Mesej Poyo dari Adialuze

Assalammualaikum w.b.t

Bismillahirrahmannirrahim ...

Thanks for those that have the time to come by to this blog whether accidentally or intentionally. Thanks a bunch!

As an introduction, I'm a wife and a daughter to a wonderful husband and family that ALLAH have lend me. Syukur, Alhamdulillah ... I'm truly feel bless always ... 24 by 7.

To be a writer one should have the gift to write ... That what 'they' say. But for me, I'm writing because I love to write. Gifted or not, I will continue to write as long as ALLAH gave me the ideas an inspirations to do so ...

I do apologize for any error or discomfort feeling that cause by my writing ...

Please drop your comment for a better me as a writer ... and please do comment in a civilize way cause I believe we all yearn for love and peace not hatred and war.

HAPPY READING ^_^

-Aidaluze-

Sunday, June 19, 2022

GADIS CENGENG : BAB 16

    

    SAKIT hati, sakit kepala, sakit jiwa dan bermacam jenis sakitlah Ammara rasa apabila memikirkan tentang sikap Imtiyaz dan Fath terhadapnya. Di pejabat,  layanan Imtiyaz yang semakin prihatin padanya cukup membuatkannya lemas. Tiba-tiba lagu Lemas nyanyian Ruffedge bergema dalam kotak fikirannya. Dah kenapa dengan dia?

    Penderaan perasaan yang dialaminya tidak tamat walau sudah habis waktu pejabat apabila ianya bersambung pula di rumah. Kali ini, hati dan jiwanya didera pula oleh lelaki bernama Fath Iqbal. Balik kerja saja, wajah itu sudah menunggunya di atas buaian dengan senyum simpulnya. Bukan sesekali tapi setiap hari! Sungguh menjengkelkan!!

    Entah bilalah Fath hendak kembali bertugas. Sebagai Jurutera di pelantar minyak yang terletak di Papua New Guinea, setahu Ammara, lelaki itu akan pulang bercuti selama 3 bulan. Tidak tahulah pula setiap berapa tahun sekali baru cuti panjang itu diperolehinya. Fatin dan Ammar pernah bercerita tapi dia malas hendak ambil tahu. Masuk telinga kanan, keluar terus ke telinga kiri. Langsung tak ada tapisan. Kecuali info yang cutinya adalah selama 3 bulan. Itu saja yang sempat melekat dalam kotak memorinya.

    Hari minggu Ammara lebih senang berkurung dalam bilik. Jika dulu, sebelum kehadiran Fath, masanya banyak di habiskan di Gazebo sambil membaca novel atau majalah. Tapi, memandangkan wujudnya manusia bernama Fath di dalam rumah itu, segala aktiviti bersantai di luar bilik terpaksa dibekukan. Lebih-lebih lagi setelah Fath mengandakan usaha untuk mengambil hatinya dan berusaha keras untuk membuat cintanya berbalas. Bagi Ammara, sekali hatinya dilukai, walaupun lukanya telah sembuh tapi parutnya akan tetap ada sampai bila-bila. Sekali lelaki menyakitinya, memang taklah untuk gadis bernama Ammara Saffiya hendak menerimanya semula.

“Ara! Ara!”
 
    Ketukan di dalam bilik berserta dengan suara Ammar melaungkan namanya berulang kali mengejutkannya dari tidur. Jam dinding di atas meja solek dipandang sekilas. Sudah pukul 8.30 pagi. Rasa macam baru sekejap saja dia terlena selepas menunaikan solat subuh tadi. 
    
“Ya! Ada apa Along?” Suara serak Ammara menyahut panggilan Ammar. Dia sudah duduk bersila di atas katil namun mata masih lagi terpejam melayan rasa mengantuk yang masih ada.
 

    “Along nak balik rumah Mama dengan Papa ni. Ara tak nak ikut ke?”
     “Tak naklah. Ara nak sambung tidur”    
    “Betul ni?” 
    “Betul”
    “Tak menyesal?”
    “Nak menyesal kenapa pula Along ni?”
   “Okay. Kalau macam tu Along je la yang bincang dengan Papa dengan Mama pasal kamu dengan Tiyaz”
    
    Ammara terus terasa segar-bugar macam baru terkena simbahan air terjun Niagara. Neuron-neuron otaknya segera dikerah untuk berhubung dengan lebih laju dan efisien bagi memproses kata-kata Ammar tadi.
    
    “Ap … Apa Along cakap tadi?” Cepat-cepat dia bertanya mohon pencerahan dari Ammar. Takut-takut kalau dia tersalah dengar. Almaklumlah. Mendengar dalam keadaan mamai dan masih mengantuk, saraf yang menyampaikan data dari telinga ke otak bergerak dengan agak lambat.
    
    “Nak bincang dengan Mama dengan Papa pasal kamu dengan Tiyaz” Ammar mengulang semula kata-kata terakhirnya. Serta-merta pintu bilik terbuka dan tersembul wajah Ammara yang baru bangkit dari tidur. Terkejut dia apabila tangannya pantas ditarik memasuki bilik dan pintu bilik terus dikunci dari dalam oleh Ammara. Pelik dia apabila melihat wajah kalut adiknya itu.
   
    “Ara ni dah kenapa? Dengan rambut serabai macam Hantu Kak Limah tu jalan pula mundar mandir macam ni. Terkena sampuk ke apa?” Ammar yang sudah duduk di atas sofa Cleopatra di kaki katil memandang Ammara kehairanan. Dah macam rupa perempuan mati laki pun ada.

     Ammara menggaru-garu kepalannya dengan kedua belah tangan. Serabut sungguh fikirannya.

    “Dah tergaru-garu macam beruk pula. Ara ni dah kenapa. Cuba duduk elok-elok cerita dengan Along. Ni pasal family Tiyaz jemput keluarga kita makan malam esok pun kenapa Ara tak bagitau awal-awal? Nasib baik si Tiyaz tu telefon tadi. Kalau tak, tak pasal kita ni nanti dituduh tak beradab. Orang dah jemput, kita pula buat semput” Ammara menjeling geram kearah Ammar yang sudah tersengih-sengih. Sempat lagi Abangnya itu hendak mengarang pantun dua kerat yang tak berapa nak berkerat. Berasap saja telinga Ammara mendengarnya.

    “Kamu dengan Tiyaz ni ada apa sebenarnya? Kalau betul bercinta, tak payahlah nak sorok-sorok. Along suka apa dengan Tiyaz tu. Berbudi bahasa, kacak, segak, kaya, berjaya, keturunan baik-baik …” Bencinya Ammara mendengar pujian menggunung Ammar terhadap Imtiyaz. Menyampah. Sunggguh!

     “Tiyaz, Tiyaz … Eeeiii … Gelilah Ara dengar Along panggil Bos Ara macam tu! Macam dah kenal lama sangat. Huh!” Ammara menghenyakkan punggungnya di sebelah Ammar. Seperti biasa, airmata sudah mula membasahi kelopak matanya.

     “Laaa … Menangis pula dia. Dah Bos Ara yang suruh panggil dia macam tu. Along ikutkan je la. Ni kenapa sebenarnya ni? Hurmmm? Ara dengan Tiyaz bergaduh ke?” bahu Ammara dirangkul ke dalam dakapannya. Ammara melentukkan kepalanya ke bahu Ammar. Airmata yang merembes keluar dikesat dengan lengan baju tidurnya.

     “Biasalah tu orang bercinta. Mesti ada gaduh-gaduh sayang” tubuh Ammara kembali tegak apabila mendengar kata-kata yang kedengaran amat menyakitkan telinganya. Rasa menyampah memenuhi segenap perasaan. Pandangannya kembali tajam memanah ke dalam anak mata Ammar. Terjongket kening Ammar dibuatnya. Pelik apabila pandangan garang Ammara terpanah tepat padanya. Airmata kembali merembes keluar membanjiri pipi yang sudah kemerahan itu.

     “Laaa … Menangis lagi. Along ada salah cakap ke?” Bahu Ammara digosok-gosok penuh kasih. Ingin kembali ditarik kembali ke dalam pelukannya, Ammara sudah mengeraskan badan. Masih memandangnya dengan mata berair. Cuma pandangannya sudah tak segarang tadi.

     “Bos Ara ajak Ara kahwin”

    Sepotong ayat yang keluar dari mulut Ammara menambahkan lagi rasa hairan dalam diri Ammar. Pelik! Boyfriend ajak kahwin pun nak menangis beriya ke? Kalau menangis kegembiraan takpalah. Tapi, melihat kepada memek muka Ammara saat itu, Ammar yakin yang bukan airmata gembira yang membasahi wajah Ammara. Kali ini Ammar yang tergaru-garu kepala.

     “Okay! Along surrender! Along pening kepala dah ni. Ara dengan Tiyaz couple kan? So, kenapa pula Ara nak sedih-sedih bila Tiyaz ajak Ara kahwin? Bukan Ara patut gembira ke? Along rasa it is every women dreams to be proposed by their love one” Ammara mengangkat kedua-dua belah tangannya separas bahu membalas pandangan Ammara dengan dahi berkerut hingga ke kepala. Bahu turut dinaikkan sebagai tanda kekeliruan yang melampau.

     Ammara melepaskan keluhan berat. Dia tak tahu samada ingin menceritakan segala-galanya pada Ammar atau tidak. Kalau tak diceritakan, pasti sampai sudah Ammar akan menyangka yang dia memang mempunyai hubungan dengan Imtiyaz. Tapi, jika diceritakan,  takut nanti terus Imtiyaz dikerjakan Abangnya itu. Bukan dia tak tahu perangai Ammar. Pantang dia kalau dapat tahu adik kesayangannya itu dibuli atau dipergunakan. Selepas peristiwa dia diherdik dan dimalukan oleh Fath di khalayak ramai, Ammar menjadi semakin sensitif sekiranya ada sesiapa yang menganggu dan membuatkan Ammara bersedih. Atas sebab itu jugalah, dia tak pernah ada teman lelaki. Takut andai Ammar berubah menjadi seperti CIA atau FBI yang akan merisik segala-galanya tentang lelaki malang yang akan menjadi teman lelakinya itu.

    Tentang Imtiyaz ini pun, Ammara yakin yang Ammar sudah membuat homeworknya sendiri dengan menyiasat latar-belakang lelaki itu. Jika tidak, masakan dia boleh sikit punya melambung apabila memuji Imtiyaz di hadapannya tadi?

    “Ara belum sedia la Long. Ara baru 23 tahun. Belum puas la nak enjoy” kepalanya sudah disandarkan semula kebahu Ammar. Akhirnya, terpaksa juga dia berbohong. Tak mahu nanti ada pula keluar di akhbar mana-mana tentang berita waris Muz Holding teruk dibelasah atau lebih teruk, dibunuh! Dia bukan risaukan Imtiyaz tapi risau andai Abangnya mendapat masalah kerana hendak membelanya.

    Airmata menitis lagi. Kalau dah namanya cengeng, memang cengeng betullah. Ammara rasa, kalaulah airmata dia tu boleh dikitar semula, memang dah lama dia mandi, masak dan minum guna airmata dia saja. Walau puas dikawal, namun tetap juga kalenjar lakrimalnya terlebih aktif.

    “Ara, Ara. Kalau tak sedia lagi, tunang la dulu. Minta la ikat 2 atau 3 tahun. Perempuan umur 25 ke 26 memang dah sedang elok la tu nak kahwin. Organ-organ pembiakan pun masih aktif. Bolehlah bagi kat Along anak buah satu pasukan bola sepak” kepala Ammara terus terangkat dengan mata yang membulat.

    “Along ni! Sukalah cakap mengarut-ngarut! Eiii benci! Benci! Bencilah!!” tangan Ammara semakin rancak menepuk tampar tubuh Abangnya yang puas mengelak dan menepis namun masih sempat mengekek mentertawakannya.

    “Jangan benci sangat! Nanti lama-lama jadi cinta!” Ammar masih seronok mengusik Ammara yang sudah semakin naik angin.

    “Along!!!!!” Bertambah kuat tawa Ammar melihat muncung Ammara yang boleh dibuat tempat penyangkut baju.
    

    ADUH! Bala, bala, bala!! Semakin semak fikiran Ammara. Tadi, sewaktu hendak keluar dari rumah bersama Ammar dan Fatin ke rumah Papa dan Mamanya, Imtiyaz menelefon kata dia sudah hampir sampai di rumahnya. Kalau ikutkan hati, memang sudah lama lelaki itu dihalau balik. Tapi nasib tidak menyebelahinya apabila Ammar terdengar perbualan mereka dan segera merampas telefon dari tangannya.

    Sewaktu Imtiyaz tiba tadi, Ammara perasan Fath yang kebetulan sedang duduk santai di gazebo melirik tajam kearah Bosnya itu. Ammara malas hendak memikirkannya. Lantaklah. Untuk apa dia hendak menyesakkan lagi otaknya memikirkan tentang lelaki itu. Perkara antara dia dan Imtiyaz pun sudah cukup untuk membuatkannya diserang darah tinggi, sakit jantung dan sesak nafas.

     “Pandai korang menyorok ye. Kalau Tiyaz tak bagitahu Along, sampai sudah lah Along tak tahu yang Ara ni rupanya bercinta dengan Bos sendiri” Ammar yang sedang memandu bersuara ceria.  Melalui cermin pandang belakang, wajah Ammara dan Imtiyaz diperhatikan. Imtiyaz seperti biasa, sibuk menayang senyum lawanya manakala Ammara malas hendak masuk campur. Daripada mula masuk ke dalam kereta sampailah sekarang sibuk memandang ke luar kereta. Entah apa yang asyik dipandangnya Ammar pun tak tahu.

     “Ara la Long. Dia kata, dia malu kalau budak-budak office tu tahu. Nanti jatuhlah saham dia katanya. Maklumlah. Orang tu ramai peminat kat Muz Holding tu. Dari tingkat satu sampailah tingkat 18, ada je yang dok usha. Kadang-kadang, terbakar juga hati ni Long” Ammara rasa macam nak cubit-cubit je mulut Imtiyaz yang sesedap rasa ajinomoto saja mereka-reka cerita. Dia menjeling tajam sebelum memandang semula ke luar tingkap kereta. Ammar dan Fatin yang mendengar cerita rekaan Imtiyaz hanya tergelak kecil.

     Ini lagi satu yang Ammara hairan. Tentang Kakak Iparnya. Fatin. Tak tahu kenapa, tapi semenjak bermenjak ni, layanan wanita itu padanya sudah tidak sedingin dulu. Malah ada masanya sudah pandai hendak bergurau senda dengannya. Setelah 2 tahun bertegang saraf, akhirnya, Fatin menunjukkan tanda-tanda hendak berdamai. Takkan lah Ammara hendak buat keras kepala saja. Nanti, apa pula kata Ammar. Lagipun, Ammara bukanlah benci sangat pun pada Kakak Iparnya itu. Kalau kerap dihias dengan senyuman, wajah Fatin memang nampak cantik dan berseri-seri. Persis wajah pelakon Izara Aishah.

     “Jangan risaulah Tiyaz. Ara  ni memang ramai peminat tapi, dia ni bukan jenis yang suka melayan sangat. Kalau datang angin tak betulnya, beranilah mana-mana lelaki datang usik dia, memang makan penumbuklah jawabnya. Bukan penampar tau. Terus dapat penumbuk padu” kata-kata Ammar menambahkan rasa sebal dihati Ammara. Meledak tawa mereka bertiga. Ammara saja masih mencuka. Imtiyaz melirik pandang padanya dengan senyum senget. Menyampah betul Ammara melihatnya.

     Amboi … Seronoklah tu Along! Dah ada geng nak mengenakan aku! Takpa, takpa … Ada lori ada bas, ada basikal ada jentolak, ada hari aku balas, bagi dua-dua rasa nak melalak.  Desis hati Ammara siap dengan berpantun lagi. Geram punya pasal. Apa pun boleh jadi.

     “Haaa … Sampai pun budak-budak ni. Ha Tiyaz pun ada ke? Masuk, masuk … Mama dah siap masak macam-macam tu ha. Penuh satu meja menunya” Encik Azman yang menyambut kedatangan anak menantunya dan juga bakal menantunya tersenyum lebar di muka pintu.

     Fatin dan Ammara mendahului menyalami Encik Azman sebelum diikuti oleh Ammar dan Imtiyaz yang turut bertukar pelukan. Imtiyaz rasa senang dengan penerimaan tersebut. Rasa dirinya sangat dialu-alukan dalam keluarga itu.

     Ammara malas hendak melihat lebih lama kemesraan yang melemaskannya. Lebih-lebih lagi apabila Papanya turut memanggil Bosnya dengan panggilan ‘manja’nya. Kakinya sudah dihayun mencari kelibat Mamanya di dapur. Fatin turut mengekori Ammara dari belakang.

     “Mama!!” Puan Saadiah yang sedang sibuk menyusun hidangan di atas meja makan tersentak apabila tubuhnya dirangkul erat dari belakang. Wajahnya yang terkejut perlahan-lahan berubah menjadi ceria apabila terdengar suara Ammara yang sibuk menyatakan kerinduan padanya. Dia memusingkan badan dan turut sama membalas pelukan anak bongsunya itu.

     “Mama sihat?” Fatin turut menyalami Puan Saadiah sebaik sahaja pelukan dua beranak itu terlerai. “Alhamdulillah, sihat” Puan Saadiah turut memeluk menantunya dan bertukar-tukar kucupan dipipi. Entah kenapa, Fatin nampak lebih berseri dari biasa dimatanya.

     “Banyaknya makanan. Mama masak ke semua ni? Hurmmm … Sedapnyaaaa” Ammara sudah mencapai sekeping daging salai yang dicicah dengan air asam sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya. Riak wajah yang terpamer saat itu menggambarkan betapa lazatnya masakan Puan Saadiah itu.

     Tersenyum lebar Ibu tua itu memerhatikan gelagat anak daranya. Fatin turut sama tersenyum. Dia tak tahu kenapa, tapi, perasaannya pada Ammara sekarang sudah tidak sedingin dulu. Dia tak pasti juga kenapa terbit sedikit demi sedikit rasa sayang pada adik iparnya itu.

     “Wow! Banyaknya Mama masak!! Lama tak rasa masakan Mama” Ammar sudah menghimpit tubuh Ammara dan mencapai kepingan daging yang berada di tangan adiknya itu lantas terus dimasukkan ke mulutnya. Ammara apa lagi, menjerit lah!

     “Papa!!!!” Tengoklah Along ni!! Suka sangat kacau Ara!!” Ammara mendapatkan Papanya dan lengan Encik Azman digoncang-goncangkan dengan bibir yang sudah menjuih kearah Ammar yang terpejam-pejam menikmati keenakan daging salai, sengaja menaikkan darah Ammara.

     “Hish kamu berdua ni. Dah besar panjang pun nak bercakar macam cat dengan dog. Malulah dengan si Tiyaz ni” Imtiyaz yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi makan turut tersenyum melihat gelagat Ammara dan Ammar itu.

     “Tak payah nak pedulikan dua beradik tu Tiyaz. Ha, jemputlah makan. Ni ada Nasi Kerabu. Tiyaz tahu ke makan nasi kerabu?” Puan Saadiah yang sedang mencedokkan nasi kerabu ke dalam pinggan untuk suaminya memandang kearah Imtiyaz dengan kening terjongket.

     Pandangan yang lain turut berpusat pada Imtiyaz. Ingin melihat reaksi anak jati Kuala Lumpur yang berdarah kacukan Syed dan Syarifah samada tahu atau tidak cara menikmati hidangan Pantai Timur yang terkenal itu.

     “Err … Tak pernah makan pun Makcik sebab warna dia macam pelik sikit. Saya kalau nasi ada warna ni memang tak makan. Macam tak boleh nak telan“ Imtiyaz tersengih sambil menggaru-garu kening. Rasa malu pula apabila menjadi tumpuan di meja makan.

     Ammara mencemik. Mengada-ngada betul! Apa yang peliknya? Masuk mulut, kunyah, telan! Apalah yang susah sangat pun?! Hish! Rugi betul tak reti makan Nasi Kerabu. Salah satu masakan terenak di Malaysia tu! Sempat lagi Ammara membebel di dalam hati.

     “Hah! Apa yang Ara dok terjuih-juih tu. Apalagi, layanlah bakal suami Ara tu. Nak makan apa, nak minum apa” terjegil mata Ammara kearah Ammar yang sudah menutup mulut menahan tawa. Pinggan yang berisi nasi kerabu yang dihulur Fatin disambut. Fatin menepuk lengan suaminya apabila menyedari wajah Ammara yag sudah berubah kelat.

     Aik bini aku ni. Sejak bila pula jadi peguambela adik aku ni? Berkerut dahi Ammar. Dia turut dihujani rasa kehairanan dengan perubahan sikap isterinya itu. Namun, ada rasa lega dan senang dengan perubahan itu. Sekiranya benar mereka berdua sudah berdamai, maknanya, tak perlulah lagi dia hendak menjadi Pegawai PBB tak bertauliah. Senyuman nipis terukir dibibirnya sambil tangannya sibuk menyedok pelbagai jenis ulam, sambal belacan dan budu di dalam pinggannya.

     “Ara, tolonglah ambilkan makanan untuk Tiyaz tu. Dia kan tetamu. Ni ada laksam Mama buat ni. Sendukkan untuk dia” Puan Saadiah yang sudah duduk di sebelah Encik Azman turut mengeluarkan arahan yang sama. Bertambah muncunglah mulut Ammara jadinya. Lebih-lebih lagi apabila terpandang Imtiyaz tayang senyum nakal. Bencinya dia!!

     “Ara, tak elok tunjuk muka macamtu kat tetamu. Papa tak pernah ajar anak-anak Papa macamtu kan. Tetamu ni pembawa rezeki pada kita. Jadi, kita kenalah layan dengan sehabis baik dan buat diaorang selesa kat rumah kita” lembut suara Encik Azman memujuk. Kalau Superman kelemahannya pada kryptonite, suara Encik Azman pula merupakan kelemahan bagi Ammara.

     Dengan penuh keterpaksaan, Ammara mencapai mangkuk dan diisikan dengan laksam seperti yang disuruh. Cuma tanpa disedari sesiapa, sebelum menuangkan kuah, selonggok cili padi kisar dimasukkan oleh Ammara dibawah timbunan laksam sambil tersenyum puas.

     Layan dengan baik ye? Okay, aku bagi laksam special dari air tangan Ammara Safiyya buat Syed Imtiyaz Omar. Gerenti terangkat punya! Ammara mengetap bibir cuba menahan tawa dari meledak. Nanti tak pasal semua orang tahu tentang perbuatannya untuk mendajalkan Imtiyaz itu.

     “Nah Bos. Jemputlah makan ye” Ammara melembutkan suara dan tayang senyuman paling manis buat Imtiyaz.

     “Ok. Thanks Dear” Imtiyaz membalas senyuman sambil mengenyitkan mata sehingga Ammara nyaris tersedak air liur sendiri. Eiii! Dasar tak malu! Nasib baiklah Mama dengan Papa tak nampak. Memang nak makan pelangkung la dia ni! Dengus Ammara dalam hati. Dada yang baru mula hendak buat kerja overtime cuba ditenteramkan. Dia kembali menayangkan muncung dan terus menghenyakkan punggung di sebelah Mamanya yang sudah tersengih-sengih memerhatikannya dengan Imtiyaz.

     “Makanlah laksam tu Tiyaz. Kalau nak tambah, tambah je jangan malu-malu” Encik Azman seperti tadi masih bersuara ramah. Imtiyaz turut tersenyum sambil menundukkan kepalanya sebelum memulakan suapan pertamanya. Ammara yang nampak asyik dengan hidangan nasi kerabunya sempat menjeling kearah Imtiyaz untuk melihat reaksi wajah lelaki itu apabila deria rasanya terkena bomb trap yang di’hadiah’kannya buat lelaki itu.

     Uhuk!Uhuk!Uhuk!!

     Ammara tak dapat lagi hendak menahan gelaknya apabila jerangkap samar yang dipasang sudah mengena dan wajah Imtiyaz yang sudah berubah menjadi merah menyala sambil terbatuk-batuk dan mengagau mencapai gelas berisi jus tembikai ais memang sangat mencuit hatinya.

     “Ya Allah Ara! Apa yang kamu dah buat kat si Tiyaz ni?” Suara garang Encik Azman yang bergema mematikan tawanya serta-merta. Gulp! Matilah aku kena ‘baham’ dengan Papa! Mama! Tolong Ara!!!

Thursday, March 10, 2022

GADIS CENGENG : BAB 15

Ammara Safiyya 

“AMMARA orang mana?” Seraut wajah garang yang duduk di hadapannya mula menyoal sebaik sahaja Imtiyaz berlalu untuk menjawab panggilan telefon.

“Saya lahir di Selangor. Mama orang Terengganu. Papa saya asal Johor” dalam nada takut-takut Ammara menjawab. Nasi yang dikunyah terasa berpasir ditekak. Payah benar hendak ditelan.

“Papa dengan Mama kerja apa?” Giliran Bapa Imtiyaz pula bertanya. Memandangkan Datuk Muzaffar memang sudah mengenalinya sebagai pekerja di Muz Holding, wajahnya selamba saja. Berlainan dengan Datin Suhana. Datin Syarifah Suhana. Mukanya kelat saja sejak tadi.  Nasi yang sudah dikunyah lumat ditelan.

“Mama Surirumah. Papa saya Pensyarah di UiTM” kelihatan Datuk Muzzaffar mengangguk-anggukkan kepala sambil meneruskan suapan nasi berlaukkan ikan keli masak lemak cili api ke dalam mulutnya.

“Dah lama kenal Tiyaz?” Berpeluh tangannya apabila diajukan soalan yang tidak pasti jawapannya. Takkan pula dia hendak menjawab baru sebulan? Memang sahlah kena pelangkung. Habis tu, nak jawab apa? Ammara mula rasa nak menangis.

“Dah setahun lebih Umi” baru saja dia hendak membuka mulut, sahutan dari Imtiyaz yang baru kembali duduk di sebelahnya membuatkannya terasa lega. Lega kerana bukan dia yang terpaksa berbohong. Cukuplah azab menyamar jadi kekasih Imtiyaz sahaja.

“Jadi, sebab Ammara, Tiyaz sanggup tolak anak Syed Hassan tu?” Suara Datin Suhana masih lagi tegang malah kali ini lebih keras bunyinya. Ammara hanya memandang kearah pinggannya tak berkalih.

“Sudah-sudah lah tu Ana. Biarlah Tiyaz ni buat pilihan sendiri. Dia kan dah cukup dewasa. Buat apa kita nak paksa-paksa” tenang saja Datuk Muzaffar bersuara. Sudu dan garfu sudah diletakkan di dalam pinggan yang masih bersisa nasi separuh. Air jus oren disedupnya perlahan.

“Saya bukan apa Bang. Si Hanim tu bukan main cantik lagi. Berpelajaran pula tu. Suka pula dengan si Tiyaz ni. Saya tak faham kenapa Tiyaz ni tak mahu juga. Lagipun, si Hanim tu berdarah Syed-Syarifah juga macam kita. Kira sekufulah kan” Ammara masih diam tak berkutik. Mujurlah dia hanya berlakon sebagai kekasih Imtiyaz. Andai betullah lelaki itu adalah kekasih hatinya, mahu remuk-redam perasaannya mendengar kata-kata Datin Suhana itu.

“Umi. Apa Umi cakap macam ni depan Ara. Umi ni tak faham ke yang cinta ni mana boleh nak paksa-paksa. Lagipun Tiyaz sayang dekat Ara. Tiyaz bukan main-main. Tiyaz nak jadikan dia isteri Tiyaz” kata-kata Imtiyaz nyaris membuatkan nasi yang dikemam Ammara tersembur keluar. Kahwin? Aik? Macam takda dalam perjanjian je tadi. Kepala Ammara ligat berpusing. Ya Allah! Janganlah Mak Bapa Imtiyaz ni suruh pinang aku pula minggu depan. Kalau ya, memang aku buat-buat gila masa diaorang masuk meminang nanti. Nekad Ammara dalam hati.

“Eloklah kalau macam tu. Si Ara ni pun Walid tengok takdalah macam perempuan-perempuan lain yang Walid selalu nampak berkepit dengan Tiyaz tu. Cantik dan pakai tudung pula tu. Lagipun kamu tu pun dah 32 tahun. Nak tunggu apa lagi kan?” Ammara macam nak pengsan bila dengar lontaran ayat dari Datuk Muzaffar. Dia seolah-olah dapat merasakan satu-satunya perkara yang ditakuti akan bakal terjadi.

“Apa Abang ni. Si Tiyaz ni kan baru je kenal dengan budak ni. Keluarganya pun kita tak kenal. Takkan senang-senang je kita nak suruh Tiyaz ni kahwin?” Bantahan dari mulut Datin Suhana cukup-cukup melegakan Ammara.

“Kalau macam tu, minggu depan kita jemputlah keluarga Ara ni datang makan kat rumah kita. Bolehlah nak kenal-kenal. Betul tak Ara?” Makanan yang belum betul-betul lumat dikunyah terus ditelan dek kerana terkejut dengan soalan Datuk Muzaffar. Tiga pasang mata sedang tertumpu padanya menunggu jawapan darinya.

“Err … Boleh. InsyaAllah” akhirnya Ammara terpaksa menjawab begitu. Hendak menolak, takut dianggap kurang ajar. Sudahlah pandangan Datin Suhana padanya sedari tadi sinis saja rupanya. Sampaikan nak tarik dan hembus nafas pun rasa bersalah sangat. Azabnya Ammara rasa saat itu.

“Okaylah kalau macam tu. Minggu depan, ajak keluarga Ara datang rumah kami ye. Tiyaz, jangan lupa jemput Ara dengan keluarganya kat rumah diaorang” arahan sudah keluar dari mulut Tuan Big Boss. Puan Big Boss di sebelah hanya diam. Bersetuju dalam terpaksa. Ammara pula tayang senyum gaya ayam berak kapur. Dalam hati sudah menjerit membantah.

“Ha yela Walid. Nanti Tiyaz jemputlah” tenang saja Imtiyaz menyahut. Langsung tiada bantahan atau alasan yang diberikan bagi mengelakkan pembabitan keluarga Ammara secara langsung dalam drama lakonan mereka berdua itu. Drama yang penulis skrip dan pengarahnya adalah Syed Imtiyaz Omar. Ammara bengkek. Dah satu hal lah pula nak memberitahu kepada Papa dan Mamanya. Kalau ditanya siapa Imtiyaz tu, apa yang nak dijawabnya? Ammara buntu.

“Saya taknak dah tolong Encik!” Itu ayat pertama yang terhambur dari mulut Ammara sebaik sahaja dia dan Imtiyaz sudah berada di dalam perut kereta. Sepanjang sejam pertemuannya dengan Ibu dan Bapa Imtiyaz, jantungnya sentiasa berdegup rancak tanpa irama ibarat orang nyanyi lagu Dondang Sayang, berlatarbelakangkan muzik Zapin. Sungguh tak kena dan menyesakkan dada.

Imtiyaz tenang menghidupkan enjin kereta dan punat aircond ditekan. Wajah Ammara yang masam mencuka ditatap. Satu persatu bahagian wajah Ammara direnungnya. Matanya yang bundar dan bulat. Hidungnya yang comel terletak. Bibirnya yang mungil kemerahan. Tahi lalatnya di penjuru bibir sebelah kanan. Keningnya yang cantik terbentuk. Segalanya cukup indah pada pandangan Imtiyaz.

Mungkin hidung Ammara tidak semancung Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah suka. Mungkin mata Ammara tidak sebesar dan segalak mata Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah terpesona. Dan mungkin wajah Ammara tidak secantik Syarifah Hanim Syed Hassan. Tapi, dia sudah terjatuh kasih. Sejak bila dia merasakan ada sekelumit rasa itu pada Ammara dia sendiri tidak pasti. Apa yang pasti, jika boleh, dia hendak menatap wajah Ammara setiap hari. Andai diberi kesempatan, dia ingin mendengar suara Ammara saban waktu. Dia juga ingin selalu dapat melayan kerenah dan mucung Ammara apabila teruk diusik.

Dulu, dia memang sukakan Ammara. Tapi hanya kerana kecantikkan yang dimiliki oleh gadis itu dan hajat hatinya hanya untuk dibuat stok geli-geli saja. Tapi sekarang, dia sukakan Ammara lebih kepada peribadi gadis itu. Gadis itu lain dimatanya. Ammara yang cengeng tapi pada masa yang sama seorang yang tegas dan suka melawan.

“Kenapa Encik diam?” Ammara mencerlung pandang pada Imtiyaz yang masih membisu tanpa suara. Imtiyaz mengukir senyuman.

“Saya suka awak”

Ammara terkedu namun dia segera menyedarkan diri agar tidak hanyut dibuai perasaan.

“Ya. Saya tahu. Encik suka kerja dengan saya kan? Sayakan pekerja yang komited” Ammara lancar menyembur baris kata yang pernah diucapkan Imtiyaz satu ketika dulu padanya. Ammara menyambung lagi.

“Tapi, janganlah sampai Encik ambil kesempatan nak gunakan pekerja Encik semata-mata nak selamatkan diri dari kena jodohkan dengan Umi Encik tu.”

Imtiyaz senyum lagi. Ammara jadi pelik. Senyum, senyum, senyum. Itu saja kerjanya sejak masuk dalam kereta ni. Dah kena sampuk dengan angin senyum ke apa Bos aku ni? Dahi Ammara mula berkerut.

“Saya sukakan awak Ammara. Suka yang lebih dari seorang majikan kepada pekerjanya” Ammara masih blur.

“Saya nak jumpa dengan Papa dengan Mama awak” mata Ammara sudah membulat memandang kearah Imtiyaz. Lidahnya terasa sudah bergulung di dalam mulut. Bergulung yang siap terikat riben lagi. Pandangannya tak berganjak dari memandang Imtiyaz.

I want you to marry me

Ah sudah! Persoalan pagi tadi kembali dibincangkan. Gila! Memang sah Bosnya sudah gila! Tak ada mendung, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja hujan turun mencurah-curah? Ya. Tak mustahil. Tapi, pelik bin ajaib! Selama ini, tak pernah pun Imtiyaz melayannya dengan istimewa. Di pejabat pun, semedang wajah serius yang dipamerkan. Kalau bergurau pun, bila hanya ada dia dan Imtiyaz saja. Bila di hadapan pekerja lain, memang teruk dia dibuli dengan kerja-kerja yang menimbun-nimbun. Lagipun, boleh percaya ke kata-kata si kasanova? Ammara kebingungan sendiri.

No. I don’t want to marry you dan saya tak suka dengan Encik Imtiyaz. Titik. Muktamad. Saya nak balik office” Ammara berpeluk tubuh sambil badannya tegak memandang ke hadapan. Dia langsung tidak mempercayai Imtiyaz. Hanya kerana ingin mengelak dari mengahwini gadis pilihan Ibunya, Imtiyaz sanggup meluahkan cinta padanya. Gila! Gumam Ammara dalam hati.

We will see. We will let your parent decide” serentak dengan itu, Imtiyaz melepaskan brek tangan dan kereta sudah mula bergerak meninggalkan perkarangan Hotel Royale Bintang yang melakar satu sejarah baru dalam hidup Ammara. Sejarah yang ingin saja dipadam dalam diari hidupnya.

 Petang itu, sebaik membelokkan saja kereta ke perkarangan rumah, kelibat Fath yang sedang duduk di gazebo yang terdapat di taman mini di bahagian sisi rumah menyapa pandangan mata Ammara. Kereta Ammar tidak kelihatan bermakna Abang dan Kakak Iparnya belum pulang lagi. Hati Ammara terasa sesak apabila memikirkan hanya tinggal dia dan Fath saja di rumah itu.

“Ara. Boleh Fath cakap dengan Ara sekejap?” Kaki yang hendak melangkah ke dalam rumah terhenti. Terasa berat hendak memenuhi permintaan Fath. Tapi, sampai bila dia hendak mengelak? Ah. Mungkin Fath hanya ingin berbual kosong dengannya. Ammara bersangka baik dan langkah sudah diatur menghampiri Fath yang sudah tersenyum meleret menunggu kedatangannya.

“Nak cakap apa?” Ammara mengambil tempat duduk di atas gazebo tidak jauh dari Fath. Pandangan mata dihalakan pada air terjun buatan yang terbentang di hadapan mereka.

“Fath tak suka Ara rapat sangat dengan Bos Ara tu” berdesing telinga Ammara mendengaran larangan Fath itu. Lebih-lebih lagi bila ianya diucapkan dalam nada yang cukup tegas dan menjengkelkan.

“Apa hak awak nak tentukan dengan siapa saya boleh dan tak boleh nak rapat hah? Sejak bila awak jadi terlebih concern pula ni?” Ammara memandang tepat ke wajah Fath. Kepalanya sudah cukup berserabut dengan masalah yang dicetuskan oleh Imtiyaz tadi. Ditambah  pula dengan kata-kata yang baru diucapkan Fath disaat itu. Mankin serabut fikiran Ammara dibuatnya.

“Ara … Saya memang selalu concern pasal awak. Cuma awak je yang tak nak bagi saya kesempatan untuk tunjukkan pada awak” suara Fath sudah mengendur. Pandangannya redup memandang kearah Ammara yang sudah merah padam mukanya.

“Oh, really? Terlalu concern sampai sanggup nak maki-maki saya depan khalayak ramai kan? Oh ye. Off course! Awak terlalu concern kalau reputasi awak tercalar dek kerana budak geek macam saya ni suka dengan Mr Fath Iqbal, jejaka idaman kampus kan? I’m a disgrace to you right?” Dada Ammara sudah berombak kencang. Untuk kesekian kalinya, kejadian yang berlaku 4 tahun yang lepas seperti ditayangkan semula di atas skrin gergasi di hadapannya.

Please Ara. Saya dah minta maaf kan? Kenapa perlu kita ungkit lagi kalau ianya menyakitkan untuk awak? Let bygone be bygone” pandangan Ammara pada Fath sudah mengecil. ‘Mudahnya dia nak aku lupakan. Dia tak rasa macamana aku rasa. Sebab tu sesenang aku menangis je dia cakap macamtu’. Hati Ammara berbisik. Airmata hanya menunggu masa hendak meluncur di atas pipinya.

Easy for you to say” Ammara terus bingkas bangun. Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu. Sederas langkahnya menaiki tangga, sederas itu juga airmatanya membanjiri pipi. Ammara mankin sebal dan tertekan.

Pintu bilik dikunci dan dia menghempaskan tubuhnya di atas tilam. Segala rasa yang memenuhi segenap ruang hatinya dihamburkan melalui tangisan dengan sepuas-puasnya. Beberapa kali dia beristighfar dan mengucap apabila bisikan-bisikan syaitan yang menghasut menyinggah melalui detik hatinya.

Entah berapa lama dia menangis dia sendiri tidak sedar. Tahu-tahu dia sudah terjaga dari tidur dek kerana ketukan bertalu-talu di pintu. Dia segera bangkit. Ruang bilik sudah gelap-gelita. Matanya terasa perit kerana terlalu banyak menangis. Tudung yang masih melekat dikepala dibetulkan sedikit sebelum langkah diatur ke muka pintu.

Mata Ammara kembali segar apabila melihat wajah Fath yang terpacul sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

“Kenapa dengan mata Ara ni? Ara menangis ke?” Segala derianya automatik bertukar dari mode mamai kepada mode segar apabila tangan Fath sudah melekat dipipinya. Pantas tangan itu ditepis kasar. Berang sungguh dia apabila sesuka hati disentuh begitu.

Daun pintu yang hendak kembali dikatupkan dihalang oleh Fath. Tajam pandangan Ammara pada Fath ketika itu.

“Fath sayangkan Ara”

Sebaris ayat dari Fath membuatkan seluruh sendi dalam tubuhnya menjadi lembik.Pintu bilik sudah terbuka luas apabila dia sudah tidak bergelut untuk menutupnya. Fath semankin menghampirinya. Kedua belah tangannya dicapai dan dikucup. Apabila Fath semankin mendekat, Ammara seperti tersedar dari mimpi lantas tubuh Fath ditolak kasar sehingga tubuh itu terundur beberapa tapak ke belakang.

“Maaf. Saya dah ada boyfriend dan saya akan berkahwin dengan dia tak lama lagi” Fath terus tercengang mendengar pengakuan Ammara dan hanya mampu memerhati sahaja apabila pintu bilik ditutup rapat oleh Ammara.

“Fath! Dah panggil Ara ke?” Dari balik pintu, Ammara yang sudah bersandar pada pintu terdengar sayup-sayup suara Ammar berkumandang.

“Fath! Fath!” Ammar memanggil lagi apabila panggilan pertamanya diam tanpa jawapan.

“Dah … Dah Along! Tapi dia kata dia dah kenyang!” Akhirnya Fath  menyahut. Dia cuba memproses semula apa yang dikatakan Ammara sebentar tadi. Hatinya sakit apabila dapat mengagak yang dimaksudkan oleh Ammara sebagai ‘Boyfriend’ adalah Bosnya sendiri. Tidak! Dia takkan membenarkan Ammara terlepas darinya lagi! Fath mula merangka rancangan untuk mendapatkan Ammara.

Wednesday, February 16, 2022

GADIS CENGENG : BAB 14

   


 “Ammara! Air apa awak buatkan saya ni?? Kenapa pahit semacam? Gula dalam pantry tu dah habis ke? Kalau dah habis, cepat-cepat inform Mak Som suruh replenish balik apa barang yang dah habis!” Terkedu Ammara apabila tiba-tiba saja disergah Imtiyaz pagi itu. Tidak ada angin, hujan atau ribut, tiba-tiba saja dia nyaris rentung dipanah petir amukan lelaki itu. Tercengang dia memandang kearah wajah bengis Imtiyaz yang bercekak pinggang di hadapannya. Pandangannya silih berganti pada mug yang sudah diletak kasar di atas mejanya dan wajah Bosnya yang tegang itu.

    “Apalagi yang awak terkebil-kebil tu. Cepat buatkan saya air lain!” Ammara masih terpinga-pinga memandang kearah susuk tubuh Imtiyaz yang sudah hilang di balik pintu biliknya.

    Berkerut keningnya memandang mug yang isinya sudah tertumpah sedikit di atas mejanya. Bukankah selama ini, sukatan yang sama saja dia gunakan untuk menyediakan air itu? Setengah sudu teh Nescafe dicampur dengan dua sudu teh gula. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Betul-betul seperti apa yang diarahkan dan diinginkan oleh Imtiyaz. Kenapa baru pagi ini nak memekik melolong kata pahit? Ammara sudah mula berangin satu badan. Dia bingkas bangun dan mug dicapai lantas langkah pantas dihayun ke pantry.

    Are you okay Ara?” Sedang dia membancuh semula air untuk Imtiyaz, kedengaran suara Haikal yang sudah berdiri di sebelahnya menyapa lembut. Ammara tayang senyum walau dalam hati sudah mula membengkak. Semalam bukan main bersenda gurau. Hari ni, sesedap bahasa sahaja mengherdik dia hingga bergegar satu pejabat. Ammara membancuh air Nescafe kasar sehingga berdentam-dentum bunyi sudu berlaga dengan mug buatan tanah liat itu.

    “Saya okay je. Why shouldn’t I be?” Ammara memulangkan semula soalan kepada Haikal yang sudah berdiri bersandar di kabinet sambil berpeluk tubuh memandang kearahnya.

    “Okay sampai nak pecah mug tu you kerjakan kan?” Haikal tersenyum senget. Tangan Ammara yang sedari tadi mengacau air dengan agak ganas terus terhenti. Dia merengus geram. Tanpa mempedulikan Haikal dia terus melangkah menuju ke bilik Imtiyaz.

    Pintu diketuk dan sebaik sahaja arahan ‘masuk’ kedengaran tombol pintu dipulas dan dengan muka tak beriak Ammara melangkah masuh dan mug diketak di hadapan Imtiyaz yang sedang menatap skrin laptopnya tak berkalih.

“Ammara”

    Baru saja kaki hendak menapak keluar, panggilan dari Imtiyaz membantutkan niatnya. Ammara menoleh kearah Bosnya.

    “Tutup pintu dan duduk sekejap. Saya ada benda nak cakap dengan awak” kata-kata Imtiyaz yang berbaur arahan hanya diturut Ammara tanpa bantahan. Dia masih menayangkan wajah tenang sewaktu mengambil tempat duduk di hadapan Imtiyaz.

“Saya nak awak kahwin dengan saya”

    Ammara rasa mahu pitam. Wajah Imtiyaz yang serius tanpa segaris senyuman direnung tajam. Penyakit apalah pula yang berjangkit pada Bosnya itu? Tadi, bukan main menyergah dan memarahinya. Ini, tiba-tiba pula ajak kahwin? Eh, silap. Bukan mengajak. Tapi, lebih kepada arahan! Ammara kebingungan. Memang Bosnya suka agaknya tengok dia pengsan dek kerana terkejut.

    “Ap … Apa maksud Encik Imtiyaz?” Dahi Ammara sudah berkerut seribu. Imtiyaz menghela nafas panjang. Dia menyandarkan tubuhnya kekerusi sambil memandang tepat kewajah Ammara.

    “Maksud saya, marry me. Jadi isteri saya dan saya jadi suami awak” selamba saja wajah Imtiyaz melafazkan tiap bait kata yang sudah membuatkan nyawa Ammara seperti sudah sampai dikerongkong. Jantung Ammara berdegup pantas. Andai dia ada penyakit jantung, memang sah-sahlah masuk ke lubang tujuh kaki dalam  jawabnya. Dia jadi geram melihat wajah seposen yang ditayangkan Imtiyaz.

    Dia ingat aku ni anak kucing ke? Dan dia ingat, kahwin tu macam main pondok-pondok? Masukkan tanah dalam tin kosong, lepas tu tenggek atas batu, konon-konon buat macam tanak nasi?? Ammara mendengus.

    “Encik Imtiyaz tersalah makan ubat ke pagi tadi? Ke ubat Encik Imtiyaz dah habis?? Kalau nak, saya boleh bancuhkah susu Anmum je. Biar neuron-neuron kepala Encik tu kembali berhubung antara satu sama lain “ Ammara bengang. Lebih  membengangkan dia lagi apabila pertanyaannya disambut dengan gelak tawa oleh Imtiyaz.

    “Neuron kepala saya memang dah berhubung dengan baik pun Ammara. Tak payah minum susu pebagai. Saya tanya awak ni. Saya nak kahwin dengan awak ni. Bila saya boleh masuk meminang?” Kedua belah tanggannya diletakkan di atas meja. Wajahnya sudah kembali serius. Ammara sakit kepala dibuatnya.

    “Encik Imtiyaz jangan main-main. Encik Imtiyaz buat prank ke ni? Ada kamera yang tengah rakam ke ni?” Mata Ammara melilau kesegenap penjuru bilik. Teringat rancangan Candid Camera dan juga Just For Laugh yang sering ditontonnya diTv. Jangan-jangan Imtiyaz memang sengaja hendak mengenakannya. Ammara masih cuba mencari objek-objek yang nampak mencurigakan di dalam bilik itu.

    “Apa yang awak mengarut ni. Saya suruh awak kahwin dengan saya, awak kata saya buat prank pula. Awak ingat ni April Fool ke? Kita dalam bulan Jun ye Cik Ammara. Tak ada istilah Jun Fool dalam Kalendar ye” Imtiyaz tersenyum melihat wajah cuak Ammara.

    Ammara kembali tayang muka cemberut. Rasa hendak menangis pun ada apabila asyik diajukan soalan mengenai perkahwinan. Tolonglah! Dia baru berusia 23 tahun. Muda lagi kot! Lagipun, kalau setakat dioffer berkahwin dengan Imtiyaz yang punya sparepart keliling pinggang, kerat jari Abangnya pun dia tak sanggup la!

    “Encik Imtiyaz ni dah kenapa? Okay. Kalau nak dengar jawapan saya, jawapan saya adalah SAYA TAK NAK! Muktamad. Tak perlu talian hayat!” Ammara menjawab tegas walau titis airmata sudah ada yang jatuh di pipinya. Imtiyaz menyunggingkan senyuman.

    “Peliklah awak ni. Kalau saya tanya kat perempuan lain, mesti jawapannya adalah ya. Tak habis tanya pun, jawapannya pasti YA” Ammara hangin satu badan. Masakan dia hendak disamakan dengan perempuan-perempuan lain yang semudah satu dua tiga saja mencampakkan tubuh mereka pada Imtiyaz untuk dipergunakan. Tak sama okey! Perbezaan yang macam Planet Matahari dan Bumi! Kekacakan Imtiyaz memang tak mampu disangkal namun tidaklah sampai dia boleh jadi gila bayang sampai hilang pertimbangan!

    “Kalau macamtu, Encik suruhlah perempuan-perempuan lain tu yang kahwin dengan Encik” Ammara sudah bingkas bangun. Lebih lama dia si situ, lebih sakit hati jadinya nanti.

“Saya taknak! Saya cuma nak Ammara Safiyya” penuh keyakinan ayat itu dilontarkan oleh Imtiyaz.

 “Gila!” 

    Tanpa menunggu lebih lama, Ammara terus meluru keluar dan kembali duduk di mejanya. Ikutkan kepala anginnya, sudah lama dia angkat kaki dan terus balik ke rumah. Tapi, dia cuba menenangkan hatinya sendiri.

     Ammara menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Inhale, exhale. Istighfar Ara, Istughfar. Mata dipejamkan. Cuba mencari ketenangan.

    “Okay? Dah bertenang ke?” Mata Ammara cepat-cepat dibuka dan wajah Imtiyaz yang sedang tersenyum di hadapannya mengembalikan semula rasa sebalnya.

     “Saya nak keluar jumpa client. Apa-apa meeting saya lepas lunch tolong postponekan ye. Boleh kan? Thanks Dear” Imtiyaz mengenyitkan mata dan terus berlalu meninggalkan Ammara yang masih penuh terbuku rasa sebal di dalam dada.

    Ingin saja dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan rasa amarahnya. Namun akhirnya dia menekupkan wajahnya di atas meja sambil airmata sudah berlumba-lumba menuruni pipinya tanpa dapat ditahan lagi. Dia bukanlah sedih tapi lebih kepada geram dan marah pada Imtiyaz yang dirasakan sengaja hendak membulinya. Sudahlah dia memang cengeng. Memang mudahlah untuk dia menangis beriya-iya sebegitu. Nasib baiklah mejanya memang jauh dari pekerja lain. Jika tidak, pasti kecoh pejabat itu dengan cerita ‘Pekerja Menangis Dibuli Bos sendiri’.

     Selepas waktu makan tengahari, seperti yang telah diberitahu, Imtiyaz tidak masuk semula ke pejabat. Ammara memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana tidak perlu terus mengadap Imtiyaz dan kegilaannya hari itu. Maka dapatlah dia menyiapkan kerjanya dengan penuh ketenangan.

    Sedang dia asyik menatap skrin komputer, telefonnya berbunyi minta diangkat. Mulalah otot mukanya bersenam apabila menatap nama Encik Bos Kerek tertera sebagai pemanggil. Ammara menepuk dahinya. Apalah yang malaun ni nak lagi? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup akulah! Ammara mengeluh sendiri. Dengan perasaan terpaksa, akhirnya telefon yang sudah beberapa kali berbunyi diangkat juga.

 Where have you been Ammara? Kenapa lambat jawab phone?”

     Ringan saja mulutnya hendak melaser si pemanggil namun ditahan saja. Kalau tidak fikirkan yang Imtiyaz itu Bosnya, memang sudah lama kena maki.

     “Maaf Encik Imtiyaz. Saya ke toilet tadi” Ammara memberi satu-satunya alasan yang paling logik mampu difikirkannya saat itu. Lantaklah kalau Imtiyaz tak percaya sekalipun.

“Okay. Nevermind. Lagi 10 minit, awak tunggu saya kat pondok guard. Saya jemput awak”

     Tup! Talian terus dimatikan. Ammara terpinga-pinga sendiri. Telefon ditangan ditatap lama. Bala apa pula ni? Ammara rasa nak menangis lagi.

     Walau dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah yang dihamburkan, tapi bila berhadapan dengan Imtiyaz, satu patah sumpahan pun tak terkeluar dari mulutnya. Sudah 15 minit kereta Harrier milik Imtiyaz meninggalkan Muz Holding namun baik Ammara maupun Imtiyaz, masing-masing langsung tak berminat untuk memulakan perbualan.

     Tidak tahan dengan kebisuan yang ditunjukkan Imtiyaz dan kerana rasa ingin tahu kemana Bosnya hendak membawanya, akhirnya Ammara membuka mulut memecah kesunyian antara mereka.

     “Encik Imtiyaz nak bawa saya ke mana ni?” Wajah Imtiyaz yang agak serius dipandang mohon jawapan.

     Senyap. Imtiyaz masih membisu. Pandangannya tidak berkalih dari melihat jalan. Besar kecil besar kecil saja mata Ammara memandang kearah Imtiyaz. Kalaulah yang di sebelahnya itu Ammar, memang sudah lama dicekik-cekiknya bagi pengsan. Buat tak tahu saja apabila dia bertanya.

     “Kalau Encik tak nak bagitahu, turunkan saya sekarang!” Ammara sudah naik hangin. Sudahlah rasa sebal pagi tadi pada Imtiyaz masih bersisa. Ditambah pula dengan sikap endah tak endah Imtiyaz saat ini. Mankin mendidih saja perasaannya.

“Encik Imtiyaz!” Ammara sudah memegang pembuka pintu. Wajah Imtiyaz dipandang geram.

 “Kita jumpa parent saya”

     Ammara rasa nak pengsan. Tangan yang hendak membuka pintu serta-merta terhenti. Matanya buntang memandang kearah Imtiyaz. Kepalanya terus berhenti berfikir. Airmata hanya menunggu masa untuk merembes keluar.

     “Apa maksud Encik Imtiyaz?” Suaranya sudah bergetar. Ada sendu yang menyusul. Setitis airmata sudah menuruni pipinya. Pantas diseka. Wajah Imtiyaz masih dalam renungannya.

    “Walid dengan Umi saya nak jumpa dengan bakal isteri saya. Jadi, saya bawalah awak jumpa diaorang” jawapan selamba dari Imtiyaz yang nampak tenang dengan kaca mata hitamnya membuatkan airmata Ammara semankin laju mengalir.

    “Apa? Kenapa Encik tak tanya persetujuan saya dulu? Saya tak nak! Tak nak! TAK NAK!!” Bersama dengan esak tangis, Ammara mengongoi. Dia sudah tidak peduli siapa di sebelahnya saat itu. Hatta kalau Presiden Obama sekalipun yang memaksanya, jawapannya tetap ‘Tak Nak’!

     Imtiyaz buat tak tahu dengan ngongoian Ammara. Dia tidak peduli. Dia meneruskan kata-katanya lagi.

    “Masa depan diaorang nanti, awak tak payah nak berencik-encik dengan saya. Awak panggil saya Tiyaz atau kalau nak, awak boleh panggil saya sayang, honey atau baby. Apa saja asalkan panggilan yang tak formal” nada suaranya masih kekal tenang. Tangannya sudah menghulurkan sekotak tisu pada Ammara tanpa membuang pandang langsung pada gadis di sebelahnya itu.

     Kotak tisu dicapai kasar. Airmata dikesat sehingga kering. Geram betul dengan diri sendiri rasanya. Sikit-sikit hendak menangis. Yang Bosnya satu hal jugak. Punyalah sakan dia menangis, boleh dia tayang muka selamba badak sumbu je. Hippopotamus betullah! Memang dasar hati kering kontang trang tang tang! Bertubi-tubi kutukan Ammara dalam hati.

     “Saya panggil psycho la kalau macamtu” ketawa Imtiyaz meletus sebaik saja mendengar Ammara menyahut. Ammara tercengang kehairanan. Sejak dari tadi buat muka serius, tiba-tiba boleh tertawa macam itu, memang sah psycho! Desis hati Ammara.

     “Hurmm …. Psycho ye … Pyscho singkatannya Psy la kan? Macam penyanyi lagu Oppa Gangnam Style tu kan?” Imtiyaz menyambung kembali tawanya. Ammara sakit hati.

     “Saya tak nak la Encik Imtiyaz! Tolonglah cari perempuan lain! Hantar saya balik ke office semula!” Ammara sudah berpeluk tubuh sambil tayang muka tak puas hati. Pipi dan hidung sudah kemerahan dek kerana menangis.

     Imtiyaz memberhentikan keretanya dibahu jalan dan lampu isyarat kecemasan dihidupkan. Cerminmata hitamnya dibuka dan sepenuh pandangannya sudah pada Ammara. Kedengaran keluhan halus keluar dari mulutnya.

     “Ammara. I need your help. Tak ada orang lain yang boleh tolong saya” Imtiyaz sudah separuh merayu. Memek muka pun sudah ala-ala kucing dalam cerita Puss in Boots.

     “Tolong dengan kena kahwin dengan Encik Imtiyaz? Maaf. Saya tak boleh nak tolong” tegas jawapan yang diberikan Ammara.

     No. Pagi tadi saya cuma bergurau saja dengan awak. Lagipun saya pun memang belum bersedia nak kahwin. Pagi tadi tu saya tengah stress. Bila dapat usik awak, hilang stress saya. Don’t know why, but you never fail to make me laugh Cik Ammara Saffiya. You really make my day feel … free from stress!” Imtiyaz tayang senyum yang menjengkelkan Ammara.

     “Habis tu tolong apa? Sampai kena jumpa parent Encik lagi ni. Tak mahulah saya. Sound like trouble to me” Ammara masih meluahkan keengganannya.

     “Saya nak awak menyamar jadi girlfriend saya. Bukan untuk selama-lamanya pun. Just this once. Please Ammara … “ Imtiyaz masih dengan rayuannya. Ammra dipandang dengan segunung harapan.

     “Encik Imtiyaz kan ramai girlfriend. Bawalah seorang jumpa parent Encik tu. Takkan dalam ramai-ramai tu tak ada yang boleh tolong? Lagipun, just this once kan?” Suara Ammara sudah mula mengendur. Kasihan pula dengan Bosnya itu. Bukan dia tidak mahu menolong tapi, dia tidak mahu menempah maut. Kalaulah IbuBapa Bosnya itu nanti memaki hamunnya macamana? Iyalah … Biasanya kalau Syed dengan Syarifah ni sangat menjaga susur galur keturunannya. Yang dicari pasti keturunan Syed dan Syarifah juga. Dia ni pula cuma keturunan Jawa campur Melayu. Datuk sebelah Papanya berasal dari Jawa Timur manakala Mamanya memang berasal dari keturunan melayu tulen. Melayu Pantai Timur.

     “Saya mana ada girlfriend sekarang ni. Ex tu ramailah. Awak pun dah pernah jumpakan ex-ex saya tu. Semuanya jenis emosi tak stabil. Mahunya saya diajak kahwin terus kalau bawa jumpa dengan parent saya. So, the best candidate that I can think right now is you! Please Ammara. Okay. I’ll tell you what. Awak tolong saya, dan saya halalkan hutang awak untuk membayar kos membaiki kereta saya tu. Macamana?” Panjang lebar Imtiyaz menjawab. Tawaran terakhir dari Imtiyaz menyebabkan Ammara mula menimbang-tara permintaan Bosnya itu.

     “Okay … Maknanya kalau saya tolong Encik Imtiyaz kali ni, semua hutang saya kira settle kan? Kosong-kosong?” Ammara pohon kepastian. Imtiyaz mengukir senyuman.

Yes!”

And this just for this ONE TIME ONLY kan?”

“Yup!”

“Lepas ni tak ada second time, third time atau whatever time sekalipun kan?”

Just this time only ..”

Promise?”

Promise .. InsyaAllah”

“Kenapa InsyaAllah pula?”

“Kita kan orang Islam. Kenalah ada perkataan ‘Dengan Izin Allah’ tu”

 Ammara menghela nafas panjang.

 “Okay saya tolong Encik Imtiyaz. Tapi, make sure Encik Imtiyaz jangan mungkiri janji pula” 

    Akhirnya persetujuan yang dihajati Imtiyaz berjaya juga diperolehi dari Ammara. Tersenyum girang dia. Kereta kembali dipandu menuju ke destinasi. Ammara sudah mula kecut perut apabila membayangkan penerimaan kedua orang tua Imtiyaz apabila dia diperkenalkan sebagai teman wanita lelaki itu nanti.

 
ADIALUZEONLINENOVEL : WHERE DREAMS CAME TRUE Blogger Template by Ipietoon Blogger Template