“Oh
Inca Medina,
orang
tak serupa nama,
Nama
cantik tapi orang entah macam apa”
Pagi-pagi
buta telinga aku dah bingit dengan lontaran suara sumbang-mambang si Fawwaz dan
Muaz. Memang padanlah aku panggil ‘The
Frog Duo’. Asal jumpa aku, ada saja lagu gubahan sendiri yang
dinyanyikannya untukku. Kalau liriknya sedap dengan irama mendayu-dayu tak
apalah juga. Ini tak. Sudahlah liriknya menyakitkan hati. Iramanya pula
menyakitkan telinga. Huh!!
“Alamak
Waz! Muka dia dah jadi hijaulah! Sikit masa lagi nak tukar jadi Hulk kot tu” kali ini suara Muaz pula
menampar gegendang telinga aku. Memang nak makan selipar budak pendek ni!
Sudahlah pendek, hitam pula tu. Hati aku dah mula mengutuk-ngutuk geram.
“Sabar
Inca. Tak payah layan sangat diaorang tu” lembut saja suara Nisa, kawan baikku
memujuk. Bahuku dielusnya perlahan-lahan. Mungkin dia sudah gerun apabila
melihat aku sudah mula singsing lengan baju sekolah sampai ke siku. Bila-bila
masa saja penumbukku akan melayang mengena mangsanya. Bukan dia tidak pernah melihat
aku bertinju ala-ala Mike Tyson. Sebab itulah dia sudah tayang muka cuaknya.
“Aku
pelik la Muaz. Si Nisa ni punyalah lemah-lembut. Macamana la dia boleh kawan
dengan Singa Betina sekor ni ha?”
Kecik
besar, kecik besar je aku tengok si Fawwaz dengan Muaz yang seronok
mentertawakan aku. Siap tekan-tekan perut lagi tu. Macam kelakar sangatlah ayat
yang keluar dari mulut si Fawwaz tu. Menyakitkan hati betul lah!!
KRIIIIIINNNGGGGG!!!!!
“Err
… Inca. Loceng dah bunyi tu. Jomlah kita masuk kelas” baru saja aku hendak
melangkah kearah Muaz dan Fawwaz, lenganku sudah ditarik-tarik oleh Nisa untuk
berlalu dari situ.
Mujur
loceng sekolah sudah berbunyi. Kalau tak, memang budak berdua tu aku kerjakan cukup-cukup. Biar bertelur kepala
masing-masing. Selama ni aku dok diam je diaorang ingat aku takut ke? Ini Inca
Medina la! Anak Komando tau! Memang cari nahas la siapa yang berani cari pasal!
****
ARRGGGHHHHH!!!!
Geramnya rasa! Time-time macam ni la
motor ni nak buat hal tau! Dahlah kiri kanan jalan memanjang hutan saja. Tapi,
salah aku juga. Lepas hantar Nisa tadi, gatal sangat nak lalu jalan short cut. Tengok-tengok, langsung tak
kemana.
Aku
ni harapkan perangai je macam laki. Tapi, kemahiran nak membaik pulih motor
memang tak ada langsung! Mankin parah motor ni aku kerjakan adalah.
Tangki
minyak aku goncang-goncang. Penuh. Masuk kali ni dah dekat 10 kali tangki tu
aku buka dan tutup. Starter motor tak
payah nak cakap la. Bukan yang auto je aku tekan sampai lebam, starter manual pun naik lenguh aku
henjut. Masih hampeh! Bunyi meletup-letup macam gajah kentut. Gaya nak hidup
enjinnya memang tak ada lah. Huh!
Tengah
sibuk menyumpah seranah motor yang tak berdosa itu, sayup-sayup telinga aku
dapat menangkap deruan bunyi motor. Dalam hati dah rasa lega. Aku tak peduli
siapa pun lah yang lalu. Akan aku tahan untuk meminta bantuan.
Semankin
mendekat bunyi motor, semankin hilang senyuman aku. Sebuah motor yang
ditunggang oleh 3 orang makhluk Tuhan membuatkan aku rasa tak sedap hati. Dalam
hati mula berdoa agar mereka hanya melintas saja tanpa mempedulikan aku yang
tercongok di tepi jalan tanah merah itu.
Tapi,
alangkah hampanya aku apabila motor sudah diberhentikan di sebelahku sambil
mereka bertiga melemparkan senyuman miang sambil tayang gigi berkarat pada aku
yang sudah mula rasa cuak.
“Ngapain
ini Non? Sepeda motornya ngak bisa hidup ya?”
Meremang
bulu roma dibuatnya apabila salah seorang Mamat Indon itu bersuara sambil
bangun dan perlahan-lahan menghampiriku. Tambah membuatkan aku gerun apabila
mata masing-masing asyik memerhatikan aku tak berkedip dari hujung tudung
sampai hujung kasut.
“Err
… Tak la. Sa … Saya tunggu kawan” tergagap-gagap aku menjawab. Melihat tubuh
mereka yang dua tiga kali ganda lebih besar dari aku membuakan segala
keberanian aku selama ini hilang begitu saja.
Kedengaran
dua mamat Indon yang masih bertenggek di atas motor berbisik sesama sendiri
sebelum ketawa. Bunyi macam nada mengejek. Mamat yang memandu mengatakan
sesuatu pada yang mendekati aku dalam bahasa yang tak dapat aku fahami sebelum
ketawa meletus diantara mereka bertiga.
Naik
kecut perutku apabila mereka bertiga sudah sama-sama melangkah menghampiriku.
“Hei!
Kamu hendak buat apa ni ha? Jangan datang dekat! Nanti saya menjerit!” Aku
sudah mengundur ke belakang. Ketiga-tiga mamat Indon itu semankin dekat sambil
tersenyum lebar.
“Tolon
… Ummppphhh “ belum sempat aku menjerit kedua belah tanganku sudah dipegang
kuat sambil salah seorang dari mereka menekup mulutku. Mereka bertiga dengan
mudah mengangkat tubuhku menuju ke hutan belukar di sebelah kiri jalan. Aku
meronta-ronta kuat. Tapi, apalah sangat kudrat dari tubuh kecilku jika hendak
dibandingkan dengan tenaga dari tiga orang lelaki yang bertubuh sasa itu.
Airmata sudah mencurah-curah keluar tanpa dapat dibendung lagi.
Tubuhku
sudah dibaringkan di atas tanah dengan dua mamat Indon itu menekan bahuku
supaya aku tak boleh bangun. Kakiku sudah hebat menendang-nendang kearah
seorang lagi mamat Indon yang sudah siap membuka seluarnya.
Ya
Allah! Tolonglah selamatkan hambaMu yang lemah ini!!
“Jangan
nangis Nona cantik.” Tangan kasar itu memegang kakiku yang galak menendang dan
salah seorang yang menekan bahuku ke tanah, merentap kasar tudung yang aku
pakai sambil diiringi ketawa yang terhambur dari mereka bertiga. Baju kurung sekolah
yang aku pakai turut sama direntap menampakkan sebahagian dari tubuhku. Airmata
semankin deras.
Apabila
rontaanku sudah tidak seliar tadi, pegangan tangan di kedua belah kakiku
dilonggarkan. Tanpa menunggu lama. Lelaki yang berdiri betul-betul di atasku
itu aku hadiahkan penendang di celah kelangkangnya menyebabkan dia menyeringai
kesakitan. Serentak dengan itu aku menjerit sekuat hati.
“Brengsek!!!!”
Serentak dengan sergahan itu, sebuah tamparan deras mengenai pipiku membuatkan
pandangan aku terus berpinar-pinar sebelum semuanya menjadi gelap.
***
KEPALA
terasa berat. Aku cuba membuka mata tetapi apabila terasa ada panahan cahaya
yang menyakitkan menusuk pandangan, aku memejamkan mata semula. Terasa hangat
selimut yang menutupi tubuhku hingga ke dada.
“Inca
… Anak Ibu. Inca dah sedar sayang?” terasa jemariku digenggam erat dan dicium
bertalu-talu. Aku paksa juga mata agar terbuka.
“Ibu
….” Terasa kering tekak tatkala mulut kubuka. Aku cuba bangkit dari pembaringan
namun gagal. Rasa sakit menjalar keserata tubuh.
“Shuuuu
… Inca jangan banyak bergerak. Inca kena rehat” wajah Ibu yang sudah basah
dengan airmata aku tatap lemah.
Apa
yang sudah terjadi sebenarnya? Kenapa aku berada di sini dengan tangan tercucuk
salur yang mengalurkan cecair ketubuhku? Aku bingung sendiri.Aku tak ingat apa
yang terjadi. Betul! Aku tak ingat.
“Ke
… Kenapa Inca ada kat sini Bu? Apa yang dah jadi sebenarnya ni?” Lemah lontaran
pertanyaanku pada Ibu.
“Kawan
Inca jumpa Inca dalam belukar sayang. Inca pengsan tak sedarkan diri” kepalaku
yang tersalut tudung dielus lembut oleh Ibu.
Pengsan?
Dalam belukar?Eh, motor … Ya! Motor aku rosak dan … Tidak!!!!! Apa yang
syaitan-syaitan tu dah buat pada aku????
“Ibu
… Inca … Apa … Apa yang dah jadi kat Inca Bu???” Suaraku sudah mula serak. Tak
terbayang macamana kehidupanku selepas ini andai apa yang aku fikirkan
benar-benar terjadi. Aku cuba bangkit. Segala kesakitan aku tahan. Kedua belah
lengan Ibu sudah kucengkam kuat.
“Inca
… Bawa istighfar sayang … Inca pengsan. Kawan Inca kata, masa dia lalu kat
jalan yang motor Inca rosak tu, dia dengar suara orang menjerit. Nasib baik dia
sampai cepat sayang. Kalau tak … Tak tahulah apa nasib anak Ibu ni” Ibu mula
menangis lagi. Aku memejamkan mata. Airmata turut sama mengalir. Ya Allah!
Syukur Alhamdulillah!! Kau masih sayangkan hambaMU yang berdosa ini.
Mengongoi-ngogoi aku menangis dalam kesyukuran. Ibu sudah merangkul aku dalam
pelukannya, erat.
***
Sudah
sebulan kejadian hitam itu berlaku. Namun, sehingga sekarang, aku masih tidak tahu
siapa dia hero yang telah
menyelamatkanku. Bila ku tanya Ibu, jawabnya, dia tidak tahu kerana
sejurus selepas memasukkan aku ke dalam hospital dan memberitahu Ibu dan Babah,
budak lelaki itu terus menghilangkan diri. Hurmmm .. Dah macam Superman la pula aku rasa dia ni. Tetiba
rasa macam dalam hati penuh taman berbunga ros. Ceh! Poyo!
Teman-teman
sekolah tidak tahu kejadian malang yang menimpa diriku itu. Malah, Nisa pun tidak
kuberitahu. Aku tak mahu simpati dari sesiapa. Biarlah segala-galanya berjalan
seperti biasa. Ketiga-tiga lelaki Indon yang nyaris merogolku pun sudah
ditangkap. Dengar cerita dari Babah, teruk mereka beriga dikerjakan oleh wira
yang menyelamatkanku itu. Habis bersepailah gigi-gigi karat mereka dibuatnya.
Puas hati aku mendengarkannya. Padan muka! Sepatutnya mereka tu semua layak
diberi hukuman yang lebih setimpal. Kalau ikutkan, nak saja aku kasi potong anu
masing-masing! Biar tahu nak fikir guna akal sikit! Huh!
Semenjak
peristiwa itu juga, Babah dan Ibu telah menggalas satu tanggungjawab baru iaitu
menghantar dan menjemputku dari sekolah secara bergilir memandangkan Babah
kerja tak tentu masa dan hari. Maklumlah. Akulah satu-satunya anak Ibu dan
Babah. Kalau jadi lagi macam-macam kat aku, mahu keluar amukan Komando Babah
dan mahu meroyan Ibu dibuatnya.
“Inca.
Rehat nanti awak makan dengan Hani ye. Saya ada hal sikit kat library” pagi itu, sewaktu Cikgu Badrul
sedang mengajar matapelajaran Matematik Tambahan, Nisa yang duduk di sebelah
berbisik.
Aku
hanya menganggukkan kepala. Rasa pelik pula dengan kawan baikku sorang ni.
Sudah seminggu rasanya dia sering menghabiskan masa di perpustakaan pada waktu
rehat. Aku sedia maklum yang dia memang Pustakawan. Tapi, takkanlah waktu rehat
pun ada kerja kot? Aku musykil tapi malas hendak bertanya.
Tengahari
itu, seperti kebiasaannya dalam minggu ini, aku keluar rehat dengan Hani, budak
nerd yang aku suka sakat tapi masih
mampu bertahan denganku. Nisa, tepat jam
10 dia sudah terkocoh-kocoh ke Perpustakaan,
“Inca.
Jom temankan aku pergi Library. Aku
nak cari buku untuk rujukan homework Add
Math yang Cikgu Badrul bagi tadi la” selesai mengadap hidangan mee goreng
dan air sirap, Hani mengajak. Aku hanya menurut. Bolehlah juga aku ganggu
ketenteraman si Nisa buat kerja nanti. Fikirku.
Sampai
di Perpustakaan, Hani terus menuju ke rak buku yang mengandungi buku rujukan
yang dicarinya manakala aku pula melilau mencari kelibat Nisa. Puas meregangkan
urat leher tapi bayang Nisa pun langsung aku tak nampak. Malas hendak membuat
pusingan tawaf dalam Perpustakaan yang boleh tahan luasnya itu, aku segera
menuju ke meja Pustakawan dimana aku ternampak Aril, budak Tingkatan 5 Mawar
sedang sibuk melekatkan sesuatu di belakang buku yang bertimbun di hadapannya.
“Uit
Ril. Kau ada nampak Nisa tak? Tadi dia cakap dengan aku dia ada kat sini. Tapi
naik lenguh leher aku cari tak jumpa pun” bahu Aril yang bercermin mata tebal
itu kucuit perlahan.
Aril
melilau memandang kesekeliling kami. Cermin matanya yang melorot dibetulkan.
“Tadi
aku nampak dia pergi kat balik rak G tu. Cuba kau tengok kat sana” Aril
menunjuk ke arah rak buku yang berlabel huruf G tidak jauh dari kami.
“Ok.
Thanks” aku hadiahkan Aril senyuman
sebelum berlalu ke rak yang ditunjukkannya.
Semankin
menghampiri rak G, telinga aku segera menangkap bunyi tawa halus Nisa. Memang
aku kenal benar suaranya dan aku yakin memang itu suara ketawa si Nisa.
Walaupun bunyi macam dikepit-kepit.
Aku
menjengukkan sedikit kepala dari sebalik rak untuk mengintai dengan siapa Nisa
berbicara dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat kawan baikku itu sedang
seronok bertepuk-tampar dengan Fawwaz. Mulut yang melopong segeraku tutup
dengan tangan.
Biar
betul si Nisa ni? Kot ye pun nak bercinta, takkanlah dengan Fawwaz kot? Dia tak
tahu ke yang Fawwaz tu musuh ketat aku? Owh … Patutlah selama ni kalau The Frog Duo tu dok mengacau aku, si
Nisa beriya-iya jadi peacemaker.
Rupanya, dia takut boyfriendnya tu
patah riuk aku kerjakan. Heh!
“Ehem!
Ehem!” Sengaja aku berdehem kuat-kuat. Mengelabah di Nisa dengan Fawwaz dibuatnya.
Rasa nak ketawa pun ada bila tengok muka masing-masing macam kera kena tangkap
curi pisang. Serius lawak.
“Owh
… Ini rupanya hal yang buat awak sibuk sekarang ni ye … Isk,isk,isk. Nisa, Nisa.
Kenapalah awak tak kabo kat saya yang
awak couple dengan mamat TFD ni” aku
berjalan mengelilingi mereka berdua gaya Cikgu disiplin nak periksa barisan
murid. Muka aku buat-buat serius. Aku sengaja nak tengok reaksi Nisa dan
Fawwaz.
“Err
.. Inca … Saya memang nak bagitau awak. Tapi …”tergagap-gagap Nisa menjawab.
Tahu cuak. Senyuman yang hampir terlepas berjaya aku kekang.
“Kau
ni Inca. Garang semacam. Macamana lah si Nisa ni nak bagitau?” Fawwaz membela
kekasih hatinya. Amboi. Nak salahkan aku pula?
“Haahlah
Inca … Macamana saya nak bagitau awak. Lagipun awak kan tak suka dengan Waz.
Kalau saya bagitau, mesti awak tak restu kan?” Aik? Aku salah lagi? Tak restu?
Isk. Nisa ni. Cakap macamlah aku ni Emak dia. Apahal la pula aku sampai tak
bagi restu pula? Ingat aku ni kejam sangat macam Nyonya Mansoor dalam filem Ibu
Mertuaku tu ke?
“Kenapa
la pula saya nak kisah? Bukan saya yang bercinta pun dengan dia. Awak kan? Awak
ni Nisa. Dah lama tau kita kawan. Sampai hati awak cakap macamlah saya ni jahat
sangat” aku buat muka sedih. Punggung sudah kuhenyak di atas kerusi berhadapan
mereka berdua.
“Ala
Inca. Sorrylah. Saya takda niat
macamtu pun la” Nisa sudah duduk di sebelah aku sambil memeluk bahuku erat. Aku
masih tayang muka sedih. Nak tengok sejauh mana Nisa nak memujuk.
“Ni
kalau tak kantoi dengan saya ni, sampai bila awak nak sorok-sorok jumpa si TFD
ni?” Wajah kelat Fawwaz aku jeling sebelum pandangan aku halakan pada Nisa.
Kawan baikku dari Tingkatan 1 yang cantik mulus macam Izara Aisyah.
“Sampai
awak dengan Fawwaz berbaik-baik lah” jawab Nisa perlahan.
“Kalau
macam tu, sampai bila-bila la awak kena menyorok sebab saya dengan si TFD ni
takkan berbaik punya. Kecuali kalau dia sanggup jalan itik sambil minta maaf
dengan saya sebab selalu cari pasal” berkerut dahi Nisa dan Fawwaz mendengar
kata-kata aku.
“Awak
ni. Ada ke sampai macam tu sekali” Nisa sudah mula memuncungkan mulutnya.
Selalunya beginilah si Nisa. Kalau aku merajuk, tak sampai pun 2 minit memujuk,
dia pula yang akan merajuk dengan aku. Last-last,
memang aku je la yang mengalah. Aku bukan boleh tengok muka orang yang aku
sayang buat riak cemberut macam tu. Dengan Ibu pun sama. Babah pun. Kalau
diaorang buat muka, aku yang rasa bersalah. Payah betullah kau ni Inca Medina!
“Hurmm
… Kalau awak nak kawan dengan si TFD ni, kawanlah. Tak semestinya saya kena
berbaik dengan dia kan?” Aku pula yang memujuk Nisa yang sudah berpeluk tubuh
sambil memuncungkan bibir.
“Mana
boleh! Waz dengan Inca kenalah berbaik. Barulah kita bertiga boleh berkawan”
Pulak! Macam-macam lah pula si Nisa ni.
“Waz,
kalau awak sayangkan saya, awak minta maaf dengan Inca. Inca pun. Kalau
sayangkan saya dan anggap saya ni BFF awak sampai mati, awak pun maafkan Waz.
Tanpa syarat!” Dalam kelembutan suaranya ada ketegasan dalam nada yang
dilontarkan oleh Nisa. Tunak matanya memandang aku dan Fawwaz bersilih ganti.
“Oklah.
Inca, aku minta maaf” Fawwaz melafazkan maaf padaku sambil matanya memandang ke
bawah. Nampak sangat tak ikhlas! Huh! Takpa. Untuk Nisa, aku terimalah ucapan
maaf separuh rela si Fawwaz.
“Ok”
jawabku ringkas. Nisa tersenyum girang. Seronok la tu sebab dapat apa yang dia
nak.
“Eh
Inca. TFD tu apa?”
Tergelak
besar aku apabila Fawwaz mengajukan soalan yang tak disangka-sangka. Siap buat
muka macam Mr. Bean pula tu, Memang tak boleh blah! Si Nisa turut sama tertawa. Tapi taklah sebesar tawa aku.
Sampai habis satu Perpustakaan buat isyarat Shuuuuuh kat kami.
***
2013.
Genap 2 tahun aku bekerja di Putra Holding dalam bahagian Pemasaran. Sebaik
sahaja menamatkan pengajian di UiTM, aku terus dipinang oleh Syarikat ini. Ceh!
Dipinang konon. Padahal, ini Syarikat Bapak si Fawwaz. Oleh kerana bestfriend aku adalah girlfriend dia, maka nak tak nak,
terpaksalah dia tolong aku. Lagipun, memang ada kerja kosong pun dan aku yang
sah-sah grade dengan pointer 3.5 dalam bidang Marketing ni, memang layaklah dapat
kerja ni kan?
“Inca.
Bos panggil kau masuk bilik dia” Wawa, Setiausaha Fawwaz dengan
lenggang-lengguk Kak Limahnya datang menghampiri aku. Wanita beranak dua ni
memang pandai jaga badan. Kalau orang tak tahu mesti ingat dia ni masih anak
dara.
“Ala.
Ada apa dia nak jumpa aku Wa? Aku nak siapkan slide promotion ni. Nak print
hari ni. Hujung minggu ni kan aku kena jumpa client kat Bali” Jari-jemariku masih ligat menari-nari di atas
papan kekunci dan sesekali menekan tetikus di sebelah tangan kananku.
“Mana
la aku tahu. Kau pergi je la jumpa dia. Kejap je tu. Pergilah. Nanti dia bising
kat aku la. Malas aku nak dengar. Pergilah Inca” Wawa menggoyang-goyangkan
lenganku membuatkan konsentrasi aku terus terganggu.
“Hish.
Dia ni kalau tak kacau hidup aku sehari tak boleh agaknya. Isk!” Aku mendengus
kasar sebelum berlalu ke bilik Fawwaz. Wawa tersenyum simpul sambil membontoti
langkahku.
Selepas
mengetuk pintu tiga kali, tanpa mendengar arahan masuk aku terus membuka pintu
bilik yang berlabel ‘CEO : Putra Fawwaz Arsyad’.
“Ada
apa kau nak jumpa aku ni?” Laju aku bertanya sebaik saja pintu bilik kututup
dan kerusi empuk di hadapan Fawwaz aku duduki.
Fawwaz
senyap. Nampak khusyuk benar menatap skrin laptop
Applenya. Aku pula yang jadi hangin.
“Encik
Fawwaz. Aku ni banyak kerja nak settle
untuk client kat Bali tu. Kalau tak
sempat siap, client tak puas hati, kalau
client tak puas hati, projek tak
dapat, kalau projek tak sangkut, income
tak masyuk, kalau income tak masyuk, akuuuu
juga yang kena marah nanti kan?” Geram betul lah aku dengan mamat ni. Suka
benar panggil aku masuk dalam biliknya. Bukan ada perkara mustahak pun.
Selalunya mesti ada hal yang bersangkut paut dengan Nisa. Nisa merajuk,
macamana nak pujuk la … Birthday Nisa,
nak bagi hadiah apa lah … Nisa itulah, Nisa inilah. Hish! Naik rimas aku
dibuatnya. Diaorang yang bercinta, aku pula yang jadi mangsa. Hurmmphh!!
“Kau
pergi Bali hujung minggu ni dengan siapa?” Fawwaz bertanya. Matanya masih
tertancap pada skrin laptop.
“Dengan
Mikael dengan Aisya. Kenapa?” Berkerut dahi aku melihat wajah serius Fawwaz.
Jarang aku lihat wajahnya yang begini.
“Wife Mikael baru sms tadi. Dia kata
Mikael kena masuk wad. Suspected
denggi. So, dia tak dapat pergi” laptop sudah ditutup dan pandangannya
ditalakan sepenuhnya pada aku. Terkejut juga aku dengar perkhabaran yang baru
keluar dari mulutnya. Nasib baiklah Mikael cuma incharge bahagian presentation
sahaja. Semua slide aku yang
sediakan.Jadi, tak ada masalahlah pun kalau Mikael tak boleh pergi.
“Tak
apa kot. Aku dengan Aisya pun boleh uruskan tu” Aku berkata walau kurang yakin.
Selama ini, kalau ke luar Negara, pasti Syarikat akan menghantar 3 orang wakil
dan salah seorang mesti lelaki. Bimbang juga kalau hanya aku dan Aisya sahaja
yang pergi.
“Mana
boleh macam tu. Safety of all staff is Putra
Holding top priority. Remember? Takpa. Aku akan pergi juga
ganti si Mikael. Last-last minute
macam ni tak ada Salesman yang available. Masing-masing dah ada task. Nanti kalau dah siap promotion slide tu, kau bawa sini. Kita go through sama-sama” aku hanya
mengangguk-anggukkan kepala. Wajah Fawwaz yang masih lagi serius aku tatap.
Pelik. Biasanya dia tak macam ni. Kenapalah agaknya ye? Gaduh dengan Nisa
barangkali. Ah! Lantaklah dia. Janji tak menyusahkan aku sudah.
***
“Apa??
Awak dah break dengan Waz?” Terkejut
beruk aku mendengar cerita dari mulut Nisa malam itu selepas makan malam ketika
dia menolong aku mengemas kain baju yang hendak aku bawa ke Bali.
“Hurrmm
… Tak ada jodohlah. Nak buat macamana kan” Nisa menjawab selamba. Ini lagi
sorang pelik. Bercinta dekat 7 tahun, lepas tu putus, boleh pula tayang muka
selamba badak kat aku? Kenapa takda langsung riak sedih kat muka kawan aku ni
ye? Bukan ke kalau orang putus cinta mesti meraung bagai sambil
menonggeng-nonggeng? Setahu aku, si Nisa bukanlah jenis yang hati kering.
Tersepit pintu pun boleh menangis. Aku menyakat tinggi suara kat dia pun boleh
sentap. Ni putus cinta boleh tayang muka seposen? Pelik bin ajaib bin musykil
betul aku dibuatnya ni.
“Awak
tak sedih ke?” Akhirnya aku bertanya dengan kedua belah kening kujongketkan.
“Sedih
memang la sedih. Lama kot kitaorang bercinta. Tapi, kalau dah tak cinta nak
buat macamana kan?” Ligat tangan Nisa melipat kain bajuku sebelum disumbat ke
dalam beg yang sederhana besar di hadapan kami.
“Tak
cinta? Siapa yang dah tak cinta ni? Awak ke Fawwaz?” Aku masih belum puas hati.
Jawapan yang lebih kukuh aku harapkan dari Nisa.
“Tak
payahlah kita cakap pasal ni lagi. Saya malaslah. What pass is pass lah. Biarlah saya dengan Waz teruskan hidup macam
biasa” jawapan Nisa betul-betul menghampakan aku. Tapi, kalau orang tak nak
cerita takkan nak paksa pula kan? Biarlah dia. Janji dia bahagia.
***
“Alhamdulillah.
Akhirnya selesai juga kerja kita” Aisya menghempaskan tubuhnya yang agak debab
itu di atas katil empuk di hotel Grand Istana Rama Bali. Malam ini merupakan
malam terakhir kami di sini memandangkan esok jam 10 pagi kami akan bertolak
balik ke bumi Malaysia. Selama 3 hari di situ, jadual kami sangat padat.
Langsung tak berkesempatan untuk membeli-belah.
“Eh
Inca. Jom kita pergi tepi laut nak? Dapatlah juga release tension” entah bila masanya, Aisya sudah bertenggek di atas
sofa di sebelah aku yang khusyuk menatap skrin telefon bermain Angry Bird. Aisya
mula buat muka comel dia. Ala-ala Puss in
Boot. Cuma versi yang dalam cerita Shrek la. Puss yang terlebih saiz tapi
tetap maintain comel.
“Jomlah.
Sambil-sambil tu boleh cari souvenier
untuk kengkawan kat Malaysia” Aisya masih memujuk. Dia cukup arif dengan rutin
aku selama 3 hari 2 malam di sini. Tiap malam, lepas makan, mesti mengadap
telefon sampai jam 11 malam lepas tu tidur. Fawwaz ajak berjalan-jalan pun aku
tak pergi. Cuma Aisya saja yang pergi bersama Fawwaz.
“Eh,
bukan ke semalam kau dah borong souvenier
dengan Bos?” Berkerut kening aku pandang muka bulat Aisya. Hairan betul aku
dengan minah ni. Semalam, balik dari shopping
dengan Fawwaz, ada la empat lima beg plastik aku nampak dia jinjing. Takkan la
tak cukup lagi kot.
Aisya
tersengih tayang gigi. “Ala Inca. Bukan selalu pun dapat datang sini. Jomlah”
Akhirnya
setelah puas dipujuk rayu akhirnya aku mengalah juga. Malas hendak beriya, aku
hanya menyarungkan t-shirt lengan panjang warna merah, seluar palazzo hitam dan
selendang kain chiffon warna hitam aku lilitkan ke kepala. Beg polo aku
silangkan ke tubuh.
Seronok
bukan main si Aisya. Bersemangat dia melangkah sambil memeluk lengan aku.
Tersenyum aku dibuatnya.
Setengah
jam pertama, aku gagah lagi menemankan Aisya mencari cenderahati di sekitar Pasar
Seni Kuta berhampiran kawasan hotel. Dalam perjalanan ke sini tadi, banyak
sungguh pub dan kelab malam yang aku nampak. Hampir saja aku berlanggar dengan
pelancong Mat Salleh yang baru keluar dari Pub dalam keadaan mabuk. Nasib baik
Aisya sempat menarik tanganku. Itulah padahnya kalau berjalan mata melilau
tengok merata.Heh.
Masuk
satu jam setengah aku dah tak larat nak membontot si Aisya yang sibuk mencari
barang dekorasi rumahnya.
“Woi
Makcik. Kau pergilah round sendiri.
Nanti kita jumpa kat pintu masuk la. Aku nak pergi cari fridge magnet ke, key chain
ke kat sebelah sana tu” Aisya yang nampak asyik membelek-belek pelapik pinggan
disebuah kedai hanya menganggukkan kepala tanpa memandang aku. Hampeh betul.
Kalau aku hilang pun mampus dia nak sedar.
Aku
tidak mengambil masa yang lama untuk membeli barang yang aku cari. Bukan susah
pun nak cari fridge magnet dengan key chain. Benda paling senang nak
dibuat souvenier. Usai saja
mendapatkan semua barang yang aku hendak, aku menunggu Aisya di pintu masuk
Pantai Seni Kuta itu seperti yang dijanjikan.
Bosan
duduk aku mula meronda di kawasan sekitar. Cuci mata. Ramai sungguh kelibat Mat
Salleh yang aku nampak.
“Hey
beautiful. What are you doing here?” Terhinjut bahuku apabila tibi-tiba saja
pinggangku dirangkul dari arah belakang. Bau arak yang kuat mula menusuk
kelubang hidung membuatkan ku mual.
Aku
meronta-ronta cuba melepaskan diri dan akhirnya berjaya juga. Aku menoleh dan
terlihat sesusuk tubuh lelaki Mat Salleh separuh abad berperut boroi tersengih-sengih
sambil berjalan terhuyang-hayang menghampiriku.
“Hey.
Where are you going. Come my love. Don’t be afraid” sebelum lelaki itu datang lebih dekat lagi aku
sudah angkat langkah seribu. Kenangan hitam dibangku sekolah kembali terbayang
di hadapan mataku. Tubuh dah mula menggigil tak ingat.
“Argh!”
Dalam keadaan kelam kabut aku merempuh tubuh seseorang sehingga aku jatuh
terjelepok di atas jalan tar. Habis tapak tanganku tersagat sehingga
mengeluarkan darah.
“Inca?”
Aku mendongakkan kepala dan alangkah lega apabila wajah Fawwaz menyapa
pandangan mata. Pandanganku sudah mula kabur dengan airmata. Aku tak mampu lagi
menahan sebak.
“Awak
tak apa-apa ke? Awak dari mana ni? Awak sorang je ke ni? Kenapa awak menangis
ni?” bertalu-talu Fawwaz bertanya sambil memapah aku bangun dan dipimpin kearah
deretan kerusi yang ada di tepi jalan. Dia mengeluarkan saputangan dari poket
seluar jeannya dan dengan penuh hati-hati dia mengelap luka di kedua belah
tanganku. Esak tangisku masih lagi kedengaran.
Terasa
hangat tangan Fawwaz yang sudah menekap di kedua belah pipiku sambil menyapu
sisa airmata yang mengalir.
“Kenapa
ni? Inca lari dari siapa? Inca sorang saja ke? Mana Aisya?” Lembut saja suara
Fawwaz melontarkan soalan demi soalan untukku. Aku mengetap bibir menahan
sebak. Tangan Fawwaz cubaku leraikan tapi gagal. Pandangannya penuh aura
kerisauan. Mata redup berwarna hazel itu kutatap dalam.
Dub
Dab, Dub Dab, Dub Dab.
Tiba-tiba
terasa denyutan jantung mula berirama tak sekata. Apa kena dengan aku ni? Kenapa
pandangan mata si Fawwaz kali ini menghantar isyarat beserta getar yang
berbeza? Dan kenapa dia ber ‘awak-saya-Inca’ dengan aku? Biasanya tak begitu.
Rahang Fawwaz nampak bergerak-gerak seolah-olah menunjukkan ketidak puasan
hatinya apabila tak ada satu pun soalannya aku jawab.
“Aku
okayla. Jangan risau. Aku tak ada apa-apa” sentuhan tangannya berjaya juga aku
leraikan dari memegang pipiku yang
terasa hangat dan pastinya sudah berubah warna. Seboleh mungkin aku mengawal
nada suara agar tiada getar yang terkeluar.
“Tipu.
Inca yang saya kenal bukan macam ni. Inca Medina anak Komando Salleh brutal
orangnya. Takkan berundur sebelum bertempur. Kan?” Fawwaz melafazkan kata-kata
yang pernah menjadi falsafah hidup di sekolah dulu sebelum peristiwa hitam itu
berlaku. Dia masih ingat rupanya. Kata-kata itulah yang sering aku ucapkan tiap
kali apabila dia dan Muaz bertelagah dan cari pasal dengan aku.
“Betul.
Aku ok. Tadi ada orang mabuk kacau masa aku keluar dari Pasar Seni Kuta. Tu
yang aku lari macam tak cukup tanah” aku cuba ketawa untuk menghilangkan rasa
gemuruh di dada. Pandangan aku lontarkan ke arah orang ramai yang lalu-lalang.
“Lainkali
kalau nak keluar malam-malam macam ni, call
saya. Saya boleh temankan” aku masih pelik dengan nada suara Fawwaz. Kenapa
lain benar bunyinya? Atau aku je yang perasan?
“Tadi
aku keluar dengan Aisya. Aku tengah tunggu dia habis shopping la tadi ni. Kau jangan risaulah. Aku okeylah” aku tayang
senyum sambil memandangnya yang ternyata sedang merenung aku dengan pandangan yang
sukar aku mengertikan.
“Jom
saya hantar awak balik hotel” jari-jemariku sudah berada dalam genggamannya dan
aku terus terkedu tatkala tanganku dipimpin menuju kembali ke hotel penginapan
kami. Kenapa dengan Fawwaz ni? Tekanan jiwa ke sebab putus dengan Nisa? Aku
keliru sendiri.
***
Semenjak
pulang dari Bali, layanan Fawwaz memang jelas berbeza. Setiap kali makan
tengahari, mestti dia muncul di mejaku sambil tayang gigi ajak makan sama.
Bukan kami tak biasa makan bersama. Cuma, sebelum ini, pasti kami pergi dengan
Nisa sekali. Tapi, bila tinggal aku dan dia, mula rasa sedikit janggal.
Lebih-lebih
lagi, bila aku nak suap makanan dia pandang, bila aku nak kunyah dia pandang,
bila aku nak sedut air pun dia pandang. Rimas! Aku rasa kepala si Fawwaz tu dah
masuk banyak sangat air laut Pulau Kuta kot.
“Makan
comot. Macam budak kecik” aku tergamam apabila dengan selamba badak airnya,
Fawwaz mengesat hujung bibirku dengan tangannya sambal tertawa kecil. Dada mula
bergendang sakan. Ah sudah! Dia buat hal pulak!
“Err
… Waz. Aku nak tanya kau sikit la” perlahan-lahan air asam boi aku sedut dengan
harapan dapat mengurangkan rasa debar di dada yang memainkan irama gila.
“Tanyalah”
penuh tertib dia menyuapkan sesudu nasi goreng paprik ke dalam mulutnya dengan
matanya memandang tepat kewajahku. Aku pula jadi gugup dipandang begitu. Aduh!
Parahlah kau ni Inca Medina!
“Err
… Kenapa kau putus dengan Nisa?” Suaraku semankin perlahan apabila tiba
dipenghujung ayat. Takut juga jika soalanku ini terlalu peribadi buatnya. Tapi
jangkaanku meleset bila aku nampak dia menyunggingkan senyuman.
“Sebab
saya sayangkan orang lain. 7 tahun saya cuba nafikan. Saya ingat kalau saya
terima Nisa, saya boleh lupakan orang tu. Tapi, tak boleh.” Terbeliak mata aku
mendengar jawapan Fawwaz. Cukup tenang wajahnya tatkala kata-kata itu meluncur
keluar dari mulutnya. Sudu dan garfu sudah disandarkan di pinggir pinggan. Air
jus tembikainya dihirup perlahan.
“Ha?
Kau sayangkan orang lain? Nisa tahu ke?” Sekali lagi mataku membulat apabila
dia mengangguk. Biar betul diaorang ni.
“Dia
faham. Lagipun, orang tu bukan sesiapa pun. Sejak 7 tahun yang lepas lagi dia
tahu siapa orangnya” berkerut-kerut dahi aku dibuatnya. Fawwaz bercakap dalam
Bahasa Melayu tapi kenapa satu pun patah katanya aku tak faham?
“Kalau
dari dulu kau dah sayangkan orang lain, kenapa kau couple juga dengan Nisa? Bukan menipu ke namanya tu?” Aku
menyuapkan bihun goreng ke mulut. Cerita-cerita juga. Perut yang lapar masih
perlu diisi.
“Sebab
orang tu tak sukakan saya. Kebetulan, Nisa memang ada hati kat saya. So, we give it a try. Sadly, after 7 years pun, perasaan
sayang pada Nisa tak sekuat rasa sayang saya pada orang tu” ada keluhan halus
yang kedengaran dari mulut lelaki itu.
“Macamana
kau tahu orang tu tak sukakan kau? Kau ada tanya ke?” Timbul pula rasa minat
untuk mengetahui siapa gerangannya yang telah menakluk hati Fawwaz sehingga
lelaki itu boleh sebegitu dalam menyayangi dan Nisa yang cantik menawan tu pun
tak mampu mengantikan ‘orang itu’ di hati Fawwaz.
“Saya
ada hantar surat. Siap dengan bunga lagi. Tapi orang tu tak bagi response pun. Setiap hari bila jumpa
saya, mesti nak marah-marah. So, apa
lagi yang boleh saya conclude?” Sedih
bunyi kata-kata Fawwaz kali ini.
“Kau
bagi sendiri ke?” Hairan lah aku. Kenapa aku tak sedar kewujudan ‘orang itu’
dalam hidup Fawwaz? Rasanya, 7 tahun yang lalu, aku memang dah berbaik
dengannya kan? Kemana saja, aku, Nisa, Muaz dan Fawwaz pasti bersama. Si Muaz
siap cuba nak mengorat aku lagi. Kena sound
dengan aku setepek terus senyap. Dia ingat bila Nisa dan Fawwaz dan couple, dia dengan aku pun kena couple juga ke? No way Jack! Huh! Gila!
“Inca”
aku tersedar dari lamunan apabila terasa jemariku digenggam erat oleh Fawwaz.
“Err
… Sorry. Apa kau cakap tadi?”
Perlahan tangan aku tarik dari genggamannya. Rasa macam terkena electric shock pun ada bila disentuh
begitu oleh Fawwaz.
“Saya
cakap, orang tu adalah awak. Inca Medina. Awaklah orang yang saya sayang sejak
7 tahun yang lalu. Orang yang saya selamatkan kat belukar dulu”
Zuuuppp!!!
Terasa semua darah dalam badan aku menderu naik ke kepala. Terlopong aku
memandang kearah Fawwaz yang sudah tersenyum manis. Pegangan pada sudu dan
garfu terus terlepas. Nasib baik jatuh ke dalam pinggan. Perut serta-merta rasa
kenyang setahun.
Apa
dia cakap tadi? Aku salah dengar ke atau dia salah cakap???
***
Berkali-kali
inai yang menghiasi jari-jemariku yang runcing aku tatap. Macam tak percaya
pula kerana dalam masa tak sampai sejam dari sekarang aku akan menjadi isteri
seseorang.
“Cantiknya
awak Inca.” Nisa yang baru menjengah masuk ke dalam bilik meluru kearahku
lantas tubuhku didakap erat. Dengan perutnya yang sudah memboyot menghalang
tubuh kami lebih rapat. Dia duduk di atas birai katil berhadapan denganku.
Wajahnya nampak keletihan. Maklumlah. Dengan kandungan yang masuk 7 bulan,
pasti mengah dia hendak kesana-kemari. Dari Kuala Lumpur ke Johor bukannya
dekat.
“Kesian
awak kan. Tengah-tengah sarat ni terpaksa pula datang tengok saya bersanding”
perutnya yang membulat aku usap-usap. Nisa tersenyum.
“Ini
je yang saya boleh buat. Nak datang lagi awal, Abang Muaz tu tak boleh cuti
sebab company dia tengah sibuk
uruskan projek SUKMA”
“Lagipun,
kalau bukan sebab saya, mesti awak dengan Fawwaz dah lama kahwin kan?” Ada nada
kesal dihujung ayatnya. Pantas tanganku melekap di keduabelah pipinya yang sudah
agak tembam itu. Matanya kupandang tepat.
“Tak
baik cakap macamtu. Ini namanya takdir. Kalau pun dulu, awak bagi kat saya
surat yang Fawwaz tulis tu, belum tentu saya terima dia kan? Tuhan bagi kita
apa yang kita perlukan. Bukan yang kita nak” Nisa memeluk tubuhku erat. Ada
esak tangis yang kedengaran.
“Hei
… Janganlah nangis. Everything is ok now.
Kita sama-sama dah dapat kebahagiaan yang kita inginkan kan?” Belakang tubuhnya
kugosok lembut. Dalam keadaan berpelukan itu dapat aku rasakan dia
menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
Ya.
Akhirnya aku menjadi isteri kepada Putra Fawwaz Arsyad. Nisa pula selamat
menjadi suri buat Muaz awal setahun dariku.
Siapa
sangka dahulu, dalam pada bergaduh, sempat pula Fawwaz jatuh cinta dengan aku.
Rupa-rupanya bukan setakat sepucuk surat, tapi dah berpucuk-pucuk surat
diberikan padaku tapi satu pun tak sampai sebab Posmennya masa tu juga punya
hati dengan si Teruna. Semua surat tu dibaca sendiri dan disimpan dalam peti.
Siapa lagi kalau bukan Nisalah orangnya itu.
Aku
tak marah pun. Aku percaya everything
happen for a reason. Sama macam kejadian hitam yang pernah menimpaku dulu.
Rupanya si Fawwaz la Supermanku itu! Kejadian itu telah menguatkan lagi rasa sayang
Fawwaz padaku. Tapi, oleh kerana tiada response
yang diterima dariku, dia menganggap bahawa aku telah menolaknya mentah-mentah.
Sebab itu dia berpaling kasih pada Nisa yang menagih hatinya ketika itu.
Tapi,
aku dan Fawwaz dah pun maafkan Nisa seadanya. Lagipun, Nisa mula sedar sendiri
bila dalam 7 tahun menjalin hubungan dengan Fawwaz, perasaan cintanya sendiri semankin
pudar. Kepada Muazlah tempat dia mengadu rasa. Rupa-rupanya, jodoh sudah
tersurat antaranya dan Muaz. Dari jadi tempat mengadu nasib, terus sama-sama
terbit rasa untuk memadu kasih. Syukur.
Walau jalannya berliku, jodoh yang tertulis buat kami semua bahagia.