerana baginya, kata-kata yang ditulis dari titik peluhnya lebih
bermakna dari email, whatapps atau apa saja teknologi moden yang seangkatan dengannya.
Walau bukan pelajar jurusan sastera, Ammara berusaha
untuk mengarang surat cinta yang paling
romantik. Siap dengan sisipan lagu Count On Me dari Bruno Mars dihadiahkan buat
jejaka yang diidam.
If you ever find yourself stuck in the middle of
the sea
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
If you toss and you turn and you just can’t fall
asleep
I’ll sing a song beside you
I’ll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah
You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye
I’ll never let go, never say goodbye
You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me ’cause I can count on you
Seperti
kebiasaannya, Ammara dan Amy akan menghabiskan masa berbincang mengenai tesis
yang perlu disiapkan sebelum memulakan sesi kuliah yang seterusnya untuk hari
itu.
Tersentak
dengan timbunan surat yang dicampakkan di hadapannya, Ammara mendonggakkan
kepalanya perlahan-lahan untuk melihat siapa empunya suara yang bergema
menyebabkan semua yang ada di situ memandang kearah mereka.
Bulat mata
Ammara apabila melihat Fath dan beberapa rakannya yang lain berdiri di
hadapannya dan Amy dengan muka angkuh.
“Engkau ni
memang jenis tak tahu malu kan??” Jari telunjuk Fath menunjuk tepat kearah muka
Ammara dengan raut wajah yang merah padam. Ammara terkedu. Dapat dirasakan yang
semua darah yang ada dimukanya berduyun turun ke kaki. Pucat lesi rasanya
mukanya saat ini.
“Kau ingat
bila aku baik dengan kau, kau ada harapan nak pikat aku? Heeeiii … cerminlah diri kau tu dulu! Atau kau nak aku
belikan cermin yang lebih besar untuk kau?? Eh, kau ambik balik semua sampah-sarap
kau ni dan aku rasa baik kau tanam je la lepas ni sebab aku rasa tak ada orang
yang sanggup simpan sampah kau ni! Buat malu je! So, aku nak nasihatkan kau, lain kali, kalau nak bagi lagi sampah
macamni kat aku, cuba belajar cermin diri tu dulu sebelum kau dapat malu besar!
Kau kena ingat ye. Enggang takkan sama sekali dapat terbang dengan pipit.
Sedarlah diri tu sikit! ” Dahinya ditunjal kasar sebelum Fath berlalu dengan
rakan-rakannya yang melemparkan senyuman sinis kearah Ammara.
“Kurang
ajar betul!” Amy mendengus geram setelah Fath and the gang berlalu agak jauh meninggalkan mereka. Ammara yang
sudah merembeskan airmata diusap-usap bahunya.
“Sabar
Ara, sabar. Manusia macam tu memang tak layak dapat kasih sayang kau. Your are too good for him” Amy semankin
panik apabila tangisan dan sedu-sedan Ammara bertambah kritikal.
Hujan yang
semankin lebat ketika itu mengambarkan betapa hancur luluhnya hati Ammara.
Langsung tidak diduga Fath akan menyerang dan menjatuhkan maruahnya sebegitu
teruk.
Tapi,
bagaimana Fath tahu bahawa dialah yang menulis semua surat-surat tu?? Siapa
yang memberitahunya? Setahunya, tiada siapa yang tahu mengenai surat-surat itu
walau Amy sekalipun. Ah! Itu semua tak penting! Apa yang pasti hatinya sudah
tercalar pedih dan hari itu Ammara
berikrar pada diri sendiri yang dia takkan semudah itu lagi untuk tunduk kepada
makhluk bernama LELAKI!!